SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, February 23, 2010

Aura : ISI MARUDU (BHG 2-PROJEK)

Apabila kita menyebut tentang pembangunan, ianya berkait rapat dengan 'PROJEK' dan bila adanya projek maka membangunlah sesuatu kawasan tersebut.
Projek yang diagihkan disekitar kawasan Kota Marudu seringkali menjadi sasaran kepada setiap usahawan yang bergelar 'Kontraktor'. Namun begitu, kepelbagaian projek tersebut seringkali menjadi bahan bualan kedai kopi dikalangan masyarakat Kota Marudu. Ini kerana, pelbagai masalah selalu timbul. Antaranya tidak menepati skop piawaian kerja, Dominasi satu pihak sahaja yang seringkali dapat projek dan mengutamakan asas keuntungan semata-mata.
Apabila perkara ini terjadi, orang kampung akan berkata 'kroni si Anu saja dapat projek tu', 'kami tidak tau pula berapa nilai sebenar projek dia cakap begini-begitu malah plan projek pun kami tidak nampak' dan 'tengoklah hasil kerjanya tu, apa sudah jadi hmm... gerigitan kita'.
Justeru, bila dicantumkan perkara tersebut maka wujudlah perkataan baru 'PROFIT FIRST, YOU KNOW'. Jadi, adakah ini mencerminkan 'win-win situation' dalam agenda 'TRANSFORMASI?' mungkin 'YA' bagi golongan tersebut, mungkin 'TIDAK' golongan yang satu lagi dan mungkin 'ENTAHLAH' bagi golongan atas pagar.
Oleh itu, dimana silapnya? adakah pihak yang sepatutnya membuat tinjauan dan penilaian tersebut terkena penangan 'sakit mata' atau berfikiran 'wang-wang kopi'? nah, inilah natijahnya jika kepelbagaian masalah timbul apabila asyik berfikiran Duniawi.
Mungkin ada segolongan lagi pihak yang mengetahui kepelbagaian projek pada masakini, tetapi tidak pernah memikirkan keseimbangan sosioekonomi pekan dan kampung. Orang akan berkata "cuba tengok keadaan orang Kota Marudu dikawasan pekan, pesisir pantai, tanah rata dan kawasan berbukit. Adakah wujud keseimbangan pembangunan?" kata-kata inilah yang selalu terkubur dikalangan hati dan perasaan masyarakat setempat. Mungkin ada yang berfikiran "kita majukan dulu pekan baru di kampung-kampung, atau siapa suruh diorang tidak bagi kerjasama, atau pelahan-pelahan bah kita kasi maju juga itu".
Orang tua selalu berkata "dimana letaknya pemikiran orang yang belajar tinggi-tinggi kalau selalu fikir diri sendiri dan tidak pernah fikir tempat-tempat begini. Kalau setakat terima gaji bulanan, imbuhan dan hutang sana-sini, hmm.. endah tau lah".
*Oleh itu, seruan kepada semua pihak marilah kita bersama-sama berkongsi pendapat dan saling membantu atau bersikap toleransi kepada semua masyarakat kita agar wujud keseimbangan pembangunan melalui usaha kerjasama tanpa memikirkan tekanan atau sebarang bentuk desakan luar dalam menyalurkan suara dan rintihan rakyat yang masih dikongkong dengan pemikiran 'TIDAK TAHU PULA'.

19 comments:

rumandawat said...

Tuan,

Rasanya setiap bulan, terdapat meeting agenda diantara PBT dan semua ketua2 jabatan di sekitar Kota Marudu bersama YB Adun dan MP. Mungkin orang2 kanan YB boleh memberikan sedikit jawapan terhadap hal ini. Rasanya agenda pembangunan/ projek, perlaksanaan, keselamatan dan perkara2 berbangkit dibincangankan. Kekerapan meeting tersebut saya kurang pasti, namun memang ada. TQVM

DINAKAN said...

TQ Rumandawat..
info yg baik, inilah yg kita harap-harapkan bermula tahun 2010. Syabas kepada YB,PBT,Ketua2 Jabatan sekitar KM.

