SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, February 25, 2010

Informatif, Kreatif dan Berani: Bersuara Bukan Menentang

Pemuda ejen penggerak yang boleh mempengaruhi perubahan. Anak-anak muda harus percaya menjadi insan yang berani untuk melenyapkan kerisauan masa depan bumi sendiri. Menegakkan keadilan dan tuntutan untuk berubah harus menjadi ikrar bertitik tolak terhadap elemen tertentu untuk menginteraksikan KM berwajahkan masa depan yang menjadi suara bersama iaitu BERGERAK KE DEPAN.
Saban waktu kita dikongkong oleh 'kebaikan hati' menerima seadanya proses peralihan perubahan yang tidak menghidu sepenuhnya aplikasi pembangunan. Dan bila mana anak-anak muda enggan mengambil bahagian dalam tuntutan untuk berubah, sebenarnya inilah yang menjadi keinginan budaya oleh institusi tertentu agar kita percaya kita tidak mampu tanpa mereka. Anak-anak muda selalu diingatkan usah kritikal. Bukankah harus bersyukur dengan pembangunan yang telah berlaku? Pesan seperti ini cuba 'mematikan' perhatian terhadap proses yang berindikasikan keagresifan, efisiensi atau setidak-tidaknya celik ke arah seberapa pantas pembaharuan berlaku.
Berpaksikan moto SAM: Informatif, Kreatif dan Berani, tuntutannya ialah kita harus membangunkan minda yang alpa, keselesaan yang merujuk kepada minda yang gagal bertindak menurut tanggapan perubahan. Bukan menentang bukan menolak.
Perjuangan adalah suatu proses penuh cabaran, tanggapan, perubahan, pembaharuan, kelahiran semula dan tindakan yang berterusan. Kesilapan yang berlaku dalam membimbing intelek muda ialah membenarkan kumpulan gerak kerja kemajuan berjalan sendiri dan menguasai indeks aplikasi perubahan tanpa memberikan ruang orang lain bercakap mengenai seberapa pantas kecekapan untuk membangun daerah.
Jadi, bila mana anak muda bangun bersuara, itu bukan minda MENENTANG. Berikan peluang kepada anak-anak muda melaksanakan interaksi untuk membangkitkan pemikiran agar dapat memangkin dasar dan tindakan baru. Anggap anak-anak muda sebagai benteng yang berdiri teguh yang bermaksud memperkaya dan membantu menghadkan ketidakadilan dan termasuk meningkatkan pandangan baik kepada sistem politik, ekonomi dan budaya.
Salam SAM dan salam perjuangan

16 comments:

Anonymous said...

Penggunaan bahasa yang "advance"...ini lah kalu LM...sasterawan Tandek...mo 2 3 kali juga sa baca wo...bru la faham sikit2...hehhe..
Saya juga tergolong sebagai anak muda walaupun umur semakin meningkat...marilah kita sama2 menjadi benteng yang Informatif,Kreatif dan Berani....ayuhhh...

Gaaman said...

Dah sampai masanya org kita(bukan org Muda ja) BERANI menyuarakan isi hati kepada pihak berkenaan. Dgn kata lain kena buat 'bising' kpd Kem/Jab/Pej/Pegawai/YB yg tepat/betul(bukan di kedai/gerai kopi) dan dengan fakta/bukti sekali.

Macam penulis ni, dah mula berani (wlp masih malu-malu/masih berkias2/menjaga hati katakan)

SANGURU said...

Sgt setuju dgn Gaman. Klu ngam cara DS Najib pun suka...
Sepedas manapun klu lahir dr hati ikhlas dan utk kepentingan ramai, lambat laun pihak yg berkenaan akan terimaguna. Cth terbaik, MDKM teruk SAM "kerjain", akhirnya pengurusan tertinggi ambil tindakan. Syabas MDKM! Sudah ada banyak peningkatan di sekitar pekan KM termasuk taman perumahan saya. Contohi MDKM!!!

Anonymous said...

Kita tuntut pengursan pembangunan dan perbelanjaan wang rakyat yang telus oleh YB's dan pimpinan lain di Kota Marudu. LM, sudah satu minggu saya berkuntau pasal menuntut satu bengkel perancangan strategik pembangunan Kota Marudu di adakan, namun sehingga kini belum ada angin respon daripada YB/s

Anonymous said...

SANGURU, kenapabah ramai betul sudah pilak di KM. Orang kita membisnes pun macam susah. MDKM nda da ambil tindakan apa2 kah?

