SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, February 25, 2010

Menyusur Metropolitan: Apa Khabar Anak Perantau?

Merantau dan mencari rezeki. Sinonim dengan semangat anak-anak desa yang cekal hati untuk mencari perubahan dalam hidup. Ingin mengubah kesukaran menjadi lebih baik. Perjalanan mereka ada yang sukses. Ada yang masih lagi meneliti ruang kosong sebarang tawaran kerja. Bagi mereka yang melakukan perjalanan lebih jauh ke syurga kerja, harapan memuncak. Kuala Lumpur terkenal antara destinasi. Dan bermulalah episod yang tidak terduga dalam kehidupan warga perantau.
Mengejutkan... Lebih daripada 400 warga sabahan (Sumber: The Star) merempat dan terkandas di Kuala Lumpur. Tidur di tepi-tepi jalan, tempat letak kenderaan awam atau di laluan tepi bangunan. Lebih menyedihkan bila mereka terpaksa mencari sesuap nasi daripada sisa buangan makanan. Kesemua mereka tidak berkerja.
Kebanyakan mereka ini adalah orang muda berusia antara 16 - 25 tahun yang berasal daripada pendalaman Sabah. Lebih membimbangkan, ada di antara mereka yang kehilangan kerja disebabkan oleh ketagihan dadah. Selebihnya, mengakui menjadi mangsa penipuan ejen pencari kerja dan terkandas.
Tinjauan media massa mendapati wajah-wajah anak muda Sabahan melepak sepanjang masa di sekitar Jalan Masjid India, Kompleks Dayabumi, Perhentian Bas Klang dan sekitar Bukit Nenas, Kuala Lumpur.
Tidak pernah diketahui sama ada perjalanan hidup mereka langsung sampai khabar ke pengetahuan keluarga. Jangan lupa untuk ambil tahu ke mana dan di mana mereka berada. Sayang sekali seawal usia 16 tahun sudah merempat tepi jalan menagih simpati sedekah orang ramai. Harapan kita agar anak-anak muda KM supaya mengambil waktu untuk BERFIKIR dan MERANCANG terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan 'menawan ruang kota'.

11 comments:

PUTIH said...

Sungguh memalukan., Bagus lagi dikampung klu begitu. Potong getah, tanam padi, tanam sayur, tanam sawit duit lumayan. Petani sekarang bole beli kereta, bole beli kompiuter, bole simpin duit lagi walaupun kerja potong getah saja. Harap2 tiada org kota marudu yang merempat di Kl tu. Hairan juga ya mengapa terjadi begitu sedangkan orang sabah kalau dulu2terkenal dengan sikap rajin dan sekarang begini pula jadinya. Masi ada kah cara membantu orang yang seperti ini... Palis2 lah.

SANGURU said...

Semangat merantau mereka sy tabik, kesilapan mereks sama kita teladani, namun dr perspektif yg lain, senario ini mengambarkan bhw ada yg kurang d sabah. Mungkin peluang kerja dan gaji yg bagus?
Pandangan saya, jika mahu merantau, setkan matlamat utk kembali membawa output. Misalnya cari ilham atau pengalaman pembelajaran.
Pandangan sy lagi, sebenarnya d laman sendiri masih boleh sara diri bahkan boleh jana duit. Pun demikian, golongan muda ini sangat perlu motivasi, panduan dan bimbingan. Klu tiap kg ada pakatan org2 muda yg dipimpin dgn baik, sy x percaya mereka tidak boleh dibimbing utk berjaya. Sekali lagi faktor kepimpinan baik peringkat negeri, daerah, mukim dan kampung amat perlu sebenarnya. D sabah, kita blh berguru dari kg. Bayangan keningau. Mereka implementasi konsep di atas. Namun kita kena sediakan grup yg berkemampuan secara sukarela menjadi sponsor,mentor, motivator.
Ada sesiapa yg boleh sampaikan hajat saya pada Datuk Musa CM kita? Harap benar "mangsa kemiskinan" ini dibawa pulang. Rukut2 pemimpin kita sponsor tiket. Klu ini boleh dibuat oleh barisan pemimpin Sabah, saya tabik dan tak ragu beri gelar " juara rakyat". Adakh permintaan sayd biadap dan keterlaluan?

ILLIE said...

hidup merantau perlu persediaan yang cukup..maksud saya sedia dari segala galanya kalu tidak akan jadi seperti dalam entri ini.Saya adalah salah seorang yang hidup lama dalam perantauan..bukan setahun atau 2 tahun..tapi lebih 20 tahun...zaman dulu2 di bumi semenanjung semangat tolong menolong antara sabahan sangat tebal..jika ada kawan sabahan yang mengalami kesusahan,kawan2 sabahan lain akan berpakat untuk menolong.

