SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, February 28, 2010

Kebanggaan Seorang Lelaki

(i) Semasa saya bujang dulu, saya pernah ditanya oleh rakan sekerja senior (3 orang anak) berkenaan satu soalan. Ayatnya agak klise tapi bukan falasi. Sekali dengar ia semacam berunsur melankolik. Bunyinya begini, "Mar... sia mau tanya kau. Kau lelaki, kan? Ok, kau rasa-rasa apa kebanggaan kau sebagai seorang lelaki?. Jawab dulu kunun". (ii) Tanpa berfikir panjang saya menjawab, "Berkahwin dan mengawan bersama dengan pasangan di malam pertama...". Dengan diiringi hilaian tawa, rakan saya ini mengatakan, "Kau silap Mar..., dengar ini urang pengalaman cakap". Kebanggaan seorang lelaki adalah:- a. Apabila disahkan oleh jurunikah dan saksi semasa majlis akad nikah (pernikahan). b. Apabila lahirnya anak sulung (dan seterusnya). c. Apabila si anak mula memanggil kita bapa. Faham, ha ha ha...". (iii) Demikianlah pandangan beliau sebagai seorang lelaki yang perasan sejati, hahaha. Setiap lelaki mungkin berbeza. Anda bagaimana? Kaum wanita pun boleh menjawab bagi pihak lelaki. Faham-faham sajalah lelaki ini pemalu sedikit. Nota: Ini bukan teks Hebrew. Sila baca dari kanan ke kiri segmen (ii), jika anda benar-benar ingin mengetahui jawabannya.

Saturday, February 27, 2010

Dilema asrama SMK telah dapat perhatian KPM

Tandek,Kota Marudu: Permasalahan penginapan pelajar dari kawasan perbukitan yang saya/SAM pernah utarakan di SAM kini bakal selesai. Usaha bersepadu pihak sekolah dengan kerjasama pemimpin UMNO tempatan serta restu pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu telah menampakkan tanda positif. Ekoran daripada usaha tersebut, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia telah turun padang melihat sendiri permasalahan ini pada awal bulan Januari lepas (lawatan tersebut telah dipaparkan oleh SAM). Pihak sekolah telah menerima maklum balas positif daripada pihak kementerian. Pihak kementerian sedang berusaha untuk menambah bangunan asrama. Demikian menurut pihak pentadbiran sekolah ini.

Dilema Gula...

Kota Marudu, Sabah: Saya menerima aduan dari orang kampung bahawa ada pekedai yang jual gula pada harga RM1.85 dengan syarat mesti membeli tepung dan/susu. Apakah ini prasyarat penjualan gula? Ada sesiapa boleh kongsi maklumat? Boleh tolong?
Untuk makluman, ketiadaan bekalan gula telah menjejaskan pendapatan para peniaga kuih tempatan, bahkan ada yang terpaksa menghentikan operasi mereka. Harap ada usaha menangani masalah rakyat kerdil ini. Kemana Sang Juara?...

SETIAP KELEBIHAN, ADA TANGGUNGJAWAB...


(Gambar hiasan)
Salam 1Malaysia. Aku mengingatkan diriku: Setiap kita ada kelebihan, dan setiap kelebihan ada tanggungjawab dan setiap tanggungjawab akan dipertanggungjawaban, baik semasa hayat atau/dan selepas mati. Menjadi hartawan, pemimpin, kontraktor, doktor, guru, dukun, peniaga atau apa saja yang luar biasa, adalah satu kelebihan tapi bukan satu yang perlu dibangga2kan semata2 kerana ada hak2 orang lain yang perlu dipenuhi.
Saya misalnya, selain tanggungjawab sebagai anak, suami, ayah, guru, pentadbir, ahli masyarakat dan sebagai HAMBA ALLAH, akan turut dipertanggungjawabkan tentang tulisan saya sendiri dalam SAM dan hala tuju SAM (kerana saya menekonginya), makanya setiap hari saya memikirkan, mampukah saya menanggung tanggungjawab itu? Rasanya belum bisa. Maka maafkan saya kiranya selama ini ada tutur kata/tulisan yang menyinggung...
Mari sesekali kita membudayakan refleksi diri. Inilah amalan para sahabat nabi2 terdahulu dan para aulia, sehinggakan mereka lebih banyak menangis dari tertawa.

Percayalah, Anda Adalah Inovator!

Sementara tahun Malaysia Inovatif 2010 masih nyaring didendangkan, apa kata kita banyakkan berbicara hal-hal yang berkaitan dengan inovasi. Sebaiknya, tahun ini kita gunakan sepenuhnya untuk menanamkan budaya inovatif di dalam masyarakat Kota Marudu. Kerana saya cukup percaya!, budaya tersebut mampu mengeluarkan Marudu drp kemunduran membangunkan `kota` ini dengan lebih pesat lagi. Saya merasakan inilah masa yang paling sesuai. Ya, selagi "Kementerian Inovasi" itu 'kita' pegang. Kalau selepas ini dipegang oleh orang lain, payahlah sedikit. Saya faham, beliau bukan menteri untuk Kota Marudu sahaja, tapi menteri untuk seluruh Malaysia. Bagaimanapun, bolehkah saya memohon agar jentera kerjanya yang berada di sini, menggerakkan budaya inovatif tersebut kepada seluruh warga Marudu? Biar seruan gerakan itu sampai di setiap rumah rakyat. Tidak kira di bukit, tepi laut, tanah rata, kampung atau di pekan. Saudara, setiap kita mempunyai potensi untuk menjadi inovator. Malangnya, keyakinan ke arah itu sejak dulu ditumpulkan tanpa kita sedari. Kita dimomokkan dengan satu kenyataan bahawa, "hanya yang ada Ph.D boleh menjadi inovator". Ini silap saudara. Saya tidak menafikan kelulusan tinggi itu boleh membantu, bagaimanapun itu bukan syarat mutlak untuk melayakkan seseorang menjadi inovator. Faktanya, orang yang tidak habis sekolah pun telah menggegarkan dunia dengan inovasinya. Mari kita ambil beberapa contoh. Misalnya Thomas Edison, pencipta/inovator mentol lampu (light bulb). Semasa kecilnya, beliau sering dimarah dan dianggap oleh gurunya sebagai pelajar yang keliru. Alexander Graham Bell (pencipta/inovator telefon) pula, telah meninggalkan sekolah pada usia 15 tahun. Malah tiada yang menarik di dalam rekod sekolahnya. Apa yang banyak dicatatkan dalam rekod tersebut hanyalah catatan ketidakhadirannya ke sekolah dan keputusan peperiksaan yang tidak menarik. Malah, Albert Einstien yang terkenal itu juga seorang yang tidak pandai dalam matematik semasa di sekolah. Oleh itu, kepakaran atau pendidikan yang tinggi tidak menjamin seseorang itu akan menjadi inovator yang hebat. Pokoknya harus ditebang sekarang, kita kenal atau tidak potensi diri yang Tuhan kurniakan kepada kita? Bagaimana kita nak kenal kalau takut mencuba dan cepat berputus asa. Jika anda semua nak tahu, Thomas Edison yang saya sebutkan di atas, sebenarnya terpaksa melakukan 1000 kali eksperimen sebelum mendapat formula sebenar membuat mentol lampu dan bergelar pencipta/inovator. Setelah ciptaan yang pertama gagal, beliau inovasikan dan inovasikan lagi sehingga berjaya. Wah 1000 kali tu! Kalau kita mungkin 2, 3 atau 10 kali pun sudah menyerah kalah. Benarlah kata Thomas Edison, bahawa kejayaan yang sekali itu, membuatkan kita terlupa atau merasa berbaloi dengan kegagalan yang banyak kali. Oleh itu, kita mesti berani mencuba dan jangan mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu. Moga-moga percubaan demi percubaan yang dilakukan itu akan membuatkan kita semakin kenal potensi diri, di samping berkesempatan berguru kepada kesilapan. Seterusnya menjadi inovator yang hebat. Sekarang, seluruh dunia menggunakan mentol lampu dan mendapat manfaat hasil daripada inovasi (terhadap ciptaannya sendiri) yang dilakukannya. Kalau tiada orang sepertinya, alamat kita terpaksa memblog di bawah sinaran lampu minyak tanah, haha.... Kesimpulan saya mudah. Saya menyeru pada diri sendiri dan semua anak Marudu khususnya, agar percaya bahawa setiap kita adalah inovator. Cuma mungkin bidang sahaja yang berlainan. Saya juga meminta semua pihak agar tidak hanya memandang kepada mereka yang berkelulusan. Alihkan pandangan anda semua sebentar, kepada mereka yang tidak mempunyai kelulusan. Jangan biarkan mereka terus hanyut di dalam kejakunan. Korek potensi mereka, latih dan kembangkan. Jikalau ramai inovator yang berjaya ditampilkan, tidak lama lagi suara-suara lantang gatal yang mengatakan Kota Marudu miskin dan mundur, akan semakin lenyap daripada pandangan. Kerana pada masa itu, Kota Marudu telah pesat membangun!
PERHATIAN: Artikel ini juga boleh dibaca di blog REM.

Friday, February 26, 2010

NOTIS DARI ADMIN SAM

Sekali lagi saya selaku admin SAM menasihatkan kepada penggulas2 entri yang tidak boleh mengawal emosi mereka sehingga ada yang sanggup atau sengaja menjatuhkan maruah staff SAM dalam komen mereka.Perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku dan pihak admin SAM sentiasa mengingatkan agar komen2 yang diberikan biarlah berpatutan dan tidak perlu menyerang peribadi sesiapa terutama staff SAM.Namun akhir2 ini saya dapati para penggulas yang gemar menggelarkan diri mereka sebagai "ANON" kerap kali membuat komen yang sengaja ditujukan kepada individu dalam SAM dengan tujuan ingin memalukan.Mungkin "ANON2" ini fikir mereka boleh terlepas dan tidak boleh dikesan maka itulah mereka boleh berbuat demikian.Minta maaf jika anda (ANON2) beranggapan sedemikian kerana setiap kali anda login masuk dalam SAM,segala maklumat IP anda dirakam.Tapi saya tidak mahu mendedahkan siapa anda dan dari mana anda online kerana saya tidak berminat untuk melakukan perkara ini. Sekadar pengetahuan,saya ingin berkongsi bagaimana IP anda dikesan,sila lihat paparan gambar di bawah tetapi jangan takut2..lokasi dan IP anda sudah dipadam..hehehehe

Salam Maulidur Rasul...

(Terlebih dahulu saya memohon keampunan Illahi dan kemaafan kepada sahabat2 pembaca kiranya dalam tulisan ini wujud kesalahan/kesilapan. Yang benar lagi baik itu datang daripada Allah manakala yang sebaliknya datang daripada kelemahan diri saya). Bismillah. Dengan nama Allah. Salam buat baginda Nabi (penghulu sekalian Nabi), salam kepada sekalian pembaca SAM baik yang muslim mahu pun non-muslim. Sesungguhnya kita semua hamba Allah... Hari ini 1 lagi peristiwa penting seantero dunia yang berlaku di hari Jumaat. Tentu para sahabat pembaca sudah maklum bahawasanya banyak sambutan hari kebesaran dan cuti umum tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Maka tepatlah Jumaat itu - "Good Friday". Pada hari ini , telah lahir seorang insan istimewa bernama Muhammad Abdullah lahir menjadi contoh teladan kepada seluruh manusia dan membawa rahmat kepada sekalian alam. Sebagai insan biasa yang terpilih baginda telah diperelokkan budi pekertinya dan itulah jua sifat para nabi dan rasul. Segala sifat-sifat yang baik ada pada insan kamil ini seperti sabar, sederhana, pemurah, pemaaf, pengasih, penyantun, pemalu (malu berbuat mungkar/perkara tidak senonoh), zuhud pada duniawi (tapi tidak pula menolak duniawi), warak (hati-hati dari terjebak dosa hatta yang syubahat sifatnya), alim (walaupun tidak bersekolah tapi dikurniakan ilmu terus dari Allah melalui Jibril), takwa (takut akan Allah semata),istiqamah (terus menerus beramal baik), dan banyak lagi sifat terpuji lainnya. Alangkah baiknya kalau sifat-sifat mulia ini dapat kita contohi bersama sebagaimana kita mencontohi sifat para nabi yang lain sebelum baginda. Seorang orentalis barat (non muslim) ada mengakui bahawa Muhamad bin Abdullah (nabi) merupakan antara insan terbaik pernah dilahirkan di dunia dan telah membawa impak positif kepada dunia khususnya terhadap peradaban manusia sejagat. Sesungguhnya masih banyak yang perlu kita pelajari tentang baginda yang tersurat serta tersirat dalam banyak kitab. Dan ada banyak cara umat Islam khususnya boleh menyambut hari kelahirannya. Berselawat, membuka kitab sirah kehidupan baginda, membaca hadis-hadis baginda, dan apa-apa jua yang boleh menimbul atau menyuburkan cinta terhadap baginda. Rasa cinta itulah kesan tertinggi mengingati Rasulullah, kerana "tak kenal maka tak cinta". Bila tak cinta, segala sunnahnya dianggap bidaah. Bila tak cinta, bagaimana seseorang boleh mendapat cinta dan syafaatnya? Inilah barangkali yang perlu dilakukan oleh insan-insan kerdil seperti saya. Lalu wahai insan-insan lalai seperti saya, marilah wujudkan sedikit ruang kepada baginda Rasulullah di jiwa kita yang selama ini diisi oleh makhluk Allah yang lain. (Khas untuk Cik "M", sama ada mimpi itu benar atau tidak, berbahagialah kerana baginda telah berkirim salam padamu...) Wahai Rasulullah, aku belum sempurnakan itu dan ini, namun telahku sempurnakan yang "1" itu...

