SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, February 1, 2010

KOREKSI DIRI part two

Sesetengah orang tidak suka apabila dirinya ditegur apalagi kalau teguran itu merupakan kritikan negatif. Setiap orang normal apabila ditegur (kecuali orang yang tidak siuman atau sudah terlalu biasa dan selesa dengan hidup dalam “dosa” hingga menjadi lali lalu hilang keupayaan untuk membezakan mana yang baik dan mana yang salah), paling tidak pun pasti akan berasa agak tidak selesa atau tertanya-tanya sejauh mana kebenaran teguran yang dilontarkan kepadanya. Di sinilah elemen kedua dalam proses koreksi diri harus memainkan peranannya.

2) Ambil Waktu Untuk Merenung dan Menyelidiki Diri

Seorang yang bijak apabila ditegur tidak akan terus menerima teguran itu bulat-bulat dan tidak juga menolaknya mentah-mentah, sebaliknya mengambil waktu untuk merenung dan menyelidiki diri sendiri untuk menganalisa sejauh mana benarnya (dan bukan sejauh mana salahnya) setiap teguran yang diterima. Harus diingat bahawa proses penyelidikan diri mestilah ditunjangi oleh rasa ingin memperbaiki kelemahan diri dan bukan mencari kelemahan atau kesilapan teguran itu untuk membela/membenarkan diri sendiri. Seperti kata Sanguru dalam tulisan beliau yang lalu tentang penyakit hati… “insafi diri…kecilkan dan rendahkan diri.” Tanpa sikap mahu merendahkan diri, proses penyelidikan diri ke arah usaha koreksi diri tidak akan berjaya menghasilkan hasil yang “lebih cantik...lebih halus” (memetik ulasan LM dalam entry lalu) sebaliknya pula akan menjadikan seseorang itu lebih tinggi diri, lebih keras kepala, lebih angkuh dan sudah pasti tidak akan disenangi oleh ramai orang.

Apabila kita merendahkan diri untuk menyelidiki kelemahan diri, itu tandanya kita sedang mengakui bahawa diri kita ini tidak selalunya betul, bahawa sikap dan cara kita berfikir serta bertindak rupa-rupanya ada, bahkan banyak, yang perlu dikoreksi.

Proses penyelidikan diri juga sangat penting untuk kita mencari tahu punca dan sebab mengapa kita bersikap dan bertindak seperti yang dikatakan dalam teguran yang kita terima. Dalam kebanyakan kes, apabila menyebut tentang punca dan sebab, kecenderungan tinggi setiap orang ialah menuding jari menyalahkan punca-punca external; semua yang berada di sekelilingnya kecuali diri sendiri! Contohnya menyalahkan keluarga yang mengongkong, menyalahkan boyfriend/girlfriend yang curang, menyalahkan cuaca buruk, menyalahkan pemimpin yang gagal memajukan kawasannya, menyalahkan rakyat yang bodoh dan lembap, dll. Saya tidak mengatakan salah untuk melihat-lihat dan mengambil tahu punca-punca external ini tetapi sebelum semua punca external ini dapat diubah dan seterusnya dikoreksi, buatlah koreksi terhadap diri sendiri terlebih dahulu. Sebelum menyalahkan faktor-faktor luaran yang berada di luar kawalan kita, nilailah diri sendiri yang pusat kawalannya terletak di tangan sendiri terlebih dahulu. Jika proses penilaian/penyelidikan diri itu dilakukan dengan penuh kerendahan hati dan kejujuran, saya percaya tidak ada seorang pun akan berasa dirinya sudah cukup baik untuk menyalahkan orang lain. Yang ada hanyalah keinsafan dan kesedaran akan sikap diri sendiri yang mementingkan diri, angkuh, dan penuh keegoan. Yang ada hanyalah kesedaran akan kekurangan diri bahawa saya/kita belum cukup melakukan yang terbaik untuk orang lain, untuk masyarakat, untuk rakyat (jika diri anda seorang pemimpin) dan bukan semata-mata untuk “ME, MYSELF AND I”.

Sebelum berpisah untuk hari ini, renungkanlah….kita dapat mengenali dengan mudah seseorang yang sering menyelidiki diri dan sentiasa berusaha mengkoreksi diri melalui satu cara: orang itu semakin “kecil” dan “rendah” dari hari ke hari dan bukan sebaliknya…to be continued

5 comments:

anonymous09 said...

kadang2 apabila semakin jauh perjalanan hidup kita..semakin jauh kita berjalan..semakin ramai kita jumpa..maka semakin tinggi juga keyakinan kita bahawa kita semakin betul sebab lebih bnyk makan garam dari orng lain..bila teguran dari budak berhingus maka kita antara ludah budak itu atau melemparkan pepatah siapa yg duluan makan garam,ko ka aku hah? yg sebenarnya,hakikat hidup ini tidak sedemikian..teruskan menulis kawan,semua org perlu koreksi diri..ini saya percaya..

MindaGuru said...

ngam..posting yang baik, sebagai insan mengoreksi diri amat penting dan tanpa kerendahan hati tidak mungkin proses koreksi diri berlaku..

kyro said...

Kata orang tua-tua...ikutlah resmi padi...semakin berisi semakin tunduk...

Tahniah Mimie,entri yang sangat baik dan saya sangat suka.Teruskan menulis.

JMimie said...

TQ anon, selagi berdaya...saya pasti akan terus menulis :D

TQ tuan MG n Pn Kyro...baru sya prasan ejaan mengkoreksi sepatutnya apb ditambah imbuhan 'meng' huruf 'k' akan ditiadakan dan menjadi mengoreksi...hehehe..koreksi ejaan.

IsOn said...

Koreksi yang baik.

Sebab ada tertulis,

"...kerana yang terKECIL di antara kamu sekalian, dialah yang terbesar..."

dan

"...Barangsiapa meRENDAHkan diri, dia akan ditinggikan..."