SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, February 10, 2010

Aura : ISI MARUDU (BHG 1-TERLEPAS PANDANG)

Apabila kita menyuarakan tentang hak dan tanggungjawab, sememangnya ramai dikalangan masyarakat Kota Marudu yang sentiasa memendam rasa berhubung sesuatu isu yang sepatutnya diambil perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab.
Kita mulakan isu ini dari kawasan Kampung yang terletak jauh daripada pekan Kota Marudu. Biasanya, apabila terdapat tempat yang jauh atau terpencil, setiap perancangan jarang sekali dimasukkan sebagai agenda pembangunan oleh pihak sepatutnya menyuarakannya. Kita dapat lihat sendiri beberapa Kampung yang sukar dilalui oleh kenderaan biasa untuk menuju ke tempat tersebut. Ini kerana ketiadaan maklumat yang boleh diperolehi daripada tempat tersebut. Apakah Ketua Kampung, JKKK dan Ketua Cawangan tempat tersebut tidak membuat kerja mereka? atau permohonan mereka yang dikemukakan kepada pihak sepatutnya tidak diendahkan oleh satu pihak lagi? atau pihak sepatutnya perlu mengetahui keadaan tempat itu cuba berdalih?
Umum mengetahui, terdapat 4 faktor asas yang utama perlu dititik beratkan dalam setiap keperluan yang sepatutnya diambil perhatian. ianya terdiri daripada Jalanraya berturap, bekalan elektrik, bekalan air dan rumah penduduk miskin yang sepatutnya mendapat pembelaan diandaikan 'terlepas pandang' dengan alasan bajet tidak mencukupi, tiada permohonan dikemukakan atau dimasukkan dalam senarai menunggu (KIV). Mengapa ini sepatutnya berlaku? di mana kelemahan proses tersebut hingga menyebabkan keadaan jadi begini?
Bila kita menyentuh wakil rakyat, ianya ibarat seorang ibu yang tidak mampu untuk meninjau atau menjaga anak-anaknya yang ramai tambahan pula apabila kawasan tanah tersebut pusaka turun temurun untuk diusahakan seperti 200 ekar. Keadaan ini memungkinkan ibu tersebut berasa letih atau sebaliknya, justeru di sinilah terbentuknya dan sepatutnya ada tanggungjawab setiap anak-anak dalam membantu ibu tersebut. (Adakah semua perkara ini diletakkan dibawah kesalahan wakil rakyat?)
Perkataan 'Rakyat didahulukan' merupakan perkataan yang mencerminkan masyarakat kita patut diutamakan terlebih dahulu sebelum soal pembangunan berbanding membangunkan pekan yang sedia ada. Kerana itulah pentingnya rakyat dibela, kerana itulah pelbagai agensi dibuka untuk memainkan peranannya di daerah kita. (Tapi, adakah fungsinya setakat dikawasan yang boleh dilalui kenderaan biasa sahaja?)
Terdapat banyak rungutan yang seringkali kita dengar di Kota Marudu, sejak dahulu sehinggalah kini. Bermacam rungutan di dengar, ada yang berkata Wakil Rakyat tidak mengambil perhatian pada mereka, ada yang kata kampung mereka disenarai hitamkan untuk projek pembangunan, ada yang kata tidak suka JKKK yang dilantik, ada yang kata Ketua Cawangan hanya atas tiket nama dan tidak membuat kerja sepatutnya, ada yang kata terdapat golongan berpuak-puak dalam menerima proses permohonan pembangunan. Justeru, macam-macam yang kita dengar daripada masyarakat kita apabila kita sendiri cuba meninjau secara rambang dan berbual dengan mereka. (di mana silapnya?)
Oleh itu, adalah tidak seimbang pembangunan jika hanya pekan yang dimajukan terlebih dahulu berbanding masyarakat di kawasan kampung yang jauh dan sukar dihubungi tanpa menggunakan pacuan 4 Roda (4WD), itupun jika tidak hujan. Hehehe...
Persoalan : Dalam konteks pembuka kata, sebagai permulaan bagi membincangkan pelbagai isu yang cuba dibangkitkan ini. Adakah ini dikategorikan sebagai 'terlepas pandang'? dan tanggungjawab siapa?

