SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, February 22, 2010

1Kota Marudu

Salam 1Kota Marudu! Sejak YAB Perdana Menteri mengumumkan pelancaran gagasan 1Malaysia, tanpa menunggu masa yang lama, kedengaranlah di sana-sini laungannya. Bermula detik itu angka "1" menjadi sangat popular. Bukan setakat pihak kerajaan yang menggunakannya tapi pelbagai pihak yang lain juga. Bagus! Perkara yang baik apa salahnya kita sokong dan berkerjasama. Politik tu tolak tepi dululah. Tidak lama dulu YB Datuk Seri Max juga menggunakan angka "1" untuk digandingkan pada nama jagung, iaitu Jagung 1Kota Marudu. Ini juga bagus! Rentetan daripada itu saya ingin mengusulkan motto, "Kota Marudu Didahulukan, Pembangunan Diutamakan" sebagai slogan untuk 1Kota Marudu. Setuju? Tidak perlu jawab, saya tau kamu tak setuju kan? Egolah tu, hehe... Saya ringkaskan cerita. Usul di atas adalah berasaskan kedudukan semasa pembangunan di Kota Marudu yang masih di paras bahaya kemunduran. Ramai orang mengatakan antara daerah yang termundur di Malaysia. Atas premis itu, maka Kota Marudu MESTI didahulukan berbanding daerah-daerah lain yang lebih ke hadapan. Kalau boleh minta dijadikan Kota Marudu sebagai Anak Emas negara! Bagi mengatasi kemunduran tersebut pula, pembangunan perlu disalurkan ke Kota Marudu. Atas premis itu, maka pembangunan MESTI diutamakan. Pembangunan yang saya maksudkan di sini bukan dari segi material semata-mata tapi termasuklah pembangunan modal insan. Demikianlah ceritanya bagaimana terbitnya slogan, "Kota Marudu Didahulukan, Pembangunan Diutamakan". Saya bersangka baik bahawa percaya wakil-wakil rakyat di Kota Marudu sudah berusaha untuk meminta hak yang sepatutnya diberikan kepada kita. Teruskan usaha tersebut. Minta dan terus minta sehingga berjaya. Bukan tamak haloba, tapi itu adalah hak kita. Jika itu yang telah tuan/puan/Datuk Seri lakukan, rakyat akan sentiasa menyokong. Jika sebaliknya...
"Kota Marudu Didahulukan, Pembangunan Diutamakan"

5 comments:

Anonymous said...

Saya ulang saranan saya daripada ruangan sebelumnya dibawah kolum Ison: Saya mohon agar 2 perkara di bawah mendapat perhatian para YB's di Kota Marudu:

1. Menubuhkan Yayasan Kota Marudu: nak bersedekah; beramal-jariah; sumbangan; mengelak daripada bayar LHDN; mo bagi komisin bg yg mendapat kontrak kerajaan (ya lah better than bagi sama individu tertentu, biar semua rakyat berkongsi komisisn tu..). Tujuan Yayasan ni ada banyak.. pendidikan, tabung kecemasan dsb.. terpulang kepada penel ahli lembaga menentukannya mengikut peraturan yayasan...

2. Seminar Pembangunan Stratgik Kota Marudu: yang ni sudah lama saya perjuangkan cuma dengan nama lain iaitu mengumpul think-thanker dikalangan mereka yang buleh2 dan berfikiran berkecuali @ tidfak berkepentingan, proaktif dsb.. + orang2 penting dalam pentadbiran KM (spt YB's, DO, Ketua Jabatan dsb). Bincang apa hala-tuju dan fokus pembanguanan strategik Kota Marudu. Hal ni org biasa atau Ketua Kg tak boleh panggil, kalau YB's spt YB Max baru ada umphh. Panggil la mereka yang berasal dari KM, berkahwin dengan org KM untuk bersama-sama mengerah kiringat dan fikiran. Tak payah bayar, sbb saya fikir merek tak perlu duit..; mereka hanya menunggu peluang untuk bersuara di depan pemimpin KM sahaja, mereka sebenarnya sukacita dapat menyumbang kepada rakyat KM. nanti kalau ada perseorangan/kumpulan bikin ini macam, nanti di label yang macam2 sepeti yg sebelum ini...

Ini bukan benda baru, Kota Belud sudah melaksanakan kedua-dua perkara di atas. Kalau mo tahu lanjut tanyalah pd YB Dato Salleh.

Gnie said...

Dear Sir,

I would like to bring to your attention the deplorable condition of the Masjid in Kota Marudu. The mosque is in need of repair and good cleaning. I wonder how the Imam or caretaker can let a house of worship fall to such condition. A house of worship (whether a churh or mosque) should not be neglected like that.

Correct me if Im wrong, I am sure the caretaker receives funds/salary from state government for the upkeep of the mosque unlike churches who relies on donations and tithes.

I hope you will be able to have someone from Majlis Daerah to do something about it.

SANGURU said...

Tq atas semua komen/info berguna. SAM amat hargai

Anonymous said...

Gnie, soal masjid adalah tanggungjawab JHEAINS not majlis daerah. Perkara ini, anda boleh juga laporkan kepada Pengerusi Badan Dakwah, aitu Penolong Pegawai Daerah Pembangunan. Jika perkara ini benar, maka pembaikan dan penjagaan harus diusahakan dan ditingkatkan. Anyway.. teguran anda dihormati.. Thanks.

DINAKAN said...

pembangunan sebenarnya boleh dibuat secara menyeluruh dan 'fast'.

Namun, jangan lupa cadangan anon 1:08 jika disuarakan mungkin boleh menjadi input yg memberangsangkan jika difikir secara total.