SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, February 7, 2010

SALAM PERTEMUAN MAYA DARI TAGIBANG

Salam pertemuan buat pertama kalinya dalam entry ini..Sesuai dengan label posting saya pada kali ini iaitu SUARA DARI PEDALAMAN yang telah diamanahkan oleh admin SAM iaitu Illie, maka saya akan gunakan bahasa pasar untuk memudahkan saya berbicara santai.

Saya tidak tahu dari mana mau memulakan bicara ini kerana perasaan saya ketika ini bercampur baur. Dan perasaan yang paling mengusik jiwa ialah perasaan rindu pada suami, 3hero,keluarga dan rakan2.

Pertama kali menjejakkan kaki di Tagibang ini saya betul-betul rasa asing. Mujur ada kakak saya jadi teman saya di sini dan kebanyakan guru2 yang mengajar di sini juga saya kenal dan hampir kesemuanya berasal dari Kota Marudu dan kebanyakannya berasal dari Tandek. Dan saya tidak menyangka sama sekali bahawa mereka selalu akses SAM ini untuk mengetahui perkembangan terkini daerah Kota Marudu.

Saya mengucapakan ribuan terima kasih pada Guru Besar kerana memberi kebenaran kepada saya meminjam laptop sekolah untuk berhubung dengan dunia luar memandangkan saya tidak membawa laptop saya sendiri.Tapi lepas ni saya akan bawa supaya saya dapat skype sama suami dan dengar suara anak2.

Adeeess...kalau difikir betul2 kan tiada keuntungan ba tinggal di sini ni kecuali bagi mereka yang memang2 tinggal di sini namun bagi kita yang sudah biasa hidup di bawah sana, agak payah menyesuaikan diri dengan keadaan di sini. Sudahlah jauh dari Pekan Kota Marudu dan Pekan Ranau, tiada lagi line hp untuk berhubung dengan dunia luar terutamanya keluarga.Kalau jalan perhubungan bagus, tidak mengapa tapi ini betul2 jalan balak.Berbahaya dan menakutkan.Namun demi tugas dan tanggungjawab terhadap anak bangsa kita, terpaksa juga datang sini untuk kerja.Cari makan bilang orang kampung walaupun di sini bukannya ada pasar raya seperti More Chance dan Su Chung atau restoran seperti Rahaya Cafe yang sering menjadi lokasi pertemuan staff SAM dan pastinya Sanguru, Sawoku dan Coach sering bertemu untuk berkongsi cerita. Teringat Red Guara + susu cair yang menjadi minuman kegemaran ku. Nasib lagi ada school net dan saya boleh melayari internet facebook dan SAM untuk komunikasi.Kalau tidak, boleh kena tekanan jiwa o di sini.

Bercakap tentang penduduk dan murid2 di sini memang jauh bezanya dengan orang2 di bawah sana.Namanya pun kawasan pedalaman...hehehe. Mula2 datang sekolah, semua mata tengok sama saya.Terlampau cantik kali dorang nampak tu.hahahaa.Apa lagi bila diperkenalkan oleh Guru Besar dalam perhimpunan sekolah.baa kaaa.ni kali la.

Dalam kelas Prasekolah, saya dan rakan setugas betul2 menghadapi cabaran untuk mendidik mereka.Bayangkan ada yang tidak pandai cakap Melayu.Komunikasi sesama mereka pun Bahasa Dusun.Dilarang cakap Dusun dalam kelas pun langsung tidak faham..aduuuii, pening kepala yuu. Tidak cukup itu, tabiat memanjat, bertumbuk, bergelut, mengumban batu dan makan duit syiling setiap hari berlaku hinggakan dalam mesyuarat PIBG yang hari Sabtu sebab hari sekolah gantian juga, saya telah beritahu ibu bapa supaya jangan bekalkan anak2 mereka dengan duit sebab ada makan juga di sekolah. Harap2 ibu bapa fahamlah apa yang saya sampaikan itu.Lagi satu kan,apa saja yang saya dan rakan setugas tampal di dinding kelas terutamanya hasil kerja mereka,habis ditanggalkan..

Paling saya lucu bila Cikgu Jawatan cakap.."nunu mamangan dikoo muwung sino..poloon kow obo dino.." dia bilang hahahahahaa.Sakit perut saya ketawa o. Saya tinggal di Prasekolah juga. Ada bilik kecil telah dibuat disudut kelas jadi bilik tidur saya tapi tiada pintu..memang tidak berapa selesa ba tapi tiada pilihan. Rumah guru pun bukan ada.Syukur juga kamar mandi,tandas dan dapur ada dalam bangunan Prasekolah ni.Jadi boleh dikatakan bangunan Prasekolah ini adalah rumah saya..hehehe.