Namun, saya ingin cadangkan diwujudkan makmal NKRA Khas Daerah Kota Marudu sebagaimana yg mula dipraktikan oleh semua Kementerian dengan :

1. Adakan meeting setiap minggu.
2. Sediakan Laporan NKRA mingguan setakat mana kemajuan dicapai dan masalahnya.
3. peruntukkan meeting kecil bagi unit di tiap jabatan dalam daerah KM (seminggu 2 kali).
4. Rumuskan dalam meeting bulanan keberhasilannya.
5. Sediakan statistik aduan, rungutan, pendapat umum, keperluan, pertanyaan dan sumber jawapan tepat.
6. sediakan keputusan cepat dan tepat.
7. kerah tekanan utamakan kerja dengan dapatkan laporan prestasi kakitangan bawahan setiap jam 5.00 petang.
8. pastikan setiap minit mesyuarat siap 3 jam selepas mesyuarat dan diedarkan keesokan pagi kepada semua.
9. bentangkan laporan keseluruhan tindakan dibuat kepada kakitangan bawahan setiap seminggu sekali.
10. capaian penekanan perbincangan dengan peringkat negeri setiap minggu dan perolehi keputusan segera selewat-lewatnya sebelum mesyuarat mingguan seterusnya.
11. pastikan dalam mesyuarat diadakan semua pihak wajib luahkan atau bahas apa yang patut.

TERUSKAN AGENDA... semoga pengurusan daerah kita di KM boleh menggapai 'Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

AnangGaro said...

Tuan Dinakan,
Cadangan Tuan Amat baik dan memerlukan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam.

Saya secara peribadi menyokong saranan tuan tetapi ada baiknya kita membaca dan memahami syarat dan terma dalam sesebuah kontrak ( projek ) kerana kebiasaannya semua syarat dan terma terkandung dalam kontrak tersebut...misalnya mengadakan mesyuarat... kalau saya tak silap ianya bergantung kepada nilai kos projek tersebut. kalau RM 250K mesyuarat tapak sebulan sekali. Begitulah juga klu kos projek melebihi RM 1Juta, mesyuarat tapak akan lebih kerap.

Jadi berbalik kepada kekerapan mesyuarat yang tuan cadangkan, saya fikir kita inda perlu kerap sangat mesyuarat...sebab klu asyik2 mesyuarat agenda lain "mungkin" tergendala. Pada saya ( secara peribadi ) saya amat menguatamakan pengawasan dan penyeliaan di tapak projek...sebab kadang2 (Tan Seri P.Ramlee kata ) lain di lapor lain yg berlaku di tapak...ada "adjusment"...itu yg dikatakan PROFIT FIRST, YOU KNOW...

Sorry menganggu ketenteraman minda...TQVM

DINAKAN said...

AnangGaro..
TQ dengan pendapat tuan dan mungkin lebih baik saya utarakan tambahan sedikit berhubung perkara 'PROJEK' dalam agenda mesyuarat.

mesyuarat yg kerap pada mulanya adalah amat susah dan satu perkara yg luar biasa. Ini kerana minda org2 dlm mesyuarat biasanya terganggu oleh perkara luar dlm ertikata lain 'malas-asyik2 meeeting, itu2 juga perkara' namun bila meluasnya konsep NKRA KHAS DAERAH ianya akan memberikan bnk tekanan pada penjawat awam pada mulanya dan apabila telah diamalkan selama 8 bulan, penanda aras peningkatan prestasi telah membuahkan hasil positif. (memulakan sesuatu yg baru amat payah, namun sesuatu yg baru itulah yg memperkasakan minda)

berhubung projek, rasanya perlaksanaan mesyuarat boleh dibuat dgn bermula drpd perolehan status mingguan iaitu sebelum, semasa, selepas dan jaminan hadapan dapat merumuskan satu perkara baru ttg status projek.

