SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, February 3, 2010

AL KISAH (4): TIKUS oh TIKUS...

Al kisah di sebuah gua bernama politikus yang didiami bani tikus, mereka sedang bersiap2 untuk pemilihan pemimpin tikus. Mereka mau cari tikus yang betul2 POLITIKUS, yang pandai MENIKUS bila ada kucing dan...dan boleh memenuhi slogan "TIKUS MAMPU MEMBAIKI LABU"... Menurut seekor tikus dari gua itu kepada seekor tikus kampung, di gua mereka sedang berlaku sindrom tikus menikus. Banyak pasangan tikus bergaduh, tikam lidah, tikam belakang dan sebagainya. Ada tikus yang kejap bercerai kejap rujuk. Ada tikus mengaku kucing. Ada tikus yang kejap pakai bulu putih, kejap bulu hitam. Ada juga kononnnya yang pandai melawak menyerupai musang. Pendek kata, di gua itu ADA macam2 ADA.

8 comments:

Anonymous said...

kenapa ba dan apa ba yang tuan cuba sampaikan ni. sukar aku mamahami. Dalam betul perumpamaan tuan. Ada gua lah, ada bani tikus la,ada sindrom tikus menikus la. Maaf, makin konpius lama2 mambaca ni cerita alkisah.TQVM

BUDIMAN JUGA said...

cerita apa bah yg kau buat ini... susa betul mau paham.. macam2 ada tapi balik2 tikus. telebih licik macam tikus pun susa juga tu bos. agah2 lah tu tikus. tu tikus pandai tikam belakang juga ya... atau kamu semua yg tikam2 menikam ini.. jangan kamurang begitu nanti ada yg cedrah siap yg susa nanti,.. Doktor juga yg susa merawat. kalau tiada doktor semua org sakit tidak akan sembuh. jadi dongak ke langit dan pandanglah langit, tunduk ke bawa dan pandanglah bumi.. sebenarnya kita tidak ubah debuh jadinya. Bercakap terlalu tinggi dan memandang terlalu rendah terhadap orang lain pun tidak membawa sebarang makna malah tidak samasekali dapat membantu mencapai impian kita. Amin lah ....amen. BERCAKAP BIAR BERPADA2 AGAR NANTI TIDA MEMAKAN DIRI..

Anonymous said...

BOSSS... TERMASUK KAU KAH TIKUS DALAM GUA ITU. BOSSS... ADA MONTOKU KAH BOSSS..

kiehaa said...

Wartawan SAM mungkin sudah ketandusan idea kali ni....Bosan...bosan...bosan....

SANGURU said...

sy mencari jawapan terbaik untuk LONTARAN soalan yg baik, tapi yang mampu saya berikan - TQ.
(saya juga kdg2 keliru...yang mana satu tikus, mana labunya, mana musang, mana ayam dll.
Dunia ini memang mengelirukan tuan2. Dan ini antara masejnya. (dan setiap penulis ada caranya menulis, sebagaimana doktor/bomoh merawat.)

IsOn said...

:)

MUS said...

Saya melihat penyampaian entry ini berbentuk sindiran. sebagai seorg yg mempunyai pendidikan yg baik tidaklah sesuai kita menggunakan kaedah menyindir untuk membetulkan keadaan yg salah atau sbg nesihat apa lagi klu kita menggunakan perumpamaan yg kurang manis. apa yg kita lepaskan itu samaada dari mulut atau melalui entry suda tentu berasal dari hati, oleh sebab itu jika kita tidak berhati2 dari segi penyampaian, org lain akan dapat menilai sikap peribadi kita sendiri. seorg pemimpin yg baik dapat mencairkan hati yg beku rakyatnya setiapkali berucap tidak kira didepannya itu kawan ataupun lawan. klu tidak percaya kita boleh rujuk melalui buku bertajuk BERANI GAGAL JILID 1. Hidup ini memang terlalu sukar dijangka, sebab itu jangan lah kita terlalu megah ketika kita duduk dizon yg selesa. perjalanan hidap umpama putaran roda ada waktunya kita berada dibawa dan pada masa ini pastilah waktu yg sukar.

azman said...

Sy tak setuju lah mereka yang mengata Sanguru yang bukan2..setau sy Sanguru seorang yang bersikap rendah diri dan tidak suka meninggi diri biarpun berkelulusan tinggi.Kalau kita selami dan fahami sedalam2nya entry2 beliau ada mesej tersembunyi yang baik beliau nak sampaikan kepada kita semua Orang Marudu khasnya orang Tandek. Sifat2 manusia boleh digambarkan melalui binatang seperti kancil,tikus,zirafah,harimau dsbnya. Kepada Tuan Sanguru dan Semua dlm SAM,jgn putus asa..teruskan perjuangan kalian dalam mendidik anak bangsa. Jangan hiraukan salakan orang yang terasa pedasnya dari penulisanmu...