SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, February 16, 2010

JALAN RAYA 'PAKAI BUANG'

Beberapa hari kebelakangan ini saya seringkali balik ke Kota Marudu atas urusan keluarga. Perjalanan balik tidaklah terlalu jauh sangat, tetapi keadaan jalan raya yang membuatkan saya seringkali berasa 'rimas'. Banyak highway di Sabah dalam keadaan yang nazak dan jalan raya yang menghubungkan Kota Marudu dan Kota Belud (KM-KB) adalah antara yang paling teruk sekali. Jangan cakaplah jalan2 kampung dan jalan2 raya yang belum berturap dan dalam proses pembinaan. We are talking about this so called 'highway' bos. Jalan KM-KB merupakan jalan lama dan bahkan satu2nya jalan utama yang menghubungkan PBU (Pantai Barat Utara) dan PBS (Pantai Barat Selatan) Sabah. Kenapa bah jalan ini sangat sukar untuk di'pulih'kan? Kenapa bah 'mereka' tidak buat betul2 ni jalan. Ada usaha untuk membaiki, tetapi hanya setompok2 dan hanya seperti melepaskan batuk di tangga saja. Jangan kata kita tidak bersyukur dengan jalan ini. Ini bukan persoalan tentang tidak bersyukur. Gara2 keadaan jalan raya yang sangat buruk, ada kereta kancil yang tersadai di tengah jalan malam Isnin minggu yang lalu. Saya bersama beberapa pemandu kereta lain telah bermurah hati menolong sehingga kereta tersebut mampu dihidupkan semula, barulah si pemandu bersama keluarganya dapat meneruskan perjalanan ke Kota Marudu. Di kebanyakan tempat di negara ini, terutamanya di Semenanjung Malaysia kita jarang dan bahkan mungkin tidak akan menemui jalan utama yang seburuk jalan KM-KB ini. Ini bukan persoalan yang hanya cemburu. Apa yang saya ingin katakan ialah "WE DESERVE BETTER THAN THIS!" Kita bukan hanya hampir2 memberikan mereka peluang kedua. Sudah banyak peluang kita berikan kepada para pemimpin untuk memberikan kita kemudahan jalan raya yang lebih baik. Sokongan rakyat bukannya jenis pakai buang. Sudah berlepuh jari rakyat mengundi setiap kali pilihan raya, tetapi keadaan yang kelihatan hanyalah seperti habis madu sepah dibuang. Bayangkanlah apa yang rakyat rasa. Selama ini rakyat menyangka para pemimpin ini betul2 telah jatuh cinta dengan mereka, tetapi sakitnya hati kerana seperti hanya dipermain2kan saja. Lain kali rakyat harus lebih berhati2 dengan janji2 mereka dan jangan hanya terus percaya dan akhirnya terpedaya. Nota: Jangan sampai jadi pemimpin pakai buang.

50 comments:

Anonymous said...

inilah hasilnya undi kita kpd pemimpin "itu"...teruskan mengundi mereka..maka kita akan terus "rasain" nikamtnya...

Anonymous said...

beginilah nasib kalau mcm kita ni..janji melayu...x lama lagi harga minyak akan naik..segala-gala akan naik tapi pembangunan sabah ketinggalan jauh..cakap rakyak di dahulukan...tapi kalau kita perhatikan betul2 pemimpin yang didahulukan...mereka dulu yang kaya raya pas tu baru konco-konconya..akhir sekali barulah rakyat..apakan daya inilah pemimpin yang kita undi.

Anonymous said...

Memang betul kerja-kerja membaiki jalanraya ini saperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Semua orang tahu jalanraya di bahagian ini tidak henti-henti dibaiki bertahun-tahun kerana peruntukan yang diberi secara ala kadar sahaja. Dulu Dato Samy Vellu janji mau bina jalanraya KM-KB dan jalaraya KM- Ranau, tapi hanya KM-Ranau saja yang sudah dimulakan. Saya khuatir peruntukan untuk bina Jalanraya KM-KB ini sudah kena kebas, bagus bagi tahu SPRM.

Hj. Imran said...

Wahai rakyat K.M... ku nasihatkan gunalah kuasa undi anda dengan bijak karna itu adalah cara terakhir mengajar pemimpin2 yang alpa.....

kiehaa said...

Salam,
Sy bersetuju dgn pendapat kalian..
Tidak salah jika sy katakan bhw jln KM-KB ini adalah jalan yg paling teruk di Malaysia. Boleh dikatakan saya sudah menjelajah hampir seluruh pelusuk di Semenanjung Msia seperti jalan Kuantan-rompin, Tampin-Segamat, Jln kampung di Perak, Kedah, Penang, selangor, perlis dsb. Boleh dikatakan Jalan Utama KM-KB masih mendahalui jalan yg paling teruk keadannya.

Warga KM perlu pendekatan yg lebih pro-aktif. Kepala pemimpin yg dipilih tersebut sudah tiba masanya utk diluku/ketuk agar sedar apa kemahuan rakyat. Bagaimana KM/KB mencapai kemajuan sekiranya keperluan yg paling asas iaitu jlnraya sahaja tidak dpt dipenuhi?

