SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, January 1, 2010

Where there is a will....there is a way

Masa saya kecil-kecil dulu setiap kali ada kemusykilan, saya akan tanya bapa....setiap persoalan akan saya kemukakan pada bapa. Dan bapa akan menjawap dengan hanya sebaris ayat ini .....where there is a will, there is a way. Hingga kini....kata-kata ini menjadi pegangan hidup saya. Saya ada seorang kawan.Namanya Darwis.Berasal dari Sulawesi Selatan.Datang ke Kota Kinabalu sehelai sepinggang.Masuk secara halal....tetapi akhirnya menetap secara haram. Jangan salah faham,saya tidak memberi perlindungan kepada PATI.... Kawan saya ini kerjanya menjual sayur di pasar besar Kota Kinabalu.....tanpa lesen,tanpa sebarang dokumen pengenalan diri....tapi dia bebas malah beliau berniaga hanya di kaki lima pasar tanpa meja.... Dewan Bandaraya tak kacau dia....Polis pun tak ganggu dia.Semua orang jadi kawan dia dan dalam masa yang sama jadi pelanggan sayurnya. Setiap hari dia berniaga dipasar dari seawal jam 4 pagi hingga jam 6 petang 365 hari setahun tanpa gagal.Walau sakit atau demam dia tetap akan ke pasar kerana katanya ....tambah sakit lagi aku kak kalau duduk-duduk di rumah.... Biasanya dia akan memakai seluar panjang hitam lusuh dan baju singlet putih serta boot getah warna kuning persis boot Phuah Choo Kang. Satu hari saya ke pasar saya lihat dia bukan main kacak....Wah...mau kemana Wis? Nda jualan ini hari? saya bertanya. Aku mau pigi imigresen kak.Mau jamin pasport tapi bayar sendirilah.Pakai nama tauke.Aku mau balik kampung bah kak.Mau tengok anakku sama rumahku.Aku bangun rumah disana bapaku yang urus.Sekarang sudah siap.Inilah aku mau balik.Mau kenduri masuk rumah baru kak.Nanti petang baru ada sayur baru kak...pagi punya sudah habis.Nanti jam 4 lah kakak datang ambil sayur ya.Jawap Darwis panjang lebar.Rupanya dia tidak mahu terus-menerus menjadi PATI. Dihari yang lain saya ke pasar dan berjumpa dengan Darwis. Macamana pasport mu Wis, ok juga? Bila kau balik kampung? Saya mula menemu ramah. Ok kak.Dijamin sama tauke tapi aku sendirilah yang bayar.Tauke nda keluar duit satu sen pun. Jawab Darwis. Wahh...mahal itu Wis. Banyak duit mu ya. Saya menjawab. Ia kak.Insya Allah saya balik ini bawa wang Rm100,000.00 saya kumpul sikit-sikit duit jualan sayur. Empat tahun kak saya dapat RM100,000.00 Saya tergamam mendengar penerangan dari Darwis....jual sayur 4 tahun dapat kumpul RM100,000.00 ? Darwis tidak ada kebun sayur,dia datang sehelai sepinggang...dia tidak ada modal besar untuk memulakan perniagaan.Tapi dia mampu menjadi peniaga sayur dengan pendapatan bersih terkumpul sebanyak RM100,000.00 dalam masa 4 tahun.Bagaimana? Bambang Suharno, dalam bukunya "Langkah Jitu Memulakan Perniagaan dari Nol" (Jakarta,Penebar Swadaya 2007) menulis tentang modal seperti berikut: Hakikatnya modal tidak semestinya dalam bentuk wang.Otak anda adalah modal utama dalam memulakan usaha.Jalinan persahabatan juga termasuk modal.Kebodohan adalah modal untuk menjadi pandai, miskin adalah modal untuk menjadi kaya dan tidak mempunyai modal adalah sarana untuk mendapatkan modal. Apa yang dikatakan oleh Bambang Suharno itulah yang dipraktikkan oleh Darwis.Beliau mendapatkan bekalan sayur dari ladang tanpa modal awal hanya berdasarkan jalinan persahabatan dan rasa percaya.Ambil dulu bayar kemudian.Kerana adanya kemahuan dan sifat jujur tauke ladang mahu menjalin kerjasama dengan beliau.Setiap pagi tauke ladang akan menghantar sekurang-kurangnya 500 beg sayur dan 500 beg lagi akan dihantar diwaktu petang.Darwis akan melonggokkan sayur-sayur ini di kaki lima pasar. Kerana jalinan persabahatan yang baik antara Darwis dan orang ramai, sayur jualannya akan habis terjual dalam masa yang sangat singkat.Pelanggan sayurnya terdiri dari peniaga restoran,hotel,asrama sekolah,asrama akedemi polis dan ramai lagi. Bayangkan jika 1 restoran membeli 10 beg sayur sehari, 500 beg hanya mampu menampung keperluan 50 buah restoran sedangkan disekitar Kota Kinabalu terdapat lebih dari 1000 buah restoran, belum termasuk asrama dan hotel. Menjual 1000 beg sayur sehari bukan masalah bagi Darwis.Dan cuba bayangkan jika Darwis mengambil untung RM1 sahaja bagi setiap beg sayur yang dijualnya...? RM1 x 1000 beg sehari = Rm1000.00 RM1000.00 x 365 hari setahun = RM365,000.00 Tolak (-) sewa rumah, makan minum,bayaran levi,kiriman wang ke kampung......dll Masih ada RM100,000.00....... DIMANA ADA KEMAHUAN...DISITU ADA JALAN

6 comments:

Umar al-Longobi said...

Sy terus terang, sy amat termotivasi dgn entri pn.kyro. simple tapi praktikal dan berkesan. sy ada seorang kwn. dia baru habis belajar, terus bukan bisnes. sy tanya dia, dapat modal dari mana? dgn selamba dia menjwb, "...modal sy adalah keyakinan pd diri sendiri...". baru2 ini sy dengar beliau telah membuka cawangan di Nilai, N.9 selain di KK. mungkinkah kita terlalu byk berfikir dan merancang sehingga tidak temula2 itu bisnes? adesss...

SANGURU said...

prinsipnya, beri perkhidmatan kpd org. X kisah apa dan mcmna yg penting org mau, org yakin. Misalnya:
1. Pi merantau, berguru ilmu silat campur2 mistik2 etc. misalnya, ramai org kaya mau pakai bodyguard
2. Yg pompuan, berguru tukang urut perut, kdg2 bidang kg lebih terror dr doc/nurse dlm hal2 begini, ramai datin2 akan perlukan nanti. Percayalah.
3. Jadi bomoh handal yg esteady, percayalah bhw manusia sampai kiamatpun masih percaya dan pakai bomoh wpn tapuktapik2...

Carl S. Adun said...

cukup motivating...klu la sya dapat ikut mcm darwis yang cekal & sabar...

kyro said...

Salam Tuan Umar,Sangguru n Carl,

Terima kasih atas komen tuan2 semua. Sebenarnya dari kita2 saja baitu kalau mau.Apa2 pun boleh.Seperti kata Sangguru,jadi bomoh esteady pun boleh. Sebenarnya saya 1 lg kawan di Jakarta.Dia buka klinik tradisional-urut refleksologi + doa + daun2an lah.Lumayan juga sebab orang2 kaya disana ramai datang termasuklah dari Msia sendiri.

MindaGuru said...

Bab usaha dan kejayaan yang cukup motivating... wajar jadi panduan untuk berjaya. Thks Kyro..

Selamat tahun baru pn.

Little Mike (LM) said...

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan