SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, February 25, 2010

MALANG ADA BAU...

KOTA MARUDU,SABAH: Satu kemalangan maut baru berlaku sekitar jam 8 pagi tadi di sekitar kawasan berhampiran bangunan KFC dan BSN. Mangsa seorang warga emas wanita berasal dari Kg. Lampada. Menurut sumber tidak rasmi, mangsa ingin berurusan bantuan kebajikan di BSN. Mangsa dilangar kereta dan mati ditempat kejadian. SAM tidak akan membuat ulasan lanjut kerana tidak mahu menganggu urusan pihak berkuasa. SAM hanya ingin mengimbas kembali kebimbangan pihak kami tentang kesesakan dan keperluan jejentas atau elemen-elemen keselamatan di kawasan paling membinggungkan penguna ini. (Sumber maklumat: Pembaca SAM via SMS dan disahkan oleh staf SAM).

16 comments:

SANGURU said...

Sekadar makluman: saya sdg bermesyuarat dan posting ini d buat semasa rehat merarau/minum pagi.

DINAKAN said...

TQ info sanguru..

apapun, saya rasa perlu kajian semula oleh Polis Trafik, JPJ dan Pejabat Daerah berhubung lokasi tmpt kejadian.

Ini kerana, tempat kejadian tersebut kesibukannya hampir mengalahkan Kota Kinabalu.

tak ada ka cadangan buat jejantas? buat jambatan bertingkat? atau pindahkan jalan tersebut? atau buat lampu isyarat?

Gaaman said...

Diharap pihak berkenaan dapat memikirkan sesuatu langkah pencegahan agar tempat tu tidak menjadi 'Pusara di Jalanraya'.

Kepada para pemandu usahlah memecut di sepanjang jalan ni, beringatlah hari ni mgkin org lain kena, esok2?? palis-palizzz .

TONDIRAN GOWOT said...

Sememangnya tiada org mahu/sengaja menyebabkan kecederaan/kematian. Kata org malang tidak berbau semuanya ini diluar jangkaan. apapun kita semua sebagai pemandu kenalah berhati2 semasa memandu diatas jalan raya. Pemasangan jejentas atau trafik light amat sesuai dikawasan kemalangan ini dan dibeberapa tempat yang bersesuaian memandangkan kota marudu kini semakin sesak dengan kereta. diingatkan supaya kita semua jangan memandu terlalu laju kerana selain daripada diri kita sendiri masih ramai lagi pengguna jalan yang lain. Beringat sebelum kena adalah lebih baik....

srixon said...

yang saya dengar sebentar tadi seorang pesakit mental yang kebetulan juga berasal daripada Kg. Lampada mati kena langgar berdekatan tempat kejadian tersebut, sungguh menghairankan kenapakah bangunan kedai tempat pejabat BSN beroperasi tersebut diberi kelulusan AOC sedangkan sebelum ini bertahun2 tdk diberi kelulusan oleh mantan Pegawai Daerah yang lalu?!

TanakGouton said...

menurut maklumat yg sya dengar pun macam apa yg srixon cakap tu. Orang tua tu tidak normal. Walau apa pun, semua kejadian ni kita tidak harapkan baik pada pihak yr kena langgar mahu pun bagi pihak yg TERlanggar. oleh itu, sama2lah kita berhati2.

MINDAGURU said...

sungguh menyedihkan, SAM rasanya sudah membuat paparan tentang perlunya pihak berkenaan mencari jalan menyelesaikan permasalahan yang ada sebelum kemalangan terjadi..Tlg ambil perhatian permasalahan ini.

Arya said...

Kejadian langgar sebelum ni juga melibatkan warga emas..tidak melibatkan kematian atau kecederaan teruk. Tapi kali ni???... saya pun menyeru kepada pihak berwajib supaya wujudkan kemudahan seperti jejentas. Mama saya pun antara penerima bantuan kebajikan yg sering berurusan dgn BSN.. tapi saya tolong ambilkan kad dan saya yg check bantuan mama setiap kali kerana bimbangkan keselamatannya. Sebelum ni pun mama saya nyaris2 kena langgar juga..

Anonymous said...