Apa kata warga KM buat aduan dgn krew aduan rakyat. Biar satu Malaysia tahu bhw pemimpin KM ni masih tidur lg

Anonymous said...

Tukar la ba YB kita yg tdk pandai buat kerja ni suda berapa panggal dia d Km jalan pn tdk dpat selesai...janji tarang bulan. MUlau

Anonymous said...

jgn slahkan pemimpin...

maikong said...

mungkin dia org(pemerintah)..uda bosan dgn jln kita bah(km-km)..selalu kena air..terlalu banyak pergerakan tanah..faktor bumi...klu tukar pemerintahpun mungkin belum tau juga jln2 raya ini..akan di baiki....tiada kepentingan bah dia org di sebelah kita(PBU)...

kiehaa said...

Salam,
Jgn salahkn YB/MP saja. Salahkan diri kita sendiri jg sebab kita tidak peg menagih janji yg YB/MP tabur masa kempen dulu. Kalau duduk diam saja, pemimpin pun tidur la. Diaorang pikir mgkin kita sudah selesa dgn apa yg sudah ada. Org ckp ...comfort zone..

Mari pakat ramai2 tagih janji2 manis YB/MP masa pilihanraya dulu....

Anonymous said...

Salam,
Klu betul2 mau bg peruntukan buat jln KM-KB, faktor bumi sprt yg maikong ckp tu sy rasa bukan mslh lg. Msti ada pilihan dan penyelesaian. Cuma mgkin km ini tiada kepentingan kali dr segi ekonomi. Masalahnya, klu tiada jlnraya yg baik mcmana pembangunan mau ada.

Little Mike (LM) said...

ada beberapa faktor yg selalu diperdebatkan orang...

1.Struktur tanah
2.Kawasan bukit bukau yg biasanya kita dengar .. MENYUKARKAN USAHA!
3.faktor cuaca
4.Faktor tenaga kerja
5.Faktor masalah mesin
6.support material kurang
7.Teknologi tidka cukup mantap

7 perkara ini boleh diterima 10 tahun lepas. Tahun 1990 sudah ada masalah ini. Skarang sudah masuk 2010. 10 tahun tu (1990-2000) tidak cukup ka dorang study semua2 ni? Masih dengan alasan yg sama tapi mau juga ambil projek jalan KB-KM untuk apa???

daripada buang duit dengan kompeni yang mau buat kerja tapi lack of technical aspek.. lebih baik hire kompeni luar yg sudah terbukti mencantikkan lebuhraya di semananjung. Sbg Contoh: Bekas MB perak, Nizar ada pengalaman buat jalan suma ne. utamakn rakyat. Lebuh raya plus utara-selatan yang membelah bukit bukau dan banjaran titiwangsa 10 tahun lepas sudah selesai dan tiada masalah hingga sekarang. Ada kejadian tanah runtuh - 1 minggu selesai. Boleh ambil kompeni dia buat semua ni. Ni kalau mau dikira kredebiliti kerja la. Kalau tidak, kerana sangkutpaut faktor politik juga.. Kompeni korea pernah terlibat dengan pembinaan jalanraya di Malaysia. Buka tender utk kompeni luar.

Sya tidak tau apa jadi dengan wang 20j untuk pembangunan luar bandar termasuk pembaikan jalan seluruh sabah...

Saya tidak mau salahkan pemimpin tp kita boleh tegur mereka. 20 tahun pengalaman jalanraya KM-KB begini, apa catatan dalam NOTA RAKYAT mereka? ini belum kita bercakap soal peranan mereka dalam DUN dan sidang parlimen? Ada follow up??

Um@r said...

Setiap kita ada salahnya sendiri, walaupun yg paling besar itu adl terletak pd pemimpin yg ditugaskan menjaga amanah rakyat. Rakyat harus berani bangkit menuntut hak mereka. Org2 Malaya kalau bab menunut hak, sampai puluhan bahkan ratusan ribu rakyat yang tampil ke hadapan. Itu bukan 1 jenayah... tapi maruah yg perlu diperjuangkan. Buat pemimpin kita, masa masih ada utk memperbetulkan kesilapan lalu. Gunakanlah baki masa itu sebaiknya. Rakyat semakin matang sekarang dan bukan spt dulu lagi. Sekiranya ada yg perasan, sebenarnya gelombang kebangkitan rakyat sedang berlaku di Kota Marudu...

Selamat maju jaya utk semua!

Baju Batik said...

Sdr. bloger dan mereka yg telah memberi komen.
Ya, saya tentu sekali boleh memilih utk menyokong kenyataan ini atau sebaliknya. Oleh krn sy mendapati ada/wujud kepincangan/ keraguan dan kekurangan fakta dlm kenyataan ini, jesteru sy tampil utk memberi komen yg sy rasakan sesuatu yg lebih kpd protes yg membina.

Pertama : Anda tidak jujur dan tentu sekali berasa amat ragu-ragu apabila anda mengatakan keadaan jalan tersebut yg terburuk di negeri ini dan di Malaysia. Adakah anda yakin dan telah membuat penilaian di seluruh negeri ini dan di seluruh Malaysia?