syarat dan terma membuat mesyuarat bagi sesuatu kontrak sebenarnya tidak hanya bergantung kpd kos RM250K sahaja, namun pecahan kecil kontrak mengikut nilai perolehan semasa dalam RM10K drpd Pejabat Daerah atau Majlis Daerah pun boleh dibuat. Sila Rujuk Pekeliling, Dasar dan Arahan serta Edaran Perbendaharaan semasa berserta konsep virtual e-P samada enabled atau tidak enabled. Semua terkandung dlm modul disediakan dan tertakluk kpd Akta Rahsia Rasmi 1972 serta mengikut pra-syarat item bermula drpd A.P 170.1 keatas.

tq, anangaro atas perkongsian maklumat dan pandangan bernas dan membina, semoga memberikan pelbagai pandangan atau kritikan atau cadangan demi percambahan minda anak2 Marudu.

Anonymous said...

Jangan lupa kita ini keluarga kaum nelayan, yang masih ramai hidup serba serbi kekurangan. Persatuan Nelayan tidak ada berbuat apa-apa untuk kita, mungkin kerana pengerusi yang lalu tidak jujur, dia senang sendiri sahaja, entah-entah menipu kita semua. Jika ada meeting yang dimaksud serta adanya NKRA itu, harap masalah nelayan turut dibincangkan. Masalah nelayan ini jarang sekali disebut-sebut.

DINAKAN said...

Anon 7:18
Maklumat berhubung nelayan juga mmg wajar dan patut diketengahkan, syabas kerana membangkitkan perkara tersebut. Saya amat setuju pandangan dan usul saudara berhubung pengerusi nelayan.

Mungkin wajar jika, Pihak LKIM/KO-NELAYAN/Perikanan/ahli persatuan nelayan membuat satu usul pindaan draf dasar sedia ada. Ini kerana, persatuan nelayan di daerah KM seolah-olah tiada fungsi atau sukar menterjemahkan sesuatu perkara berbangkit.

bagi pengerusi nelayan, mungkin ada baiknya jika dilantik dikalangan mereka yg benar2 pergi ke laut dan mempunyai lesen perikanan, bot@perahu, pukat dan kelengkapan lain dlm menyuarakan keperluan sebenar dan seterusnya menguruskan apa kehendak keperluan sebenar seperti hasil tangkapan, hasil jualan, bantuan subsidi, penternakan udang,kupang,ikan,balat,ketam dan hasil2 laut.

mungkin kita pun ramai tidak mengetahui mengapa kilang pemprosesan kupang di Kg Tanjung Batu yang telah siap tapi tidak ada fungsi pengeluaran pemprosesan dan mengapa penguatkuasaan undang2 laut diteluk marudu jarang dipantau serta menagapa tabung persatuan nelayan tidak diguna membantu nelayan lain yg menghadapi kesulitan hidup tidak dikeluarkan sebagai bantuan tabung persatuan.

pesanan utk siapa shj menjadi pengerusi persatuan nelayan, rajin2lah turun padang mendampingi ahlinya dan mndptkn maklumat selalu utk diutarakan kpd pihak berkenaan.

syabas anon 7:18... pandanganmu sememangnya membuka minda.

Anonymous said...

PROJEK....siapa saja yang dapat projek...diharapkan buatlah projek itu dengan tulus hati,ikhlas,amanah,suci hati,jujur dan bla..bla...bukan apa tapi jangan pula projek itu tiba2 "rubuh"...orang dibelakang cakap tidak ikut "spec" tu....kanapa oi?untung mah.....yang malunya KM juga....
Bayangkan saya seorang Pegawai Daerah...saya cakap macam ini...Saya tidak mau pilih sudah ini kontraktor yang satu ni...napa???bagi projek tapi buat cincai..nasib inda rubuh...kalu rubuh siapa yang susah????orang komplen...mana saya kasi tapuk muka saya ni....mau bikin balik mana duit bikin ganti....
susahkan.....

renung2 kan lah....

DINAKAN said...

tq Anon 11:11am..
pandangan bernas dan berkualiti.

Apapun, sebenarnya setiap pegawai daerah atau yg memeggang tampuk kerusi pembangunan biasanya penuh dgn tekanan, halangan atau rintangan dlm membuat keputusan sesuatu projek.

