SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, February 23, 2010

SAM "JUARA BLOG"?...

"Ketika SAM mula ditubuhkan, kami tidak pernah mengimpikan "KEJUARAAN", kami hanya ingin memulakan "LANGKAH PERTAMA"...JUARA atau KALAH, bukan perkara No.1, yang penting anak2 KM ikut berlari dan bukan duduk diam atau berdengkurrr..." - tekONG. BARU-baru ini saya dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa ada seorang pemimpin tinggi UMNO Sabah memuji dan mengiktiraf SAM sebagai antara blog No.1 di Malaysia. Beliau juga kagum dan "respect" dengan Kota Marudu (KM) yang mempunyai ramai bloggers aktif! Dan khabarnya SAM akan dijadikan model blog 1Malaysia. (Terima kasih Datuk "S"!) Agak menghairankan kerana KM adalah antara daerah termiskin di Malaysia namun mampu melahirkan cendikiawan dan bloggers yang berketrampilan. Apa rahsianya? Rahsianya simple - guna PC sendiri, talian sendiri, duit sendiri, otak sendiri. Bukan percuma dari sesiapa. Sebenarnya, kewujudan ramai bloggers di KM tiada kena mengena dengan fasiliti atau kempen atau "support" yang disediakan/diberi oleh mana2 pihak. Ia adalah kerana kesedaran golongan muda/intelek itu sendiri yang tak mahu lagi ketinggalan, dan ingin ikut main peranan membela, membangun masyarakat. Tambahan pula KM memang ramai penulis/penyair/sasterawan yang bertaraf kebangsaan (tidak perlu saya nyatakan siapa mereka. DBP tahu perkara ini). Seperkara lagi rahsianya ialah "Kesedaran kendiri mahu berdikari!" Mereka cinta ilmu maka mereka sanggup melabur untuk ilmu dan perkembangan ilmu. Bayangkan kalau ada prasarana meluas

17 comments:

Anonymous said...

fuhh..yoooo..wow

Anonymous said...

wah..Tahniah SAM. Bah UMNO sudah puji ni SAM, Minta dorang bikin tu jalan KM-KB ba tuan sanggaru. Dorang tu apa pun boleh. Teda rasuah tu. Kroni-kroni dorang pun tidak mau untung tu..kahx4. UMNO mana ada main kroni2 kahx4
Rupa-rupanya tuan sanggaru ada link sama orang tertinggi UMNO sabah pula ni. Bah gunakan la kelebihan ini sebaik mungkin

Ada strategi tersirat ka ni tuan.
UMNO (United Malays National Organization)

Apa pun tahniah. Teruskan. BRAVO. LULUS.

Momogun Kimaragang

DINAKAN said...

aik Anon 9:15am...
sayapun tabik juga kpd org politik yg puji ini SAM. Semoga pujian tersebut dpt meningkatkan lg percambahan minda dlm SAM berteraskan perjuangan yg belum selesai.

utk jln KB-KM mungkin ada baiknya kalau dijemput semua orang2 politk (YB2) seluruh malaysia berkursus BTN di KM dan naik kereta dtg ke KM agar nmpk keadaan jln kita ni yg masih gitu2 juga..hehehe...

SYABAS KPD PIHAK YG MEMUJI SAM... teruskan berinteraksi dan melayari SAM. tq maklumat Sanguru.

Anonymous said...

Betul tu Tuan Dinakan.

Saya tabik dengan pendekatan tuan di dalam mana2 entry di blog SAM.
Tidak terlalu beremosi bila menjawab segala kritikan. Kritikan pun tuan layan. Cadangan pun dilayan.

Satu contoh kepimpinan yang baik bagi saya. My personal view. TQ

Anonymous said...

ya...tahniah juga...sebenarnya KM tidak ketandusan orang2 yang berkebolehan......orang2 nya suda kehadapan TETAPI KM masih dibelakang.....kenapa ini terjadi?sepatutnya seiring..seperti lagu ajai dan nurul "seiring dan sejalan"..orang2 dihadapan ini lah yang terfikir kenapa KM masih dibelakang walhal orang2 nya sudah berada dihadapan...
Kita bagi sokongan kepada ketua yang kita telah pilih untuk melaksanakan tugasnya....dan yang telah dipilih itu..laksanakan tanggungjawap yang telah diamanahkan sebaiknya.....kami diluar sentiasa memandang keadaan KM ini....jika cantik maksudnya ada buat kerja lah....tp kalu itu2 jg...faham2 sajalah kan...ok TQ

DINAKAN said...

aik lain macam ja bunyinya tu anon 10:40am. Tapi apapun tq pendapat, namun saya masih mentah lagi dlm percambahan minda, sbb itulah perlukan tuan2 anon utk berbincang.