Thursday, February 25, 2010

Menyusur Metropolitan: Apa Khabar Anak Perantau?

Merantau dan mencari rezeki. Sinonim dengan semangat anak-anak desa yang cekal hati untuk mencari perubahan dalam hidup. Ingin mengubah kesukaran menjadi lebih baik. Perjalanan mereka ada yang sukses. Ada yang masih lagi meneliti ruang kosong sebarang tawaran kerja. Bagi mereka yang melakukan perjalanan lebih jauh ke syurga kerja, harapan memuncak. Kuala Lumpur terkenal antara destinasi. Dan bermulalah episod yang tidak terduga dalam kehidupan warga perantau.
Mengejutkan... Lebih daripada 400 warga sabahan (Sumber: The Star) merempat dan terkandas di Kuala Lumpur. Tidur di tepi-tepi jalan, tempat letak kenderaan awam atau di laluan tepi bangunan. Lebih menyedihkan bila mereka terpaksa mencari sesuap nasi daripada sisa buangan makanan. Kesemua mereka tidak berkerja.
Kebanyakan mereka ini adalah orang muda berusia antara 16 - 25 tahun yang berasal daripada pendalaman Sabah. Lebih membimbangkan, ada di antara mereka yang kehilangan kerja disebabkan oleh ketagihan dadah. Selebihnya, mengakui menjadi mangsa penipuan ejen pencari kerja dan terkandas.
Tinjauan media massa mendapati wajah-wajah anak muda Sabahan melepak sepanjang masa di sekitar Jalan Masjid India, Kompleks Dayabumi, Perhentian Bas Klang dan sekitar Bukit Nenas, Kuala Lumpur.
Tidak pernah diketahui sama ada perjalanan hidup mereka langsung sampai khabar ke pengetahuan keluarga. Jangan lupa untuk ambil tahu ke mana dan di mana mereka berada. Sayang sekali seawal usia 16 tahun sudah merempat tepi jalan menagih simpati sedekah orang ramai. Harapan kita agar anak-anak muda KM supaya mengambil waktu untuk BERFIKIR dan MERANCANG terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan 'menawan ruang kota'.

Karan oh karan...

PPD KM, KOTA MARUDU: Gara2 bekalan elektrik putus, taklimat khas kepada pihak pentadbir sekolah menengah yang saya sedang ikuti tergangu dua kali. Untunglah saya memiliki iPhone dan talian Celcom broadband yang agak canggih. Post ini saya buat di bilik mesyuarat semasa rehat 5 minit oleh penceramah. Moralnya: mohon pihak berkenaan ambil langkah penambahbaikan. Saya sering dapat aduan penduduk kampung. Kata mereka ganguan kerap berlaku dalam tempoh yang lama. Terima kasih.

MALANG ADA BAU...

KOTA MARUDU,SABAH: Satu kemalangan maut baru berlaku sekitar jam 8 pagi tadi di sekitar kawasan berhampiran bangunan KFC dan BSN. Mangsa seorang warga emas wanita berasal dari Kg. Lampada. Menurut sumber tidak rasmi, mangsa ingin berurusan bantuan kebajikan di BSN. Mangsa dilangar kereta dan mati ditempat kejadian. SAM tidak akan membuat ulasan lanjut kerana tidak mahu menganggu urusan pihak berkuasa. SAM hanya ingin mengimbas kembali kebimbangan pihak kami tentang kesesakan dan keperluan jejentas atau elemen-elemen keselamatan di kawasan paling membinggungkan penguna ini. (Sumber maklumat: Pembaca SAM via SMS dan disahkan oleh staf SAM).

Informatif, Kreatif dan Berani: Bersuara Bukan Menentang

Pemuda ejen penggerak yang boleh mempengaruhi perubahan. Anak-anak muda harus percaya menjadi insan yang berani untuk melenyapkan kerisauan masa depan bumi sendiri. Menegakkan keadilan dan tuntutan untuk berubah harus menjadi ikrar bertitik tolak terhadap elemen tertentu untuk menginteraksikan KM berwajahkan masa depan yang menjadi suara bersama iaitu BERGERAK KE DEPAN.
Saban waktu kita dikongkong oleh 'kebaikan hati' menerima seadanya proses peralihan perubahan yang tidak menghidu sepenuhnya aplikasi pembangunan. Dan bila mana anak-anak muda enggan mengambil bahagian dalam tuntutan untuk berubah, sebenarnya inilah yang menjadi keinginan budaya oleh institusi tertentu agar kita percaya kita tidak mampu tanpa mereka. Anak-anak muda selalu diingatkan usah kritikal. Bukankah harus bersyukur dengan pembangunan yang telah berlaku? Pesan seperti ini cuba 'mematikan' perhatian terhadap proses yang berindikasikan keagresifan, efisiensi atau setidak-tidaknya celik ke arah seberapa pantas pembaharuan berlaku.
Berpaksikan moto SAM: Informatif, Kreatif dan Berani, tuntutannya ialah kita harus membangunkan minda yang alpa, keselesaan yang merujuk kepada minda yang gagal bertindak menurut tanggapan perubahan. Bukan menentang bukan menolak.
Perjuangan adalah suatu proses penuh cabaran, tanggapan, perubahan, pembaharuan, kelahiran semula dan tindakan yang berterusan. Kesilapan yang berlaku dalam membimbing intelek muda ialah membenarkan kumpulan gerak kerja kemajuan berjalan sendiri dan menguasai indeks aplikasi perubahan tanpa memberikan ruang orang lain bercakap mengenai seberapa pantas kecekapan untuk membangun daerah.
Jadi, bila mana anak muda bangun bersuara, itu bukan minda MENENTANG. Berikan peluang kepada anak-anak muda melaksanakan interaksi untuk membangkitkan pemikiran agar dapat memangkin dasar dan tindakan baru. Anggap anak-anak muda sebagai benteng yang berdiri teguh yang bermaksud memperkaya dan membantu menghadkan ketidakadilan dan termasuk meningkatkan pandangan baik kepada sistem politik, ekonomi dan budaya.
Salam SAM dan salam perjuangan

Wednesday, February 24, 2010

RAKYAT JADI BINGGUNG...

Sama ada para politikus sedar atau tidak, kebanyakan rakyat sebenarnya kebinggungan. Yang 1 kata dia juara, yang 1lagi kata mereka berpakat untuk rakyat. Yang baru muncul pula kata mereka 1 team baru yang lebih sayang rakyat. 1 demi 1 bangun dan membuat 1 slogan masing-masing yang sedap di dengar di telinga rakyat namun menyakitkan kepala rakyat yang ada akal di kepala. Bukan 1,2 orang rakyat yang binggung. Ditelan pahit, diluah sakit. Dibiar naik junjung, dibuang takut terbuang. Seorang sahabat saya beri 1 komen yang agak menarik, katanya; "yang 1 mungkin penipu, yang 1 lagi bukan betul sangat". Ini lagi 1 komen yang bikin saya ikut binggung, tapi memberi saya 1 ilham untuk menulis... Kebinggungan boleh membuat orang hilang kewarasan, orang yang tidak waras pula akan mudah binggung, namun saya tidak salahkan rakyat bila binggung dalam 1 kondisi yang boleh membuat mereka sukar membuat pilihan. Tiba2 saya terfikir, mungkinkah ini sebabnya mengapa sejak kebelakangan ini semakin banyak UNDI ROSAK?... Bagaimana agaknya kalau disediakan PETI UNDI khas untuk orang yang protes? Bagaimana pula kalau tiba2 Undi protes dalam peti undi itu lebih banyak dari calon bertanding? - wah, kalau ini terjadi, ramailah yang mahu bercermin diri sebelum masuk pertandingan meraih simpati rakyat. Maaf, saya sekadar bermain aksara kata. 1aksara 3makna...

Membina Tenaga Muda

Nabi Muhammad s.a.w. membimbing tenaga muda baik lelaki mahupun wanita yang diasuh menjadi mujahid menurut kemampuan masing-masing dengan segala kesungguhan dan kesabaran sehingga setengah mereka akhirnya menjadi bintang-bintang cemerlang dalam sejarah Islam. Diantara yang menerima bimbingan Rasulullah ialah Usamah Bin Zaid.Sejak ayahnya meninggal sebagai mujahid beliau diasuh sepertimana cucu-cucu baginda iaitu Hasan dan Husien.Malah baginda turut mendoakan ketika meriba Usamah dan Husien " Ya Allah,aku menyantuni mereka berdua maka Engkau santunilah pula keduanya". Ayah Usamah, Zaid Bin Haritsah adalah asalnya seorang hamba sahaya Khadijah isteri pertama baginda.Khadijah memberikannya kepada Nabi s.a.w. dan kemudian baginda memerdekakannya.Dalam perang Uhud, Zaid telah tewas sebagai mujahid yang syahid.Lalu baginda mengasuh Usamah seperti keluarga sendiri. Setelah besar, Usamah mula diberikan tugas mengurus keluarga Nabi s.a.w. Malah semasa perang Badr kebetulan anak Nabi s.a.w. - Ruqayah sakit tenat.Maka Usamah ditugaskan supaya membantu suaminya Utsman Bin Affan untuk menjaga dan merawat Ruqayah dan Usamah telah bekerja dengan baik. Lama kelamaan apabila Usamah semakin meningkat dewasa,beliau diberikan tugas-tugas yang lebih berat.Beliau telah diberi kesempatan ke medan perang bersama sahabat yang lain dan Usamah berperang dengan gagah berani.Sekembalinya dari perang beliau segera menemui Nabi s.a.w. dan melaporkan keadaan perang yang dialaminya. "Ceritakan padaku keadaan di medan perang" kata Nabi s.a.w. seraya menyuruh Usamah duduk dekat baginda.Usamah pun menceritakan perjalanan peperangan sehingga mendapat kemenangan.Nabi s.a.w. kelihatan gembira mendengarnya.Namun ada sesuatu yang mengejutkan baginda sehingga wajahnya berubah. "Sewaktu musuh sudah undur,aku bertemu seorang lelaki dan mengajukan tombak kepadanya.Beliau mengucapkan 'La ilaha illallah' tetapi aku terus menikam dan menewaskannya". Demikian cerita Usamah yang menyebabkan air muka Nabi s.a.w. berubah lalu baginda menegurnya. "Wahai Usamah,bagaimana engkau dengan 'La ilaha illallah'? Bagaimana engkau dengan 'La ilaha illallah'?" Kata Nabi s.a.w. berulang kali.Menyedari kesilapannya Usamah berikrar pada dirinya "Aku bercita-cita kiranya amal yang aku lakukan selama ini gugur dan aku perbaharui keislaman diriku.Demi Allah tidak akan aku memerangi lagi orang yang mengucapkan 'La ilaha illallah' setelah aku mendapat keterangan Rasulullah". Nabi s.a.w. kemudian memberikan beliau tugas yang lebih penting malah sangat berat sehingga mengejutkan para sahabat.Usamah disuruh memimpin satu pasukan perang bagi menghadapi tentera Rom.Pasukan ini terdiri dari sahabat terkemuka seperti Abu Bakar, Abu Ubaidah, Saad Bin Abi Waqas dan lain-lain. Sebenarnya baginda Nabi s.a.w. bertujuan memberi latihan serta kesempatan pada golongan muda.Walaupun keputusan itu menjadi persoalan dikalangan para sahabat kerana ramai lagi yang lebih tua dan berpengalaman berbanding Usamah yang baru berusia 18-19 tahun namun para sahabat tidak berani menyampaikan keraguan mereka itu.Tetapi baginda mengetahui kegusaran mereka dan baginda perjelaskan dalam pidato singkat: "Ada yang mengkritik aku tentang pengangkatan Usamah Bin Zaid memimpin pasukan ini sebagaimana dahulu mereka keberatan terhadap ayahnya.Kedua mereka layak untuk memimpin; Usamah ini orang yang sangat aku kasihi demikian juga ayahnya - sesudah Fatimah. Aku nasihatkan kepadamu sekalian agar menerima Usamah ini dengan baik". Persoalan ini terhenti apabila Nabi s.a.w. sakit dan perhatian umum tertumpu pada keadaan kesihatan baginda. "Laksanakan segera persiapan perang Usamah" pesan Nabi s.a.w. apabila mengetahui pasukan Usamah belum lagi berangkat.Maka segeralah orang menyiapkan pasukan itu walaupun Nabi s.a.w. dalam keadaan sakit.Sewaktu Usamah menziarahi Nabi s.a.w. baginda telah menadah tangan ke langit lalu meletakkannya ke badan Usamah.Tahulah Usamah bahawa Nabi s.a.w. mendoakannya. Telah tiba waktunya, Nabi s.a.w. wafat.Pasukan Usamah belum berangkat malah Usamah turut serta menguruskan jenazah Nabi s.a.w. Dengan wafatnya baginda, Abu Bakar as Siddiq telah dilantik menjadi Khalifah pertama dan keberangkatan Usamah dilaksanakan walaupun ramai yang menentang.Akhirnya Usamah dan pasukannya beroleh kemenangan. Walaupun Nabi s.a.w. tidak dapat menyaksikan kemenangan Usamah itu,tetapi baginda telah meninggalkan prinsip yang amat berharga.Iaitu tenaga muda telah diberi kesempatan menjadi pemimpin sebagai satu cara pendidikan.Tetapi Usamah tetap merendah diri dengan tugasnya dan tidak angkuh dengan penghormatan itu walaupun beliau mengetahui Nabi s.a.w. yang berbuat demikian. Kisah ini saya petik dari buku 'KISAH RINGKAS KEHIDUPAN RASULULLAH SAW' tulisan NAWAWI DUSUKI dan sengaja saya paparkan disini sempena Maulid ur Rasul jumaat ini 26 Februari 2010.Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maulid ur Rasul kepada seluruh umat Islam selawat dan salam atas junjungan kita.Dan ingin saya suarakan disini bahawa tenaga muda sangat kita perlukan dalam pembangunan Kota Marudu tidak kiralah dari golongan mana atau agama apa.Yang penting halatujunya sama iaitu kearah pembangunan yang jitu.

