SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, February 5, 2010

Kisah Seekor Tikus

Apabila terbaca entri Sanguru berkenaan dengan tikus, tiba-tiba saya teringat satu peristiwa ganjil/luar biasa yang jarang berlaku di antara seekor kucing (pemangsa) dan seekor tikus (mangsa) beberapa hari lalu. Ceritanya begini, pada hari tersebut saya bersama keluarga pergi ke sebuah pasar. Tujuannya bukanlah nak beli tikus adalah untuk membeli keperluan dapur. Apabila saya lalu di satu sudut pasar tersebut, saya tersentak dan terkasima seketika apabila melihat seekor tikus limpas lalu berlenggang betul-betul di depan seekor kucing. Yang menghairankan, tikus itu berbuat demikian tanpa perasaan takut pun dan kucing itu pula seolah-olah tak bernafsu buat-buat tak tahu saja. Bagi saya senario ini adalah berlawanan dengan hukum adat, iaitu pemangsa pada prinsipnya akan mengerjakan si mangsa. Kalau kita singkap sejarah, pernah tercatat serigala dan kambing boleh bermain di dalam sebuah padang yang sama sewaktu Umar Abd. Aziz menjadi Khalifah Bani Umaiyah. Apabila wafatnya khalifah tersebut, senario itu berbalik kepada asal dan kewafatan baginda ditandai oleh tindakan serigala menerkam kambing-kambing yang ada di sekitarnya. Kesimpulan ringkas saya adalah, bahawa kepimpinan seorang pemimpin di sesebuah kawasan itu akan mempengaruhi corak kehidupan semua makhluk di bawah kepimpinannya, termasuk binatang. Dan, kehebatan aura kepimpinan mereka juga boleh dikesan/diukur dengan melihat corak kehidupan makhluk-makhluk tadi. Apa khabar tikus-tikus dan kucing-kucing di Kota Marudu? Harap-harap mereka dalam keadaan yang normal. Di tempat lain (mungkin juga di Kota Marudu?) amat menyedihkan saudara. Bukan sekadar kucing makan kucing dan tikus makan tikus, tapi ibu bunuh bayi sendiri yang baru dilahirkan. Dahsyat! Kalau sudah sampai ke tahap kritikal seperti ini, mungkin telah tiba masanya kepimpinan di tempat tersebut digulingkan dikaji semula.

14 comments:

Anonymous said...

"Apa khabar tikus-tikus dan kucing-kucing di kota Marudu??"..

kureng pahem maksud petikan ayat diatas tu tuan. Adakah tikus dan kucing yang tuan maksudkan itu adalah yb kita? Kenapa balik2 isu ini saja yang kamurang pertikaikan. Bolehkah tuan2 bagi jaminan yang YB orang tempatan betul2 boleh tunaikan segala permintaan tuan2 semua. Kemajuan apa lagi yang tuan-tuan mahukan.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Jika terdapat kekurangan, suarakan dengan menggunakan saluran yang betul. Oh ya..Tak baik wahai saudaraku menyamakan manusia dengan binatang. Maaflah jika pemahaman

Umar said...

Terima kasih atas komen sdr/i anon.

Sbg makluman, perkataan "tikus/kucing" yg sy gunakan dlm penulisan ini adl membawa makna literal. Bukan metafora. Maksudnya, bukan sindiran. Jadi tikus/kucing yg sy maksudkan adl binatang yg ada 4 kakilah.

1 lagi, apb disebut "pemimpin" ia tidak semestinya hanya merujuk kpd mana2 YB. Setiap kita adl pemimpin kpd diri sendiri. Ibu bapa pemimpin kpd keluarga. Ketua Kg pemimpin kpd kgnya dan begitulah seterusnya. Dipendekkan cerita, entri sy ini adalah ditujukan khas kpd semua pemimpin yg sy sebutkan di atas.

Terima kasih.

Anonymous said...

Oh begitu ka tu tuan umar. Jadi yg tuan maksudkan tu adalah kucing dan tikus yang betul-betul la. 4 kakinya tu kan. Mungkin saya keliru kerana ayat seblumnya, ada menyebut pemimpin.

Ya la, mamang betul tu, banyak tikus dan kucing di kota marudu..kahx4. Patut juga kita mesti tau kabar ni tikus dan kucing..kahx4

Begitu juga dengan "pemimpin", rupanya yang tuan maksudkan adalh setiap individu dan bukan YB kita.

Ai obo.kahx4, rupa2nya pengetahuan dan pemamaham saya dalam membaca masih cetek. Oribau po ka di omogun. Bah, ok la bah tu. LULUS.
Tda tau la apa pula pemahaman kawan2 lain. Minta maaf ki tuan umar. Saya masih cuba berfikir positif. Saya juga suka tu gambar dan cerita kucing & tikus tuan.TQVM

Orang Setia YB.

IsOn said...

:)

Umar said...

Hahaha... Jgn begitu bah anon, sifat merendah diri tuan/puan itu adl tanda kehebatan. Teruskan...

SANGURU said...

menurut perkiraan saya, al kisah benar yg Tuhan perlihatkan kpd tuan itu ada hikmahnya.
"Sengketa boleh dihentikan demikian juga pemangsaan. Bak kucing dan tikus yg tn nampak".
Ttg persepsi orang KM ttg tulisan dalam SAM terutamanya tulisan saya, harap maklum bahawa apa2 tulisan saya bukan khusus utk orang KM sebaliknya secara umum melainkan isu2/berita semasa yg khusus utk KM.

BUDIMAN JUGA said...