Kedua : Dari kenyataan sdr bloger di atas, anda seolah2 mempertikaikan ketelusan semua pihak yg terlibat dlm pembinaan jalan tersebut. Ini tentu sekali tidak adil dan kurang bijak.

Saya tidak sekali-kali menafikan bhw keadaan jalan KM-KB sangat teruk seperti yang anda katakan. Namun bagi saya, selain drp faktor kemanusiaan (moral) dan cuaca, wujud faktor lain yg saya anggap lebih rasional utk dipertimbangkan.

Antaranya :
1- Budjet kewangan yang diperuntukkan
2- Dari segi kepakaran kejuruteraannya.
3- Faktor geologi.
4- Kontruktor yg mahir.

Sekian.

IsOn said...

Terima kasih saudara Baju Batik.

Pertama: Saya akui artikel ini tidak disertai data dan statistik yang terperinci untuk dirujuk. Tetapi itu bukan bermakna saya tidak jujur dan kurang yakin apabila membuat kenyataan ini. Saudara sendiri juga tidak menyangkal kenyataan ini apabila saudara berkata "tidak menafikan...".

Kedua: Saya tidak mempertikaikan semua pihak. Dengan nyata saya katakan bahawa pemimpin. Bukan Bajet, bukan Kontraktor, bukan Kejuruteraan, dan bukan Geologi.

Apabila saya mengatakan pemimpin, bukan hanya di Kota Marudu tetapi pemimpin negeri dan negara.

Bukankah diakui bahawa Kota Marudu antara daerah yang termundur di Malaysia? Bukankah kita semua mengakui bahawa jalan KM-KB ini sangat teruk? Tidakkah para pemimpin kita mengetahui tentang perkara ini?

Jika kita berkata tentang bajet, berapa sangatlah bajet yang perlu diperuntukkan untuk pembaikan jalan KM-KB berbanding kewangan yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia?

Jika kita berkata tentang Kontraktor dan Kejuruteraan, berapa sangatlah kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk membaiki jalan KM-KB berbanding kemahiran dan kejuruteraan untuk membina Twin Tower, KLIA, KKIA dan banyak lagi projek mega yang lain.

Harus diingat, masalah jalan KM-KB ini bukan baru sehari dua, tetapi sudah puluhan tahun. Memang semua permasalahan sampingan itu penting, tetapi yang terpenting ialah pemimpin, kerana pemimpin yang menentukan hala tuju sesebuah kerajaan dan pentadbiran.

Sebagai rakyat, saya hanya menuntut hak rakyat yang memerlukan perhatian. Hari ini kita berkata tentang inovasi dan kreativiti, sains dan teknologi, ekonomi dan kemajuan, tetapi bagaimana dengan jalan yang kita lalui setiap hari?

Betulkan saya kalau saya salah saudara Baju Batik. Saya hanyalah seorang yang kerdil dan baru belajar untuk bersuara. Sekian.

Um@r said...

Mungkin sbg tambahan:

1- Budjet kewangan yang diperuntukkan- kalau pemimpin pandai `mengayat` kpd pemimpin yg lebih atas, besar kemungkinan dapat. Kalau tidak, alamat terpindahlah peruntukan itu ke kawasan lain. Atas status "termundur" kita berhak didahulukan dan mendapat bajet lebih besar.

2- Dari segi kepakaran kejuruteraannya.- *

3- Faktor geologi- jln KK-Tambunan-Keningau lagi besar risiko geologinya (kegagalan cerun dll), tapi kenapa jalan di sana jauh lebih baik & cantik? (walaupun berbukit bukau). Siapa pemimpin di sana?

4- Kontruktor yg mahir.- *

* (2)&(4)- Kalau setiap pihak yang terlibat berintegriti, kita boleh dapatkan kontraktor yg berkemahiran dari segi kejuruteraan dll. Juga perlu pemantauan drp pemimpin.

Sekadar cadangan utk dibahaskan jika perlu.

Nunu Nopolah said...

Doc, honestly saya pun ada 'bising' juga pasal jalan ni..tapi kepada saudara2 saja..

Thanks for this post, saya pun tidak puas hati juga..dari sejak saya lahir, tidak pandai habis..ada saja construction..

Mike, thank you engineer heehe..
Memang betul semua list ko tu Bro..

Pasal lain saya tidak mau komen..

srixon said...

bagus lagi itu jalan dari Pitas ke Paitan, kalau jalan dari KM ke KB yang terburuk dan paling buruk!

DINO said...

sya setuju sebahagian daripada ulasan dan entry ini tetapi tidak semua sya setuju. negeri sabah dan khususnya Kota marudu telah diterajui ole beberapa kerajaan dan pemimpin sebelum ini dengan suasana politik yg kurang stabil, tidak sama dgn negeri sarawak dan melaya yg diterajui oleh kerajaan dan pemimpin pati politik yg agak stabil jika dibandingkan walaupun mempunyi sedikit kelemahan yg masih bole diperbaiki. jadi, bagi pemikiran sya perkara ini juga telah mempengaruhi kelembapan pelaksanan pembangunan daerah KM termasuk masalah jln raya KM-KB yg kalian maksudkan. jadi siapapun pemimpin termasuk saudara/i semua tidak mungkin dapat memajukan KM dlm tempoh yg singkat, perlukan masa kerana semua daerah khususnya di sabah memerlukan dana pembangunan. siapa diantara kalian yg bole beri jaminan bahawa KM statik masalah jika kalian yg menjadi pemimpin daerah KM... Cakap memang senang tetapi mengatasi masalah secara total memang sukar. apa yg kita bole buat ialah berusaha meberikan kemajuan/pembangunan KM tanpa ada titik nokta..,

Anonymous said...