SALIRAN AIR BAGI PENANAMAN PADI

Di sini saya ingin menyuarakan satu masalah bagi penduduk Kg. sungai buaya, Kg. Kandawayon, Kg. Baligaton, Kg. Marudu. Di mana masalah yang dihadapi sekarang ialah penutupan saliran air bagi sumber penanaman padi. (saliran bermula dari empangan simpangan dan melalui saliran ini juga kampung-kampung yang berada disepanjang aliran mengalami masalah yang sama) Pihak JPS Kota Marudu telah mula menutup saliran ini ( arrigation ) sejak awal tahun 2009 lagi, bagi menaik taraf serta membaiki saliran yang sedia ada. Namun, sehingga ke hari ini saliran masih ditutup serta tiada perkembangan mengenai waktu siap bagi projek saliran ini. Dijanjikan oleh Pihak JPS Kota Marudu bahawa hanya semusim sahaja saliran air ini ditutup bagi tujuan kerja berkenaan. setelah tempoh tersebut dilanjutkan atas masalah kontraktor, sekali lagi awal tahun ini ianya masih belum ada perkembangan adakah projek tersebut telah siap atau sebaliknya. Baru-baru ini, beberapa penduduk kampung telah hadir ke pejabat JPS Kota Marudu bagi mengadu masalah ini, tapi jawapan yang diberikan adalah seperti berikut:- " kena tangguh lagi 1 musim, kontraktor yang dilantik lambat untuk menyiapkan projek tersebut... " " mau kena tunggu lagi sampai bulan 6, nanti kami cakap sama tu kontraktor... " petani... petani-petani yang dilanda masalah ini telah pun bersabar sehingga sekarang, tapi masih belum ada jawapan yang pasti, " bila kami dapat menanam semula ?" ini lah suara dari setiap petani yang mengharapkan hasil padi ini untuk menyara keluarga dan membiayai anak-anak untuk ke sekolah. tanpa hasil padi ini, apalah pendapatan yang boleh diperolehi oleh petani-petani ini untuk meneruskan kehidupan seharian mereka? kontraktor??? apakah yang telah berlaku? bajet tidak mencukupi? tidak dapat claim? tidak ada sumber? kenapa pihak JPS Kota Marudu tidak meneliti profil kontraktor ini sebelum memberikan mereka kerja ini? atau JPS Kota Marudu hanya sekadar melepaskan batuk di tangga dengan menutup mata sambil memberikan saja kontrak ini kepada mana-mana kontraktor tanpa meneliti sama ada mereka mampu untuk membuat kerja ini atau sebaliknya... adalah diharapkan dengan posting ini, para petani yang terlibat dapat menyuarakan rasa hati mereka kepada pihak-pihak atau badan kerjaan yang dapat membantu untuk menyelesaikan masalah ini. Adalah juga diharapkan agar D.O / YB Anita / MP Kota Marudu dapat membantu untuk memulihkan semula keadaan ini... kawasan yang terlibat:- sepanjang aliran dari empangan simpangan hingga ke Kg. Marudu (JALAN RANAU) JIKA ADA MANA-MANA PIHAK YANG TIDAK PERCAYA KEPADA POSTING INI, AMAT DIALU-ALUKAN AGAR DATANG SENDIRI MENINJAU DI SEPANJANG SALIRAN INI. DAN MELIHAT SENDIRI KEPERITAN PETANI KITA. CUBA TENGOK BERAPA EKAR TANAH PENANAMAN PADI YANG TELAH TERBIAR LEBIH SETAHUN AKIBAT DARIPADA KERJA-KERJA PEMBAIKAN ATAU MENYELENGGARA SALIRAN AIR UNTUK PENANAMAN PADI INI.

Tuesday, February 23, 2010

SAM "JUARA BLOG"?...

"Ketika SAM mula ditubuhkan, kami tidak pernah mengimpikan "KEJUARAAN", kami hanya ingin memulakan "LANGKAH PERTAMA"...JUARA atau KALAH, bukan perkara No.1, yang penting anak2 KM ikut berlari dan bukan duduk diam atau berdengkurrr..." - tekONG. BARU-baru ini saya dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa ada seorang pemimpin tinggi UMNO Sabah memuji dan mengiktiraf SAM sebagai antara blog No.1 di Malaysia. Beliau juga kagum dan "respect" dengan Kota Marudu (KM) yang mempunyai ramai bloggers aktif! Dan khabarnya SAM akan dijadikan model blog 1Malaysia. (Terima kasih Datuk "S"!) Agak menghairankan kerana KM adalah antara daerah termiskin di Malaysia namun mampu melahirkan cendikiawan dan bloggers yang berketrampilan. Apa rahsianya? Rahsianya simple - guna PC sendiri, talian sendiri, duit sendiri, otak sendiri. Bukan percuma dari sesiapa. Sebenarnya, kewujudan ramai bloggers di KM tiada kena mengena dengan fasiliti atau kempen atau "support" yang disediakan/diberi oleh mana2 pihak. Ia adalah kerana kesedaran golongan muda/intelek itu sendiri yang tak mahu lagi ketinggalan, dan ingin ikut main peranan membela, membangun masyarakat. Tambahan pula KM memang ramai penulis/penyair/sasterawan yang bertaraf kebangsaan (tidak perlu saya nyatakan siapa mereka. DBP tahu perkara ini). Seperkara lagi rahsianya ialah "Kesedaran kendiri mahu berdikari!" Mereka cinta ilmu maka mereka sanggup melabur untuk ilmu dan perkembangan ilmu. Bayangkan kalau ada prasarana meluas

Aura : ISI MARUDU (BHG 2-PROJEK)

Apabila kita menyebut tentang pembangunan, ianya berkait rapat dengan 'PROJEK' dan bila adanya projek maka membangunlah sesuatu kawasan tersebut.
Projek yang diagihkan disekitar kawasan Kota Marudu seringkali menjadi sasaran kepada setiap usahawan yang bergelar 'Kontraktor'. Namun begitu, kepelbagaian projek tersebut seringkali menjadi bahan bualan kedai kopi dikalangan masyarakat Kota Marudu. Ini kerana, pelbagai masalah selalu timbul. Antaranya tidak menepati skop piawaian kerja, Dominasi satu pihak sahaja yang seringkali dapat projek dan mengutamakan asas keuntungan semata-mata.
Apabila perkara ini terjadi, orang kampung akan berkata 'kroni si Anu saja dapat projek tu', 'kami tidak tau pula berapa nilai sebenar projek dia cakap begini-begitu malah plan projek pun kami tidak nampak' dan 'tengoklah hasil kerjanya tu, apa sudah jadi hmm... gerigitan kita'.
Justeru, bila dicantumkan perkara tersebut maka wujudlah perkataan baru 'PROFIT FIRST, YOU KNOW'. Jadi, adakah ini mencerminkan 'win-win situation' dalam agenda 'TRANSFORMASI?' mungkin 'YA' bagi golongan tersebut, mungkin 'TIDAK' golongan yang satu lagi dan mungkin 'ENTAHLAH' bagi golongan atas pagar.
Oleh itu, dimana silapnya? adakah pihak yang sepatutnya membuat tinjauan dan penilaian tersebut terkena penangan 'sakit mata' atau berfikiran 'wang-wang kopi'? nah, inilah natijahnya jika kepelbagaian masalah timbul apabila asyik berfikiran Duniawi.
Mungkin ada segolongan lagi pihak yang mengetahui kepelbagaian projek pada masakini, tetapi tidak pernah memikirkan keseimbangan sosioekonomi pekan dan kampung. Orang akan berkata "cuba tengok keadaan orang Kota Marudu dikawasan pekan, pesisir pantai, tanah rata dan kawasan berbukit. Adakah wujud keseimbangan pembangunan?" kata-kata inilah yang selalu terkubur dikalangan hati dan perasaan masyarakat setempat. Mungkin ada yang berfikiran "kita majukan dulu pekan baru di kampung-kampung, atau siapa suruh diorang tidak bagi kerjasama, atau pelahan-pelahan bah kita kasi maju juga itu".
Orang tua selalu berkata "dimana letaknya pemikiran orang yang belajar tinggi-tinggi kalau selalu fikir diri sendiri dan tidak pernah fikir tempat-tempat begini. Kalau setakat terima gaji bulanan, imbuhan dan hutang sana-sini, hmm.. endah tau lah".
*Oleh itu, seruan kepada semua pihak marilah kita bersama-sama berkongsi pendapat dan saling membantu atau bersikap toleransi kepada semua masyarakat kita agar wujud keseimbangan pembangunan melalui usaha kerjasama tanpa memikirkan tekanan atau sebarang bentuk desakan luar dalam menyalurkan suara dan rintihan rakyat yang masih dikongkong dengan pemikiran 'TIDAK TAHU PULA'.

Monday, February 22, 2010

Mari Berpantun...

Dari utara pi selatan singgah tepi jalan pekena tomyam Bunyinya macam ada PAKATAN tau-tau tikam-menikam yang sorang pula kembara songsang dari selatan pi utara benar-benar hamba naik bingung mana satu sebenarnya JUARA? Nota: saya bukan ahli pantun, tak tau betulkah tidak, penting ada rima-rimanya...

1Kota Marudu

Salam 1Kota Marudu! Sejak YAB Perdana Menteri mengumumkan pelancaran gagasan 1Malaysia, tanpa menunggu masa yang lama, kedengaranlah di sana-sini laungannya. Bermula detik itu angka "1" menjadi sangat popular. Bukan setakat pihak kerajaan yang menggunakannya tapi pelbagai pihak yang lain juga. Bagus! Perkara yang baik apa salahnya kita sokong dan berkerjasama. Politik tu tolak tepi dululah. Tidak lama dulu YB Datuk Seri Max juga menggunakan angka "1" untuk digandingkan pada nama jagung, iaitu Jagung 1Kota Marudu. Ini juga bagus! Rentetan daripada itu saya ingin mengusulkan motto, "Kota Marudu Didahulukan, Pembangunan Diutamakan" sebagai slogan untuk 1Kota Marudu. Setuju? Tidak perlu jawab, saya tau kamu tak setuju kan? Egolah tu, hehe... Saya ringkaskan cerita. Usul di atas adalah berasaskan kedudukan semasa pembangunan di Kota Marudu yang masih di paras bahaya kemunduran. Ramai orang mengatakan antara daerah yang termundur di Malaysia. Atas premis itu, maka Kota Marudu MESTI didahulukan berbanding daerah-daerah lain yang lebih ke hadapan. Kalau boleh minta dijadikan Kota Marudu sebagai Anak Emas negara! Bagi mengatasi kemunduran tersebut pula, pembangunan perlu disalurkan ke Kota Marudu. Atas premis itu, maka pembangunan MESTI diutamakan. Pembangunan yang saya maksudkan di sini bukan dari segi material semata-mata tapi termasuklah pembangunan modal insan. Demikianlah ceritanya bagaimana terbitnya slogan, "Kota Marudu Didahulukan, Pembangunan Diutamakan". Saya bersangka baik bahawa percaya wakil-wakil rakyat di Kota Marudu sudah berusaha untuk meminta hak yang sepatutnya diberikan kepada kita. Teruskan usaha tersebut. Minta dan terus minta sehingga berjaya. Bukan tamak haloba, tapi itu adalah hak kita. Jika itu yang telah tuan/puan/Datuk Seri lakukan, rakyat akan sentiasa menyokong. Jika sebaliknya...
"Kota Marudu Didahulukan, Pembangunan Diutamakan"

Sunday, February 21, 2010

BICARA TENTANG RAKYAT...

