SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, February 18, 2010

KEBAKARAN DI WTK KOTA MARUDU

Kota Marudu: Satu kebakaran yang melibatkan tiga buah kedai telah berlaku di Kawasan Kedai WTK, Kota Marudu. Kejadian kebakaran ini telah berlaku semalam. Walau bagaimana pun, kebakaran ini telah berjaya dikawal daripada merebak ke bangunan kedai yang lain. Menurut orang ramai yang melihat kejadian tersebut, kebakaran berpunca dari salah satu kedai dan seterusnya telah merebak kedai yang lain. Kejadian ini tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa.

25 comments:

IsOn said...

Semoga mereka yang terlibat tetap kuat dan tabah menempuh dugaan ini.

Sudah beberapa kejadian kebakaran berlaku di pekan Kota Marudu; dewan masyarakat, kedai perabot, kedai yang ini lagi.

Semoga semua pihak mengambil pengajaran daripada perkara ini. Mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian ini yang perlu diambil perhatian.

SANGURU said...

semoga sahabat2 peniaga kita di situ tabah menghadapi. Harap kali ini tidak terdengar lagi komen "Bomba Lewat Sampai" sebagaimana kes2 kebakaran di kawasan pekan sebelum ini.
Maaf ya sahabat2 saya di Bomba. Saya hanya menyampaikan kekesalan masyarakat. Bersama kita perbaiki kelemahan. Kita mampu melakukannya.

AMAI said...

Tuan., tidak salah tuan menyampaikan kekesalan rakyat terhadap khidmat bantuan bomba asalkan maklumat itu tepat. Sya bukan staf bomba tapi sya seorg guru kadet bomba dan selalu berhubung / becerita dgn kawan2 di bomba. klu menurut cerita kawan sya tu kerja bomba ini bukan senang mala bantuan yg diberi cacian yg datang. Kawan sya tu memulakan ceritanya begini.," Kami sebenarnya bukan penyebab kebakaran tapi kami sentiasa memberikan khidmat bantuan memadam kebakaran setiapkali menerima laporan kebakaran tidak mengira bila masa dan dimana temapat berlaku kebakaran asalkan jentera kami bole sampai. seperti agensi lain kami juga mempunyai SOP bagi respon times. kami sentiasa mematuhi SOP kami dan tidak pernah lewat menghadiri kecemasan kecuali atas sebab2 seperti berikut;
I). Pelapor tidak dapat memberikan
maklumat yang diperlukan
dengan betul dan Pantas.
II). Keadaan jalan yang sesak
sebab walaupun dlm keadaan
kecemasan kita masih perlu
mengambilkira soal
keselamatan pengguna jalan
yang lain dan keselamatan
anggota pemadam.
III).Laporan dibuat tidak melalui
terus ke talian kecemasan
malahan ada ramai pemanggil
yang membuat aduan palsu.
IV).Banyak lagilah sebab2 yg lain
tapi kita akan sentiasa
mengatasi dari masa ke semasa

Selain itu agensi lain terutama sekali SESB dan Jabatan air perlu memberikan kerjasama yang baik. SESB seharusnya lebih pantas memutuskan bekalan elektrik untuk membolehkan pehak bomba bertindak lebih pantas membuat pemadaman kebakaran, sebab bomba pu mati bah kalu kena keran. jabatan air juga perlu bersedia setiap waktu sebab air yang keluar daripada pili bomba itu diorang yg punya. Jabatan air perlu menyalurkan semua bekalan air ke lokasi kebakaran untuk mendapatkan bekalan air yang banyak kalu tidak tekanan air sedikit saja menyebabkan kesukaran kerja2 pemadaman. setiap kali berlaku kebakaran, SESB dan Jabatan air dihubungi tidak ada yang menjawab telepon. Klu tidak percaya tanya saja guru2 sana SMK KOTA MARUDU 1, semalam hampir terbakar asrama perampuan kerana masalah elektrik. SESB telah dihubungi sejak jam 5 petang tapi jam 9 mlm baru diorang datang dan begitulah selalu setiap kali berlaku kebakaran di kota Marudu ini. SESB sama juga tabiatnya dgn jabatan air tapi yg mati2 dipersalahkan Bomba juga. Org lain yang cuai menyebabkan berlakunya kebakaran bomba pula yg dipersalahkan kalau tiada bomba di kota marudu siapa ya yang dipersalahkan., " Jadi tuan sanguru lebih kurang begitulah cerita kawan sya di Bomba tu dengan penuh perasaan kesal. Jadi bagi saya kita semua/semua pehak perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah yg seumpama ini.