Apakah adil bagi kita membayar road tax sama kadarnya seperti di semananjung dengan jalanraya yang teruk ini. Pada pendapat saya memang tidak adil dan tidak masuk akal kita sepatutnya membayar lebih rendah. Kepada siapa kita mengadu tentang perkara....YB/MP tolonglah orang susah

ILLIE said...

hanya 1 saja cara untuk menyelesaikan masalah jalan KB-KM..pihak kerajaan harus mencari lokasi baru untuk pembinaan jalan menggantikan laluan yang sedia ada dan ketua menteri/perdana menteri atau menteri berkenaan harus menggunakan laluan darat apabila melakukan lawatan rasmi ke kawasan KM/Pitas.Agak malang sekali,pemimpin2 berkenaan apabila membuat lawatan rasmi ke kawasan KM/Pitas..mereka lebih suka mengunakan helikopter.

Pernahkah anda dengar PM/Ketua Menteri kita naik kereta dan melalui jalan KB/KM?

Mungkin anda tidak ambil kisah sangat mengenai masalah jalan ini kerana anda jarang menggunakannya kecuali ada urusan2 tertentu.Tetapi cuba kita tanya kepada pengusaha2 bas/teksi yang hari2 melalui jalan ini.Apa perasaan mereka?

Meletakkan kesalahan 100% kepada pemimpin berkenaan juga tidak adil kerana mereka juga pastinya sudah berusaha menyuarakan masalah ini kepada pihak berwajib tetapi malangnya suara keluhan ini tidak didengar atau pun macam2 alasan diberi.

Aldusuni said...

Yang pakai ninja tdk terasa jalan kb-km ini buruk, yg pakai kancil Tuhan sja yg tahu.

Apa juga alasan yg berkaitan... pasti tdk boleh di pakai, bukan 1, 2, 3 tahun punya cerita ini...puluh tahun bah.

Anonymous said...

seharusnya suara2 seperti ini sudah lama dilaungkan, jalan raya merupakan sebagai langskap kepada sesebuah kawasan/daerah dan seterusnya mengambarkan kesunguhan setiap pemimpin dan rakyat sebagai pemacu agenda perubahan/pembangunan...tahniah kerana usaha2 kearah itu sudahpun bermula dan kerajaan juga sedang giat utk merealisasikan matlamat itu...jalan terusss...

kiehaa said...

Salam,
Kpd baju batik.
Saya pun tidak tau dr sudut mana penulis tersebut tidak ada kejujuran dlm entrynya. Adakah beliau memutar belit fakta yg sebenar?
Bagi saya beliau hanya menyampaikan keluhan dan rintihan yg sudah lama terpendam. Dan sy berpendapat beliau juga ada persamaan dengan warga KM/pitas yg lain yang memerlukan perhatian drp pihak berwajib.

Cuba bayangkan perasaan warga KM/Pitas mslh jln berlubang tersebut sejak dr 1996-2010 (14 thn) kurang program pembaikan jalan. Kalaupun tiada dana untuk buat jln baru, tkn tiada dana utk membuat pembaikan jln?

Faktor2 yg sdr nyatakan tersebut adalah minor saja. Majornya, 'can' or 'cannot' dr pemimpin pusat dan tempatan kita. Klu ada peruntukan semua boleh jadi.

Soalan sy kpd sdr Batik. Apakah msia ini tidak ada kepakaran dr segi
i) geologi?
ii) kontraktor mahir?
iii)kepakaran kejuruteraan?

Tidak dinafikan memang ada jalan yg lebih teruk drp Jln KM-KB. Tetapi, jalan raya ladang kelapa sawit lg elok dan selamat digunakan dibandingkan dengan jln KM-KB tersebut.

Anonymous said...

sepa x ingat jln kelawat,paling teruk tapi skrg dah mantop.ingat tagline kuno"ada duit semua jadi".

kiehaa said...

Salam,
hahaha betul tu anon 11:06am..

Ada peruntukan semua beres. Jgn lah bg alasan sebab2 faktor geologi, kepakaran, kontraktor. Isu2 tersebut dah tidak relevan lg sekarang ni..

Kalau Datuk Muzaffar boleh ke angkasa yg memakan belanja jutaan RM rakyat, inikan pula jalan KM-KB lg amat perlu perhatian.

