SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, February 20, 2010

HANYA DI PINGGIRAN

Isu kemunduran dan keperluan pembangunan kawasan Kota Marudu bukanlah perkara baru. Memang banyak pihak yang bertanggungjawab terhadap kepincangan ini, tetapi saya meletakkan tanggungjawab lebih berat di bahu para pemimpin tempatan, negeri dan negara dengan alasan yang mudah; merekalah yang menentukan hala tuju kerajaan dan pentadbiran. Rakyat boleh disalahkan kerana terus menyokong pemimpin yang tidak dapat membawa impak pembanguan yang mapan, tetapi mereka melakukan 'kesilapan' itu hanyalah kerana masih menaruh harapan bahawa pemimpin tersebut akan dapat mengotakan segala janji pembangunan yang dicanang lebih manis dari madu. Kelembaban pembangunan di Sabah secara am dan di Kota Marudu khususnya dilihat oleh individu tertentu sebagai kesan ketidakstabilan politik negeri ini berbanding Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Salah para pemimpin Sabah juga kerana tidak bersatu-padu dan membiarkan negeri ini dicerobohi dan diperkosa oleh anasir2 luar. Mereka hanya sibuk membina 'istana' sendiri berbanding membangunkan negeri ini. Apa pun parti yang memerintah, agenda pembangunan kawasan dan rakyat seharusnya tidak terbiar. Bukankah parti pemerintah di Sabah silih berganti kerana dakwaan bahawa parti pemerintah sebelumnya tidak berjaya membangunkan negeri ini? Sepatutnya peralihan demi peralihan ini memacukan lagi proses pembangunan kerana masing2 ingin membuktikan bahawa dialah 'hero' rakyat. Kita sudah melihat arus pembangunan di beberapa kawasan lain. 15 tahun yang lalu keadaan bandar Tawau boleh dikatakan teruk, tetapi hari ini bandar Tawau sudah semakin setanding bandaraya Kota Kinabalu. Bandar Kudat dan Keningau juga berkembang pesat, tetapi BANDAR Kota Marudu masih menten di pisuk-pisuk (pinggiran), bahkan di antara yang terpisuk. Dulu hanya ada jalan yang melalui Ranau dan Telupid untuk ke kawasan Pantai Timur Sabah, kini sudah ada alternatif lain iaitu jalan Keningau-Kimanis dan Jalan Pitas-Beluran. Jalan Kota Belud-Kota Kinabalu yang suatu ketika dulu dilabel sebagai jalan ular dan maut juga kini sudah lebih lurus dan halus manis. 'Syukurlah' jalan KM-KB sudah 'mula' dibaiki (rasanya sudah lama mula) yang entah bila akan siap? Siapnya pun harap2 tidak hanya seperti menampal pakaian yang compang-camping. Memang bukan mudah untuk mencapai bintang di angkasa. Tetapi itu bukanlah perkara yang mustahil untuk dicapai. Jika tidak ada keinginan dan usaha yang bersungguh2, impian untuk mendaki gunung Kinabalu sahaja pun tidak mungkin akan tercapai. Nota: Salahkah anak meminta roti daripada bapanya? Bukankah tanggungjawab bapa untuk mencari dan memberikan nafkah yang terbaik kepada keluarganya? Pemimpin ibarat bapa kepada rakyat di dalam kawasan yang dipimpinnya. Anak2 Marudu sekadar bersuara, walau hanya di pinggiran.

43 comments:

Anonymous said...

Dr Nelson(Naib Presiden SAM), semua warga SAM dan semua pembaca yg dihormati:

Sya tabik suara SAM selama ini, memaparkan isu Rakyat. Ingin mencadangkan agar SAM panjangkan hal ini kepada YB ADUN dan YB MP kita secara bertulis. Usulkan perkara ini dengan saluran yang betul. Usulkan juga jalan penyelasian yang terbaik dari SAM. Saya pasti YB ADUN dan MP kita pasti akan melakukan sesuatu mengikut kapasiti bidang kuasa yang mereka ada iaitu mencadangkan/memohon kepada kerajaan pusat. Berhenti lah menyalahkan pemimpin sahaja.

Ini memang menarik minat saya :
Salahkah anak meminta roti daripada bapanya? Bukankah tanggungjawab bapa untuk mencari dan memberikan nafkah yang terbaik kepada keluarganya? Pemimpin ibarat bapa kepada rakyat di dalam kawasan yang dipimpinnya.

Jika bapa sudah berusaha untuk memberikan nafkah kepada anaknya dan si bapa hanya mampu memberikan sedikit roti sahaja, perlukah si anak menghalau bapa dari rumahnya kerana tidak memberikan nafkah terbaik seperti yang dipinta. Mungkin si anak juga boleh membantu sesuatu…supaya satu keluarga hidup senang dan harmoni

kiehaa said...

