SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, January 10, 2010

WAHAI TEROPONG HIKMAT...TUNJUKKAN SIAPA...

Semalam kalau tak silap, saya dengar di TV bahawa pihak UMNO akan meneropong bakal pemimpin masa hadapan dan turut dilancarkakn konsep Juara Rakyat. Bagusssss.... Ikhlas saya katakan, saya/rakyat menyambut baik penggunaan TEROPONG oleh pihak UMNO dalam memilih calon2nya pada PRU ke-13, (Jika bisa, semua parti pun kena pakai teropong...) kerana inilah yang semolek2nya. Sedangkan sahabatpun perlu dicari, inikan pula pemimpin permata bangsa dan negara. Jika ini diimplementasikan sepenuhnya, saya yakin UMNO ada perubahan dan (barulah) saya ringan hati untuk berdoa - ALAH LANJUTKAN KEPIMPINAN UMNO... Namun, TIGA saja persoalan saya ingin kemukakan: Pertama, siapa tukang teropong? Sebab tukang teropong boleh mempengaruhi hasil peneropongan. 2. Sejauhmana dan seluas mana skop peneropongan? Jika barisan depan saja dan di "belah kanan" saja diteropong, hasilnya pasti kurang memuaskan. Dan ketiga, yang paling mustahak, jika ditakdirkan TEROPONG HIKMAT itu menyatakan bahawa "si polan, ahli biasa UMNO di perbukitan" adalah hero/Juara Rakyat, apakah UMNO punya keberanian untuk memilihnya ataukah tetap juga dengan kaedah lama memilih calon iaitu...

3 comments:

DINAKAN said...

tuan...
kalau teropong benda lain boleh ka? hehehe... 'Zam-zam alakazam..cuba tengok siapa sedang membaca komen ni..?'

kyro said...

Pandangan saya kabur kaaaabuuurrr.....

TONDIRAN GOWOT said...

Mudah-mudahan teropong diorang terkena pada org yg betul, org yg dikenali dan telah banyak berjasa kepada org kampung yang selalu memerlukan pertolongan.. Amen