SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, March 31, 2010

Pembangunan yang menggembirakan rakyat...

Salam sayang buat semua pengunjung SAM,
Daerah Kota Marudu semakin pesat membangun sejak akhir-akhir ini. Kemudahan prasarana juga semakin mudah untuk diperolehi. Ceramah pertanian,perindustrian, keusahawanan diadakan hampir setiap minggu. Masyarakat Kota Marudu khasnya sangat bertuah kerana kerajaan begitu komited untuk membawa mereka keluar dari belenggu kemiskinan.
Salah satu pembangunan yang sangat menggembirakan penduduk kampung ialah penyediaan kemudahan elektrik yang sedang dalam pembinan  telah sampai ke beberapa buah kampung Daerah Kota Marudu yang sebelum ini tidak mempunyai kemudahan tenaga elektrik. Diantaranya adalah seperti Kg.Marak-Parak, Kg.Minitampak 1, Kg.Minitampak 2 dan Kg.Makatol  Laut  serta beberapa buah kampung tidak ketinggalan kawasan kediaman penulis sendiri iaitu Bunou.
Hasil daripada tinjauan penulis, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh pihak kontraktor semasa pemasangan tiang elektrik. Seperti jarak tiang elektrik dari jalanraya serta kondisi tanah tempat pemancangan dibuat. Ini adalah bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku seperti tiang elektrik tumbang dan menghempap kenderaan atau penduduk kampung.
Berikut adalah beberapa keping gambar  yang telah penulis rakamkan.

Jalan ke Kg. Makatol Laut, Kota Marudu

Kg. Minitampak 1, Kota Marudu
(Bangunan berwarna biru adalah balairaya kampung yang sebelum ini digunasama oleh Tabika Perpaduan yang telah dipindahkan ke Kg.Salimandut, Kota Marudu)

Simpang masuk ke Bunou, Kota Marudu

Kerja-kerja pemasangan sedang dilakukan di Bunou, Kota Marudu
Semoga perkhidmatan elektrik yang terbaik akan diperolehi bersama oleh semua penduduk Kota Marudu.

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN SAMPAI TAHAP MANA SUDAH?

Apabila bercakap tentang rakyat, kita semua adalah rakyat. Maka kita bercakap atas dasar hak kita sebagai rakyat. Apabila bercerita tentang pemimpin, kita semua ada tugas sebagai pemimpin tidak kira pemimpin di peringkat rumah, kampung, tempat kerja mahupun peringkat tertinggi. Apa yang saya ingin tekankan ialah pemimpin di peringkat atasan. Apabila pemimpin memimpin secara ikhlas untuk kemajuan dari segala aspek positif, maka wujud dalam hatinya untuk mendahului apa yang dikehendaki rakyat. Kerana dia sedar dia adalah pemimpin pilihan rakyat. Harapan rakyat tersandar di bahunya. Namun begitu, sungguhpun ada pemimpin ikhlas memimpin rakyat, sekiranya ada di kalangan orang bawahan yang khianat terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan keatas mereka, selogan 1 MALAYSIA @ "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" hanya tinggal sebut-sebutan. Saya ingin berkongsi dengan para pembaca SAM tentang satu teka-teki yang pernah diutarakan oleh Iman Al-Ghazali.
  • Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini? Jawapannya AJAL
  • Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini? Jawapannya MASA YANG TELAH BERLALU
  • Apakah yang paling besar di dunia ini? Jawapannya NAFSU
  • Apakah yang paling berat di dunia ini? Jawapannya AMANAH
  • Apakah Yang paling ringan di dunia ini? Jawapannya MENINGGALKAN SOLAT
  • Apakan yang paling tajam di dunia ini? Jawapannya LIDAH MANUSIA..
Jangan jadi pemimpin kalau:
  • Jangan jadi pemimpin kalau niat kerana pangkat
  • Jangan jadi pemimpin kalau niat kerana harta
  • Jangan jadi pemimpin kalau niat kerana kemegahan
  • Jangan jadi pemimpin kalau niat kerana pujian
  • Jangan jadi pemimpin kalau tidak tahu cara memimpin rakyat
  • Jangan angkuh
  • Jangan sombong
  • Jangan ikutkan nafsu
  • Jangan lupa hari pembalasan.......
Kesimpulannya, janganlah berebut-rebutkan pangkat, kerana di setiap itu tertanggung amanah yang cukup berat. Bagi yang sudah jadi pemimpin kelas atasan , PENCAPAIAN SAMPAI TAHAP MANA SUDAH???