SANGURU said...

kalau masalah ini diambil perhatian SERIUS dan IKHLAS oleh kerajaan Negeri dan Persekutuan dan diperjuangkan bersepadu oleh SEMUA YB dan MP wliayah PBU dan disokong oleh YB2 dan MP2 lain, saya yakin dalam sebulan dua saja sudah ada projek naik taraf/pembaikan. Ini terbukti di negeri lain. Baru sekejap sesuatu masalah dipaparkan di media masa/elektronik, sudah lulus peruntukan. 1Malaysia tahu hakikat ini...

classic said...

Terima kasih.
Saudara2. Saya pernah memandu kereta (motokar)dengan niat membawa keluarga saya berkunjung ke daerah2 lain terutama ke pantai timur Sabah pd tahun .. (maaf terlupa)
Sewaktu saya menuju ke bandar Sandakan, prem kereta saya entah berapa kali tersangkut oleh bonjolan2 bahagian tengah jalan yang memang tidak dapat dielakkan. Kemudian, sudah berapa kali perjalanan saya ke KK- Ranau tersekat berjam2 gara2 tanah runtuh. Kesimpulan, bukan jalan KM-KB saja yg bermasalah. OK, jika saudara2 katakan itu berlaku dahulu, ya! Sekarang jalan KM-KB sedang dibaiki. Adakah saudara2 kira layak utk mengutuk sesuatu yg sdg dibaiki? Bukankah cerunan di Jalan ULU KUKUT itu sdh dibaiki? Kemudian beberapa bhg jln lain sedang jga rancak utk dibaiki? Apakah hanya krn jln KM-KB yg sedang dibaiki kini, kita layak bukan shj tidak “MENGAMPU” tetapi menyalahkan pemimpin kita? Mungkin kerana ada diantara kita yg hanya mementingkan diri sendiri krn jalan KM-KB ini sgt bernilai baginya tanpa memikirkan usaha pemimpin kita yg berjuang berhabis2an mendapatkan peruntukan bagi membina jalan2 lain di Kota Marudu ini yg bukan sedikit peruntukannya. Yang saya maksudkan jalan KM-PORING, Jalan GANA. Ya, tentu sekali jalan GANA misalnya tidak memberi sbrg erti bagi sbhg daripada kita. Sekali lagi ,ada antara kita yg pentingkan diri sdri dan kurang berterima kasih atas usaha gigih pemimpin kita.
100% saya menyokong jalan KM-KB memang masih byk yg perlu dibaiki dan dinaik taraf, demikian juga 100% saya mengatakan ini BUKAN tiket utk kita menyalahkan pemimpin! Tidak perlulah saya nyatakan apakah jasa pemimpin dan kerajaan kita di KM ini, kerana saya yakin saudara2 juga dapat melihat dengan jelas jasa pemimpin kita, Cuma mungkin ianya tidak sampai ke “tangan” kita secara langsung.
Saudara2 saya bukanlah ‘engineer’ dalam pembinaan jln raya, tetapi apa yg pernah saya pelajari, faktor geologi dan kejuruteraan bukan sedikit pengaruhnya dalam pembinaan jalan raya. Tak tahulah kalau ada yg tak tahu.
Thanks.

Baju Batik said...

Terima kasih.
Saudara2. Saya pernah memandu kereta (motokar)dengan niat membawa keluarga saya berkunjung ke daerah2 lain terutama ke pantai timur Sabah pd tahun .. (maaf terlupa)
Sewaktu saya menuju ke bandar Sandakan, prem kereta saya entah berapa kali tersangkut oleh bonjolan2 bahagian tengah jalan yang memang tidak dapat dielakkan. Kemudian, sudah berapa kali perjalanan saya ke KK- Ranau tersekat berjam2 gara2 tanah runtuh. Kesimpulan, bukan jalan KM-KB saja yg bermasalah. OK, jika saudara2 katakan itu berlaku dahulu, ya! Sekarang jalan KM-KB sedang dibaiki. Adakah saudara2 kira layak utk mengutuk sesuatu yg sdg dibaiki? Bukankah cerunan di Jalan ULU KUKUT itu sdh dibaiki? Kemudian beberapa bhg jln lain sedang jga rancak utk dibaiki? Apakah hanya krn jln KM-KB yg sedang dibaiki kini, kita layak bukan shj tidak “MENGAMPU” tetapi menyalahkan pemimpin kita? Mungkin kerana ada diantara kita yg hanya mementingkan diri sendiri krn jalan KM-KB ini sgt bernilai baginya tanpa memikirkan usaha pemimpin kita yg berjuang berhabis2an mendapatkan peruntukan bagi membina jalan2 lain di Kota Marudu ini yg bukan sedikit peruntukannya. Yang saya maksudkan jalan KM-PORING, Jalan GANA. Ya, tentu sekali jalan GANA misalnya tidak memberi sbrg erti bagi sbhg daripada kita. Sekali lagi ,ada antara kita yg pentingkan diri sdri dan kurang berterima kasih atas usaha gigih pemimpin kita.
100% saya menyokong jalan KM-KB memang masih byk yg perlu dibaiki dan dinaik taraf, demikian juga 100% saya mengatakan ini BUKAN tiket utk kita menyalahkan pemimpin! Tidak perlulah saya nyatakan apakah jasa pemimpin dan kerajaan kita di KM ini, kerana saya yakin saudara2 juga dapat melihat dengan jelas jasa pemimpin kita, Cuma mungkin ianya tidak sampai ke “tangan” kita secara langsung.
Saudara2 saya bukanlah ‘engineer’ dalam pembinaan jln raya, tetapi apa yg pernah saya pelajari, faktor geologi dan kejuruteraan bukan sedikit pengaruhnya dalam pembinaan jalan raya. Tak tahulah kalau ada yg tak tahu.
Thanks.