(Aku dan sahabat2ku hanyalah SAHABAT RAKYAT)... Terlebih dahulu, saya ingin tegaskan bahawa tulisan ini saya tujukan kepada seluruh rakyat Malaysia bukan rakyat Kota Marudu sahaja. Tidak terniat di hati saya untuk mengenakan seseorang individu/pihak (maka usahlah berprasangka). Adapun tujuan saya menulis entri ini kerana kasihkan rakyat dan sebagai saranan kearah penambahbaikan. Rakyat ingin perubahan dan penambahbaikan... BISMILLAH (Dengan nama Allah) pembuka bicara. Sebut pasal RAKYAT, macam2 ada. Ada cerita rakyat, dongeng rakyat, penglipurlara rakyat, wakil rakyat, sahabat rakyat, pakatan rakyat dan yang terkini....- JUARA RAKYAT... Sebagai salah seorang rakyat (yang sedikit celik akal) saya ingin mendengar cerita rakyat yang hebat (misalnya, tentang rakyat yang berani, rakyat yang berdikari, rakyat yang merdeka dan sebagainya), saya ingin diwakili oleh insan yang saya boleh tabik kerana imannya, takwanya, zuhudnya, takutnya kepadaNYA, didikasi, wawasan, keikhlasan, patrotiknya, dll (bukan kerana terpaksa tabik kerana dia wakil rakyat yang rakyat terpaksa pilih kerana kekurangan pilihan atau tiada pilihan atau?...), ingin pula melihat sang juara yang ada "class" (kalau boleh biar saya/rakyat yang mengelarnya juara kerana memang ternyata ia juara berdasarkan beberapa siri kejuaraannya dalam hal ehwal kerakyatan), dan saya ingin melihat rakyat yang berpakat membuat pakatan rakyat dan bukannya sekadar membubuh nama RAKYAT dihujung PAKATAN yang dibuat sendiri (agar nampak dari rakyat untuk rakyat?). Sebagai rakyat biasa juga, saya berpendapat bahawa untuk menjadi penglipurlara rakyat, penulis cerita rakyat, pencerita dongeng rakyat, wakil rakyat, JUARA RAKYAT, atau sekadar menjadi sahabat rakyat...seseorang/pihak yang berkenaan hendaklah benar2 berjiwa dan mampu menjiwai naluri rakyat dengan berpaksikan kasihkan/kasihan rakyat dan bukan semata2 ambil hati rakyat. DAN JANGAN SESEKALI MEMANIPULASI RAKYAT...jika ini dilakukan, kita berdosa kepada Rakyat.

"1 Kampung, 1 Cyber Cafe"

Baru sebentar tadi saya memberikan Kursus Blog (Asas) kepada kakitangan di pejabat saya. Penganjuran kursus dalaman tersebut adalah berikutan saranan pihak Kerajaan agar setiap agensi mempunyai blog/portal masing-masing, untuk mempastikan sistem penyampaian itu lebih mesra dan berkesan. Saya mengharapkan agar walaupun masa kursus itu amat singkat, sekurang-kurangnya peserta mendapat pendedahan dan boleh membina blog berdasarkan panduan yang saya telah berikan. Bersempena dengan Kota Marudu Inovatif 2010, apa kata tuan/puan semua bersama-sama dengan SAM mendesak meminta pihak yang berkenaan (YB, kerajaan/swasta/NGO, ahli perniagaan dll) agar mengusahakan supaya setiap kampung di Kota Marudu mempunyai sekurang-kurangnya 1 cyber cafe. 1 komputer, 1 rumah itu memang sukar. Berapa kerat saja orang kita yang berkemampuan untuk memiliki dan membayar sewa taliannya. Rasional cadangan ini adalah kerana, kita tidak mahu warga Marudu ketinggalan dalam era IT yang serba mencabar ini. Banyak maklumat berkenaan dengan perkembangan pembangunan di Kota Marudu perlu diketahui oleh setiap warganya. Program-program YB misalnya perlu dihebahkan. Kempen juga tu, hehehe. Kejayaan-kejayaan MDKM juga perlu disebarkan. Produk-produk, "Made In Marudu" juga wajar dipromosikan. Nah, bagaimana orang-orang kampung tahu semua ini kalau tiada kemudahan komputer dan internet? Ini satu inovasi YB saudara! Tidak mahal, buatlah...

Saturday, February 20, 2010

HANYA DI PINGGIRAN

Isu kemunduran dan keperluan pembangunan kawasan Kota Marudu bukanlah perkara baru. Memang banyak pihak yang bertanggungjawab terhadap kepincangan ini, tetapi saya meletakkan tanggungjawab lebih berat di bahu para pemimpin tempatan, negeri dan negara dengan alasan yang mudah; merekalah yang menentukan hala tuju kerajaan dan pentadbiran. Rakyat boleh disalahkan kerana terus menyokong pemimpin yang tidak dapat membawa impak pembanguan yang mapan, tetapi mereka melakukan 'kesilapan' itu hanyalah kerana masih menaruh harapan bahawa pemimpin tersebut akan dapat mengotakan segala janji pembangunan yang dicanang lebih manis dari madu. Kelembaban pembangunan di Sabah secara am dan di Kota Marudu khususnya dilihat oleh individu tertentu sebagai kesan ketidakstabilan politik negeri ini berbanding Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Salah para pemimpin Sabah juga kerana tidak bersatu-padu dan membiarkan negeri ini dicerobohi dan diperkosa oleh anasir2 luar. Mereka hanya sibuk membina 'istana' sendiri berbanding membangunkan negeri ini. Apa pun parti yang memerintah, agenda pembangunan kawasan dan rakyat seharusnya tidak terbiar. Bukankah parti pemerintah di Sabah silih berganti kerana dakwaan bahawa parti pemerintah sebelumnya tidak berjaya membangunkan negeri ini? Sepatutnya peralihan demi peralihan ini memacukan lagi proses pembangunan kerana masing2 ingin membuktikan bahawa dialah 'hero' rakyat. Kita sudah melihat arus pembangunan di beberapa kawasan lain. 15 tahun yang lalu keadaan bandar Tawau boleh dikatakan teruk, tetapi hari ini bandar Tawau sudah semakin setanding bandaraya Kota Kinabalu. Bandar Kudat dan Keningau juga berkembang pesat, tetapi BANDAR Kota Marudu masih menten di pisuk-pisuk (pinggiran), bahkan di antara yang terpisuk. Dulu hanya ada jalan yang melalui Ranau dan Telupid untuk ke kawasan Pantai Timur Sabah, kini sudah ada alternatif lain iaitu jalan Keningau-Kimanis dan Jalan Pitas-Beluran. Jalan Kota Belud-Kota Kinabalu yang suatu ketika dulu dilabel sebagai jalan ular dan maut juga kini sudah lebih lurus dan halus manis. 'Syukurlah' jalan KM-KB sudah 'mula' dibaiki (rasanya sudah lama mula) yang entah bila akan siap? Siapnya pun harap2 tidak hanya seperti menampal pakaian yang compang-camping. Memang bukan mudah untuk mencapai bintang di angkasa. Tetapi itu bukanlah perkara yang mustahil untuk dicapai. Jika tidak ada keinginan dan usaha yang bersungguh2, impian untuk mendaki gunung Kinabalu sahaja pun tidak mungkin akan tercapai. Nota: Salahkah anak meminta roti daripada bapanya? Bukankah tanggungjawab bapa untuk mencari dan memberikan nafkah yang terbaik kepada keluarganya? Pemimpin ibarat bapa kepada rakyat di dalam kawasan yang dipimpinnya. Anak2 Marudu sekadar bersuara, walau hanya di pinggiran.

Giliran Kota Marudu Telah Tiba!

BERHENTI BERCAKAP PERKARA REMEH! Oleh: REM http://revolusimarudu.blogspot.com
Marilah kita berhenti bercakap perkara-perkara remeh. Sekarang adalah giliran Kota Marudu menghadapi era kebangkitan. Jadi, kita kena mulai bercakap perkara-perkara besar (kemiskinan dan kemunduran KM). Dan fokus! Kita suka atau tidak, kita harus akur bahawa `mahkota`, "Termundur Di Malaysia" masih mesra dengan daerah Kota Marudu. Sebenarnya saya pun tidak suka bercakap soal ini, kerana yang dicakapkan itu adalah daerah saya sendiri. Tapi atas matlamat untuk meniupkan semangat kebangkitan (untuk diri, keluarga dan masyarakat), kawan-kawan lain dan saya terpaksa cakap dan terus bercakap selagi mempunyai daya dan kekuatan. Saudara, dalam era ini bukan masanya lagi kita heboh soal babi kambing siapa yang dilanggar di simpang jalan KM-Tandek-Damai. Bukan masanya lagi anak-anak muda menangis ditinggalkan kekasih. Atau bersengketa kerana ayam orang memasuki rumah kita. Bukan! Yang perlu dihebohkan sekarang adalah, kenapa selama puluhan tahun berlalu daerah kita antara daerah yang masih di tangga tercorot dari segi pencapaian ekonominya. Silap siapa? Silap rakyat yang malas berusaha kah atau pemimpin dan kempimpinannya yang haprak bobrok? Atau memang sudah takdir? Saya tidak ingin mempersalahkan sesiapa dalam perkara ini. Pemimpin dan rakyat Marudu harus berpadu dan bekerja keras. Saya dan ramai lagi yang lain sudah lama menderita dalam kemiskinan tanpa bantuan yang adil daripada pihak yang dipertanggungjawabkan. Kalaulah Umar Al-Khattab r.a masih hidup.... Saudara mungkin tidak terhidupun bau penderitaan ini. Mungkin juga kerana saudara lahir disambut dengan lampin sutera dan baju yang bertatahkan berlian. Atau hati saudara sudah dibutakan oleh kemewahan. Atau juga saudara memang hanya mementingkan diri!. Tapi percayalah, kemiskinan dan kemunduran itu amat menyiksakan!

Friday, February 19, 2010

SAM SUARAKAN ADUAN RAKYAT MARUDU...

Sejak dua menjak ini saya "hilang "gairah" untuk memikirkan hal2 keduniawian. Sedaya upaya saya tidak ingin memaparkan kebobrokan namun semakin saya cuba menjauhkan diri semakin saya dikejar keluh kesah dan rintihan rakyat jelata seperti saya. Bah, berikut aduan rakyat yang disalurkan melalui SAM dan ditujukan kepada pihak yang berkenaan untuk diambil perhatian dan tindakan. 1. Kelewatan "renovation" bangunan Tadika KEMAS di Pekan Tandek yang menganggu proses pembelajaran harian kanak2 Tadika dan Taska. - Ibubapa mahu masalah ini segera dibereskan... 2. Gangguan bekalan elektrik di hampir seluruh daerah Kota Marudu khususnya di Tandek. Kerap berlaku bekalan putus tanpa notis atau penjelasan. Menurut sumber SESB pusat, ini "locality" punya masalah... -Rakyat Marudu mau tahu apa masalahnya? 3. Masalah kepincangan Perumahan untuk rakyat miskin. Kunci telah diserahkan sedangkan kerja2 pembinaan rumah belum sempurna. Kes ini berlaku sekitar N5 Tandek.

"Kota Marudu Inovatif 2010"

Semasa saya menulis tentang tajuk, "Inovasi Menunjangi Revolusi" di Blog Revolusi Marudu, tiba-tiba terbit dari ufuk fikiran saya berkenaan keperluan mewar-warkan slogan, "Kota Marudu Inovatif 2010" bersempena dengan program Malaysia Inovatif 2010 yang telah dilancarkan serta akan diterajui oleh MOSTI bersama kementerian dan Rakan Inovatif. Kita amat mengharapkan agar, "Kota Marudu Inovatif 2010" ini dijadikan sebagai titik permulaan penerus untuk membebaskan Kota Marudu daripada belitan kemiskinan dan kemunduran. Sebenarnya, Malaysia Inovatif 2010 bertujuan menyedarkan masyarakat Malaysia terutama generasi muda dan akar umbi mengenai pentingnya inovasi dan kreativiti, dan seterusnya dapat membudayakannya sebagai amalan seharian. Ini bertepatan dengan konsep 1Malaysia di mana setiap anak Malaysia adalah modal insan berpotensi yang penting kepada negara. Oleh itu, budaya kreativiti dan inovasi perlu diterapkan supaya mereka dapat mengoptimakan potensi masing-masing ke arah menyumbang dalam pembangunan negara. Program Malaysia Inovatif 2010 sememangnya amat baik dan perlu mendapat sokongan semua pihak. Diucapkan syabas kepada Y.B Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (merangkap MP P.168 Kota Marudu) di atas usaha ini. Saudara, bertitik tolak dari status "Daerah Termundur" yang masih melekat pada nama Kota Marudu, sewajarnyalah kita yang paling ke hadapan merebut peluang ini. Banyak perkara yang perlu diinovasikan. Kita tidak minta lebih, cukuplah keperluan-keperluan asas itu dibereskan. Jalanraya, bekalan elektrik, sistem perpaipan, klinik 1Malaysia (sepatutnya KM dapat ni) kemudahan kesihatan, asrama sekolah dan beberapa lagi yang lain. Salam, "Kota Marudu Inovatif 2010"!

