SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, February 19, 2010

SAM SUARAKAN ADUAN RAKYAT MARUDU...

Sejak dua menjak ini saya "hilang "gairah" untuk memikirkan hal2 keduniawian. Sedaya upaya saya tidak ingin memaparkan kebobrokan namun semakin saya cuba menjauhkan diri semakin saya dikejar keluh kesah dan rintihan rakyat jelata seperti saya. Bah, berikut aduan rakyat yang disalurkan melalui SAM dan ditujukan kepada pihak yang berkenaan untuk diambil perhatian dan tindakan. 1. Kelewatan "renovation" bangunan Tadika KEMAS di Pekan Tandek yang menganggu proses pembelajaran harian kanak2 Tadika dan Taska. - Ibubapa mahu masalah ini segera dibereskan... 2. Gangguan bekalan elektrik di hampir seluruh daerah Kota Marudu khususnya di Tandek. Kerap berlaku bekalan putus tanpa notis atau penjelasan. Menurut sumber SESB pusat, ini "locality" punya masalah... -Rakyat Marudu mau tahu apa masalahnya? 3. Masalah kepincangan Perumahan untuk rakyat miskin. Kunci telah diserahkan sedangkan kerja2 pembinaan rumah belum sempurna. Kes ini berlaku sekitar N5 Tandek.

41 comments:

PRASEKOLAH SK.TAGIBANG said...

Prasekolah SK.Tagibang pun CINCAI juga cara buat.. Mentang2lah di kawasan pedalaman, maka kontraktor buat kerja ala melepaskan batuk ditangga...

Anonymous said...

kenapa tu JSL kota marudu sangat mahal kalau mau ambil Lesen. Cekik darah betul oh. jauh beza dengan di tempat lain terutamanya di semenanjung.

Di semenanjung - L dan 8jam = Rm750
Di JSL KM = L dan 8jam = Rm1400++
DI JSL KM = L dan 16Jam = Rm1800++

mcm main buyuk saja. :P

Anonymous said...

tuan satu lagi yang ingin saya utarakan ialah keadaan sekola agama yang terletak di pekan lama km.. keadaan usang dan juga siling kelas nampak sangat bahaya...bagaimana kita mahu atasi masalah ini???

Anonymous said...

Tahniah tuan sangguru di atas paparan ini. Pada saya, elok jika perkara ini dipanjangkan kepada YB MP dan YB ADUN kita secara bertulis. Dengan cara ini, saya percaya YB MP dan YB ADUN kita boleh mengesa atau mengarahkan pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan yang sepatutnya. TQ

kiehaa said...

Salam,
Jalankan kewajipan kita sebagai pengguna.
Buat semakan dengan pihak yg berwajib.

airmata ku. said...

Tuan tolonglah, sya sangat memerlukan pertolongan tuan. Tuan bole tolong saya klu tuan mau tolong saya kecuali klu tuan tidak menganggap penting perkara ini. begini bah tuan boleh kah tuan perbaiki disiplin pelajar SMK Tandek yang semakin lama semakin teruk. Banyak kejadian pelajar Smk tandek yg timbul sejak akhir2 ini. mengapa tuan tidak berusaha membantu mendidik generasi pelapis kita yg semakin lama semakin rosak perstasi sosialnya. tuan mereka itu genarasi pelapis kita aset yang paling berharga utk warga tandek. BerNGO tetaplah BerNGO tapi tanggungjawab tuan sebagai warga pendidik/guru jangan di abaikan.. nanti berdosa. minta maaf tuan bukan mengajar cuma mohon simpati untuk mengatasi masalah ini. Mudah2an tuhan memberikan kesedaran kepada kita semua tentang tanggungjawab kita masing2.
bukan hanya tau menyalahkan
pemimpin saja kena tengo juga tanggungjawab diri sendiri. Terima Kasih tuan besar...

yogunggun oku diti said...

aiyah!!. ino boh oi airmataku baru nogi om mingaam reatan dot sup talasu. mad olomi ngah kolungku ong inoh. nga mimang no toh ot monusia moput-oput ot kosilapan id koposion asal po dot poimpasi. daapun po ino tiyuanai tokou monoguang eti koposion tokou sendiri, omboh no ot agagampot tolonon ong opurimanan dot opaat ilobon nga kada tokou no paakanai dot tulun suai to eso e ko dila e ire ot momurimon. teyuwanai diko kee mesisimbar om pepupurimon diko biyoboh.. aduan kou lologoto dikoo.

