SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, February 11, 2010

ARUS PEMBANGUNAN MULAI BERALIH

(Gambar: Bangunan Pejabat Kementerian Belia dan Sukan yang dalam pembinaan di Pekan Tandek). Syukur dan terima kasih rakyat Tandek khususnya ucapkan kerana didirikan projek yang boleh membawa manfaat kepada masyarakat khususnya kaum belia. Secara tidak langsung nanti memeriahkan pekan Tandek. Ini tentunya kerana kesedaran pihak kerajaan dan pemimpin sekarang dan sebelum ini yang prihatin dengan keperluan rakyat . Peranan orang perseorangan dan kumpulan NGO dalam menyuarakan suara umum dalam perkara ini juga tidak boleh dikesampingkan. SAM misalnya tidak henti2 menjana dan memberi idea demi kebaikan semua. Demikianlah yang kita mahu - kesedaran kendiri dan perkongsian idea antara semua golongan. Saya yakin, lambat laun, Tandek dan lain2 kawasan mundur di Sabah, Sarawak dan Semananjung akan membangun jua. Ada masanya, terlewat sedikit i u ada untungnya. Oleh itu teruskan bersabar, namun pemimpin harap tidak goyang2 kaki...

7 comments:

Anonymous said...

Satu petanda yang baik untuk memajukan pekan Tandek. Tapi arus perubahan perlu diikuti dengan kebersihan, lihat saja rumput yang semak dan tahi-tahi lembu yang bertaburan, sangat menjijikan dan sakit mata memandang. Apapun kita, belia-belia di Tandek mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan yang membina pejabat belia disini.

Anonymous said...

saya rasa kalau suda beroperasi nanti...ekonomi pekan tandek akan meningkat..peniaga2 akan tersenyum lebar..syabas!!!harap ada lagi pembangunan lain di Pekan Tandek.

Anonymous said...

Apa jadi dengan 'Terminal Bus' ? - kalau ini jadi tentulah lebih ramai pelanggan untuk peniaga Tandek

Anonymous said...

Tambah lagi dengan penubuhan dan pembinaan cawangan/(seangkatan dengannya) kolej komuniti dan MRSM. Lagi cepat Tandek membangun

SANGURU said...

Setuju dgn komen2 membina.

Baju Batik said...

Assalamualaikum &
Salam 1 Malaysia

Nampaknya pekan Tandek masih ketinggalan jika dibandingkan dgn pekan Kota Marudu. Misalnya, jumlah pengunjung ke Pekan Kota Marudu terlalu jauh bezanya jika dibandingkan dgn pekan tandak. Pengunjung yg ramai, membawa makna yg baik dari segi ekonomi pendapatan penjaja atau peniaga kecil.
Selain dripada menyediakan pasarana serta kemudahan2 lain, apakah yg anda (bloger & sdr2 )rasanya/ cadangkan untuk menarik minat lebih ramai lagi masyarakat setempat dan luar datang berkunjung ke pekan Tandek?

Kongsi idea/cadangan.

Baju Batik said...
This comment has been removed by the author.