Siapa Betul???

Kota Marudu, Sabah: Seorang pemilik kenderaan amat tidak puas hati kerana disaman RM2,000 oleh pihak Jabatan Alam Sekitar pada 23.2.2010 jam 10.45 am atas kesalahan asap kenderaan, bacaan 85.5.





Pemilik telah membuat pemeriksaan di Puspakom Kota Marudu pada hari yang sama 23.2.2010 jam 4.05 pm. Bacaan hanya 29.1.





Persoalan kita sekarang siapa betul? Untuk makluman, kenderaan ini baru berusia kurang 3 tahun. Model green enjin, bahan bakar disel hijau. Komen peribadi saya: pemilik kenderaan menjadi mangsa! Siapa mahu tampil membantu, sila bantu. -"Rakyat dikasihi, Pemimpin dirahmati".

Monday, March 29, 2010

Aura : ISI MARUDU (BHG 6-RANJAU PERJALANAN PENUH ISU TANAH KM)

Selama seminggu merantau dari Ranau hingga ke Labuan, pelbagai luahan dan perasaan ditemui sepanjang perjalanan tersebut. Namun, paling menggembirakan ialah semua insan yang ditemui secara tidak langsung ialah penduduk asal Daerah tercinta Kota Marudu.

Panas..panas..panas..!!! itulah bunyi ditelinga apabila mendengar kepelbagaian luahan yang dilontarkan oleh insan2 yang ditemui tersebut, apa tidaknya kalau semuanya berkisar tentang isu tanah. Sedih..sedih.....hati bila mendengar luahan mereka berserta linangan air mata. Namun, hakikatnya apalah yang boleh dibuat jika 'nasi sudah menjadi bubur'.

'saya ni tuan... rasa macam lebih teruk daripada PATI, pasal mana ada lagi tanah yang tinggal', ' kau tau tuan... habis tanah saya diambil oleh itu kontraktor, dia tipu saya konon mau urus itu tanah di KK, tapi sekarang tanah apa lagi..', 'inilah syarikat begeraya... kalau di kasih biar, lebih 50% sudah tanah-tanah d kawasan N5 Tandek, habis dia sapu...buduh betul..!', 'saya sudah mengadu sama YB, DO, Pej. Pertanian dan banyak lagi pasal tanah ini... tapi, apa juga tindakan dorang buat... barangkali, baik saya sendiri buat tindakan..' itulah antara kata-kata mereka ketika ditemui.

apakah satu masa nanti warga Kota Marudu akan jadi pelarian di bumi sendiri?......renungkanlah...bagaimana untuk membantu mereka?

Sunday, March 28, 2010

"HAR-INSAN"

Dasawarsa ini, ramai yang kecoh soal satu pelaburan yang walaupun modalnya besar tapi keuntungannya berlipat kali ganda. Pelaburan apa lagi kalau bukan, pelaburan hartanah. Contoh paling mudah, rumah. Kalau rumah itu dibina di kawasan yang strategik, besar kemungkinan harga/sewa rumah tersebut semakin lama akan menjadi semakin mahal. Tidak seperti kereta yang harganya semakin lama semakin menurun. Lantas, berlumba-lumbalah orang sekarang membeli rumah. Hingga ada yang sanggup membuat 2-3 pinjaman perumahan untuk dilaburkan ke dalam pelaburan hartanah. Adakah saya akan kata fenomena ini tidak sihat? Tentu sekali saya tidak akan kata begitu. Bagi saya, fenomena ini sangat wajar.