Thursday, February 18, 2010

KEBAKARAN DI WTK KOTA MARUDU

Kota Marudu: Satu kebakaran yang melibatkan tiga buah kedai telah berlaku di Kawasan Kedai WTK, Kota Marudu. Kejadian kebakaran ini telah berlaku semalam. Walau bagaimana pun, kebakaran ini telah berjaya dikawal daripada merebak ke bangunan kedai yang lain. Menurut orang ramai yang melihat kejadian tersebut, kebakaran berpunca dari salah satu kedai dan seterusnya telah merebak kedai yang lain. Kejadian ini tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa.

Tuesday, February 16, 2010

JALAN RAYA 'PAKAI BUANG'

Beberapa hari kebelakangan ini saya seringkali balik ke Kota Marudu atas urusan keluarga. Perjalanan balik tidaklah terlalu jauh sangat, tetapi keadaan jalan raya yang membuatkan saya seringkali berasa 'rimas'. Banyak highway di Sabah dalam keadaan yang nazak dan jalan raya yang menghubungkan Kota Marudu dan Kota Belud (KM-KB) adalah antara yang paling teruk sekali. Jangan cakaplah jalan2 kampung dan jalan2 raya yang belum berturap dan dalam proses pembinaan. We are talking about this so called 'highway' bos. Jalan KM-KB merupakan jalan lama dan bahkan satu2nya jalan utama yang menghubungkan PBU (Pantai Barat Utara) dan PBS (Pantai Barat Selatan) Sabah. Kenapa bah jalan ini sangat sukar untuk di'pulih'kan? Kenapa bah 'mereka' tidak buat betul2 ni jalan. Ada usaha untuk membaiki, tetapi hanya setompok2 dan hanya seperti melepaskan batuk di tangga saja. Jangan kata kita tidak bersyukur dengan jalan ini. Ini bukan persoalan tentang tidak bersyukur. Gara2 keadaan jalan raya yang sangat buruk, ada kereta kancil yang tersadai di tengah jalan malam Isnin minggu yang lalu. Saya bersama beberapa pemandu kereta lain telah bermurah hati menolong sehingga kereta tersebut mampu dihidupkan semula, barulah si pemandu bersama keluarganya dapat meneruskan perjalanan ke Kota Marudu. Di kebanyakan tempat di negara ini, terutamanya di Semenanjung Malaysia kita jarang dan bahkan mungkin tidak akan menemui jalan utama yang seburuk jalan KM-KB ini. Ini bukan persoalan yang hanya cemburu. Apa yang saya ingin katakan ialah "WE DESERVE BETTER THAN THIS!" Kita bukan hanya hampir2 memberikan mereka peluang kedua. Sudah banyak peluang kita berikan kepada para pemimpin untuk memberikan kita kemudahan jalan raya yang lebih baik. Sokongan rakyat bukannya jenis pakai buang. Sudah berlepuh jari rakyat mengundi setiap kali pilihan raya, tetapi keadaan yang kelihatan hanyalah seperti habis madu sepah dibuang. Bayangkanlah apa yang rakyat rasa. Selama ini rakyat menyangka para pemimpin ini betul2 telah jatuh cinta dengan mereka, tetapi sakitnya hati kerana seperti hanya dipermain2kan saja. Lain kali rakyat harus lebih berhati2 dengan janji2 mereka dan jangan hanya terus percaya dan akhirnya terpedaya. Nota: Jangan sampai jadi pemimpin pakai buang.

Monday, February 15, 2010

TAHUN BARU CINA 2010: KEMERIAHAN DAN KEMUNGKINAN

KOTA MARUDU, SABAH: 14 hb lepas saya menziarahi sahabat Cina saya. Satu tradisi kunjung mengunjung yang telah terjalin sudah lama sebelum pun ada slogan dan kempen "1MALAYSIA"... Dalam kesempatan itu, sahabat saya menunjukkan buku tahun baru. Menurut ramalan, kemungkinan tahun ini kemarau (Lihat gambar atas: Jika "orang tua" pakai kasut, itu tanda kemarau.) Malam semalam pula saya membawa keluarga menonton pertunjukan bunga api dari kejiranan masyarakat Cina sekitar Lotong, berhampiran taman perumahan kami. Sungguh meriah dan gilang gemilang. Setidak2nya orang bukan Cina dapat berkongsi "percikan cahaya warna warni" secara percuma. Inilah keunikan masyarakat Malaysia khususnya di Kota Marudu. Semangat 1Malaysia sudah sekian lama terjalin tanpa paksaan atau tanpa perlu kempen besar2an. Ia semangat yang lahir atas persahabatan dan rasa kemuhibbahan. Semoga keharmonian ini kekal dan mampu dipertahankan dari sebarang anasir yang boleh mengugat dan merosakkan. Amin.

Saturday, February 13, 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2010 !!!

Di kesempatan ini saya (MING) & Elly serta keluarga ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA 2010 !
Semoga di tahun "Harimau" ini kita semua akan mendapat lebih kesyukuran, kemakmuran & kekayaan!
semoga SAM terus maju ke hadapan dengan cemerlang !

Friday, February 12, 2010

GONG XI FA CAI! 恭喜發財.. 元旦快乐...

欢欢喜喜迎新年,万事如意平安年,扬眉吐气顺心年,梦想成真发财年,事业辉煌成功年,祝君岁岁有好年!新春佳节,祝你虎年大吉大利,大显身手,虎气冲天! SAM mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA untuk semua pembaca blog yang meraikannya.Mengharapkan agar anda berjaya dalam segala bidang yang dilakukan.Moga diberikan kesihatan yang baik dan seterusnya tahun harimau ini akan memberikan tahun yang amat bermakna dalam hidup anda dan menjadi tahun kebangaan.

Nyahkan Si Pengampu!

Kadang-kadang terdetik juga rasa kasihan kepada sesetengah wakil rakyat yang dikritik hebat oleh rakyatnya. Begitulah adatnya apabila kita sudah bergelar wakil rakyat. Kita mesti bersedia dikritik di depan umum. Rakyat berhak mengkritik kita dari hujung kaki hingga ke hujung rambut, kerana kita adalah pemimpin mereka. Terserah kepada kita samada menjawab atau hanya berdiam diri. Tapi lebih baik jawablah bah... Kalau kasi biar saja orang bercakap itu ini, walaupun tipu lama-lama rakyat akan terima. So, penjelasan terhadap isu yang ditimbulkan itu perlu ya. Bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan sebenarnya wakil rakyat tersebut tidak pun bersalah. Mereka sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat mereka. Kenapa mereka masih dikritik hebat? Banyaklah sebabnya, tapi antara yang saya fikir faktor teratas adalah kerana wujudnya golongan pengampu di dalam jentera kerja mereka. Golongan ini memegang prinsip, "kalau ada fulus (duit), terus lulus... dan tiada fulus pigi mampus". Maksudnya, mereka hanya mementingkan wang dan yang sewaktu dengannya sehingga sanggup membiarkan wakil rakyat tersebut melakukan kesilapan di dalam membuat keputusan atau tindakan. Mereka takut mengatakan "tidak" atau "jangan" kerana bimbang dipinggirkan/disingkirkan selepas itu, walaupun dengan cara yang penuh berhemah. Yang mereka tahu hanya perkataan, "ya". Akhirnya terzahirlah satu tindakan yang bangang bodoh hasil daripada keputusan yang silap. Pada masa itu rakyat hanya melihat wakil rakyat sebagai pesalahnya. Golongan pengampu pula terlepas. Saudara, bukan wakil rakyat saja yang harus memandang serius perkara ini tapi semua pemimpin di setiap peringkat. Berhati-hatilah dengan golongan seperti ini. Mereka bukan saja bakal memusnahkan para pemimpin tapi juga rakyat secara keseluruhannya. Nyahkan golongan pengampu, kerana mereka adalah perogol kesejahteraan rakyat pemusnah!

Thursday, February 11, 2010

ARUS PEMBANGUNAN MULAI BERALIH

(Gambar: Bangunan Pejabat Kementerian Belia dan Sukan yang dalam pembinaan di Pekan Tandek). Syukur dan terima kasih rakyat Tandek khususnya ucapkan kerana didirikan projek yang boleh membawa manfaat kepada masyarakat khususnya kaum belia. Secara tidak langsung nanti memeriahkan pekan Tandek. Ini tentunya kerana kesedaran pihak kerajaan dan pemimpin sekarang dan sebelum ini yang prihatin dengan keperluan rakyat . Peranan orang perseorangan dan kumpulan NGO dalam menyuarakan suara umum dalam perkara ini juga tidak boleh dikesampingkan. SAM misalnya tidak henti2 menjana dan memberi idea demi kebaikan semua. Demikianlah yang kita mahu - kesedaran kendiri dan perkongsian idea antara semua golongan. Saya yakin, lambat laun, Tandek dan lain2 kawasan mundur di Sabah, Sarawak dan Semananjung akan membangun jua. Ada masanya, terlewat sedikit i u ada untungnya. Oleh itu teruskan bersabar, namun pemimpin harap tidak goyang2 kaki...

Wednesday, February 10, 2010

SLEEPING BEAUTY SYNDROME

Ketika masih kanak2 dan bahkan mungkin sekarang pun, kita selalu mendengar, membaca dan menonton fairy tale tentang Sleeping Beauty. Cerita yang mengisahkan bagaimana seorang puteri raja yang cantik telah tertidur selama 100 tahun sebelum seorang putera raja yang tampan datang menciumnya, barulah sang puteri raja tersebut terbangun dari tidurnya yang panjang... Kita mungkin tidak menyangka bahawa cerita tentang Sleeping Beauty ini benar2 wujud! Kejadian yang jarang berlaku dan biasanya dialami oleh kanak2 ini dinamakan Sleeping Beauty Syndrome dan dihidapi oleh kurang daripada 1000 orang di seluruh dunia. Apabila keadaan ini berlaku, penghidap akan rasa mengantuk dan seterusnya tertidur dari beberapa hari ke beberapa minggu. Apa yang merisaukan ialah mereka sangat sukar untuk dibangunkan walaupun hanya untuk makan, mandi dan berkumuh! Para doktor pakar sehingga kini tidak tahu apakah punca keadaan ini berlaku. Spekulasi yang terdekat ialah kemungkinan jangkitan sejenis virus yang menyebabkan rangsangan pusat tidur di otak. Lebih malang lagi kerana belum ada rawatan terhadap sindrom ini sehingga kini. Cuma sedikit melegakan kerana biasanya keadaan ini akan pulih dengan sendirinya apabila penghidap semakin dewasa. Sementara kajian terhadap fenomena ini masih diteruskan. Mungkinkah sindrom seperti ini juga berlaku di Kota Marudu? Bukankah Kota Marudu sudah lama 'tidur' dan perlu di'bangun'kan? Sampai bila Kota Marudu terus menjadi kanak2 dan menghidap pula sindrom ini? Jika menjadi dewasa adalah penyelesaian kepada sindrom tidur ini, maka daerah ini perlu menjadi dewasa atau perlu didewasakan. Nota: Posikno! (Bangunlah!)

