SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, February 24, 2010

Membina Tenaga Muda

Nabi Muhammad s.a.w. membimbing tenaga muda baik lelaki mahupun wanita yang diasuh menjadi mujahid menurut kemampuan masing-masing dengan segala kesungguhan dan kesabaran sehingga setengah mereka akhirnya menjadi bintang-bintang cemerlang dalam sejarah Islam. Diantara yang menerima bimbingan Rasulullah ialah Usamah Bin Zaid.Sejak ayahnya meninggal sebagai mujahid beliau diasuh sepertimana cucu-cucu baginda iaitu Hasan dan Husien.Malah baginda turut mendoakan ketika meriba Usamah dan Husien " Ya Allah,aku menyantuni mereka berdua maka Engkau santunilah pula keduanya". Ayah Usamah, Zaid Bin Haritsah adalah asalnya seorang hamba sahaya Khadijah isteri pertama baginda.Khadijah memberikannya kepada Nabi s.a.w. dan kemudian baginda memerdekakannya.Dalam perang Uhud, Zaid telah tewas sebagai mujahid yang syahid.Lalu baginda mengasuh Usamah seperti keluarga sendiri. Setelah besar, Usamah mula diberikan tugas mengurus keluarga Nabi s.a.w. Malah semasa perang Badr kebetulan anak Nabi s.a.w. - Ruqayah sakit tenat.Maka Usamah ditugaskan supaya membantu suaminya Utsman Bin Affan untuk menjaga dan merawat Ruqayah dan Usamah telah bekerja dengan baik. Lama kelamaan apabila Usamah semakin meningkat dewasa,beliau diberikan tugas-tugas yang lebih berat.Beliau telah diberi kesempatan ke medan perang bersama sahabat yang lain dan Usamah berperang dengan gagah berani.Sekembalinya dari perang beliau segera menemui Nabi s.a.w. dan melaporkan keadaan perang yang dialaminya. "Ceritakan padaku keadaan di medan perang" kata Nabi s.a.w. seraya menyuruh Usamah duduk dekat baginda.Usamah pun menceritakan perjalanan peperangan sehingga mendapat kemenangan.Nabi s.a.w. kelihatan gembira mendengarnya.Namun ada sesuatu yang mengejutkan baginda sehingga wajahnya berubah. "Sewaktu musuh sudah undur,aku bertemu seorang lelaki dan mengajukan tombak kepadanya.Beliau mengucapkan 'La ilaha illallah' tetapi aku terus menikam dan menewaskannya". Demikian cerita Usamah yang menyebabkan air muka Nabi s.a.w. berubah lalu baginda menegurnya. "Wahai Usamah,bagaimana engkau dengan 'La ilaha illallah'? Bagaimana engkau dengan 'La ilaha illallah'?" Kata Nabi s.a.w. berulang kali.Menyedari kesilapannya Usamah berikrar pada dirinya "Aku bercita-cita kiranya amal yang aku lakukan selama ini gugur dan aku perbaharui keislaman diriku.Demi Allah tidak akan aku memerangi lagi orang yang mengucapkan 'La ilaha illallah' setelah aku mendapat keterangan Rasulullah". Nabi s.a.w. kemudian memberikan beliau tugas yang lebih penting malah sangat berat sehingga mengejutkan para sahabat.Usamah disuruh memimpin satu pasukan perang bagi menghadapi tentera Rom.Pasukan ini terdiri dari sahabat terkemuka seperti Abu Bakar, Abu Ubaidah, Saad Bin Abi Waqas dan lain-lain. Sebenarnya baginda Nabi s.a.w. bertujuan memberi latihan serta kesempatan pada golongan muda.Walaupun keputusan itu menjadi persoalan dikalangan para sahabat kerana ramai lagi yang lebih tua dan berpengalaman berbanding Usamah yang baru berusia 18-19 tahun namun para sahabat tidak berani menyampaikan