SANGURU said...

Aitmataku,
Saya dgn mudah dpt mbaca isi hati dan maksud sebenar sdr. Sdr cuba malukan saya? Bermain provokasi? Silap besar. -saya bkn kakitngan krjaan yg goblok dan cincai.
Sekadar membetulkan atitud sdr, sy ingin nyatakan bhw saya x abaikan tugas2 rasmi. iAnda boleh semak atau buat aduan rasmi mana2 peringkat. Tiap pegawai d sekolah ada tugasnya. Pihak sekolah sentiasa berusaha atasi masalah sosial pelajar namunk bidang kuasa sekolah amat terhad dan d luar sekolah begitu bnyk godaan dan kebobrokan. Di rumah apa cerita? Pengaruh negatif luar sekolah amat dahsyat.
Kebejatan sosial pula bkn kegagalan institusi pendidikan semata2 dan bukan tugas sekolah seluruhnya mendisiplinkan pelajar. Jika kes luar sekolah, masykat mesti ambil inisiatif.

TanakGouton said...

Salam perpaduan...

Saya tertarik dengan ulasan saudara/i Airmataku.. Nampak sangat saudara/i ini suka melepaskan tanggungjawab mendidik anak pada pihak sekolah semata2. Jangan lupa, semuanya bermula dari rumah. Ibarat kata pepatah 'marahkan nyamuk, kelambu di bakar' satu perbuatan yg betul2 BODOH..

Saya pun guru juga dan berusaha untuk membentuk akhlak dan jati diri murid2 saya tapi kalau memang murid itu tidak diasuh dengan baik oleh ibu bapa, kenapalah kalau sampai langit ketujuh, sikap, akhlak dan peribadi mereka sendiri tidak akan berubah.

Jadi kalau saudara/i ada anak.. didiklah anak itu sebaik mungkin sebab tiada orang lain yang akan mendidik anak kita ini jadi baik melainkan kita sendiri..

Anonymous said...

saya ingin mengajak tuan2 n puan2 utk menmjenguk sejenak ke balai raya kg. tanjung batu darat. bangunan ini telah lama disiapkan oleh kontraktor dr matunggong tp sehingga ke hari ini balai raya tersebut blm pernah digunakan dlm erti kata sebenar atau terpaksa digunakan kerana keadaan bangunan itu yg terlalu uzur meskipun semasa baru saja disiapkan dahulu. sy rasa budaya mencari keuntungan maksimum tanpa memikirkan hasil kerja yg dibuat sangat bahaya terutama untuk diwarisi oleh generasi yang akan datang. orang kampung sya cakap: TIDAK BERTANGGUNG JAWAB!

kiehaa said...

Salam,
Pendidikan bermula dr rumah.Ianya bermla malahan bermula ketika peringkat janin lagi.

Meletakkan tangungjawab disiplin pelajar kpd guru secara total adalah satu kesilapan. Mereka hanyalah pembimbing tetapi tanggungjawab total adalah terletak dibahu Ibuapa itu sendiri. Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Anonymous said...

kpd Saudara Airmataku:

ramai sangat ker budak sekolah di Tandek yg bermasalah??? mungkin ada segelintir. tapi... masalah itu bukan berpunca dr sekolah ler. memandai2 je ko kan. :P .

Masalah budak2 zaman skg berpunca didikan ibubapa itu sendiri, pengaruh rakan sebaya, dan paling gawat.. masalah dr pelajar itu sendiri. beribu2 kali didik, bagi nasihat, buat mcm2 tapi kalau sudah sifat pelajar tu degil, kurang ajar dll nak buat mcm mana lagi.

nasihat: kalau saudar airmataku ada anak, didiklah dia bagus2. nanti kalau anak saudara bermasalah di sekolah kadang2 sekolah yg menyalahkan ibubapa.

hehehe :P

ILLIE said...