Aura : ISI MARUDU (BHG 1-TERLEPAS PANDANG)

Apabila kita menyuarakan tentang hak dan tanggungjawab, sememangnya ramai dikalangan masyarakat Kota Marudu yang sentiasa memendam rasa berhubung sesuatu isu yang sepatutnya diambil perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab.
Kita mulakan isu ini dari kawasan Kampung yang terletak jauh daripada pekan Kota Marudu. Biasanya, apabila terdapat tempat yang jauh atau terpencil, setiap perancangan jarang sekali dimasukkan sebagai agenda pembangunan oleh pihak sepatutnya menyuarakannya. Kita dapat lihat sendiri beberapa Kampung yang sukar dilalui oleh kenderaan biasa untuk menuju ke tempat tersebut. Ini kerana ketiadaan maklumat yang boleh diperolehi daripada tempat tersebut. Apakah Ketua Kampung, JKKK dan Ketua Cawangan tempat tersebut tidak membuat kerja mereka? atau permohonan mereka yang dikemukakan kepada pihak sepatutnya tidak diendahkan oleh satu pihak lagi? atau pihak sepatutnya perlu mengetahui keadaan tempat itu cuba berdalih?
Umum mengetahui, terdapat 4 faktor asas yang utama perlu dititik beratkan dalam setiap keperluan yang sepatutnya diambil perhatian. ianya terdiri daripada Jalanraya berturap, bekalan elektrik, bekalan air dan rumah penduduk miskin yang sepatutnya mendapat pembelaan diandaikan 'terlepas pandang' dengan alasan bajet tidak mencukupi, tiada permohonan dikemukakan atau dimasukkan dalam senarai menunggu (KIV). Mengapa ini sepatutnya berlaku? di mana kelemahan proses tersebut hingga menyebabkan keadaan jadi begini?
Bila kita menyentuh wakil rakyat, ianya ibarat seorang ibu yang tidak mampu untuk meninjau atau menjaga anak-anaknya yang ramai tambahan pula apabila kawasan tanah tersebut pusaka turun temurun untuk diusahakan seperti 200 ekar. Keadaan ini memungkinkan ibu tersebut berasa letih atau sebaliknya, justeru di sinilah terbentuknya dan sepatutnya ada tanggungjawab setiap anak-anak dalam membantu ibu tersebut. (Adakah semua perkara ini diletakkan dibawah kesalahan wakil rakyat?)
Perkataan 'Rakyat didahulukan' merupakan perkataan yang mencerminkan masyarakat kita patut diutamakan terlebih dahulu sebelum soal pembangunan berbanding membangunkan pekan yang sedia ada. Kerana itulah pentingnya rakyat dibela, kerana itulah pelbagai agensi dibuka untuk memainkan peranannya di daerah kita. (Tapi, adakah fungsinya setakat dikawasan yang boleh dilalui kenderaan biasa sahaja?)
Terdapat banyak rungutan yang seringkali kita dengar di Kota Marudu, sejak dahulu sehinggalah kini. Bermacam rungutan di dengar, ada yang berkata Wakil Rakyat tidak mengambil perhatian pada mereka, ada yang kata kampung mereka disenarai hitamkan untuk projek pembangunan, ada yang kata tidak suka JKKK yang dilantik, ada yang kata Ketua Cawangan hanya atas tiket nama dan tidak membuat kerja sepatutnya, ada yang kata terdapat golongan berpuak-puak dalam menerima proses permohonan pembangunan. Justeru, macam-macam yang kita dengar daripada masyarakat kita apabila kita sendiri cuba meninjau secara rambang dan berbual dengan mereka. (di mana silapnya?)
Oleh itu, adalah tidak seimbang pembangunan jika hanya pekan yang dimajukan terlebih dahulu berbanding masyarakat di kawasan kampung yang jauh dan sukar dihubungi tanpa menggunakan pacuan 4 Roda (4WD), itupun jika tidak hujan. Hehehe...
Persoalan : Dalam konteks pembuka kata, sebagai permulaan bagi membincangkan pelbagai isu yang cuba dibangkitkan ini. Adakah ini dikategorikan sebagai 'terlepas pandang'? dan tanggungjawab siapa?

Aura : ISI MARUDU

Mencipta sesuatu memungkinkan kita mencapai matlamat, namun kita sentiasa hairan mengapa sesuatu yang dicipta pula tidak menepati matlamat. Apakah matlamat yang kita impikan sebenarnya merupakan sesuatu yang kurang pasti? atau sesuatu yang tersasar daripada rancangan kita pada mulanya? Tindakannya pula bagaimana? Biasanya, setiap perkara yang dilakukan pasti akan dipertikaikan atau diperdebatkan atau dibahaskan samada di Parlimen, DUN, Restoran, warung atau kaki lima. Aura : ISI MARUDU buat pertama kalinya dalam entry ini (bergambar/tidak bergambar) akan mengupas semua isu berkenaan dengan Daerah Kota Marudu, malahan intipatinya juga akan dilebarkan ke seluruh Teluk Marudu (Kudat, Pitas, Matunggong dan Kota Marudu). Sebagai pembayang dan pembuka bicara, terdapat banyak isu yang bakal dipaparkan untuk dibincangkan sedikit demi sedikit setiap minggu bermula jam 5.05 petang pada 10.02.2010, pasti menghangatkan semua pembaca blog SAM. Untuk pengetahuan umum, ulasan atau kritikan atau pandangan atau cadangan samada yang panas atau tidak. Ianya tetap diterima sebagai perkongsian minda yang membina. Kebebasan untuk mengutarakan sesuatu dalam setiap entry Aura : ISI MARUDU tidak akan ditapis. Terdapat hadiah 'misteri' ditawarkan dan akan diumumkan pada Bulan September 2010.

Tuesday, February 9, 2010

JELAJAH ILMU DAN AMAL

(Gambar: atas; 1.ceramah di masjid jamek Tandek, 2. Diskusi intelek bersama pelajar STPM SMK Tandek., 3. Di Kg. Salimandut., 4. Ceramah di Kg.Garuda.,5. Di masjid at takwa Kota Marudu. Nota: gambar rawatan tidak dipaparkan.) Bermula 31 Jan-3 Feb lepas, sahabat kita Prof. Abd. Rahim Salam (bekas Naib Cencelor UM, pakar sains Fizik, mantan penasihat Sains kpd Dr. Mahatir, dll pencapaian gemilang) telah menziarahi Kota Marudu untuk berkongsi ilmu dan menabur bakti dalam bentuk ceramah kesihatan, perubatan, motivasi, rawatan dan sebagainya. Beliau telah dijadualkan berada di Pekan Tandek, SMK Tandek, Kg. Garuda Baru, Pekan Kota Marudu, Kg. Salimandut dan singgah sebentar di Kg. Tingkalanon-Tongkungon. Banyak al kisah sepanjang jelajah ini namun biarlah gambar berbicara. Secara umumnya, kebanyakan pesakit mengalami sakit zahir, namun ada juga yang berkaitan dengan batin dan emosi. Ada yang diganggu jin kerana "berkenan" dengan si pesakit, dan ada juga diganggu jin kerana jin diarah oleh iblis/syaitan yang diarah/diminta oleh manusia. Ada manusia berbuat demikian kerana dengki dan marah. Ada yang marah kerana si kawan silap kata, kalah bicara, sakit hati dan sebagainya. Syukur, setakat ini beberapa pesakit telah pulih dan yang lainnya beransur pulih. Semuanya dengan/kerana izin Allah Taala jua

Sunday, February 7, 2010

SALAM PERTEMUAN MAYA DARI TAGIBANG

Salam pertemuan buat pertama kalinya dalam entry ini..Sesuai dengan label posting saya pada kali ini iaitu SUARA DARI PEDALAMAN yang telah diamanahkan oleh admin SAM iaitu Illie, maka saya akan gunakan bahasa pasar untuk memudahkan saya berbicara santai.

Saya tidak tahu dari mana mau memulakan bicara ini kerana perasaan saya ketika ini bercampur baur. Dan perasaan yang paling mengusik jiwa ialah perasaan rindu pada suami, 3hero,keluarga dan rakan2.

Pertama kali menjejakkan kaki di Tagibang ini saya betul-betul rasa asing. Mujur ada kakak saya jadi teman saya di sini dan kebanyakan guru2 yang mengajar di sini juga saya kenal dan hampir kesemuanya berasal dari Kota Marudu dan kebanyakannya berasal dari Tandek. Dan saya tidak menyangka sama sekali bahawa mereka selalu akses SAM ini untuk mengetahui perkembangan terkini daerah Kota Marudu.

Saya mengucapakan ribuan terima kasih pada Guru Besar kerana memberi kebenaran kepada saya meminjam laptop sekolah untuk berhubung dengan dunia luar memandangkan saya tidak membawa laptop saya sendiri.Tapi lepas ni saya akan bawa supaya saya dapat skype sama suami dan dengar suara anak2.

Adeeess...kalau difikir betul2 kan tiada keuntungan ba tinggal di sini ni kecuali bagi mereka yang memang2 tinggal di sini namun bagi kita yang sudah biasa hidup di bawah sana, agak payah menyesuaikan diri dengan keadaan di sini. Sudahlah jauh dari Pekan Kota Marudu dan Pekan Ranau, tiada lagi line hp untuk berhubung dengan dunia luar terutamanya keluarga.Kalau jalan perhubungan bagus, tidak mengapa tapi ini betul2 jalan balak.Berbahaya dan menakutkan.Namun demi tugas dan tanggungjawab terhadap anak bangsa kita, terpaksa juga datang sini untuk kerja.Cari makan bilang orang kampung walaupun di sini bukannya ada pasar raya seperti More Chance dan Su Chung atau restoran seperti Rahaya Cafe yang sering menjadi lokasi pertemuan staff SAM dan pastinya Sanguru, Sawoku dan Coach sering bertemu untuk berkongsi cerita. Teringat Red Guara + susu cair yang menjadi minuman kegemaran ku. Nasib lagi ada school net dan saya boleh melayari internet facebook dan SAM untuk komunikasi.Kalau tidak, boleh kena tekanan jiwa o di sini.

Bercakap tentang penduduk dan murid2 di sini memang jauh bezanya dengan orang2 di bawah sana.Namanya pun kawasan pedalaman...hehehe. Mula2 datang sekolah, semua mata tengok sama saya.Terlampau cantik kali dorang nampak tu.hahahaa.Apa lagi bila diperkenalkan oleh Guru Besar dalam perhimpunan sekolah.baa kaaa.ni kali la.

Dalam kelas Prasekolah, saya dan rakan setugas betul2 menghadapi cabaran untuk mendidik mereka.Bayangkan ada yang tidak pandai cakap Melayu.Komunikasi sesama mereka pun Bahasa Dusun.Dilarang cakap Dusun dalam kelas pun langsung tidak faham..aduuuii, pening kepala yuu. Tidak cukup itu, tabiat memanjat, bertumbuk, bergelut, mengumban batu dan makan duit syiling setiap hari berlaku hinggakan dalam mesyuarat PIBG yang hari Sabtu sebab hari sekolah gantian juga, saya telah beritahu ibu bapa supaya jangan bekalkan anak2 mereka dengan duit sebab ada makan juga di sekolah. Harap2 ibu bapa fahamlah apa yang saya sampaikan itu.Lagi satu kan,apa saja yang saya dan rakan setugas tampal di dinding kelas terutamanya hasil kerja mereka,habis ditanggalkan..

Paling saya lucu bila Cikgu Jawatan cakap.."nunu mamangan dikoo muwung sino..poloon kow obo dino.." dia bilang hahahahahaa.Sakit perut saya ketawa o. Saya tinggal di Prasekolah juga. Ada bilik kecil telah dibuat disudut kelas jadi bilik tidur saya tapi tiada pintu..memang tidak berapa selesa ba tapi tiada pilihan. Rumah guru pun bukan ada.Syukur juga kamar mandi,tandas dan dapur ada dalam bangunan Prasekolah ni.Jadi boleh dikatakan bangunan Prasekolah ini adalah rumah saya..hehehe.

Bila sudah habis kerja dan masa berehat, saya dan kakak saya berbual tentang keadaan di sini. Kakak saya bilang, "Aso tarati sisiti diti...koulau laad iti.." hahaha. baru berabis kami ketawa dua-dua orang...mingkaso mulau kie..mau jalan2 pun mana juga kami mau pergi. Bagus lagi mugupu dan baring2 sambil membayangkan makanan sedap2 di sana KM. Ada satu kali saya diam2 sebab tidak tau apa mau buat, bilang kakak saya.."kada tumongong..milom po tu mulau dati laad.." hahaha. Baru tu kami berabis ketawa dua2..baa kaa. Pombalon po.(Palis2)

Hari jumaat ni kami balik sebab cuti sekolah seminggu.Ditambah lagi saya mengiring kontinjen SK.Tagibang ke sukan MSSM Zon 4 di SK.Gana, saya akan berada di Kota Marudu selama 2 minggu. Tidak sabar sudah mau balik ni.Bekalan makanan pun habis sudah ni.

Sebenarnya banyak kisah lucu yang mau saya kongsikan di sini tapi lain kali lagi la aaah. Syukur po dapat buat entry dari Tagibang buat pertama kali ini.

Hingga bertemu lagi..salam sayang buat semua.

Saturday, February 6, 2010

BANGKIT 1, BUKAN 1, HANYA 1

Apabila kita merenung jauh ke hadapan, kita akan dapat memastikan bahawa kita sebenarnya telah berada dihadapan. Namun, untuk terus ke hadapan kita perlu melakukan sesuatu yang patut kita lakukan agar kita dapat memastikan bahawa kita lah sebenarnya dihadapan. Merujuk kepada 'BANGKIT 1, BUKAN 1, HANYA 1' ianya adalah petikan kata-kata seorang rakan merujuk kepada perkara yang cuba membangkit semangat semasa berada di tengah lautan tanpa teman atau alat perhubungan. Kata-kata inilah juga menjadi sebahagian daripada caranya untuk mencapai sesuatu matlamat yang sebenarnya sukar untuk digarap secara total mahupun dengan kebijaksanaan yang terbatas namun, berkat kata-kata ini juga secara tidak langsung rakan tersebut berada ditempat yang memang selayaknya. 'BANGKIT 1, BUKAN 1, HANYA 1' sebenarnya adalah teknik berfikir untuk merangka atau merancang kejayaan berdasarkan sifatnya yang penuh dengan kelengkapan 'akal dan fikiran, hati dan perasaan' untuk mendahului dihadapan walaupun orang lain nampak ianya masih jauh dibelakang. Sebagai warga Kota Marudu, bangunlah dari tidurmu.. fokuslah masa sedarmu.. renunglah dirimu.. Insaflah kealpaanmu.. berdirilah... dan ingatlah.. kita sebagai generasi pewaris keturunan dahulu perlu mengubah semuanya dalam menjadikan kita sebaris dan setanding dengan mereka diluar sana berkonsepkan 'Kesederhanaan dan Keseimbangan' bagi mencapai matlamat kecemerlangan masa depan. Pedulikan apa mereka kata, berpadulah dalam satu ikatan yang kita semuanya adalah 1 keluarga dalam 1 Marudu.

