SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, February 6, 2010

BANGKIT 1, BUKAN 1, HANYA 1

Apabila kita merenung jauh ke hadapan, kita akan dapat memastikan bahawa kita sebenarnya telah berada dihadapan. Namun, untuk terus ke hadapan kita perlu melakukan sesuatu yang patut kita lakukan agar kita dapat memastikan bahawa kita lah sebenarnya dihadapan. Merujuk kepada 'BANGKIT 1, BUKAN 1, HANYA 1' ianya adalah petikan kata-kata seorang rakan merujuk kepada perkara yang cuba membangkit semangat semasa berada di tengah lautan tanpa teman atau alat perhubungan. Kata-kata inilah juga menjadi sebahagian daripada caranya untuk mencapai sesuatu matlamat yang sebenarnya sukar untuk digarap secara total mahupun dengan kebijaksanaan yang terbatas namun, berkat kata-kata ini juga secara tidak langsung rakan tersebut berada ditempat yang memang selayaknya. 'BANGKIT 1, BUKAN 1, HANYA 1' sebenarnya adalah teknik berfikir untuk merangka atau merancang kejayaan berdasarkan sifatnya yang penuh dengan kelengkapan 'akal dan fikiran, hati dan perasaan' untuk mendahului dihadapan walaupun orang lain nampak ianya masih jauh dibelakang. Sebagai warga Kota Marudu, bangunlah dari tidurmu.. fokuslah masa sedarmu.. renunglah dirimu.. Insaflah kealpaanmu.. berdirilah... dan ingatlah.. kita sebagai generasi pewaris keturunan dahulu perlu mengubah semuanya dalam menjadikan kita sebaris dan setanding dengan mereka diluar sana berkonsepkan 'Kesederhanaan dan Keseimbangan' bagi mencapai matlamat kecemerlangan masa depan. Pedulikan apa mereka kata, berpadulah dalam satu ikatan yang kita semuanya adalah 1 keluarga dalam 1 Marudu.

2 comments:

kyro said...

Entri yang sangat baik.Dan tentu lebih baik jika saudara Dinakan huraikan lebih lanjut tentang Bangkit 1,Bukan 1,Hanya 1 supaya lebih jelas dan mudah diserap serta dipraktikkan.Orang-orang seperti saya sangat2 memerlukan tulisan2 berbentuk motivasi seperti ini.Tahniah dan terima kasih.

Umar said...

Amat memotivasikan! Teruskan tuan...