Perhatikan cara kebanyakan orang kita:-

a) Bila Benci, penuh emosi
b) Bila Suka, taksub separuh gila
c) Bila Susah, katakan orang lain yang menyebabkannya.
d) Bila bangsa lain kaya, tak tanya pun kenapa dan macamana.
e) Bangsa lain ramai ke Universiti, kita masih melogop di kaki lima..
f) Bangsa lain sibuk di perpustakaan, kita sibuk dgn hiburan
g) Bangsa lain sibuk di kelas komputer, bangsa kita masih terkapai-kapai
h) Bangsa lain menuntut hak, kita diam-diam jalah, jangan masuk campur..
i) Pemimpin nyamuk cakap berkobar, kita mahu kelambu dibakar;
j) Kita dikatakan jauh ketinggalan, kita ckp xpalah. syukur po apasi.
k) Kita rasa diri cukup segala, hebat dan kuat tetapi cukup garam terlebih gula.
l) Musuh utama bangsa kita yang macam ini ialah akal budinya
M) Ketika bangsa lain berlumba-lumba mencari peluang, kita sibuk mencari alasan.
n) Ketika bangsa lain membina kekuatan mereka, kita meruntuhkan kekuatan yang ada.
o) Ada pula ungkapan takan momogun hilang di dunia, tetapi asal usul bangsa sendiri pun masih tercari-cari. Hanya percaya berasal dari sepohon kayu nunuk ragang...mitos semata-mata.
p) bangsa kita memang rajin tetapi masih menggunakan kaedah lama. Alasannya saya dari kecil lagi sudah pakai macam ni...

Sekadar renungan.

Anonymous said...

Kita tuntut agar DO dan YB's mesti dari anak jati Kota Marudu. Siapa yang lebih tahu masalah keluaraga selain daripada ahli dalam keluarga sendiri. Orang luar tahu apa!

ISAC said...

Hidup Marudu!!!!!

IsOn said...

Saudara anonymous paling atas, terima kasih atas komen membina saudara. :)

Sebelum itu, sila perhatikan semula dahulu perkataan yang saya gunakan dalam artikel ini, bukan menyalahkan pemimpin begitu saja, tetapi "meletakkan tanggungjawab di bahu para pemimpin..." kerana menyalahkan dan meletakkan tanggungjawab mungkin ada sedikit pertindihan maksud (bergantung kepada pemahaman pembaca), tetapi sebenarnya mempunyai maksud luas yang berbeza (masing2 kita menyelidikinya). :)

Menurut saudara, "Jika bapa sudah berusaha untuk memberikan nafkah kepada anaknya dan si bapa hanya mampu memberikan sedikit roti sahaja, perlukah si anak menghalau bapa dari rumahnya kerana tidak memberikan nafkah terbaik seperti yang dipinta. Mungkin si anak juga boleh membantu sesuatu…supaya satu keluarga hidup senang dan harmoni."

Tidak ada masalah dengan ungkapan saudara di atas. Saya hanya ingin bertanya, adakah kenyataan saudara itu sesungguhnya membawa maksud bahawa pemimpin kita sekarang sememangnya memiliki sedikit sahaja kemampuan? Kerana jika benar demikian, tidak hairanlah kenapa kemajuan daerah ini sangat lembab.

Saya hanya mengibaratkan saja pemimpin rakyat sebagai bapa dari aspek tanggungjawab. Dalam keadaan sebenar, memanglah tidak mungkin seseorang anak boleh menghalau bapanya keluar dari rumah dan menggantikan dengan bapa baru (walaupun sebenarnya ada juga segelintir orang yang berbuat begitu).

Tetapi pemimpin kalau sudah tidak/kurang mampu (jika ini maksud saudara), maka dari segi logik biasa, bukankah lebih molek jika pemimpin tersebut digantikan saja dengan pemimpin baru yang lebih mampu? Apatah lagi jika sudah berkali-kali diberi peluang. Tidak begitukah saudara?

Nota: Sekadar bertanya di pinggiran jalan KM-KB. :)

Anonymous said...

1. saya suka dgn lontaran 'kieha'.
2. sy memang suka klu pemimpin yg memimpin kita adalah anak jati kita. namun, adakah benar2 anak jati kita berjuang untuk kepentingan semua n membelakangkan kepentingan diri dan kroni?
maaf, bkn menyebelahi siapa2 cuma sekadar melontarkan seikhlas hati ja.

Anonymous said...

1. saya suka dgn lontaran 'kieha'.
2. sy memang suka klu pemimpin yg memimpin kita adalah anak jati kita. namun, adakah benar2 anak jati kita berjuang untuk kepentingan semua n membelakangkan kepentingan diri dan kroni?
maaf, bkn menyebelahi siapa2 cuma sekadar melontarkan seikhlas hati ja.

SANGURU said...

Siapa kata bapa kita kekurangan roti! Anak2 lain lebih pula roti d suap. Baru merengek sikit dah d suap, anak yg lain dah kebulur, nangis2, kurang dipeduli. Bapa tiri agaknya?...
Posting yg bagus doc. Bravo...

Um@r said...

Cuba kita bagi peluang anak2 Marudu yg buli2 sikit memegang tampuk kepimpinan Kota Marudu. Tidak kisahlah dari parti mana ataupun tidak berparti. Kita tingu apa jadi... ya, pastinya boleh jadi lebih baik atau sebaliknya. Masalahnya kita SANGAT takut membuat eksperimen/try & error. Bukan lama ><5 tahun saja...

Baju Batik said...
This comment has been removed by the author.
Baju Batik said...

Salam.

