SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, February 19, 2010

"Kota Marudu Inovatif 2010"

Semasa saya menulis tentang tajuk, "Inovasi Menunjangi Revolusi" di Blog Revolusi Marudu, tiba-tiba terbit dari ufuk fikiran saya berkenaan keperluan mewar-warkan slogan, "Kota Marudu Inovatif 2010" bersempena dengan program Malaysia Inovatif 2010 yang telah dilancarkan serta akan diterajui oleh MOSTI bersama kementerian dan Rakan Inovatif. Kita amat mengharapkan agar, "Kota Marudu Inovatif 2010" ini dijadikan sebagai titik permulaan penerus untuk membebaskan Kota Marudu daripada belitan kemiskinan dan kemunduran. Sebenarnya, Malaysia Inovatif 2010 bertujuan menyedarkan masyarakat Malaysia terutama generasi muda dan akar umbi mengenai pentingnya inovasi dan kreativiti, dan seterusnya dapat membudayakannya sebagai amalan seharian. Ini bertepatan dengan konsep 1Malaysia di mana setiap anak Malaysia adalah modal insan berpotensi yang penting kepada negara. Oleh itu, budaya kreativiti dan inovasi perlu diterapkan supaya mereka dapat mengoptimakan potensi masing-masing ke arah menyumbang dalam pembangunan negara. Program Malaysia Inovatif 2010 sememangnya amat baik dan perlu mendapat sokongan semua pihak. Diucapkan syabas kepada Y.B Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (merangkap MP P.168 Kota Marudu) di atas usaha ini. Saudara, bertitik tolak dari status "Daerah Termundur" yang masih melekat pada nama Kota Marudu, sewajarnyalah kita yang paling ke hadapan merebut peluang ini. Banyak perkara yang perlu diinovasikan. Kita tidak minta lebih, cukuplah keperluan-keperluan asas itu dibereskan. Jalanraya, bekalan elektrik, sistem perpaipan, klinik 1Malaysia (sepatutnya KM dapat ni) kemudahan kesihatan, asrama sekolah dan beberapa lagi yang lain. Salam, "Kota Marudu Inovatif 2010"!

7 comments:

Org Kuat YB said...

NAHKAN........HEBAT BAH YB KITA. HARA P2LAH BANYAK PURIJIK MASUK KAT K.MARUDU. CHAIYOK!

kiehaa said...

Salam,
Syukurlah YB kita masih/sudah sedar dgn tanggungjawabnya sbg pemimpin di KM.

Anonymous said...

kalo mongojek pun agak-agaklah bah org kuat yb....hikhikhikkkkkkkkkkk. teramat setuju dengan en. penulis,kita mesti rebut peluangdan minta yb limpahkan sedikit projek inovasi itu ke bandau ini...

IsOn said...

"Kita tidak minta lebih, cukuplah keperluan-keperluan asas itu dibereskan. Jalanraya, bekalan elektrik, sistem perpaipan, kemudahan kesihatan, asrama sekolah dan beberapa lagi yang lain."

Rakyat sudah lebih cerdik, tidak lagi hanya suka meminta2 duit. (kalau kena bagi duit pun bagus juga) tapi rakyat lebih perlukan semua kemudahan asas di atas untuk memudahkan mereka berusaha memajukan diri dan keluarga.

SANGURU said...

syor yg baik. Oya, kebetulan....
Jika tiada aral melintang, saya (penduduk kampung) akan ditugaskan menyampaikan ceramah dan bengkel "Inovasi" anjuran sebuah jabataan dgn kerjasama/sponsor MOSTI. Klu tak silap saya sekitar April ni. Pihak penganjur sedang tunggu proposal dr saya utk ajukan budget kpd MOSTI.
Mudah2an...program seumpama ini dapat melahirkan masyarakat yang berbudaya inovatif. Sesungguhnya orang kita kreatif dan inovatif...

kiehaa said...

salam,
betul tu ison....

Um@r said...

Terima kasih atas tambahan para pengulas sekalian. Ulasan Sdr. IsOn amat penting utk diberikan penekanan dan perhatian. Tahniah Sanguru & selamat berbengkel. Good luck!