SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, January 11, 2010

'SUARA' : PENDUDUK PETANI

Apabila kita meniti pasca perubahan dari masa ke semasa, era transformasi bakal menggeggarkan dan merencanakan sesuatu. Namun, kita akan bersetuju dengan perubahan yang perlu dibuat atas tiket 'SUARA'.
Semalam kita telah mendengar luahan dan rayuan penduduk dari tiga kampung utama sekitar Daerah Kota Marudu. Antaranya, Lebih 2,000 penduduk kampung merayu kepada Jabatan Pertanian Kota Marudu agar bertindak segera atas kesulitan dan kerumitan yang mereka hadapi. Kampung yang dimaksudkan ialah Kg. Talantang 1, Kg. Mangkalua dan Kg. Panusukan.
Penduduk Kampung tersebut memaklumkan bahawa terdapat 902.70 ekar tanah yang cuba diuasahakan untuk pertanian tidak dapat diusahakan segera disebabkan kelewatan pihak Kontraktor dilantik untuk mengusahakannya sejak Jun 2009 hingga November 2009 dan telah dilanjutkan lagi sehingga 31 Januari 2010.
Keperitan penduduk tersebut amat terasa apabila ekoran membuat pembayaran pinjaman, bayaran persekolahan anak-anak, bayaran bil api dan air serta belanja harian. Difahamkan, tiada apa yang mampu dibuat oleh penduduk tersebut melainkan memohon jasa baik Jabatan Pertanian untuk mengambil tindakan segera berhubung permasalahan ini.
Imbasan kepada perlaksanaan kerja oleh Kontraktor difahamkan tiadanya papan tanda disediakan yang menunjukkan kerja-kerja tersebut dilakukan kontraktor berserta tempoh siap kerja tersebut sebagai bukti perlaksanaannya.
TINDAKAN : Syabas diucapkan kepada Jabatan Pertanian kerana telah mengambil tindakan dengan memberhentikan sementara waktu kerja-kerja tersebut dengan segera bagi membuat penelitian berhubung permasalahan dihadapi antara penduduk, kontraktor dan keadaan geografi.
*Nota: ingat kepada prinsip kerja dan matlamat berikut iaitu 'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'.

No comments: