SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, February 24, 2010

SALIRAN AIR BAGI PENANAMAN PADI

Di sini saya ingin menyuarakan satu masalah bagi penduduk Kg. sungai buaya, Kg. Kandawayon, Kg. Baligaton, Kg. Marudu. Di mana masalah yang dihadapi sekarang ialah penutupan saliran air bagi sumber penanaman padi. (saliran bermula dari empangan simpangan dan melalui saliran ini juga kampung-kampung yang berada disepanjang aliran mengalami masalah yang sama) Pihak JPS Kota Marudu telah mula menutup saliran ini ( arrigation ) sejak awal tahun 2009 lagi, bagi menaik taraf serta membaiki saliran yang sedia ada. Namun, sehingga ke hari ini saliran masih ditutup serta tiada perkembangan mengenai waktu siap bagi projek saliran ini. Dijanjikan oleh Pihak JPS Kota Marudu bahawa hanya semusim sahaja saliran air ini ditutup bagi tujuan kerja berkenaan. setelah tempoh tersebut dilanjutkan atas masalah kontraktor, sekali lagi awal tahun ini ianya masih belum ada perkembangan adakah projek tersebut telah siap atau sebaliknya. Baru-baru ini, beberapa penduduk kampung telah hadir ke pejabat JPS Kota Marudu bagi mengadu masalah ini, tapi jawapan yang diberikan adalah seperti berikut:- " kena tangguh lagi 1 musim, kontraktor yang dilantik lambat untuk menyiapkan projek tersebut... " " mau kena tunggu lagi sampai bulan 6, nanti kami cakap sama tu kontraktor... " petani... petani-petani yang dilanda masalah ini telah pun bersabar sehingga sekarang, tapi masih belum ada jawapan yang pasti, " bila kami dapat menanam semula ?" ini lah suara dari setiap petani yang mengharapkan hasil padi ini untuk menyara keluarga dan membiayai anak-anak untuk ke sekolah. tanpa hasil padi ini, apalah pendapatan yang boleh diperolehi oleh petani-petani ini untuk meneruskan kehidupan seharian mereka? kontraktor??? apakah yang telah berlaku? bajet tidak mencukupi? tidak dapat claim? tidak ada sumber? kenapa pihak JPS Kota Marudu tidak meneliti profil kontraktor ini sebelum memberikan mereka kerja ini? atau JPS Kota Marudu hanya sekadar melepaskan batuk di tangga dengan menutup mata sambil memberikan saja kontrak ini kepada mana-mana kontraktor tanpa meneliti sama ada mereka mampu untuk membuat kerja ini atau sebaliknya... adalah diharapkan dengan posting ini, para petani yang terlibat dapat menyuarakan rasa hati mereka kepada pihak-pihak atau badan kerjaan yang dapat membantu untuk menyelesaikan masalah ini. Adalah juga diharapkan agar D.O / YB Anita / MP Kota Marudu dapat membantu untuk memulihkan semula keadaan ini... kawasan yang terlibat:- sepanjang aliran dari empangan simpangan hingga ke Kg. Marudu (JALAN RANAU) JIKA ADA MANA-MANA PIHAK YANG TIDAK PERCAYA KEPADA POSTING INI, AMAT DIALU-ALUKAN AGAR DATANG SENDIRI MENINJAU DI SEPANJANG SALIRAN INI. DAN MELIHAT SENDIRI KEPERITAN PETANI KITA. CUBA TENGOK BERAPA EKAR TANAH PENANAMAN PADI YANG TELAH TERBIAR LEBIH SETAHUN AKIBAT DARIPADA KERJA-KERJA PEMBAIKAN ATAU MENYELENGGARA SALIRAN AIR UNTUK PENANAMAN PADI INI.

16 comments:

maikong said...

INI SEPATUTNYA DIDAHULUKAN, KRN AIR ADALAH KEPERLUAN UTK PESAWAH,.SEPATUTNYA DARI DULU LAGI PIHAK YB(MEMBANTU RAKYAT) BERUSAHA MEMASTIKAN KLU BOLEH..SISTEM PENGAIRAN INI TIDAK BERMASALAH..NAMUN APA YG KITA DPT INILAH..TIADA AIR..MASALAH BUKAN HANYA KG KANDAWON..JUGA BERLAKU D DAMAI/ LAIN2 LAGI...SAYA BERBALIK KEPADA YB SEBAB,,YB AMAT BERPERANAN DLM HAL INI..KLU MEMANG LAMBAT BUAT/TIADA BAJET/MASALAH KONTROKTOR..SILALAH BERHUBUNG DGN PIHAK PESAWAH..BUAT LAH LAGI JANJI2.................

DINAKAN said...

cadangan saya kepada petani, jika perkara ini telah berlanjutan sejak awal tahun lepas lagi ialah ada baiknya jika:

1. Adukan terus kepada KSU Kementerian Pertanian dan Asas Tani W.P.Putrajaya.
2. Aduakan terus kepada Biro Aduan Awam di Menara MAA, Api-Api Centre.
3. Hantar memorendum kpd YB.
4. Kemukakan usul (bentuk bantahan atau pampasan atau cadangan jika perlu) kepada JPS Negeri dan buat salinan kpd JPS KM, Pejabat Daerah dan Pejabat Pertanian KM.
5. Atau aduakan kpd action line Surat Khabar atau Aduan Rakyat TV3.

Mungkin cadangan ini agak kasar atau keterlaluan kerana seolah-olah membelakangkan proses sepatutnya mengemukakan masalah namun, bila lagi mencorakkan perkataan 'RAKYAT DIDAHULUKAN'.

sekadar mencadangkan.

SANGURU said...

