SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul...

(Terlebih dahulu saya memohon keampunan Illahi dan kemaafan kepada sahabat2 pembaca kiranya dalam tulisan ini wujud kesalahan/kesilapan. Yang benar lagi baik itu datang daripada Allah manakala yang sebaliknya datang daripada kelemahan diri saya). Bismillah. Dengan nama Allah. Salam buat baginda Nabi (penghulu sekalian Nabi), salam kepada sekalian pembaca SAM baik yang muslim mahu pun non-muslim. Sesungguhnya kita semua hamba Allah... Hari ini 1 lagi peristiwa penting seantero dunia yang berlaku di hari Jumaat. Tentu para sahabat pembaca sudah maklum bahawasanya banyak sambutan hari kebesaran dan cuti umum tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Maka tepatlah Jumaat itu - "Good Friday". Pada hari ini , telah lahir seorang insan istimewa bernama Muhammad Abdullah lahir menjadi contoh teladan kepada seluruh manusia dan membawa rahmat kepada sekalian alam. Sebagai insan biasa yang terpilih baginda telah diperelokkan budi pekertinya dan itulah jua sifat para nabi dan rasul. Segala sifat-sifat yang baik ada pada insan kamil ini seperti sabar, sederhana, pemurah, pemaaf, pengasih, penyantun, pemalu (malu berbuat mungkar/perkara tidak senonoh), zuhud pada duniawi (tapi tidak pula menolak duniawi), warak (hati-hati dari terjebak dosa hatta yang syubahat sifatnya), alim (walaupun tidak bersekolah tapi dikurniakan ilmu terus dari Allah melalui Jibril), takwa (takut akan Allah semata),istiqamah (terus menerus beramal baik), dan banyak lagi sifat terpuji lainnya. Alangkah baiknya kalau sifat-sifat mulia ini dapat kita contohi bersama sebagaimana kita mencontohi sifat para nabi yang lain sebelum baginda. Seorang orentalis barat (non muslim) ada mengakui bahawa Muhamad bin Abdullah (nabi) merupakan antara insan terbaik pernah dilahirkan di dunia dan telah membawa impak positif kepada dunia khususnya terhadap peradaban manusia sejagat. Sesungguhnya masih banyak yang perlu kita pelajari tentang baginda yang tersurat serta tersirat dalam banyak kitab. Dan ada banyak cara umat Islam khususnya boleh menyambut hari kelahirannya. Berselawat, membuka kitab sirah kehidupan baginda, membaca hadis-hadis baginda, dan apa-apa jua yang boleh menimbul atau menyuburkan cinta terhadap baginda. Rasa cinta itulah kesan tertinggi mengingati Rasulullah, kerana "tak kenal maka tak cinta". Bila tak cinta, segala sunnahnya dianggap bidaah. Bila tak cinta, bagaimana seseorang boleh mendapat cinta dan syafaatnya? Inilah barangkali yang perlu dilakukan oleh insan-insan kerdil seperti saya. Lalu wahai insan-insan lalai seperti saya, marilah wujudkan sedikit ruang kepada baginda Rasulullah di jiwa kita yang selama ini diisi oleh makhluk Allah yang lain. (Khas untuk Cik "M", sama ada mimpi itu benar atau tidak, berbahagialah kerana baginda telah berkirim salam padamu...) Wahai Rasulullah, aku belum sempurnakan itu dan ini, namun telahku sempurnakan yang "1" itu...