Memang tepat kata pepatah: bapa borek, anak rintik. Di mana tumpahnya taik, kalau bukan ke lubang jamban, kan? Tapi apa yang mahu diherankan sangat. Kalau bapanya anjing, tentu anaknya pun anjing juga..kalau ibubapa menekankan didikan sempurna dirumah kepada anak2nya saya pasti masalah ini tidak akan timbul.Sebaliknya bila ibubapa membiarkan anak2nya tanpa pemantauan maka inilah jadinya yang akhirnya guru sekolah jugalah yang jadi mangsa dan sasaran kerana tidak lagi berupaya membendung masalah yang melanda keluarganya.Jadi kepada pengomen yang bernama "airmataku"..anda telah membuka pekung didada sendiri..

Um@r said...

Kpd sesiapa yg berkenaan:

Saya bukan membela sesiapa, jauh sekali mengampu ketua/bekas cikgu sy. Tapi yang benar tetap benar. Sepanjang saya menjadi muridnya, apa yg sy boleh simpulkan ialah beliau merupakan guru yang amanah, gigih dan amat berdedikasi. Di samping kreatif dan inovatif. Sehinggakan kehadiran beliau di SMK Tandek telah berjaya memotivasikan ramai pelajar secara langsung/tidak langsung. Buktinya banyak. Lihat saja anugerah demi anugerah perkhidmatan yang beliau telah terima. Tiada sekolah di dunia yg tidak bermasalah. Namun, meletakkan kesalahan sepenuhnya kpd pihak sekolah adl satu tindakan individu primitif. Faktor utamanya adl pasti bermula dari rumah dan kepimpinan di rumah itulah yang selayaknya lebih berperanan.

Little Mike (LM) said...

peranan ibubapa SANGAT PENTING. 90% perkembangan sahsia kanak-kanak adalah di ruang rumah. Sekolah untuk perkembangan intelek minda. Di sekolah ada usaha penekanan disiplin, tapi disiplin karekter bermula daripada aplikasi di rumah. Mari kita sama-sama berdoa mudah-mudahan usaha inspirasi pegajaran dan pedagogi guru memberi makna tambahan kepada didikan kata-kata yang bermula dari rumah.

Anonymous said...

Dear Saudara Airmataku:

kenapa bah ko berubah, kenapa bah?? hehehe.. bagus ko nyanyi lagu stacy.


XD

nanti anda jaga betul2 anak anda supaya dia jadi pandai dan tidak jadi mcm diri anda ok.

:P

IsOn said...

Bah, aso no bo ot itamba ku. Noonsi no dot tongo kinoruangan poobus. Semoga anak2 kita terus maju dan berakhlak mulia.

ILLIE said...

amu poh nawi ilo ison..amu poh nosingurup tongo sapor..hahahaha

IsOn said...

Haha poogolon po tongo sapor to Illie. Aso pomotinduk tongo piyak.

Anonymous said...

Saudara Airmataku, noolau no ginawo nu gaam dinoo..nokuro tu waro poh tulun dot KM sam kaiti.., jangan fikir kita ni lebih baik daripada orang lain boh..walaupun orang fikir begitu tidak bermakna ianya boleh menghalang kita daripada berbuat baik, menyampaikan maklumat dan membantu rakyat. Ishh kita ni manusia: lantran itu setiap dari kita pernah melakukan kesilapan bukan. Salah sekali bukan salah selama-lamanya; gagal sekali bukan gagal selama-lamanya.. bagi mereka yng menggunakan aqal dan fikiran. Kau ni Airmata nda da bah fikiran kali ni..

SANGURU said...

Air mata, maafkan saya. Sy terpaksa membela diri kr risau pembaca2 yg jauh, yg x kenal saya akan menganggap saya x kerja dgn betul. Utk makluman sdr dan yg lainnya, sy x suka dan x mencampur adukkan tugas rasmi dgn kerja2 NGO. Sy cukup hati2 juga dgn "rezeki halal". Kr rezeki halal dan kerja halal maka sy sekeluarga sangat bahagia dan merasa "sangat kaya"..
(sy maafkan sdr, dan sdr maafkanlah saya...)

