SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, February 9, 2010

JELAJAH ILMU DAN AMAL

(Gambar: atas; 1.ceramah di masjid jamek Tandek, 2. Diskusi intelek bersama pelajar STPM SMK Tandek., 3. Di Kg. Salimandut., 4. Ceramah di Kg.Garuda.,5. Di masjid at takwa Kota Marudu. Nota: gambar rawatan tidak dipaparkan.) Bermula 31 Jan-3 Feb lepas, sahabat kita Prof. Abd. Rahim Salam (bekas Naib Cencelor UM, pakar sains Fizik, mantan penasihat Sains kpd Dr. Mahatir, dll pencapaian gemilang) telah menziarahi Kota Marudu untuk berkongsi ilmu dan menabur bakti dalam bentuk ceramah kesihatan, perubatan, motivasi, rawatan dan sebagainya. Beliau telah dijadualkan berada di Pekan Tandek, SMK Tandek, Kg. Garuda Baru, Pekan Kota Marudu, Kg. Salimandut dan singgah sebentar di Kg. Tingkalanon-Tongkungon. Banyak al kisah sepanjang jelajah ini namun biarlah gambar berbicara. Secara umumnya, kebanyakan pesakit mengalami sakit zahir, namun ada juga yang berkaitan dengan batin dan emosi. Ada yang diganggu jin kerana "berkenan" dengan si pesakit, dan ada juga diganggu jin kerana jin diarah oleh iblis/syaitan yang diarah/diminta oleh manusia. Ada manusia berbuat demikian kerana dengki dan marah. Ada yang marah kerana si kawan silap kata, kalah bicara, sakit hati dan sebagainya. Syukur, setakat ini beberapa pesakit telah pulih dan yang lainnya beransur pulih. Semuanya dengan/kerana izin Allah Taala jua

3 comments:

Umar said...

Program jelajah yg amat berguna sekali. Kehadiran org berilmu tersebut merupakan 1 penghormatan pada warga Marudu. Moga2 program tsbt bisa memunggah kebekuan minda sesetengah drp kita ke Teluk Marudu. Teruskan tuan!

DINAKAN said...

semoga bimbingan yang dibawa oleh Y.Bhg Prof dapat memotivasikan masyarakat muda-mudi dan golongan berumur di Kota Marudu.

syabas sanguru kerana dapat mengetengahkan Y.Bhg Prof kepada pelajar-pelajar sekolah dan golongan belia ke atas dalam menimba ilmu dan berkongsi pandangan atau pendapat semasa sesi perbincangan tersebut.


Inilah yang kita harapkan semoga bertambahnya sinar permata marudu.

Anonymous said...

Minta diperbetulkan biadata Prof dalam catatan tuan blogger...Prof adalah bekas Timbalan Naib Canselor..bukan bekas Naib Canselor..