Untuk membangunkan KM mungkin perkara2 ini perlu dipertimbangkan.

i- Dari segi Infrastruktur:

1- Bekalan elektrik dan air ke kwsn penempatan, kwsn pertanian/sawah/kebun dan kilang dpt dipenuhi 100%
2- Setiap kampung dapat dihubungi oleh jalan raya yang baik.
3-Sekolah2 yg bergabung antara sekolah rendah dan menengah dihapuskan kepada satu persekolahan sahaja dan wujudkan sekolah baru utk menyelesaikannya.
4-Wujudkan dengan segera sebuah lapangan terbang kecil di KM.
5-Wujudkan beberapa tempat rekreasi di KM sehingga boleh disenaraikan dalam pusat2 pelancungan di Sabah. Misalnya, bina padang golf dan aktiviti laut di Kg. Teringai, setanding dgn "Marina resort" di Kudat.
6- Wujudkan Taman fauna & flora yg berkelas dunia di sorinsim Marak-Parak
7- Wujudkan satu pusat pengajian tinggi/ pusat latihan.
8- Membina bangunan perpustakaan yg lebih besar.
9. Semua jabatan dan agensi kerajaan mempunyai bangunan sendiri dan berpusat di KM, spt JPJ, Pjb Pel & Pendidikan.
10.Membesarkan/menambah jalan raya dari Pekan Goshen ke Simpang Popok menjadi jalan 2 hala.
11. Mewujudkan beberapa buah kilang bagi hasil produk tempatan, misalnya membina kilang pembuatan kertas, Kilang pembuatan plywood, dsb.
12. Membina empangan yg besar di Sungai Simpangan, Kinarom dsb bagi tujuan keperluan air tempatan, kuasa hidro dan pengairan pertanian.
13. Mewujudkan sebuah pusat Khidmat Negara.
14. Wujudkan sebuah kem tentera.
15. Wujudkan kompleks sukan KM yang sekurang2nya dapat dijadikan menu bagi sukan peringkat negeri.
16. Sekolah khas untuk golongan kurang upaya bukan shj dari KM malah utk seluruh negara sesuai juga sibina di KM.
17. Sekolah menengah Agama, SMK Teknik, SMK Vokasional harus dibina din KM.
18. Mempelbagaikan cawangan bank2 lain di KM, misalnya Am-Bank, Public Bank, Bang Islam dsb.
19. Wujudkan cawangan Tabung Haji.
20. Membina sebuah sekolah menengah di kawasan pendalaman spt di Marak-Parak.

Baju Batik said...

ii- Dari segi penduduknya:

1. Sasaran agar miskin sifar.
2. Keluarkan/proses dan beri geran hak milik tanah yang telah diusahakan sekian lama.
3. Bagi ramai keluarga yang tidak memiliki tanah sendiri, wujudkan sistem spt yang dilaksanakan oleh FELDA.
4. Pelakuan2 jenayah spt rogol jangan disembunyikan dan pesalah harus dihukum bukan "disogit" saja dan dilindungi. Lama2 merogol ja kerja diorang ni.
5. Beri kesedaran kpd penduduk bhw ilmu pendidikan dan kemahiran yg diperolehi secara formal sangat berguana.

iii. Dari segi peranan agensi dan jabatan-jabatan kerajaan.

1. Semua jabatan harus benar2 telus dan proaktif, amanah, cekap, bersih dan berusaha dgn penuh komited dan gigih bagi setiap sasaran, visi dan misi, peranan serta tanggungjawab masing-masing.
Misalnya, jabatan haiwan dan pertanian. Pastikan si anu yg hanya ada 2 ekor kambing pada tahun 2010, akan bertambah kambingnya menjadi 10 atau 20 ekor apa cara sekalipun pd tahun 2011. bukan kambing Dr Vilus shj yg dijadikan contoh. Begitu jga dgn pertanian, pastikan para petani mendapat hasil tanaman mereka pada tahap yg maksimum. Ini boleh dicapai apabila mereka:
i- Menanam tanaman yg sesuai
ii- Penjagaan yg cukup dan sempurna
iii- pembajaan yg mengikut peraturan tanaman
iv- Menanam tanaman terutama tanaman kontan pada musim yang sesuai.

Janganlah biarkan petani menanam kobis bulat di kawasan yg didakwanya sejuk sedangkan dia saja yg merasakan kobis itu sedap, untuk pasaran ke Kota Kinabalu, Brunei atau Singapore, kobis itu tdk diterima krn bagi mereka rasanya mcm bukan kobis barangkali. Bagi petani yg hanya ada tanah kurang drp 5 ekar pula, jangan biarkan mereka menanam kelapa sawit di tanah tersebut.Bukan tanahnya tx sesuai, keluasannya tx sesuai, tdk ekonomik. Ini harus diambil perhatian oleh jabatan yg bertanggungjawab. Lucu sekali.

Demikianlah juga halnya dgn bidang2 lain spt, kaum nelayan, peniaga kecil.

Subsidi yg diberikan oleh krjn mungkin mencukupi, yang kurangnya ialah kemahiran mereka dalam bidang2 tersebut masih rendah. Bukan salah mereka semata-mata.

"Jgn dulu kita fikir utk tukar tampuk kepimpinan bah. Nanti org sibuk kempen ja tx buat kerja. lepas PRU 13 nanti pun kelak, itulah juga putarannya.Jadi sampai bila cerita pasal YB. Ataupun ada niat nak ganti tampuk kepimpinan. Berapa hari masa berkempen ya? dan bila?.Dlam sistem krajaan apa ya, tampuk kepimpinannya boleh ditry2. Belum aku jumpa lagi!"

Thanks.

Anonymous said...

Alangkah bagusnya jika dapat dilaksanakan cadangan2 sdra Baju Batik. Pastinya Kota Marudu akan kelihatan lebih maju yang sepatutnya sudah lama berlaku. Saya sangat cemburu mendengar dan menonton berita di TV yang menyiarkan banyak bantuan-bantuan rakyat di semenanjung, wang ehsan, perumahan, bantuan banjir, bantuan nelayan, pertanian,berbagai lagi, tetapi di Sabah tidak terdengar apa pun, apatah lagi KOta Marudu. Memang tidak apa yang hendak disiarkan kerana pemimpin2 kita di sini tidak aktif seperti di sana.
Kita ini betul2 ketinggalan tau?

kiehaa said...

