SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, February 28, 2010

Kebanggaan Seorang Lelaki

(i) Semasa saya bujang dulu, saya pernah ditanya oleh rakan sekerja senior (3 orang anak) berkenaan satu soalan. Ayatnya agak klise tapi bukan falasi. Sekali dengar ia semacam berunsur melankolik. Bunyinya begini, "Mar... sia mau tanya kau. Kau lelaki, kan? Ok, kau rasa-rasa apa kebanggaan kau sebagai seorang lelaki?. Jawab dulu kunun". (ii) Tanpa berfikir panjang saya menjawab, "Berkahwin dan mengawan bersama dengan pasangan di malam pertama...". Dengan diiringi hilaian tawa, rakan saya ini mengatakan, "Kau silap Mar..., dengar ini urang pengalaman cakap". Kebanggaan seorang lelaki adalah:- a. Apabila disahkan oleh jurunikah dan saksi semasa majlis akad nikah (pernikahan). b. Apabila lahirnya anak sulung (dan seterusnya). c. Apabila si anak mula memanggil kita bapa. Faham, ha ha ha...". (iii) Demikianlah pandangan beliau sebagai seorang lelaki yang perasan sejati, hahaha. Setiap lelaki mungkin berbeza. Anda bagaimana? Kaum wanita pun boleh menjawab bagi pihak lelaki. Faham-faham sajalah lelaki ini pemalu sedikit. Nota: Ini bukan teks Hebrew. Sila baca dari kanan ke kiri segmen (ii), jika anda benar-benar ingin mengetahui jawabannya.

6 comments:

Anonymous said...

kreatif om informatif...

GBU my friend!

Um@r said...

tq anon...

ini juga 1 usaha penerapan nilai2 inovasi di dlm msykt kita. layakkah dikatakan begitu? hehe...

SANGURU said...

Aik, baca pun kena dari belakangkah? kreatif...asal jgn melampau.

kiehaa said...

salam,
pening kepla nk baca. hilang minat

iCaM said...

jangan main belakang.....hehehe

Gaaman said...

Tidak kira di mana sekalipun, namun suara kesedaran/kebangkitan/motivasi/teguran membina dan berhemah perlu diteruskan!..