Pemerhati Dr Jauh said...

tidak berpihak kepada siapa2. cuma sedikit penambahbaikan. sy x mempersalahkan AIRMATAKU atau SDRA ANDROD atau pihak pengurusan sekolh. tp sy fikir, apa yg cuba disampaikan olh AIRMATAKU adalah sesuatu yg perlu klta ambil perhatian SEGERA. cuma mgkin cara penyampaiannya agak sedikit ADA KELAINAN. di pekan tandek, pelajar2 sering kelihatan berkeliaran n ada jg yg melepak sambil merokok @ meminum minuman keras d belakang kedai2 yg trdapat d sana (sila rujuk en abd rashit ayuh sb beliau sering terserempak dgn situasi ini). apa yg menyedihkan ialah perkara ini berlaku semasa persekolahan dan mereka memakai uniform SMK Tandek. nah, saya fikir...pihak sekolah berkenaan perlu merancang sesuatu termasuk membuat rondaan berkala d kawasan kedai atau memikirkan sesuatu yg lbh efisen bagi menangani kepincangan ini tanpa melatah n prejudis kpd pihak lain (termasuk ibubapa). ini bukan menuding jari kpd siapa2 tetapi ini adalah fakta yg memerlukan penyelesaian segera. terima kasih dan mohon maaf.

Anonymous said...

Tuan Umar:

Sukung pendapat si tuan umar 100%. Memang masalah disiplin sekolah, kita tidak boleh salahkan pihak sekolah dan guru2..kah..kah

Tapi dalam isu kempimpin di N5 Tandek dan Parlimen Marudu, kita letak tanggungjawab tersebut kepada YB...binggung2.

Kalau kita buat eksperimen, tukar guru-guru yang ada sekarang, boleh kah tu tuan? kahx4

DINAKAN said...

Sdr Airmata...

mungkin saya ni bukannya pakar atau pembela mana2 pihak. Cuma boleh ka sdr airmata jawab soalan ini?

1. budak yg baru lahir, siapa yg ajar bercakap dan berjalan dan minum atau makan?

2. pendidikan bermula dari sekolah atau rumah?

3. siapa yg paling dekat tiap hari atau malam, ibubapa atau guru?

4. bila pelajar ponteng sekolah, minum arak, berjudi, main snooker atau samseng dan gertak guru. Kemudian dikenakan tindakan disiplin oleh guru sedangkan tabiat pelajar tersebut dirumah sungguh sopan santun atau ayu. jika kes sebegini berlaku salah siapa?

5. pernahkah ibubapa setiap hari mengikuti perkembangan anaknya dan jika anak @ pelajar tersebut gagal dalam peperiksaan, sedangkan guru telah mendidik pelajar tersebut bermacam2 kaedah. Salah siapa agaknya?

semoga airmata faham soalan diatas dan dapat bermuhasabah diri. Mungkin jika sdr airmata ingin berdebat atau berbincang lanjut saya boleh menyahut cabaran tersebut.

Um@r said...

Anon 1:11 PM:

Saya: Tiada sekolah di dunia yg tidak bermasalah. Namun, meletakkan kesalahan sepenuhnya kpd pihak sekolah adl satu tindakan individu primitif

Anon: Sukung pendapat si tuan umar 100%. Memang masalah disiplin sekolah, kita tidak boleh salahkan pihak sekolah dan guru2..kah..kah

cuba bandingkan ayat di atas, kontranya amat besar. Sy tak kata, "tidak boleh salahkan". Sy kata, "tidak boleh disalahkan sepenuhnya". Anon sudah silap besar di sini.

(Tapi dalam isu kempimpin di N5 Tandek dan Parlimen Marudu, kita letak tanggungjawab tersebut kepada YB...binggung2.)

Memang anon sudah bingung. menyalahkan dan meletakkan tggjwb yang PALING BERAT kpd pemimpin itu berbeza anon. namapun "isu kepimpinan". Takkan kita meletakkan tgjwb "paling berat" itu pada tukang sapu?

