SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, February 26, 2010

NOTIS DARI ADMIN SAM

Sekali lagi saya selaku admin SAM menasihatkan kepada penggulas2 entri yang tidak boleh mengawal emosi mereka sehingga ada yang sanggup atau sengaja menjatuhkan maruah staff SAM dalam komen mereka.Perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku dan pihak admin SAM sentiasa mengingatkan agar komen2 yang diberikan biarlah berpatutan dan tidak perlu menyerang peribadi sesiapa terutama staff SAM.Namun akhir2 ini saya dapati para penggulas yang gemar menggelarkan diri mereka sebagai "ANON" kerap kali membuat komen yang sengaja ditujukan kepada individu dalam SAM dengan tujuan ingin memalukan.Mungkin "ANON2" ini fikir mereka boleh terlepas dan tidak boleh dikesan maka itulah mereka boleh berbuat demikian.Minta maaf jika anda (ANON2) beranggapan sedemikian kerana setiap kali anda login masuk dalam SAM,segala maklumat IP anda dirakam.Tapi saya tidak mahu mendedahkan siapa anda dan dari mana anda online kerana saya tidak berminat untuk melakukan perkara ini. Sekadar pengetahuan,saya ingin berkongsi bagaimana IP anda dikesan,sila lihat paparan gambar di bawah tetapi jangan takut2..lokasi dan IP anda sudah dipadam..hehehehe

18 comments:

Little Mike (LM) said...

Saya percaya paparan ini tidak bertujuan menghadkan keterlibatan para anon untuk menganjurkan idea melalui ruangan komentar. Lebih daripada itu, artikel ini bertujuan supaya menggalakkan ANON mengambil bahagian dalam berkongsi idea atau kritikan bernas dan tolak tepi komentar yang tidak membantu ke arah kebaikan.

SAM sangat2 menggalakkan ANON untuk mengambil bahagian dalam:
1. Unjuran idea
2. Teguran membina
3. berkongsi maklumat
4. Debat ILMIAH
5. Interaksi dasar/tindakan
6. Menyalur masalah setempat
7. Berfikir kreatif/kritis

Sedih kalau ANON lebih banyak;
1. Menyerang peribadi org
2. Membuat tuduhan melampau
3. Provokasi
4. Emosi cerca merca

Memang berat peranan ADMIN. Saya secara peribadi menyokong usaha seperti ini bagi tujuan menjaga kredibiliti peranan SAM dan sebarang usaha bertujuan untuk menghadkan risiko lebih banyak 'kekacauan dalam kemelut kata-kata' yang ternyata menggores hati banyak pihak. Atas sebab ini, SAM perlu berperanan menjaga komuniti pembaca supaya tidak terjebak lebih jauh dalam kontroversi yang menjejaskan perasaan HARMONI sesama kita.

SAM menjemput minda pembaca untuk terus menjadi sahabat kepada pena SAM.

Salute untuk tn ADMIN.

ILLIE said...

sebenarnya yang buat komen terhadap entri2 dalam SAM adalah sahabat2 SAM dan kebanyakannya kita kenal malah mungkin pernah duduk semeja di kedai kopi..pendek kata talampau nakal bah diurang ni..hehehee

Anonymous said...

Sengaja kasi panas ini ruangan sam bah. tapi masalahnya ada yang lain tu agak keterlaluan, tak taulah kenapa mungkin sam ada menyentuh urusan peribadinya kali. Bagaimana kita rasa begitulah org lain rasa jika kita memperlakukan seseorang yg bertentangan dgn kehendaknya.

SANGURU said...

Saya x punya masa selongkar IP2 org tapi insysAllah sy boleh meneka dgn agak tepat org/org2nya dan tahu benar motif/motif2nya. Kadang2 saya lucu dgn org yg boleh bersikap hipokrit wpn sesekali duduk semeja(?).
Tuan admin, open saja ruang komen ini utk kemudahan kpd para pembaca budiman kita yg benar2 ikhlas dan mahu ikut memikir dan membantu masyarakat yg mereka sayangi seperti jua kita.
Apa bila saya menjawab, bukan bermakna saya gelabah atau tidak terbuka. Saya cuma membetulkan hakikat hati dan realiti.
Pujian dan tohmahan tidak banyak bedanya buat saya. Tq

maikong said...

inilah sebabnya SAM juara BLOG..kehadiran para pengulas banyak sekali memainkan peranan...teruskan sam buka ruang komen..klu ada yg nakal2..kasi ingat lagi dia...klu inda dengar..admin sam boleh kesan IP..