Bila sudah habis kerja dan masa berehat, saya dan kakak saya berbual tentang keadaan di sini. Kakak saya bilang, "Aso tarati sisiti diti...koulau laad iti.." hahaha. baru berabis kami ketawa dua-dua orang...mingkaso mulau kie..mau jalan2 pun mana juga kami mau pergi. Bagus lagi mugupu dan baring2 sambil membayangkan makanan sedap2 di sana KM. Ada satu kali saya diam2 sebab tidak tau apa mau buat, bilang kakak saya.."kada tumongong..milom po tu mulau dati laad.." hahaha. Baru tu kami berabis ketawa dua2..baa kaa. Pombalon po.(Palis2)

Hari jumaat ni kami balik sebab cuti sekolah seminggu.Ditambah lagi saya mengiring kontinjen SK.Tagibang ke sukan MSSM Zon 4 di SK.Gana, saya akan berada di Kota Marudu selama 2 minggu. Tidak sabar sudah mau balik ni.Bekalan makanan pun habis sudah ni.

Sebenarnya banyak kisah lucu yang mau saya kongsikan di sini tapi lain kali lagi la aaah. Syukur po dapat buat entry dari Tagibang buat pertama kali ini.

Hingga bertemu lagi..salam sayang buat semua.

24 comments:

NONG said...

Adeess...sudah saya edit untuk buat perenggan, masih juga begini. nanti saya try edit lagi aah. Pening nanti membaca begini. hehehe

maikong said...

inda apa bah..nong..banyak juga kawan sana..lama2 nah serasi juga itu

doelmajalin said...

Nong..memang begitu kehidupan ini..memerlukan beberapa kilo kesabaran dalam melayari dan mewarnakan kehidupan..kesukaran adalah guru yang mematangkan dayafikir dan dayatindak kita..moga kau menjadi sebahagian daripada warga pendidik yang memberi sinar di sana..salam untuk semua warga pendidik di pedalaman sana.

DINAKAN said...

Salam Nong...
adih.. saya tidak pernah sampai tmpt tu lagi, gambar tempat tu pun saya belum nampak lg.

dari pengamatan sia pasal entry ni, mmg tempat ni perlukan sentuhan YB, mungkin banyak yg boleh dimajukan melalui satu titik permulaan. Contohnya sediakan jalur lebar, kedai runcit bertaraf pekan, lokasi pelancongan menarik seperti aktiviti harian penduduk disana dipasarkan melalui seni kraf jika ada la ba..

kalau sia baca mendalam psl entry ni, mmg perlukan pembangunan. mungkinkah jalan menuju tempat ini sukar dilalui oleh kenderaan kecil seperti kancil, proton atau viva?

Nong..? baik ko buka keahlian SAM disana secara percuma dan edit gambar untuk tatapan semua agar boleh mndapat perhatian serius.

kimsalam kat semua warga disana.

Bunga Negara said...

Saya inda dapat bayangkan perasaan ko Nong. Cerita arwah bapa saya waktu mula2 sampai di Tandek pada tahun 1940 dia pun menangis. Keadaan masih gouton, tiada lagi siapa2 dikenal. - Lebih kurang la kali macam ko itu. Bagus lagi pasal ada laptop dulu2 telepon pun tiada.

Umar said...

Cabaran tu Nong, teruskan perjuangan...

MindaGuru said...

Betapa beruntungnya dapat berkhidmat untuk bangsa sendiri..berikan yang terbaik untuk mereka dan bekerjalah baik2.
Ingat selalu Tuhan dan keluarga...

srixon said...

cuba Nong try jalan kaki konon dari Tagibang pigi Kota Marudu pa mcm berapa hari baru sampai? :-p

ming2elly said...

kalau saya tidak silap la, tagibang ni di sebelah jalan p gana ka? atau tagibang jalan p marak parak tu?

kg gana saya pernah sampai, memang jauh dan kehidupan di sana memang susah...

nong, bawalah perubahan kepada sekolah sana n tagibang... di harapkan juga tempat2 terpencil yang lain turut dapat membangun seiring dengan pembangunan yang wakil rakyat kita usahakan!

