SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, February 5, 2010

Ikan Ketutu

IKAN KETUTU/ IKAN UBI/ MARBLE GOBY 

Hehehehe.... salam semua.
Suami penulis sekali lagi mencipta rekod tersendiri apabila berjaya mendaratkan ikan ketutu/marble goby seberat 1.4kg dan 1kg . Ikan tersebut dipancing di sebatang sungai (pssstttttttt.... rahsia..) menggunakan udang sebagai umpan. 
Ini merupakan kali pertama penulis melihat ikan spesis ini. Pada mulanya penulis menjangkakan ikan ketutu ini adalah ikan yang selalu dipanggil oleh orang kampung  sebagai Ikan Buko. 

Berikut merupakan sedikit info mengenai ikan ini:-

Ikan ketutu atau nama saintifiknya Oxyeleotris marmoratus adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara asia tenggara. Marble goby atau lebih dikenali ikan ketutu,haruan bodoh,ikan ubi,ikan hantu,belantuk. Merupakan spesies ikan air tawar namun terdapat juga dikawasan air payau. Kebiasaannya gemar tinggal di kawasan berlubang dengan persekitaran air berarus tenang dan sederhana. Bersifat karnivor iaitu memakan daging dengan memakan anak2 ikan kecil, udang siput dan ketam kecil. 
Ikan pemangsa ini selalunya boleh ditemui di kawasan seperti lubuk, lombong tinggal dan tasik terutamanya kawasan mempunyai kayu atau buluh untuk tujuan mencari makanan. Bersifat pendiam, aktif pada waktu malam/ dalam keadaan gelap. Ikan ketutu dapat mencapai berat matang 1kilo dalam masa lebih kurang setahun bergantung kepada sumber makanannya.

Buat masa ini harga pasaran ikan ketutu dewasa dalam kiraan 1 kilo dijual dengan harga 65 hingga 85 sekilo. Harga ikan ini melonjak naik disebabkan bekalan ikan ketutu dewasa amat sukar didapati  dan dalam jumlah yang terhad. Ikan ketutu mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pemilik restoran cina sama ada untuk  hidangan restoran atau pun untuk dieksport ke luar negara.

Oleh itu sayangilah flora dan fauna bumi Marudu kita  kerana dalam diam ianya meyimpan/ menjana khazanah yang tidak ternilai harganya.

Sumber rujukan:

13 comments:

kyro said...

Bukan ikan rokot kaini TB?

D semenanjung org piara ini untuk bisnes.Pasaran disana mmg ok nda tau la klu d Sabah.

Tulunbunou said...

bukan rokot ni kak... besar ni ikan macam badus sikit..sedap isi dia o.. sa kc topuru sj. hehe

ming2elly said...

sya tau tu di sungai mana... heheheh... ikan ketutu, marble goby, juga boleh di cast dengan soft plastic, iaitu umpan tiruan... setakat ini sya sudah berjaya dengan 3 ekor ketutu dengan soft plastic...

memang jarang jumpa ikan ini di sungai2 atau longkang...

tahniah sekali lagi dengan hasil tersebut!

SANGURU said...

klu dgr nama mcm "kutu" saja, bila dengar harganya, bikin mati kutu. Hehehe...
Tahniah!

mogoron said...

Ngaran nopo diti sada id boros kimaragang nga "BUKO".

kyro said...

Buko kaitu Mongoron...? alalaa...dulu2 d Tandek selalu sia dpt tu kalau memancing disungai.Tapi abang sia selalu olok2 sia.Dia lang "this is kg koromoko,taik mu kuning dimakan buko".Terus sia tawar hati ooo....hehehe.Pdhal memang sedap betul ini ikan.

mogoron said...

Iya ba Pn. Kyro, buko lah nama ikan itu dalam kimaragang. Saya selalu dapat waktu masih aktif memanah ikan di Sungai Longob dulu-dulu.

Bunga Negara said...

Pupus sudah kali ni Buko di Tandek

Umar said...

Tahniah. Satu pasukan R&D drp institusi penyelidikan perlu ditarik ke KM utk mengkaji Bio-D yg ada...

Umar said...
This comment has been removed by the author.
dyan said...

ka c tau dulu sy ka TB sungai mana ko dpt ni ikan. sy minat btl ni memancing ikan yg jenis ni. pls kio TB.

kiehaa said...

Salam,
kalau kop pandai sgt ba umar ko mohon lah ba dana scfund. Ko buatlah R&D...

Steffy said...

helo. sa mau cri benih ketutu ni tp yg saiz 1 - 1.5 inci. kalau ada, blh emel sa?

steffy_ariadne@yahoo.com

thanks..

yup. ikan ketutu mmg sdap :)