ILLIE said...

jangan risau..ruang komen tidak akan ditutup dan sentiasa dibuka 24jam..hehehe..jalan teruss bah maikong

IsOn said...

Bagi saya secara peribadi, saya tidak ada masalah dengan sebarang bentuk komen terhadap saya. Malah saya akan jadikan perkara itu sebagai kesempatan untuk terus memperbaiki diri.

Jika perlu, saya sendiri akan membuat penjelasan, tetapi jika difikirkan tidak perlu, maka saya biarkan saja pembaca sendiri yang mencari jawapannya.

"It's not how hard you hit. It's how hard you get hit... and keep moving forward." -Rocky Balboa.

Teruskan pemantauan tuan admin. :)

Anonymous said...

ada2 saja maikong ini. macam genius betullah kau ini. Kah4

SANGURU said...

Komen membina, yes. Cth: sanguru jarang berjamaah masjid. - benar. Sy blh terima.
Yang saya x terima bulat2 ialah Fitnah. Provokasi. Pembohongan. Cth: abai tugas. Ini sangat serius dan boleh menjejaskan perkhidmatan. Ini bukan teguran. Ini 1 agenda memalu dan entah apa lagi agenda karut yg lain.
Anyway, selagi saya benar, Allah bersama, melindungi.
Kita semua harus boleh membezakan. Tq.

rumandawat said...

Ala. Biasalah ba tu. Bila kita mengkritik orang lain, sebenarnya kita bukan pikir perasaan orang lain pun(yg dikritik). Sebab apa, kita fikir kita dipihak yang benar dan berasas. Begitu juga sebaliknya. Bila orang yang dikritik itu mengkiritik kita balik, kita pula yang terasa dan memanas.

Apapun, memang para pengunjung/pembaca SAM perasan dan tahu, terdapat segelintir anon mengkritik dengan sinisan kata yang agak keterlaluan. Saya suka melihat cara penulis2 diSAM menangkis kritikan balas anon2 dengan nada dan gaya bahasa yang begitu berhemah.

Juga sokong kata2 saudara ison : kesempatan untuk memperbaiki diri.

Memang betul tu ille. Memang kita semua ni kenal antara satu sama lain juga ba.

Bah mari terus mengomen.

Anonymous said...

manusia mmg punyai mcm2 perangai.

maikong said...

macam biasa bah anon11:09..inilah dia maya...kau apa kurang..
sukung anon 3:02..macam-macam ada bah

Anonymous said...

ya..btul..kita ble kesan lokasi melalui IP addr,SAM ni 1 blog yg sgt bgus trtma untk wrga k.mrudu,jadi kita harus mhrgai blog n pnulis2nya..

Anonymous said...

indahnya bangsa kerana bahasa, indahnya s a m kerana pengunjung2nya yang matang.

walauapapun bentuk konspirasi yg dipaparkan anggaplah ianya seperti sungai yg sentiasa mengalir kerana, setitik minyak walau di lautan luas sekalipun, akan timbul jua...

Aldusuni said...

Pada saya, siapapun anon2 itu wajar sekali jalan fikiran mereka itu kita ambil perhatian..hari ini tdk berharga ulasan mereka namun esok lusa dan tahun2 berikutnya berguna.Kematangan seorang pemikir, pejuang adalah hasil cabaran2 yg mendatang...cuma jenis serangan tanpa bukti itu HARAM disisi agama islam, namun jika perkara itu berbukti, jelas berlaku mala hukumnya harus..demi kebaikan.

Aldusuni said...

sambungan..... harus di beri pendedahan pada umun mala ada waktunya WAJIB di umumkan.

SANGURU said...

Ok saja. Itulah sebabnya ruang komen dibuka terusss...
Mana yg terang nyata - ditokok, disokong
mana yg cuba memfitnah, menjatuh - akan dijawab seada2nya dgn cara penulis entry masing2.
Terus maju SAM!
Jalan terussssdd....

kiehaa said...

terpulanglah kpd ketubalan masing2.
Klu dpt pujian/komen yg enak terimalaseadanya, kalau yg pahit telan sajalah...

Asalkan tidak mencetuskan ketegangan kpd negara.