Salam,
That why we desperately need a capable leader to make this to reality. Otherwise, it just a dream MR. Batik.

IsOn said...

Kupasan minda Baju Batik tentang rancangan pembangunan KM sangat baik. Saya fikir jika 80% daripada cadangan itu sudah terlaksana, agaknya status KM bolehlah diberi gred A dari segi pemarkahan.

Semoga akan ada pemimpin (jika yang sekarang sudah tidak mampu) untuk memimpin daerah ini ke arah itu.

Note: Mr. Batik, I'm not sure if we know each other, but just for personal reference in the future, I'll save your comments here. Thanks

Anonymous said...

Saya mohon agar 2 perkara di bawah mendapat perhatian para YB's di Kota Marudu:

1. Menubuhkan Yayasan Kota Marudu: nak bersedekah; beramal-jariah; sumbangan; mengelak daripada bayar LHDN; mo bagi komisin bg yg mendapat kontrak kerajaan (ya lah better than bagi sama individu tertentu, biar semua rakyat berkongsi komisisn tu..). Tujuan Yayasan ni ada banyak.. pendidikan, tabung kecemasan dsb.. terpulang kepada penel ahli lembaga menentukannya mengikut peraturan yayasan...

2. Seminar Pembangunan Stratgik Kota Marudu: yang ni sudah lama saya perjuangkan cuma dengan nama lain iaitu mengumpul think-thanker dikalangan mereka yang buleh2 dan berfikiran berkecuali @ tidfak berkepentingan, proaktif dsb.. + orang2 penting dalam pentadbiran KM (spt YB's, DO, Ketua Jabatan dsb). Bincang apa hala-tuju dan fokus pembanguanan strategik Kota Marudu. Hal ni org biasa atau Ketua Kg tak boleh panggil, kalau YB's spt YB Max baru ada umphh. Panggil la mereka yang berasal dari KM, berkahwin dengan org KM untuk bersama-sama mengerah kiringat dan fikiran. Tak payah bayar, sbb saya fikir merek tak perlu duit..; mereka hanya menunggu peluang untuk bersuara di depan pemimpin KM sahaja, mereka sebenarnya sukacita dapat menyumbang kepada rakyat KM. nanti kalau ada perseorangan/kumpulan bikin ini macam, nanti di label yang macam2 sepeti yg sebelum ini...

Ini bukan benda baru, Kota Belud sudah melaksanakan kedua-dua perkara di atas. Kalau mo tahu lanjut tanyalah pd YB Dato Salleh.

Anonymous said...

Y.B. DATUK ABDUL RAHIM BIN BAKRI

Timbalan Menteri Pengangkutan,
Kementerian Pengangkutan,
Aras 7, Blok D5, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62602 PUTRAJAYA.

Nah ambil dan tulis surat permohonan sama YB Datuk ni untuk mencadangkan idea tuan2 untuk jalan KM/KUDAT - KB. TQVM

Anonymous said...

Antara Kota Belud dan Kota Marudu, mana yang lebih maju bagi tuan2, puan2 semua?

Anonymous said...

Terima kasih kepada penjelasan balas tuan Dr Ison 21 feb 3.30am.

Jadi maksud tuan doctor ia hanya la perumpamaan dan tuan tidak menyalahkan pemimpin tetapi hanya meletakkan tanggungjawab pada mereka. Ba.. kalau itu asasnya, mungkin saya setuju sedikit. Apapun kemiskinan di kota marudu seperti yang tuan2 sentiasa laungkan, bagi saya bukan la terletak dibahu pemimpin semata-mata. Jika dibaca berkali-kali 2 entri tuan “JALAN PAKAI BUANG” dan “SEKADAR DIPINGGIRAN”, pemahaman saya adalah seakan-akan tuan sedang menunding jari. Pada pendapat saya, segala usaha yang YB kita lakukan di Kota Marudu sentiasa ada kesinambungannya. Jangan la dibanding Kota Marudu dengan KK. Walaupun tidak sepesat seperti yang diinginkan, namun ianya tetap bergerak kedepan. Mungkin inilah hakikat pemikiran orang kebanyakan kita, lebih suka menyalahkan orang lain. Tentang daerah Kota Marudu yang seringkali dikaitkan dengan daerah termundur/termiskin, bagi saya daerah Kota Marudu lebih kurang juga dengan daerah lain. Apakah kerana di Kota Marudu tiada bangunan tinggi tinggi, shopping kompleks, maka dikatakan kota marudu menten tiada pembangunan dan mundur. Apakah kerana jalan KM-KB selalu mengalami kerosakan lalu dijadikan sebagai penanda aras untuk mengatakan KM miskin. Isu kemiskinan ini satu konteks yang luas bah ni tuan.

Pemilik Neslon’s Sdn Bhd, Mr Ooi pernah meninjau peluang bekalan jagung dari Kota Marudu atas desakan pengikut YB kita. Beliau mendapati harganya 2 kali lebih tinggi dari bekalan yang diperolehi dari Vietnam dan Indonesia. Pemilik C&F Enterprise Sdn Bhd(snack company), Mr Chan juga telah meninjau peluang bekalan kacang tanah dari Kota Marudu juga atas cadangan pengikut YB kita. Namun harganya 3 kali lebih tinggi harganya jika dibandingkan dengan harga dari china dan Thailand. Siapa yang harus dipersalahkan.

