SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, February 21, 2010

"1 Kampung, 1 Cyber Cafe"

Baru sebentar tadi saya memberikan Kursus Blog (Asas) kepada kakitangan di pejabat saya. Penganjuran kursus dalaman tersebut adalah berikutan saranan pihak Kerajaan agar setiap agensi mempunyai blog/portal masing-masing, untuk mempastikan sistem penyampaian itu lebih mesra dan berkesan. Saya mengharapkan agar walaupun masa kursus itu amat singkat, sekurang-kurangnya peserta mendapat pendedahan dan boleh membina blog berdasarkan panduan yang saya telah berikan. Bersempena dengan Kota Marudu Inovatif 2010, apa kata tuan/puan semua bersama-sama dengan SAM mendesak meminta pihak yang berkenaan (YB, kerajaan/swasta/NGO, ahli perniagaan dll) agar mengusahakan supaya setiap kampung di Kota Marudu mempunyai sekurang-kurangnya 1 cyber cafe. 1 komputer, 1 rumah itu memang sukar. Berapa kerat saja orang kita yang berkemampuan untuk memiliki dan membayar sewa taliannya. Rasional cadangan ini adalah kerana, kita tidak mahu warga Marudu ketinggalan dalam era IT yang serba mencabar ini. Banyak maklumat berkenaan dengan perkembangan pembangunan di Kota Marudu perlu diketahui oleh setiap warganya. Program-program YB misalnya perlu dihebahkan. Kempen juga tu, hehehe. Kejayaan-kejayaan MDKM juga perlu disebarkan. Produk-produk, "Made In Marudu" juga wajar dipromosikan. Nah, bagaimana orang-orang kampung tahu semua ini kalau tiada kemudahan komputer dan internet? Ini satu inovasi YB saudara! Tidak mahal, buatlah...

16 comments:

SANGURU said...

Tahniah tuan! Tabik.

SANGURU said...

Sy harap jkkk tiap kg pakat2 pasang talian kongsi sama. Kaum muda yg celik it mainlah peranan. Kita tak boleh tunggu "1rumah 1talian" seperti di saaaanaaa....kita mampu jika kita sepakat dan sangup berkorban.

Hajah said...

BAGUS S.A.M NI, SAYA MESTI PILIH!!!!! BLOG PILIHAN RAKYAT...

Um@r said...

Terima kasih Sanguru. Cadangan tuan amat bernas sekali. SAM insya-Allah bersedia menurunkan krew2nya untuk memberikan Kursus Blog dll yg berkaitan sekiranya diperlukan. Hajah, mcm iklan Bank Rakyat saja tu, hehe...

Um@r said...

Apa kata mana2 parti politik memulakan langkah pertama. Cari 1 kampung yang difikirkan sesuai untuk projek rintis. Beli sekurang2nya 2 buah komputer terpakai dan pasang talian internet. Minta AJK masing2 menyelenggara CC tersebut. Kalau PRU-13 nanti semua parti tidak payah susah2 kempen. Siar dalam blog/website kemudian suruh wakil kampung tersebut print out. Dan sebarkan kepada penduduk kg. Apa macam? Ada wakil dari mana2 parti yg boleh bagi respon?:-)

Anonymous said...

cadangan ni bagus. kalau yg muda2 mmg tahu pasal IT ni. kali ni golongan tua2 patut didedahkan. Selain mahir bertani biar mereka tahu pasal IT. hehehe. baru la mantap gitu.

so lepas ni orang yg pandai IT di kg tu buat web atau Blog untuk kg masing2 kan. publish lah aktiviti kg, masalah2, keadaan kg dan lain2. jgn pula kongsi yg buruk2 saja.. kasi kongsi berita yg baik2 juga bah kan.

baru lah orang2 yg diperantauan dapat tahu perkembangan di kg tu. orang bilang sentiasa 'updated' bah. haha.

- Perantau-

Baju Batik said...