Saya percaya kerana saya percaya pd orang2 SAM. Lg pun kes ini boleh nampak sendiri.kes yg hampir sama dgn kes para petani di kg talantang yg pernah SAM paparkan tahun lepas.
Harap yg berkenaan bertanggungjawab dan segera selesaikan masalah.

kyro said...

Dari tahun lalu kes ini sudah keluar dalam SAM.Kenapa masih tiada tindakan pihak berwajip? Ini menunjukkan org yg diberi amanah tidak menjalankan tanggungjawap.Makan gaji buta.Bah apa lagi buat komplen ditempat yang sdr Dinakan cadangkan.Rakyat berhak untuk bersuara.

SANGURU said...

SAM x setanding TV3 tapi ramai juga org2 besar, pemimpin yg baca SAM. Apa yg SAM paparkan jika tak diambil perhatian boleh menurunkan KPI atau NKRA. Harap Sahabat kita DO, YB dan DS Max turun padang@ buat sesuatu. Tq posting yg ada faedah!

Anonymous said...

peminaan telah dilakukan/dimulakan bermakan bajet itu ada, salah yb lagi kah?

SANGURU said...

Sy tak kata salah,sy maksudkan, turun bantu. Mmg klu jadi atasan ni mcm2 hal kena bantu tolong kr klu "org besar" yg bersuara, banyak problema boleh selesai.

maikong said...

org harapan para petani adalah YB,..maka YB kena berusaha utk menjelaskan kepada para petani-klu tidakpun hantar wakil..agar mereka tidak putus asa/marah/mengeluh/...harus diingat KM majoritinya petani....

Anonymous said...

kelewatan itu mesti bersebab, kotraktor ini bagi sya ada dua jenama, pertama kontraktor pentingkan kualiti dan yg kedua kontraktor pentingkan kuantiti...

sya x mau cakap banyak2 sebab buktinya tdk perlu pigi jauh2, di tandek sja...

Anonymous said...

Betulkah cerita ni???, mo sain kelulusan projek ja mesti ada bahagiannya (org bilang untuk pejabat la... entah-entah utk diri sendiri..). Maksudnya, daripada budget asal yg diluluskan atas kertas sudah ada potongan beberapa peratus. Sia dengar ni drp org kg yg dpt projek kecil2an (spt bikin/baiki jambatan parit/sawah, paip, balai-raya dsb..). p/s: saya fikir bayaran/potongan tu dipanggil "management fees" / "profesional fees" / komisin (ni bahasa lembut yg dibentangkan di parlimen untuk bayaran bagi pembelian kapal selam)

Anonymous said...

alamak:

saya tiba2 rasa sangat sedih melihat nasib para petani di kampung2 tersebut. cuba bayangkan kalau tiba2 hilang pendapatan? apa korang rasa?? oren ka.

menangis dulu puas2 ni.

SANGURU said...

Kasihanilah rakyat kerdil. Kita2 yg kira dah senang sikit ni, kenang2 la zaman susah dulu.

Anonymous said...

org kanan Do di pejabat daerah yg minta komisen barangkali tu anon 6:12pm. cuba kamurang siasat siap org yg anon 6:12 maksudkan itu.
Mungkin saya bole agak org yg kau maksudkan itu anon 6:12, klu tidak salah saya perempuan tu kan, baru suka berlagak macam pegawai tinggi. suka menggertak lagi kalu tidak kena bagi duit kan anon.

maikong said...

org2 begini lagi yg anon6:12am..maksudkan yg perlu d cari dan hantar ke pihak berkuasa/..polis/sprm/km/pm/..dll..

Ngingi Lone said...

Anonymous said...
peminaan telah dilakukan/dimulakan bermakan bajet itu ada, salah yb lagi kah?

February 24, 2010 4:46 PM

komen saya..

Dgn hanya beberapa perkataan mudah dari anon di atas sudah cukup utk mengambarkan kepada saya bahawa utk menjadi seorang wakil rakyat bukanlah perkara mudah. Hanya mereka yg cekal,rajin, bijak, jujur dan komited berjuang bersama rakyat tanpa mengira waktu susah atau senang yg layak mengisi jawatan wakil rakyat dan seterusnya layak dipanggil Yang Berhormat.

sementara mereka yg telah terliur melihat kerusi empuk wakil rakyat kerana kedudukan dan periuk nasi semata-mata, tetapi tidak memiliki daya tahan dan keupayaan seperti yg telah saya sebut di atas, mungkin boleh merenung kembali sejauh mana kebenaran bidalan Tun Musa Hitam yg menyebut bahawa kalau masuk ke dalam sebuah rumah, pertama sekali yg kita harus cari adalah pintu keluar.

Rakyat di kampung yang bergantung penuh kepada hasil padi utk mengalas perut anak2 tidak tau apa itu karena birokrasi. Yg mereka tau ialah, kalau mereka tidak menanam padi dapur mereka tidak akan berasap. bila dapur mereka tidak berasap, tolong jgn salahkan mereka kalau pada pilihan raya umum nanti kerusi empuk wakil rakyat pula yg akan berasap.

Anonymous said...

Orang2 VIP tdk pernah mgalami kosong perut kerna lapar. Cubalah diorang puasa 1 hari saja ,baru dorang tau ,apa ertinya LAPAR. Org2 Kampung yg brgantung spenuhnya dgn pghasilan padi akan merasa LAPAR ..perut dan poket. Kalau 1..2..hari ber LAPAR mungkin org kg boleh brtahan.. kalau 365 hari???..apa yg mereka bole makan,bagaimana menyara keluarga bagi mereka yg tdk punya pndpatan sampingan? Kalau masalah air tdk dpt diselesaikan segera..mungkin wujud sebuah daerah AFRIKA di Sabah ni. Tak rasa malu kah???