Anonymous said...

harap semua pihak yang terlibat dapat meningkatkan kualiti perkhimatan masing2 di masa hadapan,saya pernah menyaksikan 1 kebakaran rumah papan diselekoh pertama jalan lotong,saya dengar si mangsa tanya pada pengawai bomba yang bertugas "begitu besar tangki lori kamu,kau bilang tiada air?"itu la kata2 yang kecewa terkeluar dari mulut mangsa pada masa itu.maafkan saya.

SOMION said...

Anon 9:05. sya tidak sama sekali berpehak kepada bomba walaupun sya punyai hubungan baik dgn bomba dan agensi penyelamat yang lain. semasa sya bertugas di SMK Badin tuaran sya selalu membawa kadet bomba untuk membuat latihan operasi kebombaan sebab itu sya tau kuntiti air yg ada dlm lori bomba hanya 400 galen dan sya fikir memang tidak cukup untuk memadam kebakaran sebuah rumah kerana ia hanya boleh bertahan dlm tempoh 5 minit sahaja. selepas itu pehak bomba perlu menggunakan air daripada jabatan air yang di bekalkan melalui Pili Bomba, jadi klu Pili Bomba tidak ada bekalan air yang cukup akan menjadi masalah besar kpd bomba untuk membuat operasi pemadaman. klu mengikut statistik bomba 99% kebakaran disebabkan oleh kecuaian Pemilik jadi kemungkinan kebarangkalian berlakunya kebakaran dapat diatasi sekiranya masyarakat mempunyai tahap kesedaran yg tinggi tentang kecuaian dan bahaya kebakaran. secara peribadi segala sesuatu memang sukar, sbg contoh sya sebagai warga pendidik tidak pernah berjaya menjadikan semua pelajar saya mendapat gread A1 walaupun sya telah berusaha dgn segalah kekuatan akal fikiran saya. jadi inikan pula pehak bomba yg terpaksa mengawal satu daerah dan hanya dipanggil membantu memadam setelah berlaku kebakaran. untuk mendapatkan lebih pengetahuan hal kebombaan sya cadangkan supaya kalian membuat progream dgn pehak bomba secara berkumpulan minta taklimat yg berkaitan. bagi sya tugas agensi penyelamat terutama sekali bomba adalah kebajikan kepada masyarakat kerana tugas mereka lebih kepada membantu dan bukannya memulakan masalah kepada masyarakat. mengikut istilah kebombaan apa yg sudah terbakar ia akan tetap terbakar dan apa yg penting berusaha mengurangkan tahap kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. sya sendiri masih kurang tahap pengetahuan tentang bomba tapi klu kalian ada minat belajar tentang bomba bolehlah datang ke balai bomba yang berhampiran.
Selamat Mencuba........TQ

kiehaa said...

Salam,
Harta boleh dicari, nyawa tiada galang gantinya...

SANGURU said...

Tq perkongsian maklumat. Skg kita ada bayangan jawapan...

srixon said...

itu lah alasan dari dulu hingga selama2nya, masalah tekanan air!, bosan sdh sya mendengar alasan tersebut, pakai orak bah berfikir bkn baru 1 dan 2 kebakaran berlaku di KM, malas, malas, malas mau fikir, lu fikirlah sendiri!