(Kalau kita buat eksperimen, tukar guru-guru yang ada sekarang, boleh kah tu tuan? kahx4)

Rupanya anon masih bingung. kalau masalah disiplin sudah terlalu kronik dan didapati faktor utamanya adl kerana guru2 yg tidak amanah terhadap tugasnya, apa salahnya ditukar. jika masih teruk juga walaupun sudah diberi peluang berpenggal2, bukan sekadar tukar, buang kerja terus. bagi peluang org lain.

Salam dari Kuala Lumpur!

2gether we solve it! said...

BERHENTI BERDEBAT DGN PERKARA YG SDH JELAS N NYATA. PELAJAR SMK TANDEK BERMASALAH N SERING KELIHATAN MEROKOK N MEMINUM MINUMAN KERAS SEMASA SESI PERSEKOLAHAN. ORANG KAMPUNG NAMPAK TP X BRDAYA MENEGUR SB X KENAL ANAK SIAPA. PIHAK PENGURUSAN SMK TANDEK BERTINDAK LAH SEGERA! IBU BAPA MEMG SENTIASA BERUSAHA MENDIDIK ANAK. SIAPA IBU BAPA YG MAU ANAKNYA TERJERUMUS KE LEMBAH SONGSANG? DLM PERKARA INI BERHENTI LAH MENYALAHKAN IBUBAPA SEBAB PERKARA INI BERLAKU SEMASA SESI PERSEKOLAHAN!

kiehaa said...

Salam,
kerjasama ibubapa dan pengurusan sekolah amat bekait rapat. Pelajar skrg ni bukan mcm dulu2. Makin lama makina pintar. Setakat buang gantung atau buang sekolah tiada hal bg mereka. Apatah lagi nasihat, mmg masuk angin keluar asap. Lg2 pula sekarang ni ibubapa tidak suka anak2 mereka kena rotan, silap2 guru pula yg kena saman.

Sy percaya pihak sekolah sudah melakukan apa yg sepatutnya dan prihatin kpd mslh disiplin pelajar mereka. Sebabnya, suatu ketika ada pelajar sekolah SMK Tandek ni bermasalah (ponteng, dsb). Guru kelas dan disiplin SMK TAndek dtg ke rumahnya dan memberitahu keadaan sebenar kpd ibubapa pelajar berkenaan.

Tindakan drastik perlu dibuat sprt penglibatan pihak polis dan sekolah utk memantau perlakuan pelajar ditempat awam. Tapi sendiri mau ingatlah kalu anak anda terkena masuk lokap. Jgn slahkan sekolah pula sebab keterlaluan.

we will b 2gether 4ever said...

rundingcara adalh penyelesaian yg terbaik, bukan hukuman. bukan panggil polis utk tangkap pelajar2 yg brmasalah. ini mgambil jln pintas namanya. amerika tak akn berjaya meneutralkn afghanistan dgn penggunaan tentera yg sememangnya penuh dgn kekerasan. di sekolah, kta ada guru disiplin, kaunselor, malah semua warga pendidik yg ada d sana adalah 'degree holder' dr DG41-DG52. kenapa ambil jln mudah dgn mengarahkn polis menangkap pelajar pula??? fikirkn la kaedah trbaik mengatasi masalah ini krn pelajar2 ini adalh org2 kta jg. kbnykn mrk ini dtg dr keluarga yg agak keterbelakang dr segi ekonomi. JGN LUPA! MEREKA INI AKN MEMBESAR MJADI DEWASA N BAKAL MJADI PENGUNDI YG SAH UTK SIAPA2 D ANTARA KTA YG MAU MJADI 'A FULL TIME POLITICIAN'. trma ksh.

SANGURU said...

"tuan guru/cikgu, andai kata nmpk anak sy mendajal d dalam atau luar sekolah, jgn ragu2 tegur dan mohon jasa baik utk maklumkan pd saya. Klu anak2 saya biadap thdp teguran misalnya, pun tolong laporkan pd saya. Tuan guru rotan saja kalau anak saya buat salah..." - ini semacam dailog org dulu2, namun masih ada insan gol muda ucapknnya cuma tinggal bberapa kerat. Maka usahlh kita hairan sgt kenapa masyrkat kian bobrok dgn masalah generasi muda kita...

Airmataku. said...