Pejalan Kaki:

terkezzzut juga bila dengar berita ni. adooiiii..napa la sampai mcm ni.

orang yg limpas2 menyeberang jalan ke BSN or KFC tu sentiasa membahayakan bah. lepas tu kebanyakaan yg limpas2 tu orang2 tua. limpas jalan pun mmg lambat sebab kaki ada sakit.

yg tension pulak tu.. orang2 yg drive di jalan2 tu laju oh. Kadang2 tidak ada disiplin. time kita mau limpas dorang marah2, hon la sebab dorang anggap menghalang jalan. KURANG AJAR!!

sy sendiri adalah orang yg kerap lalu jalan tu ke BSN. mmg terasa seprti menggadai nyawa saja. pernah pulak sy hampir2 kena langgar. orang yg hampir2 mau langgar tu sempat maki lagi 'sial' dia bilang.

buat apa pakai kereta kalau tidak ada disiplin memandu. :P

dan tolonglah buat la jejantas ka atau terowong ka ke BSN tu. kalau tak cukup duit suruh tu BSN tu sponser juga.

XD

maikong said...

apa-apapun ...mari kita cari cadangan yg paling berkesan dan laksanakan agar perkara ini tidak berulang..cadanagn saya..
1.terdpt jln dua hala yg pendek dgn simpang masuk jln lotong(kfc/bsn).minta ditutup guna satu hala saja.
2.buat bonggol
3.pasang signboard..AWAS PEJALAN KAKI.

Anonymous said...

saya cadangakan agar ada lampu isyarat dti kawasan ini...ini lebih efective berbanding jejantas atau signboard..tq

IsOn said...

Saya sebenarnya masih tertanya2, apa rasionalnya BSN dipindahkan ke tempat yang baru ini?

Jika difikirkan dari segi lokasi, tempat lama lebih strategik; dekat dengan milimewa dan senang orang ramai berjalan untuk berurusan.

Mungkinkah kerana sewa bangunan yang lebih rendah? atau kemudahan KFC berhampiran? tetapi bagaimana dengan tanggungjawab sosial?

Saya tidak suruh BSN dipidahkan semula ke tempat lama (sekarang COSWAY), tetapi kita berharap perkara ini dibincangkan dengan serius dalam mensyuarat tindakan daerah dan dibuat penyelesaian segera;

samada bina jejantas, lampu isyarat atau apa saja, asalkan ciri2 keselamatan pengguna jalanraya dapat dipertingkatkan.

Anonymous said...

CEO Urban Storm
Saya bg pihak keluarga Dangus Aby ingin mengucapkan takziah dan memohon kemaafan yg tdk terkata kepada keluarga mangsa kemalangan jalan raya di KM pd 25/2/2010. Kami turut bersedih atas kehilangan keluarga mereka, sesiapa pn memang tidk mahu perkara ini berlaku tetapi segalanya terjadi dgn tdk diduga. kmi mendoakan agar keluarga ini tabah menghadapi dugaan. Utk makluman para pembaca SAM kami telah pn memberikan SOGIT kepada keluarga ini atas persetujuan kedua2 pihak keluarga, saya berharap para pembaca tdk mengambil kesempatan dgn berbagai andaian dan mengeruhkan keadaan ini. TQ

Anonymous said...

perkara yg lepas kita jadikan iktibar, sama ada kita pemandu/pejalan kaki, kita adalah pengguna jalan raya. kelmarin dan hari ini kita selamat, tapi esok?

selagi tdk ada usaha2 utk mengatasai permasalahan ini, sya tdk nampak kejadian buruk seumpama ini akan berakhir.

kpd pemandu kereta yg mewah/ekonomi jgn sombong ketika di jalan raya, hari ini kta langgar orang, lain hari org akan langgar kita pula, hukum alam tidak pernah mungkir...

sya akui bahwa kota marudu sekarang ini mula sesak dgn kenderaan, sekiranya jalan ini tidak di naik taraf/dilebarkan. keadaan akan bertambah buruk dlm sedikit waktu lgi,ini kerana kedudukannya yg amat strategik.

Anonymous said...

SY TELAH BJUMPA DGN PEGAWAI DAERAH N YB ANITA N TELAH BERBINCANG MENGENAI INSIDEN YG BERLAKU SERTA JLN PENYELESAIAN. MEREKA TLH BSE7 UTK MENANGANINYA N SBG TINDAKAN AWAL MEREKA BERJANJI UTK:
1. Membena 'bump' n 'zebra cross' di depan kedai bkenaan.
2. Membuat papan tanda yg bersesuaian

SEMOGA INSIDEN TSBT TDK AKN BERLAKU LAGI. INSYALLAH.

SANGURU said...

Tk usaha proaktif.