SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, January 20, 2010

URBAN STORM PRIHATIN (2)

(Gambar: Dari atas: 1. En. Josin, Pengerusi JKKK (ahli NGO Sabah) Kg. Mosolog menyampaikan bantuan kepada warga Kg. Mosolog. 2. En. Jod Bungas, ahli Komuniti PERDARAH Kota Marudu, menyampaikan bantuan kepada wakil penerima Kg. Damai. 3. En. Sabli Ambang, ahli NGO Sabah menyampaikan bantuan kepada penerima Kg. Longob. 4&5. En. Androd, Pengerusi SAM/Gabungan NGO Sabah menyampai bantuan kepada wakil penerima Kg. Salimandut dan Kg. Tingkalanon. 6. En. Jossin menyampaikan bantuan kepada wakil penerima Kg. Garuda). TANDEK, KOTA MARUDU, RABU : Baru sebentar tadi Pihak SAM menyempurnakan agihan bantuan daripada Urban Storm Sdn. Bhd. Kali ini SAM dibantu oleh ahli2 gabungan NGO yang siap siaga menghulurkan bantuan. Operasi bermula di Kg. Damai, Mosolog, Longob, Salimandut, Tongkungon dan berakhir di Kg. Garuda. Bantuan yang diberi dalam bentuk keperluan dapur. Mereka yang menerima adalah golongan daif, warga emas dan terjejas akibat banjir baru2 ini. Operasi ini hanya memakan masa lebih kurang 2 jam kerana semua pihak menepati masa dan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Pengajaran yang mungkin boleh kita pelajari dari operasi ini ialah: TIDAK SUSAH MEMBANTU JIKA ADA KEMAHUAN, KEIKHLASAN DAN KETELUSAN SEMUA PIHAK. Nota: Ada antara penerima dalam gambar hanyalah wakil/"agen" yang dilantik dan diamanahkan untuk mengagihkan bantuan kepada penduduk kampung yang daif dan terjejas banjir.

10 comments:

SANGURU said...

dalam masa terdekat, pihak urban storm dan SAM akan menyalurkan bantuan khas kepada kg. Kuranji. Bantuan ini sama besarnya dengan bantuan yang disalurkan kepada urusetia di pjbt Daerah KM.

maikong said...

syabah kepada petugas sukarela SAM..nampaknya pengagihan berjalan sangat lancar ...

Little Mike (LM) said...

Syabas atas usaha dan pertolongan tidak henti2 dari URBAN STORM. Terima kasih kepada rakan2 di SAM kerana berperanan begitu baik...

SANGURU said...

Jika tiada halangan, ops kuranji akan dibuat pada sabtu ni jam 4 pm. Ahli2 SAM yg dpt hadir bersama diharap sama2 dlm ops ini.

SANGURU said...

pembekal beras terkejut sebab SAM pilih beras anggur utk diberi kepada penerima. Katanya, taukeh2 besar pun hanya sumbang beras murah. Sy kata "SAM mau beri yg terbaik untuk menunaikan niat baik pemberi dana".

DINAKAN said...

STAF SAM AKAN HADIR JIKA TIADA HALANGAN...

Syabas kepada semua yg membantu mangsa banjir. Terutama URBAN STORM.

Semoga sumbangan tersebut dapat meringankan beban mereka yg memerlukan.

Umar said...

Terima kasih yg tidak terhingga kpd Urban Storm Sdn. Bhd. Syabas kpd petugas SAM dan ahli NGO yg berkerja keras di dalam operasi tersebut.

BUDIMAN JUGA said...

SYA NAMPAK DLM GAMBAR RAMAI BETUL ORG YG TELAH MENERIMA SUMBANGAN DPD CEO.. PATUTLAH DO SENANG HATI TERSENYUM LEBAR SEMANIS MADU. SYA PERCAYA CEO IKHLAS MEMBANTU MANGSA BANJIR INI DAN TIDAK BERTUJUAN UTK MENGGUGAT KEDUDUKAN SESIAPAPUN DIKALANGAN PEMIMPIN DI DAERAH INI, TAPI KLU ADA YG RASA TERGUGAT BAH .. BUATLAH KERJA KAMU DGN BETUL SEBAB KITA AKAN SETIA KEPADA YG BETUL SUKA MEMBANTU ORG YG MEMERLUKAN. KLU SYA PUN YG MEMPUNYAI KEMAMPUAN, SYA JUGA AKAN
MEMBANTU DGN IKHLAS KPD YG MEMERLUKAN SEPERTI CEO DAN SAM TELAH LAKUKAN INI. SYUKUR KPD ALLAH DAN SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI.

Anonymous said...

Betul tu BUDIMAN JUGA...Orang bilang jangan HANGAT2 TAHI AYAM saja...Membantu dan menyumbang ini biarlah secara yg BENAR2 IKHLAS dengan NIAT yg BETUL atau ada Udang d sebalik Maggi...Jangan Meghuru-harakan dengan menikal fikiran Rakyat dengan cara halus....

motulis said...

terima kasih yg tidak terhingga kpd sam kerana membantu kami sebagai kawan2 rapat dan saudara terdekat sam walaupun kami tidak terjejas teruk tapi kami memang memerlukannya. semoga bantuan yg seumpama ini akan berterusan dlm apa jua keadaan bencana.