SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, January 21, 2010

TERIMA KSIH TUHAN...TERIMA KASIH SAHABAT SAM...TERIMA KASIH TEMAN..

Salam Kasih Dalam Tuhan..
Puji Tuhan kerana lewat tahun 2010 kita masih diberikan peluang untuk menikmati hidup di dunia fana ini. Maaf kerana sudah lama tidak membuat entry dalam blog kesayangan kita ini. Bukan tidak ada idea atau bahan untuk dikongsikan tetapi memandangkan keterbatasan diri, maka tertangguhlah semua perkongsian itu.
Perkongsian saya pada kali ini bukan merujuk pada sesiapa melainkan merujuk pada diri saya sendiri bersesuaian dengan tajuk posting saya iaitu TERIMA KASIH TUHAN...TERIMA KASIH SAHABAT SAM....TERIMA KASIH TEMAN.
Posting ini jauh sekali mendabik dada cuma sekadar ingin berkongsi rasa syukur yang amat sangat pertama kepada TUHAN atas peluang hidup yang DIA berikan kepada saya. Untuk pengetahuan rakan2 semua, pada 23/12/2009 (malam berinai adik lelaki saya) saya telah mengalami kemalangan jatuh dari kereta dan mengalami kecederaan patah tulang selangka, cedera di bahagian muka dan beberapa bahagian tubuh dan kepala.. Syukur kerana saya selamat dari tragedi itu walaupun terpaksa menanggung kesakitan sehingga ke hari ini. Sehingga ke hari ini saya masih trauma dan saya tidak boleh lupa tangsian ibu dan anak2 saya ketika saya terlantar di atas katil wad kecemasan. Malam berinai adik saya jadi suram dengan tragedi yang menimpa saya, pun begitu saya bersyukur sangat kerana dapat berkongsi kegembiraan adik saya di hari bahagianya.
Keduanya, saya mengucap terima kasih kepada sahabat2 saya dalam SAM kerana tidak habis2 memberikan saya sokongan moral terutamanya Tekong SAM yang balik-balik datang melawat saya. Tidak juga lupa kepada sepupu merangkap anak buah saya iaitu Dr.Nellson Maisin yang banyak bagi saya tips kesihatan dan berikan saya ubat untuk keperluan saya. Untuk Illie Jaymon @ DJ LUGU & Little Mike @DJ LM,thanks kerana sentiasa menghiburkan saya di udara UtaraFM. Untuk Coach @ Ridwan Yaakub, Dinakan,Mimie,Ashs,Kak Kyro,Ming,Elly dan semua sahabat dalam SAM yang lain, terima kasih untuk nilai persahabatan yang tiada galang gantinya ini.
Isimewa buat suami tercinta Jesvi Taising @ Tompinai..BIG THANKS kerana begitu sabar menjaga saya walaupun sering jadi mangsa kemarahan dengan emosi saya yang tidak stabil selama sakit ini.Terima kasih kerana menjaga saya dan anak2 kita dengan baik.
Ketiganya ucapan TERIMA KASIH kepada YB. Pn Anita Baranting kerana walaupn punya jadual yang sangat padat, beliau tetap meluangkan masa datang melawat saya dan merupakan orang pertama yang melawat saya keesokan hari selepas saya kemalangan.Thanks untuk Letty dan Rohaya juga kerana melawat saya.
Jutaan terima kasih juga kepada rakan2 di facebook kerana tidak henti2 memberikan sokongan moral dan menghiburkan saya.
Selama terperap dengan kesakitan ini, saya banyak berfikir betapa besarnya peluang yang diberikan kepada saya untuk hidup walaupun sudahnya hidup ini tidak kekal di dunia yang serba ada. Justeru marilah kita mempergunakan hidup ini sebaik mungkin. Ketika saya membuat entry ini, air mata berguguran di pipi. Bayangkan jika saya mati dalam tragedi itu..apa akan jadi pada anak2 saya? apa akan jadi pada ibu saya? apa akan jadi pada suami saya? apa akan jadi pada sahabat2 tersayang saya dengan pemergian saya tanpa seucap kata???... begitu sukar untuk saya gambarkan..terasa sesak dada ini.
Dan sepanjang tempoh ini, disinilah saya mengenal akan nilai dan erti persahabatan yang sebenar. Dalam SAM nilai sahabat dan persahabatan itu begitu kuat seperti sebuah keluarga. Sahabat jauh dan dekat bagaikan begitu hampir dengan saya untuk memberikan kekuatan dan sokongan..Saya bertuah menjadi ahli SAM dan saya menyeru supaya kita pelihara SAM ini, mudah-mudahan ia menjadi harta yang boleh diwarisi setiap generasi kita...AMEN.