Bagaimanapun yang menyedihkan di sini, ramai yang lupa tentang satu pelaburan lagi iaitulah, pelaburan "HAR-INSAN" (yang tadi HAR-TANAH). Apa yang saya maksudkan pelaburan "HAR-INSAN" adalah pelaburan yang dibuat pada anak, keluarga dan masyarakat kita. Atau istilah kotemporarinya adalah pelaburan Modal Insan. Ramai yang kemaruk mengejar hartanah (umpama seekor tapir yang sudah 11 bulan tidak mengawan) sehingga tergadai "HAR-INSAN". Bahkan ada yang bukan hanya tergadai, tapi sengaja menggadaikan maruah anak/keluarga/masyarakat atas jenama hartanah. Mungkin juga ramai yang buta sehingga tidak dapat melihat bahawa pelaburan "HAR-INSAN" itu jauh lebih menguntungkan dan tuntutannya lebih aula. Tapi...

Renungkanlah saudara. Saya bukan anti pembangunan tapi seelok-eloknya biarlah pembangunan hartanah itu seiring dengan kemajuan "HAR-INSAN". Kita tidak mahu negara kita kaya, tapi masyarakat porak peranda seperti seekor ayam jantan yang dipukul lehernya. Saya paparkan tajuk ini bukanlah niat untuk mengajar monyet memanjat pokok. Ianya hanyalah sekadar satu perkongsian yang mudah-mudahan ada manfaat di dalam rangka mengangkasakan Permata Bangsa Malaysia amnya dan Marudu khasnya.
“In looking for people to hire, you look for three qualities: INTEGRITY, INTELLIGENCE, and ENERGY. And if they don’t have the first, the other two will kill you.” -Warren Buffet-
Sent [by Um@r] via Nokia 3310 from Selkom

Saturday, March 27, 2010

Marudukini, Marudunanti...

Nanti dipengaruhi kini. Contoh; jika kini lewat tidur, nanti esok susah bangun. Marudu pun demikian juga. Marudunanti dipengaruhi beberapa variable. Misalnya; siapa pemimpin dan orang2 kuat dalam parti-parti utama di Marudukini, siapa pemilik perniagaan utama, siapa pemilik-pemilik tanah dalam town area, siapa yg pegang politik, siapa pegang ekonomi, bagaimana status sosioekonomi pribumi? Dan berbagai item soalan lagi. Saya tidak cukup arif, maka saya tinggalkan permainan minda ini untuk kita mainkan bersama. (Dalam mindaku merasa sangsi dan risau; Marudunanti apakah untuk bangsaku pribumi?...)


-"Hello para pemimpin, kita fikirkan bersama. Kerana kita sebangsa (pribumi) dan sedaerah"...

Friday, March 26, 2010

Jom Marudu Boleh!




Pihak sekolah baru menerima undangan menyertai pertandingan inovasi anjuran MOSTI. Saya sudah lama tahu kerana telah dihubungi beberapa bulan lepas. Jika tiada perubahan perubahan, pihak penganjur akan meminta saya mengadakan ceramah dan bengkel berkaitan inovasi khusus kepada para pelajar. Pertandingan ini menyediakan hadiah lumayan berserta piala dan sijil meliputi kategori sekolah, wanita, komuniti, pereka muda dan OKU. Keterangan lanjut layari www.malaysiainovatif.gov.my atau www.mosti.gov.my. Ayuh orang2 Marudu, kita sertai dan juarai! (jika berkesempatan, saya akan sertai).

BERMULANYA PERSIDANGAN DUN SABAH

Tidak lama lagi Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah akan bermula. Mungkin persidangan kali ini adalah persidangan yang hangat membuka minda masyarakat Sabah amnya dan Kota Marudu khasnya. Semoga persidangan kali ini akan menghangatkan Dewan dengan keperlbagaian perkara yang akan disentuh oleh Yang Berhormat. Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ketiga Belas akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Bin Abdullah pada 15 April 2010 di Perkarangan Dewan Undangan Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Manakala Persidangan Dewan pula akan bermula pada 19-22 April 2010.