Saya secara terbuka mohon maaf kepada semua pihak terutama sekali saudara Dinakan yg memerlukan debat tentang masalah pelajar SMK tandek yg telah saya kemukakan melalui ruangan ini, saya sebenarnya tidak minat dgn debat kerana ia bole mencetuskan suasana yg tidak harmoni cukuplah melalui ruangan komen ini ya.. Sememangnya sya ikhlas tentang perkara ini walaupun cara penyampaiannya lain sedikitlah. ini kerana tidak kelihatan usaha menangani masalah disiplin pelajar SMK tandek yg kian bertambah serius. Maaf sekali lagi sya pun baru tau yg sanguru ini adalah guru DG45 ditandek. Bukannya apa, sya cuma rasa terkilan keranan SAM selama ini memang aktif mencari sumber masalah samaada masalah peribadi/umum/politik/dan sebagainya yang perlukan penyelasaian segrah dan kebanyakan masalah mahu meletakkan dibahu org lain/pemimpin. Tetapi kenapa pula masalah yg didepan matanya dan dibawah sebahagian daripada tanggungjawabnya tidak diutarakan melalui apa cara sekalipun untuk mengatasinya. Klu kita semua memegang dan melaksanakan tanggungjawab mengikut tugas
masing2 dgn penu keikhlasan, Kota marudu ini boleh maju lebih daripada yang kita fikirkan. sekurang2nya maju dari segi perkembangan sosial masyarakat yang berterusan. Betulkah kenyataan kalian bahawa mendidik akhlak murid bukan tanggungjawab guru., Tak kanlah kerja guru hanya setakat mengajar menulis,membaca dan mengira saja.. Saya tidak percayalah kalu begitu Bos ku....

Anonymous said...

Cikgu androd, kita sepatutnya jangan hanya tau terimah gaji saja tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab malah meletakkan tanggungjawab dibahu orang lain. Airmataku betullah apa yang kau cakap itu.. Tak kanlah kerja si androd terbatas hanyalah untuk mengajar menulis,membaca dan mengira. Si androd ini betul2 tidak mengaku bahawa mendidik akhlak murid juga tanggungjawab guru bah. Kalu seorang guru itu suda tidak dapat memberikan tumpuan terhadap tugasnya lebih baik berheti saja bah. Semua org tandek sekarang ini tidak berpuas hati dengan perstasi guru2 di smk tandek sekarang ini kerana mereka tidak dapat mengawal disiplin pelajar. Kes2 spt betumbuk, minum arak, berzina,dadah seringkali berlaku. Bila ditanya mengapa semua ini berlaku., dia jawab ini masalah murid bukan salah guru dan bukan tanggungjawab guru2 dismk tandek. Bodoh..! ini betul2lah bodoh. Klu begini bagus tidak perlu ada guru disekolah SMK tandek. Ketara betul makan gaji Buta.

Anonymous said...

saya ada seorang kawan guru,pada suatu hari dia meluahkan perasaannya pada saya,katanya baru2 ini saya kena tuduh menampar seorang pelajar saya disekolah,pada hal saya cuma menegur pelajar itu kerana dia menganggu pelajar lain dalam kelas,keesokan hari pelajar itu bawa ibubapanya datang sekolah jumpa guru besar dan buat aduan bahawa saya telah menampar anaknya,setelah saya dengar luahannya saya rasa bukan senang juga nak jadi seorang guru.kita tidak seharusnya menyerahkan bulat2 tugas mendidik anak2 kita pada guru.maafkan saya.

Anonymous said...

BUKAN MENYERAHKAN BULAT2 BAH, SEPARU BULATPUN BOLEH LAH.. TU.

SANGURU said...

