SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, January 14, 2010

TEKUN OH TEKUN

Seperti yang saya ceritakan dalam entri saya yang lalu...masalah menggaji pekerja asing cuba sedaya upaya saya atasi.Iklan demi iklan saya keluarkan dimana-mana...dari tampal menampal dinding kedai sampailah kedalam blog SAM.....semuanya kerana ingin mencari pekerja tempatan. Agak ramai juga yang datang untuk ditemuduga tetapi sayangnya 70% yang hadir adalah pemegang kad IMM13 (pelarian filipina) manakala 29.9% adalah warga TEMPATAN ????@@!! TEMPATAN ????@@!!......saya ragu..... Mereka ada Mykad.Selaku orang awam sukar bagi saya untuk membezakan antara yang palsu dengan yang asli.Namun sebagai ORANG ASLI Sabah....saya boleh cam dengan mudah WAJAH-WAJAH ORANG ASLI Sabah ini......hmm. Apa cara saya....temuduga guna bahasa dusun kalau dia mengaku dari suku dusun....Nokuro tu mad ko timur ko...dusun ko gam owo....atau guna bahasa bajau jika dia mengaku bajau....jomo minggo kam tu? Kota Belud? Bana tek....bara ku kam tu bugis.... Kerana terdesak....timbul idea dalam kepala otak saya yang kian tumpul ini untuk membuka Outlet Makanan Melayu yang ala-ala KFC atau McD gitu....saya yakin kedai makanan melayu era baru ini akan lebih menarik remaja tempatan untuk bekerja kerana suasananya lebih glamour. Idea ini saya turunkan atas kertas dan bawa berjumpa dengan pegawai TEKUN.Borang permohonan pinjaman segera diberikan pada saya disamping khidmat nasihat yang sangat berguna.Terima kasih banyak kepada pegawai TEKUN NASIONAL yang benar-benar tekun berkhidmat."Jangan lupa puan minta recommendation dari mana-mana Ketua Bahagian UMNO....permohonan puan ini kira ok semua ni sudah lengkap....cuma tandatangan dari Ketua Bahagian itu saja lagi yang diperlukan". Dengan senang hati saya pun menghubungi seorang hamba Allah ini yang merupakan Ketua Bahagian dan juga Timbalan Pengerusi TEKUN NASIONAL seluruh Malaysia(Besar pangkat ini orang asli Sabah dalam TEKUN).Dalam hati saya berfikir tentu beliau tidak ada masalah untuk menandatangani borang yang telah saya lengkapkan ini tambahan pula suami saya adalah ahli UMNO Bahagian ini. Saya menghantar borang ke pejabat beliau...."Dia tiada sini sekarang tau...tunggu 1 minggu la aahh...nanti dia datang dia sain laitu".Lepas seminggu...saya dikejutkan dengan berita ini... "alaa sek...minta maaflah banyak2 aahh...dia inda mau sain tau...dia bilang ini kedai bukan dalam kawasan dia bah...dia bilang dia tidak kira apa fahaman politik atau apa bangsa tetap dia tolong kalau dalam kawasan dia....tapi kedai kau di KK kan inda termasuk dalam kawasan dia...." ???@@@@!!!!.....itu kedai kah yang mengundi sama dia atau tuan punya kedai? Saya rasa itu kedai tidak pandai menulis itu....bukan kah? Itu pemilik kedai yang mengundi dalam Bahagian dia dan menetap tinggal dalam Bahagian ini.Adehhh.....tidak kira fahaman politik kah atau main politik sudah ini.....apa macam bumiputra mau maju kalau begini.....

6 comments:

srixon said...

aiks nah sepa juga tu orang tuan maskudkan tu terus terang bagi tau disini? bahalul punya orang kalau mcm tu!

Little Mike (LM) said...

ingin bertanya. Apa status permohonan pengundi yang membuka perniagaan di luar kawasan pilihanraya?

Adakah bila orang kita buka perniagaan, maka perlu 'kawasan YB berkenaan' baru boleh berniaga??

Inilah kalau orang mau berniaga pun masih terjebak dalam mainan politik... Sepatutnya, YB berkenaan perlu menggalakkan orangnya maju ke depan. Kenapa sukar sangat turun tandatangan? Sebab penat tandatangan tiada berbayar ka? tidak tau la kalau sampai ke situ. Harap bantu orang kita bila orang kita ada daya usaha memajukan diri.

maikong said...

utk membuat pinjaman tekun perlukah kelulusan/restu/rekomen dari...ketua bahagian(umno)..atau klu dpt restu..senang lulus....atau ini memang prosedurnya....?

maikong said...

pn, kena terima bahawa lebih separuh anak2 tempatan tempatan kita tidak suka berkerja d kedai kopi/restoren(terbuka),,alasan tidak glomur..Namun cadangan Pn utk membuka outlet ala2 kfc,..idea yg sangat bagus..saya rasa akan menarik minat anak2 tempatan utk berkerja(berhawa dinginkah PN)?,..walaupun dlm jangkamasa yg tidak lama..mereka akan silang berganti2..macam pekerja KFC..banyak yg hanya beberapa bulan/tahun...saja,..macam saya pernah berkerja d KFC karamunsing..8 bulan saja..berhenti krn dpt kerja baru......

SANGURU said...

ada 3 kemungkinan. Pertama, "halangan" dari Tuhan, kedua, halangan dari "PA" org besar tu. Ketiga, halangan dari org besar itu sendiri. Jika ini halangan dari Tuhan, bersyukurlah kerana ada hikmahnya. Mungkin bisnes tu x sesuai utk puan.
Pendek kata, lapangkan saja dada dan terus berusaha...

Umar said...

Pn,

karenah sedemikian tidak sepatutnya berlaku. apapun selain TEKUN, kita ada YUM (usaha maju) dan AIM (Amanah Ikhtiar). YUM sy kurang arif, tapi kalu AIM sy cukup masak. Cuba di AIM. AIM memang telus cuma pembiayaan itu tidak boleh dapat dlm jumlah yg besar terus tapi berperingkat. utk rekod sudah ada ahli lama yg pernah meminjam sebanyak lebih RM 40K secara berulang kali.

Gd luck pn!