14...

TULISAN Kyro menjadi asbab kepada tulisan ini. Namun terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ucapan yang selayaknya dan sepantasnya berkaitan angka "14" seperti yang diutarakan oleh Kyro. - Tahun baru Cina dan Valentine Day (VD) yang jatuh pada 14 Febuari ini.
saya bukan orang Cina tapi ramai kawan saya Cina. Saya bukan pengamal "VD" tapi tidak pula melupakan kekasih hati. Dan...saya bukkan "kaki nombor" tapi saya peminat beberapa nombor. Sesekali saya suka "bermain nombor", seperti yang akan saya bicarakan sekejap lagi... 14? - Ini angka yang bawa makna kata seorang sahabatku. Katanya:"4" tidak bagus pada kebiasaanya. mati. susah hati. merana. Tiada ong, dan sebagainya. Namun kalau ditambah-tambah ok jugalah, katanya, misalnya, "1" + "4" = 5. "5" ada ok sikit. Sedang-sedang. sederhana. Bersikap sederhana boleh elak "mati" terutamanya "mati/hilang kawan" atau bengkrap. Misalnya, sederhana dalam memilih barang-barang, pilih yang "ori" pada harga yang tidak bikin "mati" diri sendiri atau suami atau mak-bapak!. Memang benar, "Kalau ikut hati, matiii"...Problemanya, berapa kerat yang telah "4" sanggup atau terbuka hati mencari "1" itu?
Tapi jangan risau dan jangan sampai putus asa pula. Yang dah "mati" boleh dihidupkan dengan menambah "1". Kata kawanku, ada juga barang yang "mati" kerana tawar hati atau mati keinginan dan "membloking mentalnya" (jadilah "mental block"), maka dia perlu mencari yang "1" atau menambah lagi "1" (bergantung kepada kes) yang lebih comel, molek atau yang pandai bersenda gurau, atau yang sejalan atau sejiwa, agar apa-apa yang "mati" boleh "bangun"/ "hidup" semula. Jangan kita cop kawan saya ini "otak blue", sebab pakar-pakar psikitri dan psikologi pun selalu cakap ini hal. Memang ada cara menghidupkan yang mati. Golongan agamawan pun selalu beri kita nasihat, kata mereka, "bahawa hati yang "mati" juga boleh "dihidupkan" dengan membawa "1" (yang Satu, yang Esa) ke dalam hati, kerana Yang '1" itu akan merahmati dan merawati. Namun kena elakkan "sesuatu" yang boleh menyelinap masuk merosakkan hati kerana inilah yang boleh bikin "mati". Maka katakan 'Tuhan itu "1"...kata kawanku. Kataku; saya sudah mengatakannya. "Jangan hanya pada bibir atau jangan hanya singgah (dan pergi) di hati..." kata kawanku. Saya hilang kata-kata. "Jika tidak perlu maka tidak perllulah yang "1" itu dimainkan/dipermainkan di bibir saja. Biarlah dia bermukim di hati..." jelasnya lagi. Sekali lagi saya kehilangan kata-kata.
Nah, demikianlah yang saya sendiri rasakan kini...bila sering mengoreksi hati, dan berkat komentar orang lain, saya mulai hilang hati dengan "sesuatu" kerana dalam "sesuatu" itu saya nampak "sesuatu" yang lain lagi. Maka, timbulllah keinginan untuk lebih "berhati-hati"...atau "mengubat" hati. Jalan/cara yang saya nampak dan jumpa ialah "memasukkan yang "1" di dalam hati (bukan nak tambah lagi "1"). Masalahnya, teori ekonomi tentang - kos melepas - bila kita nak "sesuatu" biasanya harus melepaskan "sesuatu" atau kehilangan "sesuatu". Dalam kes saya ini...dengan senang hati saya relakan kehilangan atau meninggalkan "sesuatu"...kerana kata kawanku, ada banyak cara mendekati manusia dan yang "1" itu. Barangkali saya kena mencuba "1' lagi cara yang lebih syahdu dan sesuai dengan naluri, jiwa dan takdir penciptaanku?...tapi jangan keliru, saya tidak akan terbang bersama angin atau berlari di permukaan lautan, saya akan tetap dan masih di sini. Kerana kata kawanku yang baru aku kenali ; " hadapilah manusia dan sesekail hadapi Tuhanmu". Manakala hatiku sendiri berbisik; "hadapkan matamu kepada manusia, hadapkan hatimu kepadaNya..." (Di sini maksudku, = de' SAM de' Marudu...)

Friday, February 5, 2010

KONG HEE FATT CHOY

14 Febuari 2010 merupakan Tahun Baru Cina dan sekali gus merupakan hari Valentine.Ramai yang beranggapan hari ini adalah adalah hari dwi kegembiraan,dwi kemakmuran,dwi kebahagiaan dan dwi kerahmatan.Tetapi bagi saya bukan dwi tetapi trio.....kenapa? 1. Hari valentine atau sesetengah orang kata hari memperingati kekasih....seluruh dunia meraikannya.Ia bukan setakat memperingati kekasih malah skop hari valentine jauh lebih luas.Ia adalah hari untuk memperingati orang tersayang samada ibu,bapa,adik beradik,suami-isteri,saudara-mara malah sahabat handai. 2. Walaupun saya tidak merayakan sambutan Tahun Baru Cina secara khusus tetapi darah keturunan cina dari nenek moyang yang mengalir dibadan saya tetap merasa gumbira dapat sama-sama menyambut ketibaan sang harimau ditahun baru ini. 3. HARIMAU....kebetulan...mengikut kalendar Cina,saya lahir pada tahun harimau....secara tak langsung saya meraikan tahun kelahiran saya yang datang hanya sekali setiap dua belas tahun. Pada dua belas tahun akan datang belum tentu saya berada disini untuk melayari hidup bersama sang harimau ini....hehehe.Maka tahun ini secara tidak langsung saya meraikan hari valentine,tahun baru cina dan tahun harimau......trio kegembiraan. Teringat saya sewaktu kecil di Tandek.Dipagi Tahun Baru Cina bapa akan bagi saya Ang Pow rm5 dan saya akan kekedai Tandek untuk membeli kuaci dan mercun.Biasanya saya akan berkumpul bersama kawan-kawan berbangsa cina seperti Ah Pet,Ah Len,Ah Keong,Ah Kau dan tidak ketinggalan abang saya Ah Nang....hehehe sebenarnya nama abang saya Anang...nama dusun bukan nama cina. Malam sebelumnya kawan-kawan saya akan berkumpul bersama keluarga masing-masing untuk Makan Besar.Dan dipagi Tahun Baru kami akan berkumpul pula untuk sama-sama menyaksikan Tarian Naga.Kami akan berkongsi membeli mercun untuk dibakar sewaktu acara Tarian Naga berlangsung.Tahun Baru Cina tanpa mercun tidak seronok,seperti bukan tahun baru rasanya. Waktu itu penjualan mercun belum diharamkan.Maklumlah kanak-kanak dizaman itu tidaklah sebijak kanak-kanak zaman sekarang.Kanak-kanak zaman sekarang terlalu bijak...beli mercun modify sana-sini....akhirnya putus jari putus tangan....memang bijak....Tapi yang anehnya....walaupun mercun dan tahun baru cina begitu sinonim....yang putus jari dan putus tangan adalah melayu di hari raya.....???@@@???? Berbalik pada Tarian Naga....saya memang sangat meminati dan kagum melihat bagaimana lincah dan tangkasnya para penari menghidupkan watak-watak singa dalam tarian ini.Biasanya sebatang tiang besi yang tinggi akan dipacak dihadapan kedai.Dipuncak tiang akan digantung seberkas sayur salad.Tugas sipenari adalah untuk memanjat dan menurunkan sayur tersebut. Bayangkanlah betapa sukarnya tugasan si penari.Bukan saja terpaksa melompat kesana kemari untuk mengelakkan diri daripada terbakar dek mercun yang kami baling ke arahnya tetapi terpaksa pula mengangkat replika singa yang berat dan menggayakannya seolah-olah singa hidup yang sedang memanjat tiang besi yang begitu tinggi untuk memakan sayur yang tergantung itu.Biasanya ketinggian tiang besi boleh mencapai 40 kaki atau lebih bergantung kepada kemahiran si penari. Paling saya nanti-nantikan adalah kemuncak tarian dimana si penari akan menggayakan replika singa itu seolah-olah sedang memakan buah limau mandarin.Si penari akan mengupas buah limau mandarin dan menyusun ulas demi ulas buah limau tadi hingga membentuk huruf-huruf kaligrafi cina yang membawa maksud ucap selamat. Indahnya Malaysia ku.....HAPPY VALENTINE'S DAY..... SELAMAT TAHUN BARU CINA .......KONG HEE FATT CHOY...!!!!

TANGON DI IKUS

Waroo waro kaka dit kodori. Waro sompisasawo dot oleed no nokopisasawo nga aso tanak kabarasan. Monikid tadau sumbayang ino sompisasawo dino, mokianu sid Kinoringan supaya ataakan dot tanak. Sid walai, sid gopu ko sid bawang antawa sisiongo nopo bo, asal waro po ot kosiwatan tumuku, mungkodom om mintadua no yaalo dino sid Kinoringan. Insan tadau kaka, tiya sid gopu yaalo sompisasawo, minintadua no it tongondu kumaa sid Kinoringan, mokianu dot tanak. Amu songkuro koleed kaka iri, milom po tu waro poloolopug sid toning dit tongondu dino. Ungkalat om imatai bala ri nga ragang dot tikus iso i, kusai. Id lalangkasai dit tongondu iri momurut om loowo no it sawo yo. "Ati neti tanak dito nitaak do Kinoringan." Kabo dogimawat. Ototomoon neno sompisasawo dino. Nunu i, i nopo tanak dot tikus dino sabanar no nga sinimbit dot kondiw mantad sid rumun dot tikus nga nowilian yo om naratu diri. Aso kinosondoton, ngaangam sid toning dit tongondu tiya dit minintadua yino. :D Asoo no bo diri. Piniara i tawaawasi ino tikus dino sampai nosukod. Le'eed kaka ri, norikot no diri it panansawaan dit tikus. Adi minongoduat no it 'meleeng' yo dot isai no ot kenginan yo manansawo. "Ombo it omosuur (termahsyur) sid pomogunan ino no ot sowoonku." Ka simbar dit tanak (tikus). Adi umbal no diri it 'tama' mogiim nunu ot omosuur sid pomogunan. Aso neetung yo mogulu, ilo no tadau kabarasan. Minokilutu no diri dit sawo yo om boyo po dit duruk sumuwab gayad no kaka it tama dino minongoi ponong sid kosilaan tu sumambat dit tadau. Nokosilau nogi karawa kaka it tadau dino duato no dit tama. "Oi Adau, kaakun ko i ka ong ipasawo tekau dit tanak ku, tu ikau no ot eetungku dot omosuur sitid pomogunan?" "Nokuro tu reetan oku dikau dot omosuur?" Ka, duat dit tadau kembagu. "O tu asal kosilau ko nga anawau no pentongkop diti pomogunan." "Ai, banar neno nga waro po to ot omosuur no mantad dogon. Ino no ilo kawut. Tu ong otirung oku no dilo kawut, oluub no silod siba." Adi, rangkat no bo diri kaka it tama dino om sambat no dit kawut, nga sarup ot omosuur ka dit kawut, tu otilib po it kondiri yo aajangan do sarup. Saambato no dit tama it sarup nga simbaro no dit sarup dot ilo sokid kabarasan ot omosuur banar tu kukuro2 koologod yo tumongus nga aso nununu dilo sokid, amu i otilib. Adi sid sokid no bo diri ot kinopuguon do ginawo dit tama dino. Sulak no yino kembagu om indokodo no do it nuluw do sokid. "Ai aman, soleleed diri amu ko nakatakad siti. Dama om biano nokorikot ko. Nunu ot tomodon nu dino?" Ka dit sokid. "Agayo ot tomodon ku diti Okid. Banar no ka dot ikau no ot omosuur sitid pomogunan? Tu ong banar, ipasawo tekau dara dit tanak ku." Ka simbar dit tama. "Ades aman, banar ino om moompod okui dara dino tomodon nu dino, nga kasaasalaan aman waro iso po to ot aku alawanan diti. Mokot-kookot ad tiyan ku. Amui oruol banar belo nga aku ataanan tu mogid-koogid topurimananku, sodoi adau no aso tingkod mokot-kokot." "Nunu ino?" "Tikus." Kinompuusan bo dino tuturan dino, tikus i tikus ot nasawo dit tikus. :D Tupono: Asal reetan dot tikus, sisiongo poma korikoton nga tikus i tikus to koojungon. Kada nopo tulun sumiliw kenongko tumiruwan ugu ko tikus.