Susah klu jahil tentang bidang tugas sesuatu jabatan. Sy tahu motif sebenar para anon. Its ok. Jgn harap saya terpengaruh dgn provokasi kalian. Saya cabar sesiapa pun membuat aduan ketidakcekapan saya secara peribadi. Pelanggaran sy thdp etika perkhidmatan dll.
Jangan banding jawatan yb dgn guru. Yb tu atas ikhsan rakyat. Guru/kakitangan perkhidmatan awam itu atas kebolehan dan kelayakannya sendiri. Yb bila2 boleh diturunkan oleh rakyat namun kkitngan perkhidmatan jgn cuba2 gugat terutama yg dah sah jawatan. Sy x ada masalah dgn yg kalian cuba laga2kan.
Kpd anon2 yg x henti2 menyerang peribadi, sila kaji apa bidang tugas hakiki guru. Dan kaji dulu tuduhan anda terhadap saya betul atau tidak. Jgn menpah dosa gara2 berprasangka. Saya sengaja x highlight apa tugas2 tambahan yg sy buat secara sukarela dlm hal2 kebajikan dan disiplin mereka.
Berhentilah mengutuk kerana semakin saya dikutuk semakin saya kuat. Mau saya tambah kuat? Hehe

SANGURU said...

Budak2 yg sdr/i nampak itu ada 2 kes:
1. Ponteng sekolah (pergi sekolah tapi tak masul sekolah)
2. Ponteng kelas ( pergi masul sekolah kemudian menyelinap keluar macam pelesit/pencuri)
pihak sekolah telah melaksanakan kawalan dan tindakan mengikut prosedur. Kena ingat, bidang kuasa pihak sekolah amat terhad. Kami x blh bertindak luar prosedur wpn niat murni kerana sudah bnyk kes guru dihadap ke mahkamah bahkan malukan sesuka hati oleh masyarakat yg kian bobrok! Saya ulangi - bobrok!
3. Secara berkala saya dan unit disiplin buat rondaan sularela. Sy ulangi - sukarela. Ini bukan tugas hakiki kami sebenarmya. Kami terdedah dgn risiko ketika buat rondaan. Misalnya, jika ada murid yg lari kerana takut kami lalu cedera, di mahkamah kami ampai2 salah. Atasan kami pun akan ikut salahkan kami. Tahu?!
Bnyk lagi kekangan di pihak sekolah yg sdr
/i tak tahu dan berapa kerat yg ilhlas ambil tahu?
So berhenti menghentam secara peribadi. Kaji dulu utk kurangkan ralat kesilapan. Jgn sesekali ada yg kata tugas guru mudah. Ini tugas paling menyeksa jiwa raga dlm kebobrokan sistem kehidupan masa kini. Harap penjelasan ini boleh buka minda dan mata hati.

NONG said...

Anonymous said...
Cikgu androd, kita sepatutnya jangan hanya tau terimah gaji saja tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab malah meletakkan tanggungjawab dibahu orang lain. Airmataku betullah apa yang kau cakap itu.. Tak kanlah kerja si androd terbatas hanyalah untuk mengajar menulis,membaca dan mengira. Si androd ini betul2 tidak mengaku bahawa mendidik akhlak murid juga tanggungjawab guru bah. Kalu seorang guru itu suda tidak dapat memberikan tumpuan terhadap tugasnya lebih baik berheti saja bah. Semua org tandek sekarang ini tidak berpuas hati dengan perstasi guru2 di smk tandek sekarang ini kerana mereka tidak dapat mengawal disiplin pelajar. Kes2 spt betumbuk, minum arak, berzina,dadah seringkali berlaku. Bila ditanya

mengapa semua ini berlaku., dia jawab ini masalah murid bukan salah guru dan bukan tanggungjawab guru2 dismk tandek. Bodoh..! ini betul2lah bodoh. Klu begini bagus tidak perlu ada guru disekolah SMK tandek. Ketara betul makan gaji Buta.

February 25, 2010 7:32 AM
________________________________

TERIMA KASIH atas ulasan saudara ini. Saudara silap kalau menganggap pelajar2 smk.tandek itu terlalu kurang akhlak seperti yang saudara katakan..Tiada sekolah di dunia ini yang yang sempurna akhlak murid2nya. Mengulas biar kena pada tajuk post dan jangan menyerang peribadi mana2 staff SAM. Saya kenal cikgu Androd sejak saya beliau mula mengajar di SMK.Tandek pada tahun 1995 dan komitmen beliau terhadap tugas dan tanggungjawab sangat besar.. Jangan sesekali merendahkan maruah seseorang dengan mengatakan "BODOH" kerana dalam banyak hal, tugas mendidik anak2 90% adalah di tangan ibu bapa. Guru2 hanya memberi tunjuk ajar dan bimbingan ketika murid2 berada di sekolah.