Thursday, March 25, 2010

C.e.l.a.r.u

Aku keliru dan kabut
tentang erti kasih sayang
umpama seorang tua
yang meracau gila.

Di sangkar kebencian
aku dirantai
nuraniku disebat
berpercikan darah ketakutan.

Jiwa berantakan
fikirku kacau berputar
jasadku yang longlai
kini menjadi karma berpuaka.

Masih tersisakah sinar
buat diri yang robek berkecai
atau hanya kebobrokan
menghaprakkan impian.


Serambi
25 Mac 2010

"Doktor Rakyat"

Apakah aku keterlaluan memilih nama timang2an di atas? - aku ada asbab...Begini; Dulu2, maksudku masa menengah rendah, cita2ku mau jadi doktor sesuai dgn status sebagai pelajar terbaik tingkatan ketika itu. Cita2 itu akhirnya tidak lagi menarik jiwaku atas sebab2 tertentu apa bila bersama rakyat glandangan dan pelarian ekonomi dari Felipina dan Indonesia di hutan belantara semasa ikut mencari duit saku menyambung nyawa pengajian ke universiti. Kata hatiku - aku perlu menjadi selain pak doktor. Harus merakyat kata jiwa mudaku yang masih mentah ketika itu.

Dipendekkan cerita, aku tidak menjadi doktor. Setelah mencuba2 1,2 kerja, aku menjadi rakyat kampung sambil menjadi guru. Tapi masih juga "doktor rakyat" yang sesekali pandai mengajak rakyat "teriak" meminta hak-hak mereka. Dan kekadang merawat sakit rakyat, Misalnya 2,3 hari ini, aku menjadi supir kepada sahabatku dari Malang. Beliau mengobatin 7,8 orang rakyat kampung yg benar2 sakit (tak tersembuh oleh pak doktor hospital). Aku enjoy meski hanya supir yang tahu siapa yg sakit dan dimana kampungnya. Barangkali Tuhan kasihan aku ngak jadi "doktor hospital" maka dijadiin aja "doktor rakyat"? "Apa betul begitu, pak "S"?" - nga ada jawapan kerana beliau barusan petang tadi meninggalkan marudu, sedang semalam hujan rahmat membasahi bumi lahirku yang hampir 3 bulan sudah tak ditimpa hujan...
-"Rakyat dikasihi, Pemimpin dirahmati".

Wednesday, March 24, 2010

KECIL TIDAK BERMAKNA LEMAH

Tom and Jerry Show merupakan rancangan kartun kegemaran saya sejak dari kecil. Saya suka melihat gelagat lucu di antara Tom (si Kucing) dan Jerry (si Tikus). Kadang2 watak tambahan, Spike (the bulldog) turut menggamatkan cerita. Boy saya yang paling kecil, berumur 4 tahun 4 bulan, juga sangat suka menonton rancangan kartun ini dan selalu ketawa terbahak2 melihat 'kekreatifan' Tom dan Jerry saling 'membuli' antara satu sama lain.

Apa yang menarik perhatian saya dari dulu sehingga kini ialah saya dapati dalam siri kartun Tom and Jerry Show ini, Tom (bukan Tompinai SAM) merupakan mangsa yang paling malang sekali. Kadang2 memang Tom yang dulu-duluan membuli Jerry, tapi selalu juga Jerry yang terlebih dahulu mencari pasal dengan Tom. Dan dalam kedua2 kes ini, hampir setiap kali di hujung ceritanya, Tom yang paling teruk kena 'belasah'. Kadang2 saja Tom 'menang' atau kedua2nya berkawan baik. Jika watak Spike masuk, dia sentiasa membawa watak protagonis Jerry.

Kadang2 saya kasihan melihat Tom. Si kecil Jerry selalu saja ada idea yang lebih baik untuk mengenakan Tom. Kadang2 Tom hanya mampu menangis kerana sudah kehabisan akal untuk 'menentang' Jerry. Jerry pula sering mentertawakan Tom. Manakala Spike, dia selalu menunjukkan muka bengis kepada Tom dan Tom memang takut dengan Spike. Setakat sekarang begitulah jalan cerita utama Tom and Jerry Show ini.