Begini saja la. Cuba tuan doctor namakan individu yang boleh membawa perubahan kepada daerah tuan. Atau pun tuan doctor sendiri yang mungkin paling layak.

Jangan la terlalu cepat menghukum orang lain jika anda sendiri tak pasti akan kesahihannya.

Anonymous said...

Bagi saya, anda semua (org kM) sudah pun berada dilandasan kesedaran yang betul dan tepat pada masanya. Tuan2 semua mempunyai seorang YB yg memegang jawatan penting di Pusat Pentadbiran sana. Buat la permohonan dan cadangan kepada YB tuan-tuan semua. Ini la peluang untuk meminta sekali lagi. Saya pasti sedikit sebanyak yang tuan2 minta akan dapat ditunaikan. Kalau la anda mempunyai YB baru di Kota Marudu, saya teringin sangat tengok apa yang di boleh buat dalam masa 5 tahun.

Kami d KB ni, kami ada Tan Sri, ada Pandikar, ada Amin dan ada Mulia lagi tapi keadaan tetap melalui proses perubahan dan kemajuan sedikit demi sedikit seperti d KM juga.

Sekadar renungan.

Anonymous said...

Bah. Kerja sudah ni.

kiehaa said...

Salam,
Sdr2 sy berpendapat Dr. Nelson bukannya menyalahkan pemimpin2 tapi bagi sedikit kejutan dan peringatan agar jgn tidur lama sgt. Bukan apa risau sebab orang lain sudah kedepan tapi kita masih jauh dibelakang.

Kita tidak mengharapkan pembaharuan yg terlalu drastik..shoping kompleks, bangunan pencakar langit, mega projek dsb. Cuma kita inginkan keperluan infra yg PALING ASAS IAITU JLNRAYA-jalan penghubung kpd pitas/KM/dan kudat ke KB/KK. Pada pandangan sdr2 sekelian adakah jln KM-KB sekarang ini sesuai lagi berikutan dengan pertambahan penggunanya setiap tahun? Bagaimana dgn keselamatan pengguna kenderaan kecil sprt motosikal dan basikal akibat siz kelebaran yang agak sempit? JIka tidak kekurangan dana untuk pembinaan jln baru atau upgrade kpd dua lorong, sekurang2nya buat lah pelebaran jalan demi keselematan pengguna. Keadaan jln sekarang ni terlalu sempit dan merbahaya dan hanya sesuai untuk jalan ke kebun kelapa sawit.

Cuba sdr dan pengikut YB buat kajian kenapa tanaman jagung di Msia ni kurang kompetetif dan malaysia masing mengimport jagung dari negara2 yg sdr sebutkan?

Um@r said...

Batik,

Kalau sdr/i pernah dengar ttg seni berpolitik, sdr/i akan faham apa yg sy maksudkan ttg "eksperimen" di atas. bgmpun sy akui bhw bukan mudah melaksanakannya. ia akan terlaksana sekiranya rakyat betul2 matang dlm berpolitik. buat kerjalah sehebat manapun, kalau kepimpinan di ssebuah kws itu pincang, kerja2 itu tidak akan ke mana. umpama bahtera kehilangan nahkodanya. makanya, soal kerja-kerja pembangunan dan pengurusan politik perlu berjalan seiringan. ini bukan kempen kawan, tapi sbg salah satu proses check & balance di antara rakyat-pemimpin.

Um@r said...

utk semua:

1. sbg makluman SAM ini dibaca oleh semua lapisan msykat termasuklah para pemimpin kita (daerah, negeri & negara). sy bukan x bersetuju SAM yang menguruskan penghantaran cadangan2 tsbt, tapi ada baiknya jentera kerja pemimpin terbabit yg menguruskannya. mereka digaji utk itu, jadi buatlah kerja tsbt. cukuplah SAM sbg wadah rakyat menyampaikan aduan, pendapat dan sokongan. sy percaya pemimpin kita sudah kerahkan jentera masing2 utk membuat catatan perkara2 penting yg dibangkitkan di SAM utk diambil tindakan segera.

2. Sy amat menghargai dan tabik pendapat2 di atas berkenaan dgn cara membangunkan KM. itulah yg paling ideal dan sepatutnya. bgmpun dgn status dan keadaan KM sekarang, mungkin kita perlu bermula dari bawah. penekanan utama kita sekarang adl KEMUDAHAN ASAS (sila rujuk entri yg berkaitan). Tanpa yg asas ini, cadangan2 yg hebat itu tidak akan kesampaian. Kita memang mau semua itu, tapi apa boleh buat, kita terpaksa berpijak di bumi nyata.

*Pandangan ini adl pandangan peribadi sy. Bukan mewakili SAM.

Anonymous said...

