SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, February 12, 2010

Nyahkan Si Pengampu!

Kadang-kadang terdetik juga rasa kasihan kepada sesetengah wakil rakyat yang dikritik hebat oleh rakyatnya. Begitulah adatnya apabila kita sudah bergelar wakil rakyat. Kita mesti bersedia dikritik di depan umum. Rakyat berhak mengkritik kita dari hujung kaki hingga ke hujung rambut, kerana kita adalah pemimpin mereka. Terserah kepada kita samada menjawab atau hanya berdiam diri. Tapi lebih baik jawablah bah... Kalau kasi biar saja orang bercakap itu ini, walaupun tipu lama-lama rakyat akan terima. So, penjelasan terhadap isu yang ditimbulkan itu perlu ya. Bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan sebenarnya wakil rakyat tersebut tidak pun bersalah. Mereka sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat mereka. Kenapa mereka masih dikritik hebat? Banyaklah sebabnya, tapi antara yang saya fikir faktor teratas adalah kerana wujudnya golongan pengampu di dalam jentera kerja mereka. Golongan ini memegang prinsip, "kalau ada fulus (duit), terus lulus... dan tiada fulus pigi mampus". Maksudnya, mereka hanya mementingkan wang dan yang sewaktu dengannya sehingga sanggup membiarkan wakil rakyat tersebut melakukan kesilapan di dalam membuat keputusan atau tindakan. Mereka takut mengatakan "tidak" atau "jangan" kerana bimbang dipinggirkan/disingkirkan selepas itu, walaupun dengan cara yang penuh berhemah. Yang mereka tahu hanya perkataan, "ya". Akhirnya terzahirlah satu tindakan yang bangang bodoh hasil daripada keputusan yang silap. Pada masa itu rakyat hanya melihat wakil rakyat sebagai pesalahnya. Golongan pengampu pula terlepas. Saudara, bukan wakil rakyat saja yang harus memandang serius perkara ini tapi semua pemimpin di setiap peringkat. Berhati-hatilah dengan golongan seperti ini. Mereka bukan saja bakal memusnahkan para pemimpin tapi juga rakyat secara keseluruhannya. Nyahkan golongan pengampu, kerana mereka adalah perogol kesejahteraan rakyat pemusnah!

8 comments:

Anonymous said...

MACAM MANA MAU IDUP O KALAU TIDAK AMPU SINI DAN AMPU SANA...SUDAH JADI BUDAYA DALAM MASARAKAT KITA-> pa

BAKI said...

mengampu ini maksudnya macam mana bah. menjaga hubungan baik sama tu bos dengan cara menghormati termasuk dalam istila mengampu kah. sya betul2 kurang faham mengampuh yg kamu maksudkan ini. Klu saya menghormati hubungan baik sama bos lebih baik daripada mengutuk.

Anonymous said...

Tukang Ampuh sama juga tukang angkat kaki kah? orang seperti ini juga cendrung buat fitnah sama orang lain kerana mahu nama,ganjaran dan pangkat. Ini berlaku bukan saja di kalangan politik juga di kalangan anggota Kerajaan tau... adess, ini satu penyakit masyarakat yang susah diubat.

Hj. Imran said...

Para penasihat yang jujur yang memberitahu hakikat yang sebenar, -sekalipun boleh menimbulkan keresahan- adalah lebih baik untuk seseorang pemimpin daripada pengampu yang membohonginya sehingga dia buta dengan keadaan negara dan rakyatnya. Penasihat yang jujur akan memberitahu hakikat yang sebenar tentang suasana negara, rakyat dan tanggungjawab itu semua di hadapan Allah sekalipun mungkin akan menimbulkan ketakutan kepada seorang pemimpin.

Dengan ketakutan itu, pemimpin membaiki diri dan keadaan, maka ketakutan akan bertukar menjadi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Adapun pengampu, demi kepentingan diri, kedudukan dan harta yang diharapkan dari pemimpin, maka mereka akan mendendang lagu-lagu asyik agar pemimpin nyenyak tidur dibuai mimpi indah sehingga akhirnya ketakutan pun menjelang tiba. Hanya cerita-cerita indah sahaja yang sampaikan ke telinga pemimpin, lalu pemimpin pun gembira dan buta hakikat sebenar rakyatnya

Hj. Imran said...

Posting yang membuka minda. Teruskan sudara umar/s.a.m......

Ulasan saya di atas saya petik dari laman web Dr. Maza. Termia kasih.

kiehaa said...

salam,
setuju dgn hj imran

Um@r said...

Terima kasih kpd semua pengulas. Khusus utk Tuan Hj. Imran, sy bersetuju dgn komen yg dilontarkan. Sdr/i Baki, sila taip perkataan "mengampu" di dalam Google Search (:-)). Moga2 ditemui definisinya. Janganlah kita menjadi pengampu dan bersamalah kita menyahkan mereka...

SANGURU said...

Setuju dgn penulis dan tn haji.