SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, February 20, 2010

Giliran Kota Marudu Telah Tiba!

BERHENTI BERCAKAP PERKARA REMEH! Oleh: REM http://revolusimarudu.blogspot.com
Marilah kita berhenti bercakap perkara-perkara remeh. Sekarang adalah giliran Kota Marudu menghadapi era kebangkitan. Jadi, kita kena mulai bercakap perkara-perkara besar (kemiskinan dan kemunduran KM). Dan fokus! Kita suka atau tidak, kita harus akur bahawa `mahkota`, "Termundur Di Malaysia" masih mesra dengan daerah Kota Marudu. Sebenarnya saya pun tidak suka bercakap soal ini, kerana yang dicakapkan itu adalah daerah saya sendiri. Tapi atas matlamat untuk meniupkan semangat kebangkitan (untuk diri, keluarga dan masyarakat), kawan-kawan lain dan saya terpaksa cakap dan terus bercakap selagi mempunyai daya dan kekuatan. Saudara, dalam era ini bukan masanya lagi kita heboh soal babi kambing siapa yang dilanggar di simpang jalan KM-Tandek-Damai. Bukan masanya lagi anak-anak muda menangis ditinggalkan kekasih. Atau bersengketa kerana ayam orang memasuki rumah kita. Bukan! Yang perlu dihebohkan sekarang adalah, kenapa selama puluhan tahun berlalu daerah kita antara daerah yang masih di tangga tercorot dari segi pencapaian ekonominya. Silap siapa? Silap rakyat yang malas berusaha kah atau pemimpin dan kempimpinannya yang haprak bobrok? Atau memang sudah takdir? Saya tidak ingin mempersalahkan sesiapa dalam perkara ini. Pemimpin dan rakyat Marudu harus berpadu dan bekerja keras. Saya dan ramai lagi yang lain sudah lama menderita dalam kemiskinan tanpa bantuan yang adil daripada pihak yang dipertanggungjawabkan. Kalaulah Umar Al-Khattab r.a masih hidup.... Saudara mungkin tidak terhidupun bau penderitaan ini. Mungkin juga kerana saudara lahir disambut dengan lampin sutera dan baju yang bertatahkan berlian. Atau hati saudara sudah dibutakan oleh kemewahan. Atau juga saudara memang hanya mementingkan diri!. Tapi percayalah, kemiskinan dan kemunduran itu amat menyiksakan!

4 comments:

Anonymous said...

miskin,miskin,miskin.....biarlah ba km miskin bro..yang ponting aman.nga ada peperangan. PEACE...NO WAR...

SANGURU said...

Kemiskinan boleh menjebak mnusia kpd pkara x sihat. Saya blh terima KM yg miskin jika daerah lain jg miskin. KM bkn kalah dr segi potensi cuma tewas dr segi ruang,peluang dan keadilan/kesamarataan. KM mesti dberi perhatian lebih kr tlah lama ketinggalan. Rakyat KM harus meminta. Pemimpin kena bersuara. Jika suara kuat d bersama, pasti boleh. Maruduian , kita mampu melakukannya...

Um@r said...

Setuju sangat pada Sanguru. "Kota Marudu Didahulukan, Pembangunan Diutamakan". Lihat ulasan slogan tersebut di http://revolusimarudu.blogspot.com.

DINAKAN said...

Anon 3:43pm..

jika KM miskin maka akhirnya banyak penyakit menular secara halus. Ianya ibarat penyakit denggi atau selesma boleh berjangkit setiap saat dan akhirnya berlakulah bermacam perkara ketika itu.

kemajuan boleh dicapai jika kita boleh bersuara secara bersemuka berulangkali, namun jika hanya menggunakan talian telefon alamatnya kita hanya dengar khabar sahaja berbanding membaca, melihat dan mendengar dalam surat khabar... hehehe..