Namun, sedar atau tidak apabila telah masuknya konsep e-P secara virtual dan KRA dasar pembangunan PBT Kota Marudu dalam tahun ini, masa itulah ramai kontraktor akan bingung dan bermasam muka serta mula pandai berbicara topik antara kawan, kroni, keluarga dan masyarakat bahawa agihan adil dan saksama menerusi Arahan,teguran dan tindakan Audit terhadap mereka.

Semoga arus perubahan pembangunan perdana ini secara berperingkat akan memuhasabahkan semua terlibat dlm urusan projek, urusan peminta, urusan urusetia, urusan perbadanan bayaran, urusan teknikal, urusan pemantauan dan urusan pelulus dan penyedia agar sedar dan bercakap kpd diri 'Menyesal aku'.

tq anon 11:11am

Anonymous said...

TQ Tn.Dinakan..
hanya sekadar perkongsian kepada situasi sebenar....

konsep e-P???
boleh hurai secara ringkas ka tn?
secara elektronik ka?

DINAKAN said...

Anon 11:44am...
saya ni sebenarnya pelaut kadang2 dan petani bila diladang kampung dan mungkin org mcm saya ni kurang arif sgt tapi apaun saya cuba jelaskan sedikit mengikut cara org2 yg kerja kerajaan.

e-P sebenarnya perolehan kerajaan yg pantas dan penuh dgn dasar serta perundangan dan AWAS Jabatan Audit ibarat mulut harimau menanti mangsa yg silap sikit dlm perolehan mcm mengeluarkan tander, membuat perbelanjaan, meluluskan dan membayar tuntutan. Sistem ini sbnrnya elektronik dan bnk tatacara perlu dipatuhi namun bila dilaksanakan ianya pantas,cepat dan tepat.

Jika tander/sebutharga dikeluarkan setiap minit status perlaksanaan perlu update dan jika membuat tuntutan pula ianya cuma mengambil masa 14 hari dah dpt duit, bila tuntutan sikit pun tak sampai 7 hari da dpt duit itupun jika semua dokumen sokongan telah diupdate dalam sistem ini. Pemantauan pula terus kepada Kementerian Kewangan atau Perbendaharaan Malaysia. Bila ada tipu atau seleweng.. hahaha.. sedialah diburu kalau tidak dlm masa terdekat mungkin selepas dia lupa apa yg dia buat dlm sistem itu.

cthnya: membuat renovate sesuatu bangunan dan bila tidak siap, akan disenarai hitamkan terus kontraktor itu. bila tidak ikut 'spec' maka sedialah juga tuntutannya kalau RM100k, rasanya dia terpaksa pakai modal sendiri tambah lagi kos atau kira rugilah pasal wang tuntutan ditahan dan pelulusnya pula atau urusetia proses boleh potong gaji...hehehe..

lagi satu, tiada lagi istilah pilih 'bulu' atau kroni kerana klik je nama kontraktor semua status akan keluar dan jika ada kes kat lain tempat mcm bankruptcy atau syt digulungkan atau masalah penama dgn bank atau ada apa2 harta didapati ada masalah atau syt/kontraktor berlainan tapi org sama bila d dapati ada kes atau hubungan dgn seseorg yg ada power mungkin mcm komik 'Power Rangers' hehe.. maka...jawapannya.. ada pada org kg iaitu 'BYE-BYE GAMAN'.

sorry la anon 11:44am, mungkin KM belum sampai peringkat ni lagi tapi konon-kononnya la konon perluasan sistem dan arahan org2 yg sana atas2 akan mula dilaksanakan juga tahun ni pasal org dipisuk2 KK sudah mula awal februari 2010 berperingkat-peringkat.

harap anon 11:44am terima sikit penjelasan org laut ni, maklumlah kita ni masih lg budak mentah tapi tau2 juga sikitlah sejak ini SAM wujud melalui suara2 rakyat utk rakyat... hehehe..mcm bab politik plak ni. bah orait nopo..