Walau siapa pun Saudara Anon ini, TERIMA KASIH banyak2. Semoga saudara akan mampu menjadi ibu/bapa yang sempurna dalam mendidik anak saudara supaya tidak terjebak dengan gejala merokok, minum arak, dadah, zina, bertumbuk. Semua ini sebenarnya bermula dari rumah dan bukan bermula dari sekolah. Hormatilah sekolah kerana sekolah adalah syurga segala ilmu. dan hormatilah guru2 kerana mereka menempuh kepayahan dalam mendidik anak bangsa.

Salam SAM..

YOKU TOBO said...

etu Anon ba yg BODOH tu sebab buta. Mau kasi banding2 tugas guru dan YB? Anon marah bila SAM bongkar segala kesalahan dlm buat projek, bukan hentam YB semata2 baaa... saya kenal siapa anon ni. kalau mau saya sebut pun tiada masalah seperti mana anon sebut nama saudara androd.. macam la androd saja guru di smk.tandek. Anon paling BODOH!!!!!...BODOH seBODOHNYA. tiada yg paling BODOH selain ANON yang ini February 25, 2010 11:51 AM, Anon February 25, 2010 7:32 AM,

SANGURU said...

Saya lebih kasihkan murid2 itu banding para anon yg berkata saya abai tugas konon. Mahu tahukah, rekod malaysia "umur 17th, x pernah sekolah menengah, sy pernah bantu dgn segala kemampuan, pengaruh, wang,masa, dll sampai dia dpt sekolah semula. " kemudian ramai lg kes anak2 dari perbukitan yg sy urus sampai dpt masuk belajar semula. Kenapa hal2 begini para anon x highligt? Anon akan jawab, mana sy tahu!
So, apakah anon betul2 tahu kebenaran tuduhan di atas2 sana?
Idea siapa yg buat rondaan guru, pibg dan agensi lain klu bukan saya semasa sy pk hal ehwal murid d smkt. Skg sy bhg pentadbiran.
- ketara sgt kalian berniat serong. Usah pura2 la. Berhenti jd hipokrit. Sy muak.

Tompinai said...

salam...

Mr anon2 yg menyerang peribadi sanguru..harap anon faham yang bila bercakap tentang tugas2 para guru. Telah dijelaskan yang para guru mempunyai bidang kuasa yang terhad dalam memndisplinkan pelajar.

Contohnya kalau diambil tindakan keras, ada ibubapa yang marah. Bila ditegur, ada ibubapa akan cakap 'ini anak saya'...

Sekiranya kejadian itu berlaku diluar sekolah dan semasa persekolahan, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat(ibubapa) untuk menegurnya. Sekiranya pihak sekolah/guru mengambil tindakan terhadap pelajar sedemikian, nnti dicakap pula ..cikgu jadi penyibuk..dan macam2 lagi anggapan.

Pihak sekolah dan guru2 mmng mempunyai peraturan dalam mendisplinkan pelajar. Dan pasti, setiap guru akan memberi nasihat kepada para pelajarnya.

Jgn disalahkan guru/sekolah membuta tuli tapi kaji dulu, masalah pelajar itu berpunca dari siapa sebenarnya.

Satu lagi kalau benar anon ini seorang yg prihatin? kenapa perlu berselindung..kenapa tidak membuat terus laporan kepada pihak sekolahkah atau pun pihak polis.

Anonymous said...

permasalahan ini masalah kta bsama. jgn salahkn seorang saja spt ckgu androd or siapa saja. d sini la kta mdenggunakn kebijaksanaan kta bsama memberikn cadangan2 bernas utk mengatasi masalah disiplin pelajar ini. BERHENTI SALING TUDUH MENUDUH!

e-Jama said...

org kita mc d takuk lama...pemikiran, pendapat, cara mengutarakan komen,mc jauh ketinggalan..nilai moral 'o'(sebahagian)... yg kita ckp baik,yg kita ckp buruk=org kita,bgus kita kwn2,sukung2 n maju bersama... okon e tuan admin?