Ikan Ketutu

IKAN KETUTU/ IKAN UBI/ MARBLE GOBY 

Hehehehe.... salam semua.
Suami penulis sekali lagi mencipta rekod tersendiri apabila berjaya mendaratkan ikan ketutu/marble goby seberat 1.4kg dan 1kg . Ikan tersebut dipancing di sebatang sungai (pssstttttttt.... rahsia..) menggunakan udang sebagai umpan. 
Ini merupakan kali pertama penulis melihat ikan spesis ini. Pada mulanya penulis menjangkakan ikan ketutu ini adalah ikan yang selalu dipanggil oleh orang kampung  sebagai Ikan Buko. 

Berikut merupakan sedikit info mengenai ikan ini:-

Ikan ketutu atau nama saintifiknya Oxyeleotris marmoratus adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara asia tenggara. Marble goby atau lebih dikenali ikan ketutu,haruan bodoh,ikan ubi,ikan hantu,belantuk. Merupakan spesies ikan air tawar namun terdapat juga dikawasan air payau. Kebiasaannya gemar tinggal di kawasan berlubang dengan persekitaran air berarus tenang dan sederhana. Bersifat karnivor iaitu memakan daging dengan memakan anak2 ikan kecil, udang siput dan ketam kecil. 
Ikan pemangsa ini selalunya boleh ditemui di kawasan seperti lubuk, lombong tinggal dan tasik terutamanya kawasan mempunyai kayu atau buluh untuk tujuan mencari makanan. Bersifat pendiam, aktif pada waktu malam/ dalam keadaan gelap. Ikan ketutu dapat mencapai berat matang 1kilo dalam masa lebih kurang setahun bergantung kepada sumber makanannya.

Buat masa ini harga pasaran ikan ketutu dewasa dalam kiraan 1 kilo dijual dengan harga 65 hingga 85 sekilo. Harga ikan ini melonjak naik disebabkan bekalan ikan ketutu dewasa amat sukar didapati  dan dalam jumlah yang terhad. Ikan ketutu mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pemilik restoran cina sama ada untuk  hidangan restoran atau pun untuk dieksport ke luar negara.

Oleh itu sayangilah flora dan fauna bumi Marudu kita  kerana dalam diam ianya meyimpan/ menjana khazanah yang tidak ternilai harganya.

Sumber rujukan:

PENGHAYATAN JUMAAT : KASIH SAYANG

(Baca entry dibawah perlahan-lahan dengan tenang) Pada satu hari di sebuah sekolah, seorang pelajar bertanya kepada seorang cikgu. Ketika itu, cikgu sedang mengajar pelajaran bahasa mengenai kasih sayang. Pelajar : Cikgu, bagaimana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang selain daripada keluarga untuk menjadi teman terbaik kita? dan bagaimana juga kasih sayang tersebut boleh berkekalan? Cikgu : Oh... kamu ikut apa yang saya suruh kamu pergi ke padang sekolah, kamu berjalan diatas rumput. Di hadapan kamu pula cuba pilih rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekalipun. Kemudian, petik rumput itu dan bawa ke kelas. Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumputpun ditangannya. Cikgu : Kenapa tiada rumput di bawa ke kelas? Pelajar : Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik, memang banyak yang cantik tapi dah cikgu kata petik yang paling cantik. Maka sayapun terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. Namun, apabila saya sampai dihujung padang, saya tak jumpa pun rumput yang paling cantik mungkin ada rumput yang paling cantik dibelakang tadi, tapi dah cikgu kata jangan menoleh ke belakang lagi, jadi tiada rumput yang boleh saya petik dan bawa ke kelas. Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Apabila kita telah bertemu dengan seseorang yang kita rasa amat menyayangi dan boleh berkongsi suka duka, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada dihadapan kita. Sebaik-baiknya jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana apa yang telah berlaku tetap dah berlaku dan tak berulang lagi. Ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik dan baik, mahupun lebih banyak lagi yang cantik dihadapan kita seperti rumput tadi. Minda : Berfikirlah apa yang terbaik dihadapan kita dan jadikan pengajaran apa yang berlaku dibelakang kita.

Kisah Seekor Tikus

Apabila terbaca entri Sanguru berkenaan dengan tikus, tiba-tiba saya teringat satu peristiwa ganjil/luar biasa yang jarang berlaku di antara seekor kucing (pemangsa) dan seekor tikus (mangsa) beberapa hari lalu. Ceritanya begini, pada hari tersebut saya bersama keluarga pergi ke sebuah pasar. Tujuannya bukanlah nak beli tikus adalah untuk membeli keperluan dapur. Apabila saya lalu di satu sudut pasar tersebut, saya tersentak dan terkasima seketika apabila melihat seekor tikus limpas lalu berlenggang betul-betul di depan seekor kucing. Yang menghairankan, tikus itu berbuat demikian tanpa perasaan takut pun dan kucing itu pula seolah-olah tak bernafsu buat-buat tak tahu saja. Bagi saya senario ini adalah berlawanan dengan hukum adat, iaitu pemangsa pada prinsipnya akan mengerjakan si mangsa. Kalau kita singkap sejarah, pernah tercatat serigala dan kambing boleh bermain di dalam sebuah padang yang sama sewaktu Umar Abd. Aziz menjadi Khalifah Bani Umaiyah. Apabila wafatnya khalifah tersebut, senario itu berbalik kepada asal dan kewafatan baginda ditandai oleh tindakan serigala menerkam kambing-kambing yang ada di sekitarnya. Kesimpulan ringkas saya adalah, bahawa kepimpinan seorang pemimpin di sesebuah kawasan itu akan mempengaruhi corak kehidupan semua makhluk di bawah kepimpinannya, termasuk binatang. Dan, kehebatan aura kepimpinan mereka juga boleh dikesan/diukur dengan melihat corak kehidupan makhluk-makhluk tadi. Apa khabar tikus-tikus dan kucing-kucing di Kota Marudu? Harap-harap mereka dalam keadaan yang normal. Di tempat lain (mungkin juga di Kota Marudu?) amat menyedihkan saudara. Bukan sekadar kucing makan kucing dan tikus makan tikus, tapi ibu bunuh bayi sendiri yang baru dilahirkan. Dahsyat! Kalau sudah sampai ke tahap kritikal seperti ini, mungkin telah tiba masanya kepimpinan di tempat tersebut digulingkan dikaji semula.

AL KISAH (6): BAH, BIARLAH BAH...

Di semenanjung, "Bah" adalah banjir. Di Sabah, "bah" adalah bah. Orang semananjung dah pandai, lebih maju maka lebih berani. Mereka tak suka "bah, biarlah bah..." Syabas sahabat2 saya di sana. Kalian bertuah. Kami di sini, masih ramai yang suka mengalah. Alik-alik cakap, "bah, biarlah BAH". Datang "bah" (banjir) pun dia kata "biarlah bah...". Air paras bahayapun masih boleh kata "biar2 dulu bahhh..." Apakah kalau datang BAHalul pun mereka akan kata "bah, biarlah bahalul..."? Hmm, ini yang bikin "bah hati saya" (sedih - banjir air hati)...

Thursday, February 4, 2010

AL KISAH (5): tikus jadi KATAK jadi TIKUS

Lagi al kisah tentang tikus pada zaman dahulu kala. Kali ini kisah tikus yang menjadi katak! Bukan kerana sumpahan sebaliknya kerana pilihan. Kononnya kalau mereka menjadi katak, tiap bulu di badan mereka akan bertukar menjadi bulu emas! Itulah kononnya cerita lagenda negeri SABAHTUL TUNTUL. Ramailah tikus yang pasang niat nak jadi KATAK supaya boleh menjadi tikus yang lebih hawliang punya. Namun tidak kurang tikus yang memiliki diploma "monotikus" mau masuk "Frog University" untuk dapat ijazah lanjutan "polikus". Khabarnya dengan ijazah inilah mereka mampu menukar diri dari tikus menjadi katak.

Wednesday, February 3, 2010

AL KISAH (4): TIKUS oh TIKUS...

Al kisah di sebuah gua bernama politikus yang didiami bani tikus, mereka sedang bersiap2 untuk pemilihan pemimpin tikus. Mereka mau cari tikus yang betul2 POLITIKUS, yang pandai MENIKUS bila ada kucing dan...dan boleh memenuhi slogan "TIKUS MAMPU MEMBAIKI LABU"... Menurut seekor tikus dari gua itu kepada seekor tikus kampung, di gua mereka sedang berlaku sindrom tikus menikus. Banyak pasangan tikus bergaduh, tikam lidah, tikam belakang dan sebagainya. Ada tikus yang kejap bercerai kejap rujuk. Ada tikus mengaku kucing. Ada tikus yang kejap pakai bulu putih, kejap bulu hitam. Ada juga kononnnya yang pandai melawak menyerupai musang. Pendek kata, di gua itu ADA macam2 ADA.

Monday, February 1, 2010

KOREKSI DIRI part two

Sesetengah orang tidak suka apabila dirinya ditegur apalagi kalau teguran itu merupakan kritikan negatif. Setiap orang normal apabila ditegur (kecuali orang yang tidak siuman atau sudah terlalu biasa dan selesa dengan hidup dalam “dosa” hingga menjadi lali lalu hilang keupayaan untuk membezakan mana yang baik dan mana yang salah), paling tidak pun pasti akan berasa agak tidak selesa atau tertanya-tanya sejauh mana kebenaran teguran yang dilontarkan kepadanya. Di sinilah elemen kedua dalam proses koreksi diri harus memainkan peranannya.

2) Ambil Waktu Untuk Merenung dan Menyelidiki Diri

Seorang yang bijak apabila ditegur tidak akan terus menerima teguran itu bulat-bulat dan tidak juga menolaknya mentah-mentah, sebaliknya mengambil waktu untuk merenung dan menyelidiki diri sendiri untuk menganalisa sejauh mana benarnya (dan bukan sejauh mana salahnya) setiap teguran yang diterima. Harus diingat bahawa proses penyelidikan diri mestilah ditunjangi oleh rasa ingin memperbaiki kelemahan diri dan bukan mencari kelemahan atau kesilapan teguran itu untuk membela/membenarkan diri sendiri. Seperti kata Sanguru dalam tulisan beliau yang lalu tentang penyakit hati… “insafi diri…kecilkan dan rendahkan diri.” Tanpa sikap mahu merendahkan diri, proses penyelidikan diri ke arah usaha koreksi diri tidak akan berjaya menghasilkan hasil yang “lebih cantik...lebih halus” (memetik ulasan LM dalam entry lalu) sebaliknya pula akan menjadikan seseorang itu lebih tinggi diri, lebih keras kepala, lebih angkuh dan sudah pasti tidak akan disenangi oleh ramai orang.

Apabila kita merendahkan diri untuk menyelidiki kelemahan diri, itu tandanya kita sedang mengakui bahawa diri kita ini tidak selalunya betul, bahawa sikap dan cara kita berfikir serta bertindak rupa-rupanya ada, bahkan banyak, yang perlu dikoreksi.

Proses penyelidikan diri juga sangat penting untuk kita mencari tahu punca dan sebab mengapa kita bersikap dan bertindak seperti yang dikatakan dalam teguran yang kita terima. Dalam kebanyakan kes, apabila menyebut tentang punca dan sebab, kecenderungan tinggi setiap orang ialah menuding jari menyalahkan punca-punca external; semua yang berada di sekelilingnya kecuali diri sendiri! Contohnya menyalahkan keluarga yang mengongkong, menyalahkan boyfriend/girlfriend yang curang, menyalahkan cuaca buruk, menyalahkan pemimpin yang gagal memajukan kawasannya, menyalahkan rakyat yang bodoh dan lembap, dll. Saya tidak mengatakan salah untuk melihat-lihat dan mengambil tahu punca-punca external ini tetapi sebelum semua punca external ini dapat diubah dan seterusnya dikoreksi, buatlah koreksi terhadap diri sendiri terlebih dahulu. Sebelum menyalahkan faktor-faktor luaran yang berada di luar kawalan kita, nilailah diri sendiri yang pusat kawalannya terletak di tangan sendiri terlebih dahulu. Jika proses penilaian/penyelidikan diri itu dilakukan dengan penuh kerendahan hati dan kejujuran, saya percaya tidak ada seorang pun akan berasa dirinya sudah cukup baik untuk menyalahkan orang lain. Yang ada hanyalah keinsafan dan kesedaran akan sikap diri sendiri yang mementingkan diri, angkuh, dan penuh keegoan. Yang ada hanyalah kesedaran akan kekurangan diri bahawa saya/kita belum cukup melakukan yang terbaik untuk orang lain, untuk masyarakat, untuk rakyat (jika diri anda seorang pemimpin) dan bukan semata-mata untuk “ME, MYSELF AND I”.

Sebelum berpisah untuk hari ini, renungkanlah….kita dapat mengenali dengan mudah seseorang yang sering menyelidiki diri dan sentiasa berusaha mengkoreksi diri melalui satu cara: orang itu semakin “kecil” dan “rendah” dari hari ke hari dan bukan sebaliknya…to be continued