Anonymous said...

TQ Tn.Dinakan..
Penjelasan yang baik...
semoga penjelasan ini menjadi panduan,peringatan,persediaan kepada para kontraktor yang melaksanakan amanah kerajaan...
Apa pun sistem yang bakal diperluaskan di dearah KM,para kontraktor,para org2 yang berkenaan tidak perlu takut,risau,gelisah...sebabnya kita buat kerja ikut "spec".....kerajaan pun dengan suci hati bagi projek....bertambah2....tidak untung banyak pun nda kisah....janji kerja ikut "spec"....sistem pun terima saja...sistem tidak "rejek"...kerajaan tidak "rejek"....DO pun tidak "rejek"...malah mahu berkongsi pendapat bagaimana memajukan KM....

Bayangkan saya seorang KSU Kementerian...saya cakap macam ini...Kenapa kontraktor ini dapat projek ini padahal dalam sistem e-P jelas menunjukkan yang kontraktor ini suda kena blacklist???..siapa yang bagi kelulusan ni???....err...errr...apa mau jawap ah???...RENUNGKAN BERSAMA...

Haji Imran said...

Pro-Jek= Pro pada perbuatan mongoJEK (mengipas/ampu),siapa yang pintar mengipas dialah yang akan dapat itu projek.Aku nda menuduh tapi minta-minta di KM tiada ini barang.kalau mau pro pun prolah pada amal-amal yangb baek...

DINAKAN said...

hehe.. anon 1:23pm
kalau saya KSU Kementerian la ba konon2...
hehe.. saya akan rujuk sistem terbaru sekarang yg mula diperkenalkan dan meluas secara berperingkat iaitu guna 1 nombor pengenalan diri petendar automatik nampak terus dia punya syarikat/status kontraktor termasuk kewangannya. Jadi, kalau ada meragukan mcm biasala sistem akan tolak terus tak sempat nak dpt tander pun dan kalau dapat juga tiba2 pasal mungkin ada sikit kelemahan dlm sistem tu... haha.. tindakan surcaj (potong gaji) dikenakan kpd yg melulus dan menyedia proses tander tu, lalu tindakan tatatertib dikenakan dan mahkamah akan putuskan ttgnya pas tu akan didedahkan kpd umum agar semua kenal siapa? kenapa? dan bagaimana? apa yg dibuat.

mm..rasanya ok juga cara kerajaan klu gini pasal, dpt mendidik jiwa yg masih kental dgn KOPI-O TARIK PING dan mungkin boleh berubah otomatik kpd KOPI PANAS sahaja... hehehe...

tq bnk2 anon... saya amat suka dgn kepelbagaian kebarangkalian persoalan dan percambahan minda anon 1:23pm yg saya rasa lebih berfikiran terbuka dan matang dlm keprihatinan daerah KM yg tercinta ini. TQVM

DINAKAN said...

Hj. Imran,
terima kasih dgn ulasan dan saranan tuan agar tiada pengampu dlm mndptkn projek d KM ni. Apapun.. saya juga amat berharap begitu semoga KM akan terus maju.

Lunar P said...

post yg bagus tn dinakan.
sesuatu perkara jika dibuat dgn baik dan elok akan membuahkan hasil yg baik. Begitu juga projek, kalau dpt projek dan dibuat dgn baik, tiada masalah timbul.

SANGURU said...

Setuju dgn majoriti ini

kyro said...

Salam Dinakan.Bagus ini entri.Oleh kerana sdr Dinakan ini KSU konon2...bagus ini sistem buat satu kali seluruh negeri sabah sebab telampau bnyk buaya bah sini....hehehe.

DINAKAN said...

hehehe...
kyro, mulai bulan depan saya dengar masa memukat dilaut teluk likas, ada sudah pukat dibentang tangkap buaya, burung2 dan semutpun kalau yg berbisa mungkin terikut juga tu. Pasal mo d kasi masuk dalam akuarium.

Anonymous said...

setuju kepada Kyro..
buayanya bukan lagi buaya di sungai tapi buaya di darat..hahahaha.