Anonymous said...

Saudara srixon, klu kau pandai sangat kau kerja dibomba saja habis persoalan mu.

Anonymous said...

srixon. Bomba bukan penyebab kebakaran, bomba cuma datang membantu memadam setelah berlaku kebakaran.

adam said...

srixon kau jangan bepikir serupa budak tadika bah. kecuaian pemilik rumah yg menyebabkan berlaku kebakaran kemudian bomba datang membantu kau pula salahkan org yang datang membantu memadam api. ini betul2lah bodoh punya pikiran.

sudin said...

pada pandangan sya pihak bomba tidak akan dapat menghalang dpd belakunya kebakaran. selagi ada manusia yg cuai selagi itu kebakaran tetap berlaku dan pehak bomba akan tetap membantu sedaya upaya.

Anonymous said...

Srixon.. Mudah2an rumah mu tebakar jangan panggil bomba kau padamlah sendiri.

Anonymous said...

Seribu kali belaku kebakaran di KM inipun bukan salah bomba dan bukan bomba yg bakar.

somion said...

Mencegah daripada berlaku kebakaran lebih mudah daripada memadam sesuatu kebakaran yg berlaku.

AMAI said...

srixon, jika rumah mu terbakar dan kau sendiri tidak dapat memadam kebakaran tersebut sedangkan kau suda berusaha, adakah kau salahkan diri kau sendiri. tapi jika kebakaran tersebut disebabkan oleh kecuaian diri mu sendiri memang semua orang menganggap kau bodoh.. jadi lu pikirlah sendiri.

Anonymous said...

BAGI SYA, ULASAN YG DIBERIKAN OLEH SAUDARA SOIMIN TU SUDAH CUKUP JELAS SEBAGAI GAMBARAN KEADAAN SEBENAR. SESB, JABATAN AIR DAN BOMBA ADALAH SALING BERKAITAN DALAM HAL KEBAKARAN. UTK MEMBOLEHKAN BOMBA MASUK KE DLM BANGUNAN BEKALAN ELEKTRIK KENA POTONG SEBAB KLU TIDAK MUNGKIN BOMBA BOLE MATI KALAU TERKENA KERAN.

BUDIMAN JUGA said...

Saya nak tanya sikitlah ya.. Adakah pihak bomba mempunyai cara mengatasi kecuaian setiap individu berkaitan dgn kebakaran? jika ada cara mengatasi kecuain ini apakah pihak bomba suda melakukannya.

Anonymous said...

BODOH KAU INI BUDIMAN. KECUAIAN ITU ADALAH SIFAT MANUSIA BAH. MENGATASI KECUAIAN INI ADALAH TANGGUNGJAWAB SETIAP INDIVIDU BAH.
TAK KANLAH URUSAN MU SEHARIAN PUN KAU SURU ORANG LAIN YANG BUAT.

RATU said...

Apa pendapat kalian semua jika saya mencadangkan supaya kita menubuhkan bomba sukarela daerah kota marudu. sekurang2nya kita dapat belajar ilmu kebombaan dan dapat merasa keadaan sebenar tugas bomba ini. disamping itu kita juga dapat mengetahui perkara yang kita persoalkan selama ini. Daripada kita banyak bercakap tentang masalah ini /itu, lebih baik kita mencuba agar kita dapat mengetahui keadaan sebenar. kalau setuju bah, kita buat dengan segerah. Cadangkan siapa pengerusinya ya...

srixon said...

pandangan peribadi saya saja bah tu jangan lah menyumpah pula, semoga tuhan memaafkan pihak yang berkenaan buat sumapahan tersebut!

SANGURU said...

Bah, salam2 kita. "1Keunikan sabahan ini, cepat marak cepat padam"...lbh unik lg, padam sendiri, x perlu "bomba"...

PB said...