Tak perlu beri alasan yg tidak berupaya menutupi maksud entry yg ditulis. Terang dan jelas tidak perlu bersulu lagi entry ini jelas menunjukkan menghantam pemimpin kita di daerah kota marudu secara membabi buta dan mengikut pemikiran sendiri tanpa melihat secara keseluruhan. entry ini dibuat disebabkan oleh perasaan panas hati dan mungkin tidak puas hati seperti seseorang yg hendakkan sesuatu tapi tidak dipenuhi. oleh sebab itu tiada apa yg perlu dirisaukan kerana diorang2saja yg setuju dgn entry ini. jadi kalu kamu rasa kamu yg lebih baik sabagai pemimpan di daerah KM boleh lah kamu ambil alih kepimpinan akan datang, klu berani bah calonkan diri pd PRU 13 akan datang.., jgn becakap saja lebih klu mau jadi pemimpin di KM bah calonkan diri kamu. jadi klu tidak berani jangan lagi kau banyak becakap yg bukan2 kau kerja saja bagus2. becakap saja kau lebih belum tentu kau bole buat daerah ini bebas dari sebarang masalah.. Mulut busuk kau ini...

Anonymous said...

SINGKAT JUGA PONGITUNGAN KO BUDIMAN...EMOSIONAL...!

Umar said...

Sdr/i budiman,

1. Cuba tampilkan ayat/frasa/perkataan yg sy gunakan bhw entri ini ditujukan khas kpd Kota Marudu? Sy ingin tegaskan, entri ini bukan khusus utk KM tapi umum sbg pengajaran bersama kpd mereka yg ingin mengambil pengajaran. Utk lebih jelas, perhatikan ayat berikut:

"...Apa khabar tikus-tikus dan kucing-kucing di Kota Marudu? Harap-harap mereka dalam keadaan yang normal. Di TEMPAT LAIN..."

Jelas, sy bertanya khabar tentang tikus/kucing (secara literal) di KM lalu menyatakan keadaan di TEMPAT LAIN (yg kita tau melalui berita di dada2 akhbar dlm/luar negara.)

2. Jikalau kejadian jenayah (pembuangan bayi dll) berlaku di sesebuah kawasan, bukankah kepimpinan (diri, keluarga, kg, daerah dan seterusnya) tersebut perlu dikaji semula? Kaji apa yg silap dan perbaiki bersama.

3. Sy hanyalah penulis kerdil yg menulis tanpa ada sebarang kepentingan. Sy sekadar menunaikan tgjwb sy sbg rakyat Malaysia di dlm negara yg mengamalkan sistem demokrasi. Sy tiada harta utk disumbangkan. Sy cuma ada sedikit buah fikiran yg boleh dilontarkan utk mereka yg memegang kuasa. Moga2 bermanfaat dan boleh membantu.

Jika sdr/i budiman masih tidak berpuas hati, sila hubungi saya. Harap maklum.

Mandatan said...

Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang berbunyi:


"كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، اَلإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِى أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِى بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْئُوْلَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا."


Bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang pemimpin negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan ia bertanggungjawab terhadap mereka, seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang wanita adalah pemimpin ia bertanggungjawab terhadap rumahtangga suaminya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya.”

TG said...

APAKAH MAKSUD KATA2 TUAN IAITU " SUDA TIBA MASANYA KEPIMPINAN TEMPAT TERSEBUT DIGULINKAN" SIAPA PEMIMPIN DI KOTA MARUDU YANG PERLU KITA GULINGKAN DAN ADAKAH KITA SUDA BERSEDIA BAGI TUJUAN INI. KALU BELUM BERSEDIA ., BAH KITA BERSEDIALAH MULA DARI SEKARANG KUMPULKAN SEGALAH KEKUATAN AKAL PIKIRAN DAN SERAMAI MUNGKIN AHLI PENYOKONG DAN KITA TERUS GEMPUR LAWAN KITA SEHINGGAH KE HUJUNG KUDRAT YANG TERAKHIR. BESATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH JADI JANGAN KITA BERCERAI.,,. SEKARANG KITA CUMA PERLU CARI DAN TETAPKAN SIAPA HUGUAN SIOW SEBAGAI PANDU PERJUANGAN KITA.., SEBAB UMPAMA KLU KITA PERGI BERPERANG KITA PERLUKAN KAPTEN SEBAGAI MENGATUR SARANGAN.. HIDUP HANYA SEKALI MATI PUN HANYA SEKALI JADI APA MAU TAKUT.

Umar said...

Digulingkan kasar sangat/kurang sesuai tu tuan, sebab tu sy gariskan (padam) dan gantikan dgn "kaji semula". Yg lain2, sudah terjwb dlm ulasan balas sy di atas. Uma peno boh...

BUDIMAN JUGA said...

TG. Kau jangan simpan kau punya otak di lutut bah.Engkau masi ingatkah bagaimana keadaan jalan raya di kota marudu sebelum ini terutama sekali kawasan tandek, cuba bandingkan keadaan jalan raya sekarang dan keadaan jln raya yang dulu jauh bezanya.Belum tentu keadaan pembangunan yg ada ini berubah kalu bukan hasil kerja pemimpin yang ada sekarang ini. org hanya akan yakin atas apa yg yg dia lihat dan nikmati.

kiehaa said...

Salam,
Bagi saya peratus perubahan K.marudu sejak saya melangkah mula belajar di Sem tahun 1997 sampai sekarang 2010 masih jauh ketinggalan lagi. Perubahan dan kemajuan mungkin hanya sekitar 5% sahaja. Dalam jangkamasa 14 tahun tersebut tiada perubahan yang ketara melainkan Pekan KM yang Kotor dan paling kotor di Msia, jala timbang mengaris dr dulu smpi skrg tiada perubahan, berlubang2 mcm kena bom dan pendek kata tiada perubahanlah...