ILLIE said...

lagu OLUWAW TALIPINGGANG DI BOOS..sia cipta ketika berada di tagibang..peristiwa ini memang benar2 berlaku..suatu pagi ketika bersiap-siap mau balik sia nampak pegawai daerah KM ketika itu..tuan Ginun Yangus macam kasi naik2 seluar dia dan sambil2 tepuk perut..turus sia tanya.."kenapa ko tuan?"dengan cepat dia balas.." oluwaw talipingang di boos"..hahahaha

ketika zaman pemerintahan PBS dulu..bukan tagibang saja yang harus dilawati malah kampung berhampiran iaitu kg.Nawanon dan Malinsau darat juga termasuk dalam kawasan pilihanraya N.5 Tandek.Tetapi segala urusan2 berkaitan dengan pejabat daerah,urang2 kampung buat di daerah ranau kerana disana lagi dekat berbanding berurusan di KM.Kerana telalu kasihan sama urang2 kampung berkenaan..YB N.5 ketika itu mendiang Datuk Saibul telah mencadangkan kepada YB Ranau iaitu Datuk Siringan supaya 2 kampung ini (Nawanon & Malinsau Darat)diletakan dibawah DUN Ranau untuk memudahkan segala urasan.Atas persetujuan semua pihak,maka 2 kampung ini akhirnya milik DUN Ranau.

Masalah sebenar yang dihadapi oleh penduduk Tagibang ialah perhubungan jalanraya..Untuk melakukan urusan apa2 di pejabat daerah KM..penduduk2 kampung perlu pusing ikut Ranau..KB...ada juga jalan pintas tembus marak-parak tetapi kena jalan kaki..turun bukit naik bukit dan memakan beberapa hari perjalanan untuk sampai di KM.

Diharap projek jalanraya KM-Poring melalui marak-parak akan segera siap kerana ia akan memberi sedikit kelebihan kepada penduduk kg.Tagibang.

nong..kalu ada urang sakit..mau bersalin..manalah diurang buat urusan?

badus said...

Ketika kita dalam misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di dewan Kota Marudu,kamu sudah ada menyebut perkataan Tagibang.Saya tidak tahu pula yang kamu mahu mengajar di sana.Pertama sekali,tahniah.Saya punya pelbagai kenangan di sana,bagi saya yang pernah mengajar di SK Tagibang pada sekita 1989 hingga 1992;inilah cabaran utama seorang pendidik dalam keadaan yang serba kekurangan kita harus bijak memanipulasi kekurangan itu sebagai satu cabaran.Cikgu Mahani adalah salah seorang produk kami.Bermula dengan langkah yang kecil supaya kita boleh melangkah dengan yang lebih besar.Selamat bertugas Cikgu !!!!

sakura said...

ala e2 budak2 tingu 2 bknnya apa tp durang npk ada taik mata ko bh 2.e2 pn nk hairan gam????? nilah karaja durang YB x padai menepati janji.manis kata penuh helah!!!!!!!! msa pilihan raya nk bikin jalan raya konon tp bla pilihan rya da limpas tingu ni kg pn x!!

tinanok said...

hmm..aikk len oo sy fkr..ko pgi kg tu ikhlas ka..ikhlas tuk mendidik taw cma melihat2 sja taw ko trpksa..cuci mata llu membuat pndgan trsndri ttg kg tu..hnya tuk mgkritik,menilai dan menguar-uarkan ttg keberadaan kg tu..ntahlah..mybe ko hrus bljr brsyukur dn mrenungi tujuan asal ko p tagibang 2..yalah sy tidak taw mo ckp apalgi..

tinanok said...

uikss lpa la plk...om 1 pesoalan besar tujuan SAM ni ditubuhkan adakah utk MENGKRITIK tau MENYINDIR,MEMBURUK2KAN sesuatu tmpt??????? Setiap tmpt ada kekurangan n kelebihan masing2.so renung2kanlah kie....yang jernih ambil,yang keruh jan la bh ko ambil....

kiehaa said...

Salam,
Ada jg org mcm ni ar..Yalah, org ckp pisang setandan mmg ada pisang yg buahnya saiz kecik..

Tinanok...sy rasa ko pigi tambah lg la skolah ko jd 15 tingkat...

Saya rasa klu tiada entry sdri nong ni, sy tidak akan pernah tau keadaan tmpt tersebut. Org mcm tinanok sy rasa mundur, sempit dan tidak berfikiran terbuka. Tidak memahami apa sbnrnya yg cuba disampaikan oleh penulis. Ko pi jln2 lah keluar dr sabah. Jgn terperangkap dlm ruang yg sempit.

Admin said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

TINANOK... kaulah paling BUDUH pernah saya jumpa. Kalau kau layak, kau pigi Tagibang ba tolong orang2 sana..