February 20, 2010 5:26 AM

Baju Batik said...
This comment has been removed by the author.
BUDIMAN JUGA said...

Saya secara nyata sangat bersetuju dengan pemikiran melalui komen yg disampaikan oleh baju batik ini. sya bukan pengampu dan utk apa sya mengampu, sya tiada kepentingan dengan semua pehak cuma mengharapkan apa saja yang baik. tetapi sya tetap setuju kepada yg sya fikir benar dan ada logiknya. ulasan baju batik ini bagi saya memang sudah jelas dan ada benarnya.

kiehaa said...

Salam,
Sdr Batik...
Pokok pangkalnya kita rakyat Sabah ini memang jauh ketinggalan dari keselesaan keadaan jalarRaya. Sdr kena ingat JLN KM-KB sudah lebih 20 tahun amat daif keadaannya. Baru sekarang ni mendapat perhatian dr pihak berwajib.

Kesimpulannya, SABah amat jauh ketinggalan pembangunan infra jalan. Tolong buka kepala minda sdr batik seluas-luasnya.

Ingat sdr kalau ada wang dan pengurusan yang baik semua boleh jadi.

Anonymous said...

Betul tu baju batik. Sya sukung apa yang kau cakap tu. Malas betul sya dengar..sikit2 cakap YB lupa sama rakyat. Sikit2 cakap habis madu sepah dibuang.

Rusak jalan pun salah YB.
Rusak Jambatan...Salah YB juga.
Kampung banjir..salah YB Juga
Astaka rusak...salah YB juga.
Rakyat miskin..salah YB juga.
Apa apa masalah..salah YB juga.
Rusak jamban...salah YB juga ka?

Cuba pikir yang ini pula:
Ramai urang sakit...salah siapa?
Kurang doktor di hospital..salah siapa?

kiehaa said...

Salam,
Anon 1.04pm
Jangan lumpuh kan minda mu. Nanti hidup mcm ulat di bawah batu. Kata orang syukur po......waro po pomoli dot tusin...

Anonymous said...

Apa maksud kau bah ni kiehaaa> kurang paham. Kau pun sukung yang YB harus dipersalahkan atas masalah ini ka? Kada mulau sino.

Anonymous said...

Dulu, saya dengar ada ura-ura mencadangkan Jalan KM-KB dan KK – Sandakan akan di buat jalan Lebuhraya macam yg terdapat di Malaya. Malang sekali, banyak syarikat konsesi lebuhraya mengatakan Lebuhraya KM-KB tidak menguntungkan. Manakala KK-Sandakan memakan kos belanja yang terlalu mahal tetapi mempunyai potensi. Hingga ke saat ini, ianya tinggal cadangan sahaja dan senyap begitu sahaja.

kiehaa said...

Salam,
Anon 1:04pm, Anon 1:42pm
Jangan lumpuhkan minda mu. Nanti jadi ulat dalam batu. Jangan ikut ungkapan popular org kita: syukur po waro po pomoli dot tusin....

Anonymous said...

nokuro tu boliyon ot tusin owo oi kiehaaaa> Ai dikau diti.. awasi ko ie gam diti owo. iri iri ko balaai bo. Kada dot mopoyis nopo tobo. kiehaaaaaaaaa

Baju Batik said...

Rusak jalan pun salah YB.
Rusak Jambatan...Salah YB juga.
"Kampung banjir..salah YB Juga
Astaka rusak...salah YB juga.
Rakyat miskin..salah YB juga.
Apa apa masalah..salah YB juga.
Rusak jamban...salah YB juga ka?

Cuba pikir yang ini pula:
Ramai urang sakit...salah siapa?
Kurang doktor di hospital..salah siapa?"

"Jangan lumpuhkan minda mu. Nanti jadi ulat dalam batu. Jangan ikut ungkapan popular org kita: syukur po waro po pomoli dot tusin...."

Saya amat tertarik dan agak lama "terpukau" oleh kedua2 kenyataan di atas yg saya kira pro dan kontra tentang apa yg telah sy nyatakan.


Apa yg ingin sy katakan ialah:

1- Orang yg hanya tahu menyalahkan org lain terhadap sesuatu masalah, tanpa mahu berusaha, adalah golongan yg tidak pro aktif, statik dan pemalas.

2- golongan yg tidak pro aktif, statik dan pemalas inilah sebenarnya yg telah melumpuhkan minda generasi kita. Contonya, walaupun begitu byk subsidi murid sekolah yg diberikan oleh kerajaan, tapi ibu bapa spt ini tetap menyalahkan org lain terutama guru apabila anak mereka menghadapi masalah dlm pelajaran.Mereka langsung tidak mahu berusaha sendiri mengatasi masalah itu. Bagi mereka, apa juga masalah yg dihadapi, adalah krn kegagalan pihak lain. Mereka inilah yg telah "melumpuhkan minda" sbhg besar drp. kita!