12 comments:

kiehaa said...

Salam,
kalau memang keadaan di KM perlu pembelaan drp kerajaan dan suara rakyat kerdil tidak didengar oleh mereka yg berwajib maka warga KM perlu buat sesuatu. Salah satu cadangan yg saya rasa berkesan ialah panggil saja Krew Aduan Rakyat. Biar mr.Karam bermadah2 untuk menghebahkan permasalahan di KM.

DINAKAN said...

salam kiehaa..
cadangan utk panggil krew Aduan Rakyat, sgt baik dan sekarang kita tgh mencuba kaedah ini sebagai peringkat permulaan.
namun, kita tgh menunggu lampu hijau drpd mereka.

Anonymous said...

Kota Marudu masih jauh ketinggalan dari segi ekonomi berbanding dengan Daerah2 lain di Sabah. cadangan saya, buat kajian sama ada KM berpotensi sebagai pengeluar jagung yang terbesar di Sabah. kalau ada peluang wujudkan IKS berasaskan jagung di KM. bukan saja jagung tapi lain-lain hasil pertanian. selain itu, ada di kalangan anak muda sama ada siswazah atau bukan yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan pertanian tetapi tidak ada modal dan tapak tanah. apakah tindakan yang boleh dibuat oleh pihak kerajaan? seperkara lagi, saya sangat terkilan apabila masuk tandas awam tetapi tidak ada air dan tandas pun kotor. kena bayar lagi RM0.30 sen. cuba pihak pentadbir fikir-fikirkan mengenai perkara ini.

kiehaa said...

Salam,
Semoga berhasil. W/pun sya ada di perantauan, kehadiran krew aduan rakyat di KM dan kaca TV3 akan saya tunggu.

Anonymous said...

saya cadangkan agar isu ini dibincangkan bersama dengan pihak terlibat. Maksudku ialah YB, Pegawai Daerah, Jabatan Perpaduan, Jabatan Pendaftaran, Bank Pertanian, Ketua Kampung, JKKK dan NGO Kota Marudu sebagai cara untuk mencari penyelesaiannya.

Sebab mereka inilah sepatutnya menjadi mata, telinga, mulut dan badan yg sepatutnya peka maklumat mcm ni. Tapi, kalau ada aduan rakyat mcm kiehaa katakan itu, ianya bagus juga. Cuma nmpk keterlaluan.

kiehaa said...

Salam,
Anon 1.07pm. Ko try tanya Datuk Max pasal potensi jagung di Malaysia dan khususnya di Sabah. Sebab bidang dia adalah agribussiness masa mengajar di UPM serdang. Mesti dia tau potensi penanaman in term of return of investment.

Anonymous said...

Emm.. saya masih salahkan YB, sebab dia sepatutnya menjadi wadah yang memperjuangkan kepentingan rakyat. Soal bagaimana dia mengembeling tenaga untuk mendapatkan input bergantung kepada kepakaranya sebagai seorang pemimpin. Kalau org bawahannya tidak boleh kerja, maksudnya jenis YB ni perlu belajar lagi untuk menjadi pemimpin. Yang lebih serius lagi, kalau si YB ni rasa dia tau segala2nya dengan tidak memerlukan team think-thank dikalangan mereka yg berkecuali daripada kepentingan politik/perniagaan; NGO serta profesional dari anak jati/penduduk KM sendiri. Pandangan org luar/KL tu jangan kira la... mana diurang tau masalah peribumi KM

Anonymous said...