PERINGATAN!.. Sekiranya ada dikalangan anggota bomba yang tau menggunakan internet dan tau menggunakan ruangan ini dinasihatkan supaya memberikan maklumat yang tepat. jangan menggunakan perkataan yang tidak sesuai dan tidak menepati kehendak jabatan. Kepada pihak pengomen2 yang pro kepada bomba, terimah kasih kerana memahami setuasi sebenar kerja kami. Bersama kita membentras dan mencegah bahaya kebakaran.. Kita semua masyarakat daerah kota marudu harus saling mengingatkan diantara satu sama lain tidak kira dimana supaya dapat mengurangkan tahap kecuaian kerana ia merupakan penyumbang utama punca kebakaran. Semaju mana sekalipun kita kebakaran tetap akan berlaku dan kita semua tidak akan dapat menjadikan sesuatu yang terbakar itu seperti yang asal. Sebab itu saya katakan disini bahawa mencegah daripada berlaku kebakaran adalah lebih baik daripada memadam api kebakaran. sebab itu berjaga2/berhatilah kita
setiap masa agar tidak berlaku kebakaran.
( Nasihat daripada Pegawai Bomba )

*Maaf kerana secara kebetulan saya termasuk/terbuka anda punya blog. Harap tidak marah kerana tumpang sekaki.

Anonymous said...

Bomba dan masayarakat setempat adalah berkaitan dan disarankan pihak2 taman perumahan atau individu haruslah menganjurkan seminar atau ceramah mengenai keselamatan kebakaran kepada semua penduduk .dengan adanya acara sebegini ianya dapat memberikan ilmu pengetahuan serta kaedah2 untuk mengelakkan terjadinya kebakaran.setahu saya pihak bomba sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada masyarakat awam dan eloklah juga ditubuhkan pasukan bomba sukarela dikawasan2 yang mana balai bomba terletak jauh dari tempat berkenaan.pihak kerajaan juga ada menyediakan kemudahan2 untuk pasukan bomba sukarela seperti pam2 atau hos bomba.apa yg perlu adalah sedikit bimbingan daripada pihak bomba untuk mengajar cara2 memadam api atau sebagainya.tq

bef said...

amai-memang betul , setiap jabatan di sediakann garis panduan, sop, aku janji, da bermacam lagi kehendak pihak jabatan, jadi semua itu harus la dilakukan lebih -lebih lagi berkaitan dengan ms iso 9000/2008.

Anonymous-untuk makluman jentera bomba cuma membawa 400 gelen air dan ruangan selebihnya diisi dengan peralatan lain spt peralatan menyelamat kemalangan jalanraya.

ratu- ah bagi bomba sukarela pula hanya 2 pasukan telah ditubuhkan iaitu bomba sukarela tingkalanon dan bomba sukarela tagaroh klu x silap, dan untuk menubuhkan pasukan bomba sukarela, pasukan tuan tuan ,puan-puan haruslah perlu berdaftar dengan ROS terlebih dahulu dan lengkap sebagai satu pasukan.(minit perlu ada dalam pembentkan AJK)

sesebuah balai telah menyediakan jadual kerja tahunan dan dalam hal seminar @ ceremah termasuk dalam jadual latihan(ceremah awam),so, ceramah awam ini perlu di pohon ke sesebuah balai dan berbayar mengikut jam(rujuk PKPA). bagi sekolah kerajaan pula semua ceramah adalah tidak berbayar tetapi permohonan ceramah daripada sekolah. seingat saya bomba kota marudu pernah menganjurkan seminar di dewan kota marudu(lama) khas untuk semua ketua-ketua kampung dan penduduk, malangnya sambutan kurang padalah betapa pentingnya ilmu kebombaan dalam kehidupan seharian.
jadi mana mana ceramah bukan saja daripada bomba tuan-tuan,puan-puan ambil lah kesempatan tersebut untuk menambah pengetahuan.

kamu la bomba dirumah sendiri semasa api masi kecil, manakala kami hanya membantu memadam.

api semasa kecil kawan, apabila besar menjadi lawan.