Liposu said...

Sakura & Tinanok ni DENGKI baitu sama c NONG. Bikin malu saja kamu sana.

selingkuhwoman said...

istimewa buat kiehaa, anonymous dan liposu...

bagus juga bah... ada ruangan nikan... takkanlah c sakura n tinanok cemburu kat c nong @ Justina tu... ok apa.. korang pun pernah kah pigi sana... dan dah tanya c nong kah... sama ada dia ikhlas ajar budak2 kat sana.. tawlah sana tu ppedalaman , jadi pasal budak2 tu.. memanglah miskin.. tak sama cam di bandar... jadi kalau nak bantu .. bantulah seadanya... jangan adukcampurkan ia jadi cerita lucu... mungkin sesetengah tu lucu tapi yang lain tak anggap hal tersebut lucu... betul tak nong...

orang bandar, orang pekanpun dulu orang kampung juga...
jadi we.. fikirlah sendiri

jalankan tugas sebagai orang yang betul2 ikhlas... c nong takkan rasa tempat tu menjadikan dia 'mulau'.... n binalah hubungan baik ngan org sana seeloknya bukan mupugupu... itu mupugupu tu anjing saja .. setakat yng saya taw lah...

sekian alhamdulillah amin...

selingkuhwoman said...

saya minta maaf ja kalau komen saya tu da yang tak sedap dibaca tapi kesian bah tu budak2 kat tempat dia tu.. jauh d pedalaman tak terbela dgn sebaiknya sebab serba ketinggalan berbanding org pekan bandardari segi kemudahan...jadi sbenarnya tak hairan mereka tu kelihatan cam'sakai@ kampungan.. 'justeru itu c nong yang ditugaskan di sana bantulah mereka mengenal perkara yg belum mereka ketahui dgan caranya yang paling ikhlas, jujur n tak sprti mempersendakan 'kekurangan' mereka ...
sekian n thnk u

Nunu Nopolah said...

Nong nanti bawa saya pigi Tagibang ok..Take care..

selingkuhwoman said...

bgsla bh 2 NUNU NOPOLAH..buli juga ko rasa jln p kg sana yg c nong ckp jln balak.

sakura said...

atukoi oi LIPOSU...npa pla sy DENGKI ma c nong.ada apa dgn dia???? x ada sbb sy dengki ma dia.sy ckp bg2 cz sy pn pena mengalami kes spt c nong.tmpt sy pena pgi lagila pndlman btl,jln balak pn xa.jln kaki jak p kg 2 mengajar.tp sy xla cam c nong x pndai bsykur ada jln msuk d kg sna 2.

PRASEKOLAH SK.TAGIBANG said...

TERIMA KASIH kepada semua ulasan yang diterakan dalam entry saya ini.

Pertama sekali..saya bersyukur sebab saya dapat kerja juga akhirnya walaupun terpaksa mengharungi kesukaran lebih2 lagi sedang sakit begini...Jangan ingat saya tidak bersyukur dengan rezeki yg TUHAN beri pada saya.

Keduanya, tujuan saya buat entry ini bukan bertujuan untuk memperlekehkan kawasan pedalaman orang2 bukit lebih2 lagi ini kawasan saya sendiri di kawasan N.5 Tandek dan saya cukup sedar diri sebab dulu2 KETURUNAN saya ni pun berasal dari bukit juga...saya selitkan kisah lucu yg saya alami (mungkin tidak lucu bagi sesetengah pengulas) terutamanya kisah kakak saya yg saya paksa untuk temankan saya di sana kerana keadaan saya yg masih sakit.. Saya sebenarnya berasa sangat SIMPATI dgn keadaan masyarakat kita di sana dan sedayanya cuba ingin membantu tapi malangnya entry sebegini sebagai pembuka pengalaman pertama saya berada jauh dari keluarga, suami dan anak2 disalah ertikan oleh sesetengah pembaca..Tapi tidak apalah..saya anggap ini sebagai CABARAN untuk terus bekerja.

Saya memulakan sesuatu entry itu biarlah pada kisah2 ringan dan lucu. Bukannya terus bersifat mengkritik apatah lagi saya ni baru pertama kali sampai ke Tagibang. Sama2lah kita fikirkan kio...

Dan kepada Tinanok, liposu, sakura, selingkuhwoman minta maaf banyak2 jika entry ini menganggu gugat perasaan kalian. Ingatlah bahawa tiada satu pun manusia di dunia ini yg mahu hidup susah.

TERIMA KASIH..SALAM 1 MALAYSIA.

TUHAN MEMBERKATI...