Assalammualaikum,
Salam 1 Malaysia.
Sdr2 & bloger,
Cadangan, dan semua komen2 di atas bernas dan saya bersetuju.
Namun ada beberapa masalah lain yg harus dipertimbangkan, dihalusi, difikir dan dikaji. ‘how to slove the problem’

Sdr2, dari apa yg saya lihat, masih ada (ramai) lagi penduduk kampung memiliki rumah besar, kebun getah besar, sawah padi besar, kereta besar dan ada juga yg gaji besar! Dan memiliki kemudahan lain spt astro, hand phone, dsb tapi tdk mempunyai kemudahan berinternet di rumah.
Masalahnya ialah, bagaimana kita menarik minat, memberi kesedaran dan kefahaman yg jelas kepada golongan yg boleh dikatakan mampu ini, agar mereka tahu kelebihan2 berinternet. Bagaimana utk memupuk minat mereka terhadap internet spt mana mereka minat pada astro, hand phone dll.

Saya mencadangkan agar ada pihak2 spt SAM sendiri turun padang, pergi ke kampung2 buat “pertunjukan internet”, bengkel, simulasi, tunjukcara dsb yg dapat menjelaskan seterusnya menarik minat masyarakat terhdp internet.

Izinkan saya beralih kpd bhs yg kurang formal.

Kalau ada bah yg kasi tengok / tunjuk cara guna internet, baru ramai yg mau pasang kemudahan berinternet di rumah bah ini. Sayapun boleh turut serta , walaupun tiada sijil komputer, untuk ‘on- off’ suis dan kasi ramai2 lagi bah. Kita minta sedikit belanja drp YB. Kalau suruh diorang gutung ruyung tanpa minat dan kesedaran, saya jamin biar bertaruh bah Androd , tiada yang mau pasang. Sebab kenapa? Yang minat, tahu dan faham tentang internet, ramai sdh yg pasang. Yg tdk pasang itu, bukan sebab tiada duit shj. Saya pernah berjumapa dgn seorg yg sebaya dgn saya di kampung, byk dia tya saya tentang komputer dan internet. Saya pun senyum2 ( senyum hormat bah, adat), mana tidak, saya terus terang katakan bhw saya gagal menjwb kebanyakan soalannya, apa tidak, cuba terangkan apa itu ‘mouse’ kpd seseorg yg langsung tdk mengetahui apa2 tentang komputer dan internet. Tapi akhirnya ‘si kawan’ tadi nampaknya terus berminat mau beli komputer dan pasang internet di rumah. Tahu kenapa, sabab saya katakan dalam internet kita boleh jga nampak itu gambar xxxxx. Minta maaflah, saya tau saya salah kasi tau dia tentang ‘X file’ dlm internet itu.

Itu Shj.

Tq.

kiehaa said...

Salam,
If free, why not take this opportunity..

IsOn said...

Setuju dengan cadangan saudara2 sekalian.

Anonymous said...

skg ni yg urang2 tua yg harus didedehkan. rasa2 nyer.. budak2 sekolah sedang didedahkan di sekolah masing2 tak kira Sekolah menengah dan sekolah rendah. kan??

SANGURU said...

Setuju

Anonymous said...

Sangat setuju, tapi siapa yang mahu memulakannya. Saya fikir perlu ada JKKK di pedalaman yang dapat memulakan internet ini. Apa kata kalau tuan syorkan Internet Desa dan JICA untuk mengerakkannya. JICA mungkin boleh sponsor.

DINAKAN said...

hebat cadangan ini..

apakata MOSTI membuat draf menggunakan input cadangan diatas?

Anonymous said...

Internet sekarang ni sepatutnya semakin mudah. Selain daripada streamyx, talian tanpa wayar seperti Celcom dan Digi juga memberikan akses kepada internet. Cuma mana satu pilihan yang sesuai untuk orang kg? isunya ialah akses yang cepat dan dengan kos yang murah. Kalau mahu akses cepat: talian streamyx memerlukan jaringan fiber; manakala Celcom dan Digi memerlukan kemudahan 3G dan bukannya GPRS semata-mata (bukannya seperti sekarang ini 3G di KM berbentuk hot spot shj). Bayangkan sia punya brother ada melanggan Celcom ka Digi tu, mo akses di kg salimandut; mak datuk 1 jam pun nda buleh bukak web... Soalnya bagaimana bagi kesedaran ka.. atau bagi kemudahan???

srixon said...

kita ada wakil rakyat bertaraf Menteri Malaysia bah kenapa tdk minta bantu?

SANGURU said...

Srixon,
yg tuan maksudkan antara pembaca SAM. Saya yakin beliau akan usahakan.
Kpd yg saya maksudkan, "KM didahulukan, saira poh!"