SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, January 14, 2010

TAKLIMAT PROGRAM CLUSTER PLASMA DAN SPIN OFF PROJEK PENANAMAN JATROPHA

Simbolik Penyerahan Baja Organik kepada wakil peserta oleh Dr Baharum Ismail
Simbolik Penyerahan Benih Pokok Jarak atau Jatropha
Penyerahan MoU antara Alam Widuri Sdn Bhd dengan Elham Enterprise
Wakil dari Elham Enterprise menandatangani MoU
Wakil dari Alam Widuri menandatangi MoU
KOTA MARUDU, 14/01/2010: Pengenalan dan penjelasan berkaitan dengan Jatropha telah disampaikan oleh Dr Baharum Ismail, Senior Principal Engineer Sirim semasa merasmikan Taklimat Program Cluster Plasma dan Spin Off Projek Penanaman Jatropha di Mini Dewan Kg. Timbang Batu 2, petang tadi.
Rata2 peserta yang mengikuti taklimat ini amat tertarik dengan program ini. Penanaman Jatropha yang hanya dalam tempoh setahun saja, tuaian pertama sudah diperolehi akan mampu memberi pendapatan yang lumayan. Selain itu, hasil daripada tuaian itu akan dibeli oleh Alam Widuri. Peserta tidak perlu risau kerana pihak Alam Widuri akan memberi pinjaman dalam bentuk baja organik dan benih. Peserta hanya perlu menyediakan tapak atau kawasan penanaman.
Bimbingan berterusan akan diberikan oleh Elham Enterprise selaku pelaksana projek ini di daerah ini. Menurut salah seorang wakil Elham Enterprise, Puan Zakiah, pihaknya akan mengadakan kursus penanaman dan penjagaan Jatropha pada masa terdekat ini. Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini, bolehlah menghubungi beliau melalui H/P: 0198702919 atau pun wakil Elham Enterprise di Pekan Kota Marudu.

3 comments:

maikong said...

bagus juga prgm ini..akan membantu org kg..utk mendapat pendapatan lumayan..Saya Sangat2 berharap agar segala janji2 YG diberi kepada penduduk..tidak menjadi tinggal janji bila..masa menuai..dan janji utk membuatt bimbingan....

SANGURU said...

Ini pendekatan sambiosis. Win-win. Penduduk/pemilik tanah sediakan ladang dan "pekerja/jd peekrja", kompeni tinggal beri "bantuan" sikit2, ada hasil mereka beli, save cost, Strategi perniagaan yang sangat bijak! Kita patut tiru model bisnes begini.
Tp begini pak/gaman/inan, jika ada tanah terbiar, elok joint. Ini peluang juga. Tapi, jika tanah ada getah, sawit, dll, jgn kelam kabut kasi tukar tanaman. Klu dpt tanam celah2 getah. Jgn jd mcm jiran sy d kg, masa padi naik harga, ditebangnya getah2 walhal baru mulai keluar hasil, skg apa jd? Menyesal pn nda da guna.
Warga kg sekalian, tuan/puan sudah ada anak2/anak2 buah yg cerdik pandai, "bertanya dulu sebelum buat..."

maikong said...

na ini cabaran klu banjar datang..ini kws rendah...