Tuan admin, kalau jawatankuasa dianggotai di kalangan JKKK, Ketua Kg serta Pegawai dari agensi perlaksana kerajaan... saya fikir tidak memberikan input yang cukup. Cadangan dan input harus mengambilkira kewajaran, kebarangkalian, keutamaan dan sumber. meminimakan ketirisan peruntukan. Memastikan peruntukan dari pusat/negeri sepnuhnya digunakan untuk agenda pembangunan. JKKK/Ketua kg ni mana mo tau sangat mengenai tol2 kewangan (ketirisan), untuk mereka yg penting ada projek dan dapat untung sikit2. Kalau mo cerita projek besar macam itu penaiktarafan jalan Longob-Tandek; siapa yang tau mengenai kos perbelanjaan sebenar??? berapa untung, siapa yg dapat tol...; kenapa pampasan sampai sekarang belum selesai....tiada siapa yg peduli kaaann... nasib lah ada ni SAM... kalau tidak masyarakat Tandak kena buyuk ja.... memang kena buyuk punnn....

Rosita Majalib said...

Saudara,
Adapun perancangan yang dibuat oleh setiap pemimpin tidak kira ianya seorang Wakil Rakyat atau JKKK. Semua perancangan itu biasanya disampaikan melalui permohonan di Pejabat Daerah dan Pihak tertentu sebenarnya yang sepatutnya memproses permohonan perancangan tersebut.

Andaian untuk menyalahkan mana-mana pihak adalah tidak kena pada tempatnya. Ini kerana, semua yang dirancang adalah mengikut perbincangan sedia ada dan tidak semua dirancang boleh diambil tindakan dengan meluluskan terus.

Fakta ada menyebut, ORANG TENGAH lah yang selalu menjadi pengampu dan berpengaruh dalam memainkan peranan apa yang patut diutamakan.

Anonymous said...

Setuju dengan Rosita. Tidak semua dirancang itu dapat diluluskan, sementara orang tengah, si pengampu ini, harus jujur dan bertanggungjawab.

Anonymous said...

Kalau pemimpin tidak boleh menilai antara intan dan kaca, bagus toksah memimpin. Kenapa salahkan pengampu? Pengampu tu memang kepakaran nya adalah king-Musang, licik seumpama belut, pintar mebelit seperti ular dan banyak lagi.. ilmu ampu-ampuanya. Golongan pengampu ni ada ganjarannya di akhirat nanti, biar Tuhan yang mengadilinya. Yang pemimpin-pemimpin di KM ni bangap sangat sampai percaya pada pengampu ni apasal? orang bilang kalau tertipu sekali tu buleh terima la juga (disebabkan ilmu pukau-pukauan pengampu ni), ni sampai buleh dibuat kawan (@ rakan kongsi), selama-lamanya menerima pandangan pengampu... apa ke bangap sangat pemimpin kita niii... Begini ja la, kalau masalah kepimpinan ni menjadi masalah besar kepada kita.. PRU akan datang nanti, tukar je set2 lama ni...termasuklah semua pegawai dari agensi negeri dan persekutuan yg korup (dan tidak boleh menjadi pemimpin). p/s Siapa ba pengampu2 ni?? mirror pemimpin (rakan kongsi), ahli politik, kakitangan kerajaan, kontraktor2, Konsultan projek, JKKK, Ketua Kampung??????

Anonymous said...

Rosita, adakah puan maksudkan orang tengah @ pengampu ni tergolong dalam kumpulan kroni?? Saya terfikir, kenapalah pemimpin2 kita terikat sangan dengan siul-siual orang tengah@pengampu ni??? [p/s: Prosedur kewangan dan serta tatacara perbandaharan rasanya bagi saya dan sahabat2/rakan2 yang berkerja dengan kerajaan rasanya maklum tentang isu ni.., selagi agensi perlaksana kepada sistem tersebut tidak telus.... buat lah sistem secangih mana pun tidak mampu menyelesaikan ketirisan kewangan dan salahlaku perbelanjaan. Bagi yang pakar, urusan begini bukan susah sangat, terutama kalau pemimpin tu berkuasa dan ramai kroni2 dalaman. Rasanya buleh kut... saya belum pernah buat lagi... Kalau tak masakan ada sekelompok manusia di KM yang dulunya kais pagi makan pagi... perumpamaan... tapi sekarang ni... paling kurang pun PRADO... emmm bagus pula jadi orang tengah ni tau...]