MAAN KU IE KAEMBAGU JAWAPON ONG WAROPO ULASON DI KO O

AMUN UNN LAGI PAN ULASAN BE YANG NYA NGAM, ULAS KU PAN BALIK KAM.

-DAH TEA KAM NGONDOLE TA AKU, ITU NO YANG ALAP, BIAR TEI STANGKAR2 PADA PERKARA YG MEMBAWA ALAP. PIEN PENDAPAT BI KAWAN?


- KADAI AKUNO DIKOO RASANGAI KIE. ITI NO TOO TAWASI, MIPOPODOS SABAT BOROSON BAGI DOT TUJUAN MOGIIM DOT KAWASIAN OM KASANANGAN. KONI OBO IO? TERUTAMA BLOGER "MOKI MAAF".

kiehaa said...

Salam,
org KM memang pandai belaka. Kalau debat nombor satu, tapi kenapa masih lagi miskin dan mundur..

Baju Batik said...

Salam saudara kieha.

Pertama sekali sy ingin mengatakan, jika saudara orang KM spt saya, percayalah, semangat Malaysia Boleh, Melayu Boleh, Kita Boleh spt yg dilaung2kn hendaklah kita aplikasi sepenuhnya untuk kita dan generasi kita yg seterusnya.
Sejak saya kecil lagi, ayah sy selalu mengatakan "jika kau berusaha, engkau akan berjaya" ini bermaksud 'saya boleh'. Ungkapan ini, sy mula dengar dari nasihat bapa saya sewaktu saya kanak2 lagi pd lewat tahun 70-an. Sejak itu, sbg anak, saya percaya 100% apa yg ayah saya katakan. Kini yg mengagumkan saya ialah ayah saya lebih boleh drp saya! mengapa tidak. Dengan tanah yg diusahakan seluaskan 3.5 ekar saja, tanpa pendapatan lain, akhirnya kami semua adik beradik adalah lepasan ijazah. 2 drp kami tdk menerima biasiswa pendidikan seperti yg lain. Yg mengaggumkan saya, bagaimana ayah saya mengurus perbelanjaan untuk kami dengan aset yg sebegitu kecil? Maknanya, kita semua boleh,BOLEH. Tiba-tiba di alaf baru ini muncullah kaihaa, yg MEMBUNUH semangat itu dgan mengatakan KM MUNDUR. Sdr, dri segi psikologi kenyataan KM MUNDUR sebenarnya, boleh membunuh potensi diri, jati diri, keyakinan diri dan termasukklah MARUAH DIRI. Apa faedahnya kita mewar-warkan selogan ORG KM MUNDUR di kelayak umum tanpa satupun idea untuk mengatasinya? Insaplah sudara, andaikata seorg bapa asyik melontarkan kata2 nista dan maki hamun terhadap anaknya, dia sebenarnya telah membunuh anak itu sebelum anak itu mati. Sdr. dlm ulasan beberapa pihak, seringkali saya terbaca, KM termiskin, termundur dan sebagainya.Sdr2 telah menkaji dan sdh membacakah tentang senarai daerah termiskin di Sabah spt yg telah dilaporkan. Bagaimana dgn kedudukan daerah lain . Sdr. yakinlah bhw peluang mengubah kemunduran yg sdr maksudkan itu telah terbuka luas kpd kita. Benar! daerah KM mudur jika dikaji dari segi infrastruktur moden, spt ketiadaan lapangan terbang, menara2 yg tinggi, gedung membeli belah yang besar2, kilang2 besar spt pembinaan kereta dan sebagainya. Dari segi itu kita mundur. Dari segi penduduknya pula, sebenarnya kemiskinan sifar boleh dicapai sekiranya semua rakyat berusaha bersungguh-sungguh. Ya Allah, pendatang haram (PATI) pernah mengatakan, tempat ini spt syurga, 10 X ditangkap pun, mereka tetap mau datang lagi. Yg mundurnya ialah kesedaran sebilangan penduduk yg tidak ingin mengubah tahap kemiskinannya sendiri. Sdr Kehaa, mereka itu perlukan dorongan, semangat, galakkan, kesedaran, dan JANGAN sekali2 kita berputus asa dengan mereka dgn kata2 nista dan keji. Kita harus berbangga, bhw warga KM BOLEH,contohnya, beberapa Profesor dan pensyarah tetap UMS adalah warga Tandek, KM. Sbg Jawatan Pengarah SESB Sabah juga dari KM, Ada jga D.O daerah lain dari KM. Peneraju Kastam, org2 KM yg mendapat gelaran Dr. dsb.
Ya, bilangan ini memang kecil dn sedikit, tapi gunakanlah kolompok ini utk kita menyuntik semangat kpd seluruh warga KM. Bukan hanya menggelar mereka dgn gelaran2 yg MEMALUKAN!

T.Kh

kiehaa said...

Salam,
Sdr Batik..
Jgn lemah semangat sdr Batik. Kalau dah lemah semangat dengan hanya satu statement "KM Mundur" mcmana mau jadi pemimpin.

