SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, February 27, 2010

SETIAP KELEBIHAN, ADA TANGGUNGJAWAB...


(Gambar hiasan)
Salam 1Malaysia. Aku mengingatkan diriku: Setiap kita ada kelebihan, dan setiap kelebihan ada tanggungjawab dan setiap tanggungjawab akan dipertanggungjawaban, baik semasa hayat atau/dan selepas mati. Menjadi hartawan, pemimpin, kontraktor, doktor, guru, dukun, peniaga atau apa saja yang luar biasa, adalah satu kelebihan tapi bukan satu yang perlu dibangga2kan semata2 kerana ada hak2 orang lain yang perlu dipenuhi.
Saya misalnya, selain tanggungjawab sebagai anak, suami, ayah, guru, pentadbir, ahli masyarakat dan sebagai HAMBA ALLAH, akan turut dipertanggungjawabkan tentang tulisan saya sendiri dalam SAM dan hala tuju SAM (kerana saya menekonginya), makanya setiap hari saya memikirkan, mampukah saya menanggung tanggungjawab itu? Rasanya belum bisa. Maka maafkan saya kiranya selama ini ada tutur kata/tulisan yang menyinggung...
Mari sesekali kita membudayakan refleksi diri. Inilah amalan para sahabat nabi2 terdahulu dan para aulia, sehinggakan mereka lebih banyak menangis dari tertawa.

7 comments:

Um@r said...

tuan benar Sanguru... Jika diletakkan bumi, bulan, mthari atau keseluruhannya sekalipun di tangan kanan dan amanah di tangan kiri, ssghnya amanah itu adl jauh lebih berat. Sy juga mengharapkan agar setiap huruf sy yg tercoret di dada SAM ini, bisa menyumbang kpd perjuangan menegakkan kebenaran. Sbg persedian sy menghadapi kematian yg bila2 saja datang menjemput...

Baju Batik said...

Assalamualaikum,
Salam 1 Malaysia
Sanguru & semuanya.

Saya mencadangkan agar, melalui blog ini SAM mewujudkan ruang khas bagi sebarang iklan khususnya bagi warga Kota Marudu mengiklankan sebarang produknya atau mencari sesuatu barangan. Mungkin ini dapat menambah jumlah pengunjung ke blog ini di samping manfaat penyiaran iklan tersebut.

Sekadar cadangan.
mohon komen ini dibersihkan/ dipadam jika tak dapat dipertimbangkan dan tx sesuai.

tq.

SANGURU said...

Cadangan Baju Batik sangat bagus. Akan dikaji dari segi perundangan. Buat masa ini kami bukan blog komersial dan tidak mahu dianggap komersial. Semua berita yang disiarkan dalam SAM tidak berbayar.
Jika menyiarkan iklan tidak jadi kesalahan, pihak SAM sedia membantu usahawan kecil. Tk.

Anonymous said...

SAM cuba kamu ambi gambar sekitar kaki lima kedai more chance dan kawasan lain2 disekitar KM yg pincang biar PM dan CM tatap setiap hari dan kita tengok impeknya

SANGURU said...

Ok. Sya faham. Akan diusahakan.tk

Anonymous said...

ini mentor yg hebat. Berbuat baiklah selagi hayat dikandung badan. Tiada apa pun yang kita boleh bawah dari dunia ini bila tiba masanya tuhan menjemput kita. Langit tidak selalu cerah tidak juga mendung selalu biasalah hidup penuh dengan cabaran tetapi Firman tuhan jangan dilupa seperti Harun tuhan murkah dan seperti Musa tuhan suka seperti Nuh tidak binasa.

SANGURU said...

Ya, kr akhirnya....