Tuan, Kota Belud dan Kota Marudu mana satu yg lebih maju? rasanya maju dan bukan maju itu bukan topik utama yang dibincangkan. Perkara pokoknya adalah perancangan ke arah memperbaiki kepincangan yang sedia ada. Dato Salleh sudah sediakan contoh, begitu juga Daerah lain seperti di Tawau. Mereka melakukannya, tetapi kita masih mempersoalkan kewajarannya. Kota Belud hampir sama majunya/mundurnya dengan Kota Marudu kerana pemimpinnya yang lebih mementingkan diri berbanding dengan rakyat (rasanya sama denagn KM). Kenapa Tawau mengorak langkah yag lebih jauh dari daerah lain? Untuk melangkah ke depan perlu ada strategi yang jitu. Perancangan apa namanya kalau yang mengusulkan hujah/cadangan ada perkiraan mengaut keuntungan disebaliknya... Saya hairan kenapa masih ada yang tidak mahu menerima pandangan umum terutama mereka yang ingin menegakkan kepentingan dan mendahulukan rakyat. Kenapa..? adakah kumpulan ini teramat risau sekiranya kita dapat memperhalusi/membongkar segala perancangan mengaut untung dari duit rakyat? Kenapa perancangan strategik KOta Marudu tidak boleh dikongsi oleh semua pihak? Jangan lupa suara mereka yang berkepentingan tidak sama dengan yang tiada... Strategi/perancangan seorang tidak sama dengan sekumpulan orang. Teori taburan normal/keluk normal dalam matematik hanya boleh dicapai sekiranya n (bilangan) yang ramai; tidak mungkin mendapat keputusan normal sekiranya n yang sedikit. Begitu juga dengan sisihan piawai @ standard error dalam menentukan purata (min); lagi tinggi n maka lagi kecil sisihan piawainya. Inilah teori matematiknya, jikalau golongan yang bersuara itu lebih ramai yang berkepentingan... maka jawapannya ke arah menjerluskan pembangunan Kota Marudu. Siapa yang untung? hanya mereka yang segelintir itu bukan.. kalau tak percaya cuba lah perhati status ekonomi mereka yang terlibat dalam pimpinan KM (terutamanya dalam politik), sebelum dan selepas... emm rasanya jauh melambung peningkatan taraf ekonomi..; dimana kedudukan orang kampung, jawabpnya masih ditempat yang sama...

Anonymous said...

Baju Batik, cadangan tuan memang klass.. tapi nda da gunanya cadangan tersebuta kerana hanya berakhir di sini.. paling2 pun menghangatkan prbincangan di sini sahaja. Saya setuju, menukar pemimpin adalah pilihan terakhir..; namun kita mahu feedback daripada YB's (harap2 diurang dapat luangkan masa membaca SAM untuk membuka minda dan menguji penerimaan rakyat terhadap pimpinannya; serta menghayati keluhan2 dan permintaan rakyat). Kita tuntut supay diwujudkan satu platform formal bagi kita bersemuka dengan pemimpin seperti bengkel atau seminar. Tujuannya bukanlah mo tembak itu YB's; tapi inilah masanya kita dapat mengambil bahagian membantu YB's dan DO merancang apa yang wajar untuk membangunkan KOta Marudu. Apa mo takut, kalau pesta ramai2 kita boleh anjur takkan bengke seumpama ini tidak boleh dibuat. Kalau mo jimat algi buleh buat di Dewan KM pun ok. Jemputlah mereka dari segala pelusuk rantau yg berasal dari KM (yg berkerja di sektor Kerajaan atau swasta) untuk turut sama dalam bengkel ini; tosah tanyalah org yg dijemput it datangnya dari keahlian dari parti mana.... Bengkel boleh dibahagikan kepada kumpulan kecil bagi memperincikan perkara tertentu seperti pembangunan taraf aademik, sosioekonomi dsb..). Setiap kumpulanmengusulkan kertas kerja khusus untuk dimajukan ke DUN atau Parlimen untuk memohon peruntukan. YB's kami sudah bersedia, tingal tunggu YB's mau buat atau tidak ja...

Anonymous said...

Saya SOKONG pendapat Anonymous (February 22, 2010 6:12 PM)..
Memang jelas bahawa pengikut2 dan org2 YB ni terutama pengikut Datuk Seri Dr.Max kalau yg dulunya biasa2 saja kini sudah menjadi insan luar biasa. Tahu kenapa? sebab selalu kena bagi projek. Dapat projek buat kerja cincai untuk jimat kos. Begitu juga kawan baik kepada DO. Sekarang yg saya nampak netural adalah staff YB Pn.Anita Baranting.

sama2 kita fikirkan.

SANGURU said...

Saya sgt terharu, teruja & terpikat dgn idea,komen dan syor. Sgt bernas. Semoga perkongsian pintar dan ikhlas seperti ini berterusan. SAM hanyalah "warung maya" yg menemukan berbagai kaum, ideologi,agama dan status sosial. Secara realiti manakan mampu kita duduk sewarung..mudah2an saja, intipati perbualan maya ini ada kesannya.

TONDIRAN GOWOT said...

JANGAN AMBIL KESEMPATAN YANG AGAK KETERLALUAN BIKIN ROSAK PARTY. BIARLAH UNTUNG SIKIT YANG PENTING PROJEK DILAKSANAKAN DENGAN BAIK SEBAB KITA SEMUA JUGA YANG MENGGUNAKAN SETIAP KEMUDAHAN ITU. KALAU PROJEK CINCAI YANG KAMU BUAT MENYEBABKAN KEMALANGAN DAN KAMU YANG TERLIBAT NAH! BARULAH KAMU PADAN MUKA. KALAU SITUASI BEGINI BERTERUSAN DI KOTA MARUDU SAYA RISAU PRU AKAN DATANG BOLEH MENGGUGAT KEDUDUKAN SELESA KERAJAAN YANG ADA SEKARANG TERUTAMA SEKALI DAERAH KOTA MARUDU. TAPI PALIS PALIS LAH... SEKARANG INI MASIH ADA KESEMPATAN UNTUK MENGUBAH JADI SELAGI BELUM TERLAMBAT UBAHLAH MANA2 YANG SALAH. SESAL DAHULU BERGUNA SESAL KEMUDIAN APA UNTUNGNYA.. HABIS IKAN SEBELANGA Ooo KAWAN..

rumandawat said...