12 comments:

IsOn said...

Maaf Nong kerana belum datang melawat walaupun jarak tidaklah terlalu jauh sangat. Apa pun doa dan harapan saya agar kau cepat sembuh dan terus diberkati Tuhan.

JMimie said...

Nong,

Walaupun kita lama tidak berjumpa namun syukurlah kerana dunia maya, SAM khususnya mendekatkan kita lebih rapat drp ketika dpt bersemuka dulu.

Ketika membaca entry ini, Saya sangat faham perasaan yg kau rasakan. Sesungguhnya, segala yg berlaku pasti ada hikmahnya...terima kasih kerana kita dapat saling menyokong antara satu sama lain di saat2 yg sukar spt skg...terima kasih di atas penghargaan dan persahabatan ini Nong...terima kasih SAM.

Semoga cepat sembuh. God bless u n family.

Little Mike (LM) said...

Syukur dan Puji Tuhan. Mengharapkan Nong cepat sembuh. Terima kasih atas persahabatan selama ini... God Is Good.. All The Time...

maikong said...

saya puji kesabaran/ketabahan kau Nong dan sekeluarga....
entri kau boleh memberi kesedaran kepada pembaca...syukur kepada Tuhan...harap2 penglibatan kau semua dlm aktiviti Sam..sedikit sebanyak menghilangkan trauma..

ming2elly said...

saya & elly juga bersyukur untuk nong sebab suda pulih dari kemalangan. dan semoga terus ceria di hari2 berikutnya!

1 malaysia ! 1 marudu ! 1 SAM !

SANGURU said...

syukur kr x lupa bersyukur. Tahniah kr LULUS ujian Tuhan. Tentu banyak hikmah dan pengajaran yg dipelajari semasa sakit. Masa sakitlah kita biasanya banyak mengenal banyak hal.
"SIMPAN BAIK2 DAN PIARA BAIK2" dan simpan rahsia.

SANGURU said...

"SAM DIDAHULUKAN, MASYARAKAT DIPERHATIKAN"

SANGURU said...

betul tu nong,
tabik pd TOM! bicara tanpa suara la yang menarik hatiku saat pertama mengambil sdr sbg ahli SAM.
"bnyk bicara tanda kurang aura. Mampu bicara tanpa suara itu yg terutama."

wiramerah said...

Puji Tuhan..syukur...semuanya selamat...Nong..sya minta maaf sebab tidak datang melawat..pertama kali mendengar berita ini sya terkejut,sedih..lagi sedih berita ini sya dengar setelah sya kembali ke KL dan melayari SAM..dan kejadian itu pula berlaku di kg sya..sya blk kg pd 24.12.2009 sehingga la sya kembali ke KL pd 6.01.2010.Sepanjang tempoh cuti itu sya tidak berkesempatan melayari SAM dan tiada pula sya dengar apa2 berita kemalangan di kg sya..sya langsung tidak tahu kemalangan yg menimpa kakak Nong...kalu sy tahu tu sya sudah datang melawat..maafkan sya Kakak Nong...
Walauapa pun sya dan keluarga sentiasa mendoakan kesejahteraan Nong dan keluarga..Semoga Cepat Sembuh dan teruskan berbakti.

DINAKAN said...

semoga cepat sembuh Nong...
jangan lupa jaga kesihatan juga...
kerana, sakit adalah satu ujian, keadaan sakit adalah satu dugaan dan kerana sakit adalah satu hikamah perjalanan.

semoga cepat sembuh...

Umar said...

Didoakan semoga pulih sepenuhnya dan dapat menjalani kehidupan seharian seperti sedia kala...

Anonymous said...

Salam kasih d dalam nama Allah pemelihara Alam semesta dan yg berkuasa segla galanya d seantero Alam buana ini,Puji ALLAH,Tidak ada yg MUSTAHIL bagi Allah, Kerana Allah MAHA BERKUASA d Alam ini.Syukur kerana MENYEDARkan diri anda kepada Allah maha Kuasa..Dan KESEMBUHAN anda serta UJIAN yg anda lalui.....