Baju Batik said...
This comment has been removed by the author.
Baju Batik said...

Sdr Kiehaa

Sy hanyalah manusia biasa, insan kerdil, produk yg dihasilkan oleh pemimpin2 selepas merdeka.

Walaupun sy lahir drp keluarga yg teramat2 miskin, tpi berkat usaha pemimpin dan juga keyakinan diri dan semangat juang yg tinggi, sy harus bersyukur tentang apa yg saya ada saat ini. Ini tdk bererti sy tlh berpuas hati dan merasa segala ini sdh mencukupi. TIDAK sekali2. Jgn diragui tentang semangat saya keihaa. Persoalannya, spt yg saya katakan ialah golongan mundur seperti yg sdr sebut2 itu. Itu sasarannya. Seterusnya ialah generasi baru, misalnya anak2 saya dan anak2 sdr2 sekelian. Itu sasarannya.

Sdr Keihaa, amat lucu sekali apabila sya dikatakan nak jadi pemimpin. Pemimpin keluarga, memang sy pemimpin keluargga saya. Tidak lebih daripada itu. Kalau semua org yg berpikiran spt sy mahu jadi pemimpin besar, masalah besarlah bagi saya.

Sekian.

maikong said...

kwn2 semua..yg paling sya mau nantikan sekali lagi ialah pilihanraya..mau dengar JANJI POLITIK dia org(yg bertanding konon klu menang dan akan memerintah)..Kita akan baiki semua jalan2raya yg rosak, termasuk..jln kb-km..(org ramai..hoooo..bertapukan meriah)............

kiehaa said...

Salam Sdr Batik,
Kepimpinan bermula dari rumah. Jika mendapatkan hasil tanaman yg baik dan lumayan ianya bermula dr benih yg baik dan terpilih. TQ..

Anonymous said...

pokok persoalan utama ialah jalan raya dan kemudahan2 di kota marudu, kita jagn berkata pasal tahap pencapaian individu dlm kehidupan kerana jawapan umum ialah usaha, betul sya setuju dgn jawapan itu...dan kita jagn cakap pasal orang yg mempunyi pekerjaan tetap.
apalah yang sya boleh dapat dgn setekat tahu menulis dan mengeja sja, sedangkan tanahpun tiada, hendak memohon? saudar2 mungkin dpt, mau buat pinjaman di bank? birokrasi, bank mana yg mau kasi,

setakat jadi kuli di kedai more chance, tong guan dan su chung berapa sangat yg sya dapat, urus diri pun tak cukup,

hendak tukar keja kilang ada kerja lebih masa, kilang pun tak ada, harap kilang sawit berapa ramai sja yg dia nak ambi(pekerja). kita tnggalkan persoalan ini....

apakah dlm soal2 membangunankan kota marudu dari segi kemudahan juga memerlukan kerajinan/usaha dari kami yg tiada sikulah ini... dari segi tenag/usaha, kami sentiasa bersedia....di mana saya mau letak kerajinan sya dengan mengadakan bajet utk menaik taraf jalan di km-kb? kami tidak mengharapkan ikan dtg bergolek tapi berilah kami pancing...

takkanla sya mau jual rokok seludup, dadah dan barang tiruan. klu kena tangkap? kasian anak2...

YAJOR said...

persoalannya ialah bukan tiada bajet/peruntukan tetapi masalahnya ialah semua ni kontraktor mau berebut2 mau ambil kontrak... untung punya pasal,siapa sanggup bayar lebih dia dapat kontrak..last2 hasil kerja cincai sebab peruntukan sudah kurang. Paling2 yg dapat dibuat, tinggal menampal jalan raya lagi... hahaha. lucu la.

Anonymous said...

Tuan Bajor,

Jangan pakai kapala lutut ba bila bepikir. Mulau ko dino. Itu cuma andaian kau saja tu. Mana JKR kasi itu 'claim' kalau kerja kontraktor buat tu jalan tidak menepati sepesifikasi.

Samua faktor kebarangkalian sudah sudah pun diulas diatas. Mulau.

penganalisis dr pisuk2 said...

seingat sy, kta pnah ada seorg YB yg pure tempatan tp tahap pembangunan yg tlah dilaksanakn ma c samar2 atau mungkin jg TIDAK KELIHATAN. tepatnya, sy ma c blh menerima 'org luar' yg dia tau yg dia memg 'org luar' tp menganggap dirinya sbg 'org tempatan' n berusaha pla mengasimilasikn dirinya dgn semua. perancangan utk pembangunan jg sentiasa d buat. pd hemat sy, perkara2 yg agak membantutkn proses transformasi ini ialah oleh para pelaksana iaitu 'org2 kanan' yg sentiasa 'makan jalan' n mencari keuntungan secara berlebihan dgn tidak menyiapkn kerja (projek pembangunan) mengikut spek.

kiehaa said...

Salam,
Bg sy tempatan or org luar tidak penting. Yg diutamakan adalah pemimpin tersebut berkebolehan, berwawasan dan amanah dlm menunaikan t/jwb kpd rakyat....