Anon 22 feb 6:12

Tuan anon yang celik dan praktikal. Saya setuju dengan apa yang tuan jelaskan. Jika perbincangan kita menjurus kepada mencari jalan kearah memperbaiki keadaan yang ada, memang itulah yang terbaik. Cuma sya sedikit tersentuh bila kebanyak orang kita senatiasa menunding jari kepada pemimpin. Tapi kalau sudah jumpa sama pemimpin ( YB ), tidak pun keluar segala kumpilin dan segala cadangan yang saya kira berapi-api seolah-olah beliau la individu yang boleh melakukan perubahan yang besar, beliau la hero rakyat seperti yang selalu dilaung-laung dalam blog2 tempatan.
Terus terang saya katakan, saya bercakap disini bukan sebab saya mempunyai kepentingan di dalam kumpulan kepimpinan YB Kota Marudu. Yang saya kesal, perangai orang kita yang tak habis2 menyalahkan orang lain tanpa melihatnya dengan lebih mendalam.
Begini sajalah, kamurang mintalah apa yang patut kepada YB kamurang sekarang. Pada PRU akan datang, jika kamurang mau sangat muka baru(YB baru), buat la cadangan dengan betul2 melalui saluran yang betul.

Anon 22 feb 6:26 ( urang sama ka dengan Anon 22 feb 6:12 )

Kalau orang kanan YB menjadi senang, bagi saya tiada masalah. Cuma yang menjadi masalah saya ialah bila orang2 tersbut buat kerja yang tidak setimpal dengan sumbangannya. Itu saja. Kau tinggu la di mana2 tempat ( jangan tinggu UMNO Malaya ). Kau tinggu la di Sarawak atau di Negara2 lain. Semua orang kanan YB mana ada yang tidak senang tuan anon yang di kasihi.

Anonymous said...

Siapa bilang nda berani mo cakap; bagi bah platform yang sesuai; war-warkan kepada semua, jemput kalau boleh; baru boleh bicara. Tapi cadangan saya di atas bukan mo kumpilin saja; kita mahu ruang untuk bersama2 dgn pimpinan KM untuk membangunkan KM. Persoalan perasaan ni inda pernah habis. Kita mahu penyelesaian. Bengkel khas mesti dibuat. Yang paling penting dalam Bengkel ini nanti tiada lah panas-memanas; yang penting kita mesti sama-sam mencari strategi untuk memacu pembangunan KM

Orang kiri-kanan YB's yg mengaut untung! terima kasih lah kerana menyokong. Betul ka diurang ni mendapat imbuhan yg tidak setimpal dengan sumbangan yg di buat? ehhh.. betul la bah kan. Bukan bah kita nda suka diurang senang, tapi org kampung bilang biar sama-sama senang. Di Sarawak negeri sekaya dengan negeri Sabah. Pemimpinnya pun mencari untung, tapi dia tak ambil semua.. ada juga bahagian untuk rakyat; di Sabah (KM) pemimpinnya sapu habis.. kalau boleh kos projek seminimia yg boleh dan untng semaksima yg boleh; contoh buat jambatan gantung: biar cepat roboh supaya buleh minta projek lagi; menaiktaraf jalan di bukit: diluluskan & dilaksanakan pada ketika musim hujan, habis musim jalan rosak balik, so ada purijek lagi; begini lah nasib kita....

rumandawat said...

Tuan anon:

Mimang kau pandai dan pintar. Kalau boleh, saya mau kasi calon ko jadi YB nanti. Supaya, platform dan aktiviti seperti yang tuan cadangakan boleh dilaksanakan dengan senang dan pembangunan sempurna akan cepat tercapai. Saya sukung ko 100%.

Saya ingat, kalau ko jadi YB ka atau pemimpin, memang nama ko pasti masuk dalam MALAYA book of records. sebab kreatif dan inovatif. :0

Anonymous said...

SOKONG ko Anon (February 23, 2010 12:32 PM)..

Banyak kemudahan yg masuk di daerah kita ni tapi hanya mampu bertahan setahun2 ja. Kasian...

kiehaa said...

Salam,
Suka ati ko lah rumandawat. Ko pergilah terjun sendirian mcm siluncai dgn labunya. Baik makan meggi, nanti kembang sgt, nda sedap dimakan pula drp melayan ko...
Tq

DINAKAN said...

buat anon2 yg memberi pandangan dan pendapat dlm ruangan ini. Syabas dan tahniah kerana dapat meluangkan lontaran pelbagai idea kreatif.

Namun, mungkin jika ada yg membuat tawaran dan sanggup membuat terus bengkel atau percambahan minda atau perbincangan terus bersama YB atau DO.. saya sokong.

mungkin kita boleh berdebat secara tertib dan baik pada masa tersebut dalam perkongsian lontaran idea pembangunan.

Anonymous said...

Rumandawat, terima kasih la... walaupun catatan mu itu tidak ikhlas namun sedikitpun tidah melemahkan jatidiriku sebagai warga Kota Marudu. Lagi satu, secara ikhlas saya belum lagi berangan2 mo jadi YB buat masa ni. Tunggu lah kalau sampai tu masa... belum tau lagi bahh..

