SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, February 27, 2010

Dilema Gula...

Kota Marudu, Sabah: Saya menerima aduan dari orang kampung bahawa ada pekedai yang jual gula pada harga RM1.85 dengan syarat mesti membeli tepung dan/susu. Apakah ini prasyarat penjualan gula? Ada sesiapa boleh kongsi maklumat? Boleh tolong?
Untuk makluman, ketiadaan bekalan gula telah menjejaskan pendapatan para peniaga kuih tempatan, bahkan ada yang terpaksa menghentikan operasi mereka. Harap ada usaha menangani masalah rakyat kerdil ini. Kemana Sang Juara?...

6 comments:

Anonymous said...

Masalah gula ini, langkah jangka panjang mengatasinya, bagaimana kalau suruh petani kita tanam tebu, sebab tebu tumbuh subur di Kota Marudu ini, daripada diproses untuk air tebu, lebih baik diproses untuk gula. Saya fikir ada juga orang Kota Marudu yang mampu, seperti itu Urban Storm, mendirikan kilang memproses gula.Mungkin suatu hari Kota Marudu akan menjadi pengeluar gula seperti Perlis. Selian itu tanaman tebu juga pernah diketahui diproses menjadi bio-petrol. Tebu saya rasa ada potensi dijadikan sumber ekonomi yang lumayan di Kota Marudu.

SANGURU said...

Setuju dgn idea . Apa salah KM jd pengekspott gula.

maikong said...

seingat saya dulu pernah, kg saya Damai,pernah dijadikan tempat penanaman Tebu/..dan jagung kuda(peladang)..namun inda kemana..mungkin juga tiada kesungguhan di kedua-dua pihak..org kg, lebih kepada penanaman padi....perlu pihak berwajib merintis jika ingin memulakan penanaman tebu..
anon..cadangan yg bagus..saya sukung...

Um@r said...

cadangan yg amat baik... punya elemen2 inovasi yg bisa memecahkan enigma isu gula.

"kurangkan manis pd minuman,tambahkan manis pd perjuangan"

kiehaa said...

Salam,
Persoalannya adakah zon iklim KM adalah sama seperti di Perlis (Zon Iklim 1) iaitu masa kemarau yg panjang? Klu KM dlm kategori tersebut, selesailah satu perkara.

Orang beralih kpd tanaman padi kerana banyak bantuan (baja, subsidi, bantuan kapur, pengairan dsb).

kyro said...

Sebenarnya pra-syarat beli gula itu dikenakan oleh pembekal kpd peruncit. Dipasar besar KK juga begitu.Pembekal hanya akan membekalkan gula 1 guni kpd peruncit dgn syarat beli tepung 2 guni dahulu.Kementerian Perdagangan sepatutnya menangani masalah ini.Bekalan gula sebenarnya tiada masalah yg bikin masalah adalah orang2 yg tidak bertanggungjawap seperti pembekal tersebut.Saya dgn mudah boleh mendapatkan bekalan gula dari kedai2 harga patut sekitar KK tanpa apa2 pra-syarat.