Berhubung anon 10:47am,
pendapat saya 'seiring dan sejalan' bagi Daerah KM dan Org2nya jika telah lama dahulu berfikir pasal 'Maju Membangun Bersama Kota Marudu' mungkin 'seiring dan sejalan telah lama tercapai. Tapi hakikat diluar sana masa dulu hingga kini mungkin selalu memikirkan 'Jalan2 cari Makan sambil rehat minum kopi' nah inilah kiasan penyebab KM masih belum dpt menghayati tajuk 'seiring dan sejalan'.

lagi satu, penyebab ialah sejarah tahun 70-an iaitu Sabah negeri kaya dan perkataan kaya atau senang itulah biasanya diwar2kan kpd org luar bahawa KM telah berubah wajah jauh berbanding dgn dahulu.

Justeru, selagi tiadanya suara baru generasi ketiga, suara kebangkitan, suara pembaharuan d buat dan d lontarkan kepada utk tindakan ketua yg dipilih Maka impian melihat 'seiring dan sejalan' akan bertukar kepada lagu Saleem 'tinggal kenangan'.

tq ulasan anon 10:47am yg membuka minda.

maikong said...

tn sangguru boleh nyatakan kah siapa pemimpin Umno itu memuji SAM..supaya kita tau siapa dia dan adakah itu pendapat sendiri atau Umno...terus terang saja siapa barulah org(pengunjung SAM, macam saya kenal dia)...ataupun menteng2 SAM sudah ramai penulis/pembaca/pengkomen/dll..dia masuk buat pujian....

SANGURU said...

Pujian dr mana pun dihargai oleh SAM, yg paling mengharukan bila org kg yg puji. Pujian oleh para pemimpin 1penghormatan,pujian oleh ilmuan 1pengiktirafan,pujian oleh agamawan 1kepuasan. Sebenarnya semua pihak yg sy sebut itu ada buat pujian,penghargaan,pengiktirafan. Terima kasih. Pujian itu x akan mengubah niat dan style. Ia sekadar tonik motivasi...

rumandawat said...

Tahniah dan teruskan ketahap yang lebih baik. Semoga pendapat dan cadangan yang kita utarakan disini, tidak habis disini saja. Semoga ada kesinambungannya.

Anonymous said...

kehadiranmu mula dirasai, berjuang melalui pena amat mendasari maksud dan tujuan, sam jalan terus.....

Hj. Imran said...

s.a.m,penulis,pengulas & pembaca semua taniah! jaga baek2 ini s.a.m.bagiku biarpun s.a.m kadang2 macam berlawan arus dgn YB. yang pait biasanya penawar, yg manis biasanya pembunuh...

Anonymous said...

Tidak perlu kita tahu siapa yang memuji...cukup lah kita tahu SAM dipuji....dipuji bukan kerana kaya, hensem dan bla..bla...tetapi dipuji kerana berani menyuarakan keluhan,masalah rakyat khususnya di KM....Rakyat didahulukan....masalah diutamakan..

SANGURU said...

Tq semua pengunjung. Wpn tuan/puan/sdr/i x dpt post artikel tp boleh menulis d ruang komen. Gunakn la ruang ini utk ketengahkan lontaran idea, info dll. Kdg2, sy akui ada komentar yg jauhhhh lebih canggih dr entry kami sendiri. Bagusss...

kyro said...

Teruskan perjuangan.Pujian tidak bermakna jika suara rakyat tidak diambil kira.

SANGURU said...

Sy hanya bersahabat. Sahabat sy yg sampaikan pujian dari individu berkenaan.saya tidak terikat dengan mana2 parti politik atau pemimpin politik. Saya boleh saja bersahabat dgn sesiapa. Namun ada syaratnya: "jangan halang kebebasanku bersuara yg benar. Jika ternyata aku salah, sila betulkan. Tidak perlu meminta/membeli sokonganku, jika benar dan baik, saya sokong dan bantu".

Gaaman said...

Diharap pimpinan Negeri Sabah/Pusat bukan hanya memuji kewujudan SAM, tetapi yg penting MEMUJI dan MENGAMBIL tindakan sewajarnya terhadap ISU-ISU yg dipaparkan.

Little Mike (LM) said...

Teruskan apa yang baik. Pujian itu ramuan, kritikan itu ubat. Salam perjuangan SAM