Dinakan, usul Bengkel mesti datang dari YB's. Nanti dikata pula kita mo rampas kuasa kalau memandai nak buat. Cukuplah dengan segala tomahan dan prasangka yag diterima dari aktiviti lalu. Apa lah susah sangat nak buat bengkel ni... takkan tak boleh org kiri-kanan YB's buat kerja.. Rumandawat.... ko buleh atur ka niii...??

rumandawat said...

Rumandawat, terima kasih la... walaupun catatan mu itu tidak ikhlas namun sedikitpun tidah melemahkan jatidiriku sebagai warga Kota Marudu. Lagi satu, secara ikhlas saya belum lagi berangan2 mo jadi YB buat masa ni. Tunggu lah kalau sampai tu masa... belum tau lagi bahh..

Bila masa dia tu tuan?

rumandawat said...

Pasal mengatur, teda masalah bah tuan. Cuma kena selidik/kaji/rancang dulu : Pengisian bengkel, orang2 yang terlibat, tempoh masa & tempat.

Cukuplah dengan segala tomahan dan prasangka yag diterima dari aktiviti lalu.

yang ini saya kurang faham. Aktiviti apa pula tu tuan Anon. Saya rasa semua aktiviti yang lalu, semuanya LULUS.

Anonymous said...

Terima kasih la Rumandawat kalau semua lulus he he... Tulung atur la tu bengkel jangan dulu cerita bila masa saya teringin mo jadi YB. Belum ada perasaan mo jadi lagi bah.. he he. Janji yang ini ko tulung atur. Biar mandat datang dari YB's.. give them credits..baru bilang YB's perihatin dengan kehendak rakyat; bersungguh-sungguh bantu rakyat; mo jadi Juara Rakyat untuk slogan 1-Malaysia.

p/s Ini bukan masanya untuk mengangkat diri, rakyat yang perlu diutamakan, rakyat didahulukan; kepentingan diri patut dibelakangkan. Bersama kita memajukan Daerah Kota Marudu, 1-suara, 1-Marudu, 1-Malaysia. Kalau la YB Max dan YB Anita bersungguh nak buat bengkel perancangan strategik pembangunan Kota Marudu, alangkah baiknya...; YB's: janganlah kamu jadikan ruangan ini sebagai pisau pembunuh, biarlah dia seumpama pembangkit semangat untuk terus berjuang melewati tidur-tidur mu serta angan-angan kosong mu itu. Janganlah pula mengumpamakan ruangan ini seumpama tiupan bayu ketika senja... berlalu bersama hilangnya pancaran matahari.. Sesungguhnya bayu ini akan datang semula bersama tiupan yang lebih deras.. dikala itu apa pun perancangan mu Kota Marudu pasti di banjiri semula..menghanyutkan segala sampah.. dedaun layu serta batang yang ampuh... Salam untuk SAM dan semua kolumnis di sini. Mohon maaf segala yang terkasar bahasa. Adat berbicara kadang-kadang terikut rasa.

IsOn said...

No worry bro & sis. To me so far so good. Biasalah kalau berbahas ni kadang2 keluar perkataan yang agak keras dan sedikit kasar. Cuma sendiri tanggung perkataan sendiri sajalah.

Teruskan perbincangan maya dengan sikap hati 'buang yang keruh ambil yang jernih'.

Saya percaya kalau kita semua berjumpa secara nyata ni masing2 akan mengukir senyuman juga. :)

kontrekter suka-suka said...

apa pun projek kontrekter yg buat kerja. jadi kenapa pula marah klu kontrekter dapat projek siapa suruh kamu tidak mau jadi kontrekter. kamu semua selalu mengomel asik2 org yang rapat dgn yb yang dapat projek.. jadi siapa suruh kamu bodoh tidak mau rapat dengan Yb malahan kamu mengutuklah pula sama YB. Klu kamu pun YB di KM ini, kamu tidak akan bagi projek sama kontrekter yang suka mengutuk sama kamu bah. Lebih2 lagi kalu kamu menentang arus atau kamu dipehak pembangkang.., apa faedahnya kontrekter itu diberi projek klu tidak dapat membantu perjuangan kamu. Demikin juga pemikiran semua YB di malaysia . kamu tau kah kerja kontrekter ini penuh dengan persaingan sebab bukan 2,3 org saja yg kerjanya kontrekter. Klu ada minat kamu semua pun boleh memilih kerjaya sebagai kontrekter lah kawan...,

SANGURU said...

Kontrek suka2,
sy suka komen tuan. Logik dan bikin sy tersenyum. Sy sokong. Hehehe
Wpn sy klu hal2 kontrek ni bak ayam mati. Cuma kpd para kontraktor kawan2 sy juga, buatlh yg terbaik ya. Kita jg bah yg pakai itu....

Baju Batik said...

Salam semua.

Siapa kata apa yang saya cadangkan/nyatakan itu mimpi kosong semata!

Tiada seorangpun sebenarnya yg mampu melaksanakan semua itu secara personal.

Jika anda merasakan itu mustahil dan hanya mimpi belaka, pilihlah mana2 bhg yg menjadi tgjwb anda melaksanakannya, semua warga KM masing2 ada tgjwb sendiri.

Misalnya saya, individu biasa, maka saya berusaha memajukan diri saya, keluarga saya,anak2 saya atau saudara mara saya. Bukannya hya duduk di depan pintu rumah mengharap bantuan subsidi semata. Atau tdk juga memperlekehkan sahabat2 saya, ketururan saya, dan siapa2 sahaja yg tlh mengundi pada PRU12 yg lalu.

tq.