SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, February 15, 2010

TAHUN BARU CINA 2010: KEMERIAHAN DAN KEMUNGKINAN

KOTA MARUDU, SABAH: 14 hb lepas saya menziarahi sahabat Cina saya. Satu tradisi kunjung mengunjung yang telah terjalin sudah lama sebelum pun ada slogan dan kempen "1MALAYSIA"... Dalam kesempatan itu, sahabat saya menunjukkan buku tahun baru. Menurut ramalan, kemungkinan tahun ini kemarau (Lihat gambar atas: Jika "orang tua" pakai kasut, itu tanda kemarau.) Malam semalam pula saya membawa keluarga menonton pertunjukan bunga api dari kejiranan masyarakat Cina sekitar Lotong, berhampiran taman perumahan kami. Sungguh meriah dan gilang gemilang. Setidak2nya orang bukan Cina dapat berkongsi "percikan cahaya warna warni" secara percuma. Inilah keunikan masyarakat Malaysia khususnya di Kota Marudu. Semangat 1Malaysia sudah sekian lama terjalin tanpa paksaan atau tanpa perlu kempen besar2an. Ia semangat yang lahir atas persahabatan dan rasa kemuhibbahan. Semoga keharmonian ini kekal dan mampu dipertahankan dari sebarang anasir yang boleh mengugat dan merosakkan. Amin.

2 comments:

Hj. Imran said...

Salam 1Malaysia.

Membanggakan Sanguru. s.a.m tidak silap memilih sudara sebagai ketua@tekong. Pergaulan Sanguru luas meliputi pelbagai bangsa dan ugama. Maju terus!

Um@r said...

Bersama kita mempertahankannya. Salam 1Marudu!