SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, February 27, 2010

Percayalah, Anda Adalah Inovator!

Sementara tahun Malaysia Inovatif 2010 masih nyaring didendangkan, apa kata kita banyakkan berbicara hal-hal yang berkaitan dengan inovasi. Sebaiknya, tahun ini kita gunakan sepenuhnya untuk menanamkan budaya inovatif di dalam masyarakat Kota Marudu. Kerana saya cukup percaya!, budaya tersebut mampu mengeluarkan Marudu drp kemunduran membangunkan `kota` ini dengan lebih pesat lagi. Saya merasakan inilah masa yang paling sesuai. Ya, selagi "Kementerian Inovasi" itu 'kita' pegang. Kalau selepas ini dipegang oleh orang lain, payahlah sedikit. Saya faham, beliau bukan menteri untuk Kota Marudu sahaja, tapi menteri untuk seluruh Malaysia. Bagaimanapun, bolehkah saya memohon agar jentera kerjanya yang berada di sini, menggerakkan budaya inovatif tersebut kepada seluruh warga Marudu? Biar seruan gerakan itu sampai di setiap rumah rakyat. Tidak kira di bukit, tepi laut, tanah rata, kampung atau di pekan. Saudara, setiap kita mempunyai potensi untuk menjadi inovator. Malangnya, keyakinan ke arah itu sejak dulu ditumpulkan tanpa kita sedari. Kita dimomokkan dengan satu kenyataan bahawa, "hanya yang ada Ph.D boleh menjadi inovator". Ini silap saudara. Saya tidak menafikan kelulusan tinggi itu boleh membantu, bagaimanapun itu bukan syarat mutlak untuk melayakkan seseorang menjadi inovator. Faktanya, orang yang tidak habis sekolah pun telah menggegarkan dunia dengan inovasinya. Mari kita ambil beberapa contoh. Misalnya Thomas Edison, pencipta/inovator mentol lampu (light bulb). Semasa kecilnya, beliau sering dimarah dan dianggap oleh gurunya sebagai pelajar yang keliru. Alexander Graham Bell (pencipta/inovator telefon) pula, telah meninggalkan sekolah pada usia 15 tahun. Malah tiada yang menarik di dalam rekod sekolahnya. Apa yang banyak dicatatkan dalam rekod tersebut hanyalah catatan ketidakhadirannya ke sekolah dan keputusan peperiksaan yang tidak menarik. Malah, Albert Einstien yang terkenal itu juga seorang yang tidak pandai dalam matematik semasa di sekolah. Oleh itu, kepakaran atau pendidikan yang tinggi tidak menjamin seseorang itu akan menjadi inovator yang hebat. Pokoknya harus ditebang sekarang, kita kenal atau tidak potensi diri yang Tuhan kurniakan kepada kita? Bagaimana kita nak kenal kalau takut mencuba dan cepat berputus asa. Jika anda semua nak tahu, Thomas Edison yang saya sebutkan di atas, sebenarnya terpaksa melakukan 1000 kali eksperimen sebelum mendapat formula sebenar membuat mentol lampu dan bergelar pencipta/inovator. Setelah ciptaan yang pertama gagal, beliau inovasikan dan inovasikan lagi sehingga berjaya. Wah 1000 kali tu! Kalau kita mungkin 2, 3 atau 10 kali pun sudah menyerah kalah. Benarlah kata Thomas Edison, bahawa kejayaan yang sekali itu, membuatkan kita terlupa atau merasa berbaloi dengan kegagalan yang banyak kali. Oleh itu, kita mesti berani mencuba dan jangan mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu. Moga-moga percubaan demi percubaan yang dilakukan itu akan membuatkan kita semakin kenal potensi diri, di samping berkesempatan berguru kepada kesilapan. Seterusnya menjadi inovator yang hebat. Sekarang, seluruh dunia menggunakan mentol lampu dan mendapat manfaat hasil daripada inovasi (terhadap ciptaannya sendiri) yang dilakukannya. Kalau tiada orang sepertinya, alamat kita terpaksa memblog di bawah sinaran lampu minyak tanah, haha.... Kesimpulan saya mudah. Saya menyeru pada diri sendiri dan semua anak Marudu khususnya, agar percaya bahawa setiap kita adalah inovator. Cuma mungkin bidang sahaja yang berlainan. Saya juga meminta semua pihak agar tidak hanya memandang kepada mereka yang berkelulusan. Alihkan pandangan anda semua sebentar, kepada mereka yang tidak mempunyai kelulusan. Jangan biarkan mereka terus hanyut di dalam kejakunan. Korek potensi mereka, latih dan kembangkan. Jikalau ramai inovator yang berjaya ditampilkan, tidak lama lagi suara-suara lantang gatal yang mengatakan Kota Marudu miskin dan mundur, akan semakin lenyap daripada pandangan. Kerana pada masa itu, Kota Marudu telah pesat membangun!
PERHATIAN: Artikel ini juga boleh dibaca di blog REM.

5 comments:

Aldusuni said...

Lama saya tdk muncul memberi ulasan di SAM namun x ini dan seterusnya insyallah sya akan memberi ulasan demi kebaikan. Yang mewakili kelompok2 bawahan yg tidak punya PHd dan kelulusan...

Um@r said...

Salam tuan al-Dusuni. Apa khabarnya mas?

Begitulah yg kita harapkan. KM amat memerlukan org2 spt tuan yg sgt aktif di dlm aktiviti kemsyktan. Mari bersama kita teruskan!

"Inovasi Senjata Memerangi Kemunduran"

SANGURU said...

Pokoknya ialah berfikir. Dalam kitab,Allah selalu bertanya; apakah kamu tidak berfikir?
Mari jadikan budaya fikir sbg 1 budaya. Fikir mcm nak tingkat sosio-eko, siapa? Di mana? Bila? Berapa? Dll ???
Otak yg jumud, beku, fanatik, statik, tertutup,dll adalah "mental block" perkembangan bangsa. Dan ketahuilah, inilah senjata penjajah sejak dahulu kala.
Well done mr. Umar!

Special Branch said...

Bagus S.A.M.

Begini yang kita mau.

Bukan hanya ligat mengomplen, malahan banyak cadangan bernas disertakan.

Blog S.A.M layak terima INNOVATION BLOG AWARD!

Jika boleh ditanya penulis ini asalnya mana.

Um@r said...

tabiat suka berfikir menerbitkan sikap INKUIRI (ingin tahu) sesorg. Sikap inkuiri ini pula akan menerjahkan Budaya Inovatif sesebuah bangsa. Namun, bagi org kg yang sekian lama ketinggalan, mereka perlukan bimbingan. Mereka perlu didahulukan berbanding org2 pekan/bandar yg memang sudah sedia pintar. Buatlah sesuatu...

Tuan SB,

Terima kasih. Saya berasal dari alam roh kemudian singgah sebentar di alam rahim. Sekarang sy sedang berada di alam dunia. Sekelap lagi sy akan dijemput ke alam barzakh. Selepas itu nasib sy akan ditentukan di alam akhirat... Jgn risau tuan, kami penulis di SAM faham akta2 yg berkaitan. Teruskan bersama kami...