keraguan mereka itu.Tetapi baginda mengetahui kegusaran mereka dan baginda perjelaskan dalam pidato singkat: "Ada yang mengkritik aku tentang pengangkatan Usamah Bin Zaid memimpin pasukan ini sebagaimana dahulu mereka keberatan terhadap ayahnya.Kedua mereka layak untuk memimpin; Usamah ini orang yang sangat aku kasihi demikian juga ayahnya - sesudah Fatimah. Aku nasihatkan kepadamu sekalian agar menerima Usamah ini dengan baik". Persoalan ini terhenti apabila Nabi s.a.w. sakit dan perhatian umum tertumpu pada keadaan kesihatan baginda. "Laksanakan segera persiapan perang Usamah" pesan Nabi s.a.w. apabila mengetahui pasukan Usamah belum lagi berangkat.Maka segeralah orang menyiapkan pasukan itu walaupun Nabi s.a.w. dalam keadaan sakit.Sewaktu Usamah menziarahi Nabi s.a.w. baginda telah menadah tangan ke langit lalu meletakkannya ke badan Usamah.Tahulah Usamah bahawa Nabi s.a.w. mendoakannya. Telah tiba waktunya, Nabi s.a.w. wafat.Pasukan Usamah belum berangkat malah Usamah turut serta menguruskan jenazah Nabi s.a.w. Dengan wafatnya baginda, Abu Bakar as Siddiq telah dilantik menjadi Khalifah pertama dan keberangkatan Usamah dilaksanakan walaupun ramai yang menentang.Akhirnya Usamah dan pasukannya beroleh kemenangan. Walaupun Nabi s.a.w. tidak dapat menyaksikan kemenangan Usamah itu,tetapi baginda telah meninggalkan prinsip yang amat berharga.Iaitu tenaga muda telah diberi kesempatan menjadi pemimpin sebagai satu cara pendidikan.Tetapi Usamah tetap merendah diri dengan tugasnya dan tidak angkuh dengan penghormatan itu walaupun beliau mengetahui Nabi s.a.w. yang berbuat demikian. Kisah ini saya petik dari buku 'KISAH RINGKAS KEHIDUPAN RASULULLAH SAW' tulisan NAWAWI DUSUKI dan sengaja saya paparkan disini sempena Maulid ur Rasul jumaat ini 26 Februari 2010.Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maulid ur Rasul kepada seluruh umat Islam selawat dan salam atas junjungan kita.Dan ingin saya suarakan disini bahawa tenaga muda sangat kita perlukan dalam pembangunan Kota Marudu tidak kiralah dari golongan mana atau agama apa.Yang penting halatujunya sama iaitu kearah pembangunan yang jitu.

5 comments:

SANGURU said...

Kisah yg menarik. Perlu d hayati dan d teladani dimana yg sesuai.

SANGURU said...

Oya, selamat menyambut maulidur rasul khusus kpd semua khusus kpd umat Islam. Memadai mengingati baginda Rasulullah dgn zikir/selawat sebanyak yg termampu dgn ikhlas.

SANGURU said...

Org tua/berusia ada tempat dan peranannya, demikian juga orang muda. Cth: nak angkat seguni padi, eloklah minta org muda angkat. Yg muda blh tanya si tua teknik angkat. Blh jg belajar baca2an dr c tua, manalah tau c tua itu ada ilmu d dada.

Um@r said...

Salam Maulidur Rasul s.a.w.

Secara umum, kelebihan org muda adalah: kekuatan fizikalnya, kecerdasan akalnya dan kekentalan semangatnya. Namun, kurang sedikit dari segi pengalaman. Justeru kombinasi muda + tua itu perlu. Kalau dilihat secara rambang kedudukan anak2 muda di sabah amnya dan KM khasnya, kita mungkin menggeleng kepala. Apapun, sy amat setuju agar tenaga muda itu dibina dan diperkasa serta diangkasakan!

Little Mike (LM) said...

Salam Maulidur Rasul