SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, February 10, 2010

SLEEPING BEAUTY SYNDROME

Ketika masih kanak2 dan bahkan mungkin sekarang pun, kita selalu mendengar, membaca dan menonton fairy tale tentang Sleeping Beauty. Cerita yang mengisahkan bagaimana seorang puteri raja yang cantik telah tertidur selama 100 tahun sebelum seorang putera raja yang tampan datang menciumnya, barulah sang puteri raja tersebut terbangun dari tidurnya yang panjang... Kita mungkin tidak menyangka bahawa cerita tentang Sleeping Beauty ini benar2 wujud! Kejadian yang jarang berlaku dan biasanya dialami oleh kanak2 ini dinamakan Sleeping Beauty Syndrome dan dihidapi oleh kurang daripada 1000 orang di seluruh dunia. Apabila keadaan ini berlaku, penghidap akan rasa mengantuk dan seterusnya tertidur dari beberapa hari ke beberapa minggu. Apa yang merisaukan ialah mereka sangat sukar untuk dibangunkan walaupun hanya untuk makan, mandi dan berkumuh! Para doktor pakar sehingga kini tidak tahu apakah punca keadaan ini berlaku. Spekulasi yang terdekat ialah kemungkinan jangkitan sejenis virus yang menyebabkan rangsangan pusat tidur di otak. Lebih malang lagi kerana belum ada rawatan terhadap sindrom ini sehingga kini. Cuma sedikit melegakan kerana biasanya keadaan ini akan pulih dengan sendirinya apabila penghidap semakin dewasa. Sementara kajian terhadap fenomena ini masih diteruskan. Mungkinkah sindrom seperti ini juga berlaku di Kota Marudu? Bukankah Kota Marudu sudah lama 'tidur' dan perlu di'bangun'kan? Sampai bila Kota Marudu terus menjadi kanak2 dan menghidap pula sindrom ini? Jika menjadi dewasa adalah penyelesaian kepada sindrom tidur ini, maka daerah ini perlu menjadi dewasa atau perlu didewasakan. Nota: Posikno! (Bangunlah!)

3 comments:

Um@r said...

3 keadaan akan berlaku apb kita membangunkan org/sstu:

1. Marah- kerana, belum cukup tidur sudah dipaksa bangun.

2. Lemas, malas & pening kepala- kerana, terlebih tidur.

3. Buat2 pekak- kerana, sedang dibuai mimpi indah.

Yg mana satu sedang melanda Kota Marudu?

SANGURU said...

Org marudu kurang motivasi, keupayaan dan daya geral. Mereka kecewa, ragu dan jadi pesimis. Salah satu cara mereka "merawat" duka dgn "tidur". Marudu kaya dan berpotensi, rakyatnya bukan pemalas atau penidur, mereka hanya perlu daya momento maju kedepan. Dan ini memerlukan team kepimpinan yg iklas berkorban utk KM.

kiehaa said...

Kita banyak tidur dan tambah lagi tidur sebab banyak melogop kali