Hidup merantau tidaklah susah sangat..ingat pesanan orang tua..pesanan orang2 lama..memilih orang kalau mau cari kawan pastinya tidak ada halangan.Pendek kata "dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung".

Jika tujuan merantau ingin menambah ilmu disamping ingin mencari sesuap nasi dengan ikhlas saya pasti tidak akan menemui kegagalan tetapi sekiranya ada niat lain selain daripada tujuan asal merantau sudah tentu akan kecundang dan hidup merempat ditempat orang.

Jadi pesan saya kepada anak2 muda KM..jika benar2 ingin merantau dengan tujuan yang baik..teruskan saja kerana anda akan menemui sesuatu yang baru dalam hidup..TETAPI,jika tujuan hanya untuk mengejar glamour atau hiburan..lebih baik lupakan saja niat itu kerana godaan2 yang bakal memesongkan dan menggelapkan hidup anda sentiasa menanti disana.

Um@r said...

Sy memohon pemimpin Sabah khasnya campur tangan di dalam menangani isu ini. Yg >400 tu bawa nama "Sabah", bukan nama kg masing-masing. Kesian anak2 Sabah dikhabarkan sedemikian rupa. Selain itu, insiden ini juga merupakan 1 signal bhw pengurusan sumber manusia di Sabah perlu dikaji semula, perbaiki mana yg silap dan perkasakan lagi. kurang sedap didengar, PTI kaya raya di Sabah. anak2 Sabah pula merempat di jalan raya...

maikong said...

saya harap pihak pemerintah membuka lagi mata mereka...kesian sabahan..sabah punya sumber/kekayaan yg banyak, namun inda d nikmati oleh sabah..terpaksa sabahan mengejar sumber/kekayaannya sendiri ..hingga ke seberang..namun akhirnya mereka merimpat/ditipu..saya rasa kes ini bermula zaman awal 90-an..semasa Jabatan tenaga buruh mencari pekerja utk kilang d semenanjung..dari itu maka berlumba2lah sabahan utk merantau, mencari perkerjaan

Anonymous said...

engkau maikong talingong betul., org lain yg malas kerja, makan dadah,. dan boleh dikatakan sengaja cari penyakit .,kau salahkan juga pemerintah/pemimpin kah. Tabiat dan perbuatan kita yang salah adalah tanggungjawab kita kepada badan kita sendiri bah. tak kan kita suruh org lain yang mengurus diri kita setiap hari.. ai kalu begini memang susah mau majulah, ini barulah betul2 pemalas..pemalas. org pemalas memang patut merempat.

SANGURU said...

Pemerintah telah berbuat sesuatu. Benar. Namun pemerintah hendaklah terus berusaha, berfikir, muhasabahdan terus cari jalan. Kelemahan program sedia ada jg perlu diperbaiki. Paling utama ketirisan dan ketelusan. Wujudkan fenomena "yakin boleh maju" di kg, beri input sesuai, pastikan sampai pd sasaran.sasaran yg ngam. Dll pendekatan lagi.
Pendek kata, kalau disini sama atau lebih baik, rasanya penghijahan tanpa arah sedemikian rupa akan dapat dibendung dengan sendirinya.
Bukan mengajar itik berenang, sekadar menambah perencah.

maikong said...

anon 11:47..tujuan asal sabahan merantau adalah utk berkerja/mencari duit,..sampai kl dijanjikan perkerjaan, namun banyak sampai d kl..lain yg d janjikan lain pula yg mereka diberikan..ini tidak kira lelaki atau wanita...apabila ini terjadi kepada mereka ..maka macam-macamlah yg terjadi...akhirnya ada diantara mereka yg tiada tempat tinggal..duit habis/..tinggal m erimpat..berbalik kepada asal(pemerintah)..ujudkan lagi banyak peluang perkerjaan di sabah sendiri..agar anak muda kita inda banyak yg merantau...
jika dibandingkan dgn sumber kekayan sabah..masih banyak lagi ruang perkerjaan yg boleh d ujudkan di sabah.......

maikong said...

anon 11:47..mereka ini(perantau)..bukan pemalas....

Anonymous said...

Maikong., perantau kalu dgn tujuan yg betul itu namanya berusaha membena kehidupan. tetapi merantau klu sekadar hendakkan keseronokan, hiburan lepas itu makan dadah kemudian duduk dikaki lima minta sedekah itu namanya pemalas dan sengaja menempah masalah. sya dengar bukan lelaki sahaja perempuan pun ada yg jadi GRO profesinol kerana hendakkan pendapatan yang mudah diperolehi dan lumayan. jadi klu begini tabiatnya lebih baik di kampung saja potong getah. Harga getah sekarang rm5.80, lumayan ooo... Klu rajin bole dapat 3-4 ribu sebulan. Amin..Amin syukur pada tuhan.

maikong said...

nah..klu begini anon..ngam..saya sukung ulasan kau...