Anonymous said...

SANGURU, kenapabah ramai betul sudah pilak di KM. Orang kita membisnes pun macam susah. MDKM nda da ambil tindakan apa2 kah?

SANGURU said...

Anonymous benar. Sama ada mereka ada IC atau tidak, x pasti. Soal IC tjwb pihak lain. Yg berjualan, rasanya ada kena mengena MDKM. Harap ada perhatian.

MINDAGURU said...

Ngam tuan, posting yang wajar diambil perhatian..

salam

SANGURU said...

Saya dan kawan2 bukan penentang. Bkn sesekali juga pro parti pembangkang. Kami ok maa sama yb, mp, do, dll. Cuma, dlm menyuarakan hal ehwal kemasyarakatan, sukar utk tidak menyentuh perasaan. Bukankh rakyat diutamakan, pencapaian diutamakan? SAM patut diberi award oleh DS Najib sbg media ngo yg pro konsep 1malaysia dan pendukung slogan keramat itu. Ada sesiapa blh sembahkan pd DS Najib?

Little Mike (LM) said...

Trima kasih kepada rakan2 komentator. Mudah-mudahan seperti kata Gaaman ORANG KITA semakin berani untuk menyuarakan APA YANG BAIK demi KEBAIKAN kita juga.

Untuk Anonymous pertama di atas: Sangat berterima kasih. Rasa gementar pula saya dengan gelar sasterawan Tandek... lebih jauh di dasar lubuk hati saya agar penulisan kecil ini boleh membantu pihak2 tertentu mengiktiraf peranan orang kita dan ORANG MUDA.

Anonymous 25hb 3:36PM - jangan berhenti percaya kepada usaha yang boleh memaksimumkan kebaikan. Kalau ada ringkasan mengenai usaha tersebut, emailkan kepada saya di jalimiksawatan@yahoo.com sebagai paparan di SAM untuk menarik perhatian pihak berkenaan.

Tentang 'peniaga2 luar'.. boleh anjurkan kepada MDKM.

Minda Guru dan Sanguru - terima kasih tn...

Um@r said...

Mungkin ada sesiapa yg boleh sampaikan kpd YAB PM kita petikan ini:

"YAB Dato` Seri, pada hemat sy Kota Marudu perlu didahulukan dan pembangunan di sana juga perlu diutamakan. Sebabnya adalah...bla, bla, bla. Buktinya, YAB Dato` Seri boleh merujuk keluhan rakyat KM di blog SAM. Keluhan2 tersebut YAB Dato` Seri merupakan signal yg kuat meminta supaya Kota Marudu didahulukan dan dibangunkan....."

Ini tandanya, kami membantu pemimpin kami menyediakan input (entri & ulasan di SAM) sebagai penguat hujah mereka apb meminta sesuatu drp pimpinan yg lebih atas. SAM bukan Ah Long, tapi mau tolong...

Um@r said...
This comment has been removed by the author.
IsOn said...

Anak2 bila bersuara, jangan terus dikata anak derhaka. Dengar dulu dan pertimbangkan dengan sebaik2nya apa yang mereka hendak katakan. Mungkin suara2 mereka boleh membangunkan kealpaan ibubapa.

Ngingi Lone said...

saudara penulis begitu berlapik apabila mengutarakan isu pening lalat yg berlaku di kalangan rakyat ekoran warna warni drama politik yg pentaskan kepada warga.

dalam bacaan politik dimana matlamat menghalalkan cara sebagai pegangan, sindrom pening lalat yg melanda di kalangan warga ini adalah merupakan rahmat. kerana ini akan memudahkan para politikus yg tidak bertanggung jawab utk merangkum rakus sekalian rakyat utk dipintal menjadi batu loncatan.

Aldusuni said...

Pada saya berani di belakang itu tdk punya erti apa2, yang kita mahu adalah berani di belakan n depan menyatakan perkara yang hak...banyak antara kita berani dalam tulisan namun sedikit yang berani ketika berhadapan dengan pihak yg berkaitan secara berdepan.Mari kita jadikan tahun 2010 kita menjadi berani seperti para sahabat nabi...mari kita buktikan ketika para pembesar negara n negeri dtg di KM...jumpa mereka berdepan, beri tahu suara rakyat...

Anonymous said...

Di depan kedei More Chance dan di kaki lima kedai KM terlalu banyak penjaja haram kenapa MDKM tdk mengambil tindakan atau bos nya kena RASUAH palui tdk buat kerja ka tn