SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, February 5, 2010

PENGHAYATAN JUMAAT : KASIH SAYANG

(Baca entry dibawah perlahan-lahan dengan tenang) Pada satu hari di sebuah sekolah, seorang pelajar bertanya kepada seorang cikgu. Ketika itu, cikgu sedang mengajar pelajaran bahasa mengenai kasih sayang. Pelajar : Cikgu, bagaimana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang selain daripada keluarga untuk menjadi teman terbaik kita? dan bagaimana juga kasih sayang tersebut boleh berkekalan? Cikgu : Oh... kamu ikut apa yang saya suruh kamu pergi ke padang sekolah, kamu berjalan diatas rumput. Di hadapan kamu pula cuba pilih rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekalipun. Kemudian, petik rumput itu dan bawa ke kelas. Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumputpun ditangannya. Cikgu : Kenapa tiada rumput di bawa ke kelas? Pelajar : Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik, memang banyak yang cantik tapi dah cikgu kata petik yang paling cantik. Maka sayapun terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. Namun, apabila saya sampai dihujung padang, saya tak jumpa pun rumput yang paling cantik mungkin ada rumput yang paling cantik dibelakang tadi, tapi dah cikgu kata jangan menoleh ke belakang lagi, jadi tiada rumput yang boleh saya petik dan bawa ke kelas. Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Apabila kita telah bertemu dengan seseorang yang kita rasa amat menyayangi dan boleh berkongsi suka duka, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada dihadapan kita. Sebaik-baiknya jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana apa yang telah berlaku tetap dah berlaku dan tak berulang lagi. Ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik dan baik, mahupun lebih banyak lagi yang cantik dihadapan kita seperti rumput tadi. Minda : Berfikirlah apa yang terbaik dihadapan kita dan jadikan pengajaran apa yang berlaku dibelakang kita.

4 comments:

Tulunbunou said...

Hargai la apa yang telah kita miliki sekarang kerana penyesalan tidak berguna... mcm lirik lagu Lotter.. yang berlalu takan berulang.

Salam sayang

kyro said...

Entri yang sangat baik,tahniah Dinakan.

Apabila tuhan menjodohkan kita dengan seseorang itu adalah kerana orang itulah yg terbaik untuk kita.Maka sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada.

Kata pepatah inggeris ada mengatakan bahawa seekor lembu itu selalu mlihat rumput dihalaman orang lebih hijau daripada rumput dihalamannya sendiri.Padahal rumput dihalamannya itu jauh lebih subur dari apa yang dia nampak nun jauh disana.Jgnlah hendaknya kita menjdi seperti lembu tadi.

SANGURU said...

Saya sayang SAM dan saya kasih semua staf SAM.
(Kiranya aku bermusafir, bukan kerana mencari insan lain, hanya mencari dirku dan beberapa perkara yang aku patut cari lagi...)
HIDUP SAM- permuafakatan aneka bangsa dan agama yang unik.

Umar said...

Redha pada takdir, sabar menghadapai ujian... itulah intipati kehidupan dan kunci kebahagian serta kejayaan.