Saya melihat semula dalam keadaan nyata, kisah buli-membuli ini sebenarnya sering terjadi di mana2. Cuma biasanya kita dapati yang lebih besar dan lebih berkuasa yang selalu membuli yang kecil dan lemah. Tapi benarkah yang kecil itu memang lemah? Tom and Jerry Show memperlihatkan kepada kita bahawa si kecil boleh menumpaskan si besar. Mungkin inilah sebenarnya mesej utama dalam rancangan kartun tersebut; kecil tidak bermakna lemah.

Nota: Anak2 Marudu, tidakkah selama ini kita rasa seperti 'dibuli' oleh 'orang2 besar'? Janganlah terus menganggap diri seperti kebanyakan tikus yang terus menikus. Kita patut mencontohi keberanian si cerdik Jerry.

Berapa Bini Sudah?

Bagi mereka yang sudah berumahtangga, setiap kali berjumpa atau terserempak dengan kenalan lama, biasanya soalan tertutup (istilah kaunseling) yang biasa ditanya dulu adalah, "Berapa orang anak sudah...?".

Jika anda semua perasan, soalan-soalan seperti ini kebanyakannya keluar dari mulut orang-orang yang terlibat di dalam gerakan dakwah atau badan yang membawa perjuangan tertentu.

Kelompok ini tidak akan terus bertanya tentang pencapaian perjuangan masing-masing, kenapa? Pada hemat saya, mereka berfahaman bahawa kehebatan perjuangan itu mempunyai kaitan yang amat rapat dengan kemantapan pengurusan Institusi Kekeluargaan seseorang.

Di samping perjuangan itu seeloknya bermula dari rumah, barangkali mereka juga menekankan pentingnya ada barisan pelapis, agar sesebuah perjuangan itu tidak putus di pertengahan jalan.

Yang membuatkan dada saya kembang kempis ialah, tidak lama dulu tiba-tiba saya disergah dengan soalan daripada seseorang dengan pertanyaan, "Berapa orang bini sudah...?" (bukan, "Berapa anak sudah...?"). Mestilah saya jawab, "...hanya baru seorang.".

Persoalan yang ingin saya pulangkan kepada pembaca sekalian adalah, adakah bilangan bini juga menggambarkan kehebatan perjuangan seseorang? Pening...

Monday, March 22, 2010

Aura : ISI MARUDU (BHG 5-MODEL EKONOMI BARU - MEB)

Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan satu pendekatan dan langkah berpandangan jauh untuk melonjakkan negara ke persada dunia. Ianya juga di yakini untuk membawa anjakan perubahan dalam dimensi ekonomi negara jangka panjang dan menjadikan negara kita sebagai negara yang berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020.

Akhbar dan media alternatif serta siaran televisyen juga banyak memperkatakannya, namun sedar atau tidak golongan masyarakat luar bandar Negeri Sabah, khususnya Daerah Kota Marudu masih belum memahami dan mendengarnya secara meluas. Justeru itulah, Kerajaan Negeri harus mencari satu formula bermula dari sekarang untuk merancang bagaimana untuk memberi penerangan berkenaan MEB yang berteraskan transformasi Negara.

Mungkin Wakil Rakyat kita akan mendapat penerangan berhubung MEB sebelum sebarang perbahasan atau perdebatan yang bakal menggegarkan masyarakat kita di masa hadapan dengan menerangkan secara berperingkat di setiap kampung-kampung yang terdapat di Kota Marudu.

Dengan memberi penekanan kepada inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi bagi memacu pembangunan bersama kerajaan. Jaminan bahawa kerajaan sesekali tidak meminggirkan masyarakat luar bandar harus diberikan agar matlamat gagasan 1Malaysia tercapai.

Bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), perlaksanaan pembangunan bagi memastikan rakyat luar bandar terus maju dan makmur harus direncanakan awal bermula dari sekarang dan tumpuan kepada Negeri Sabah amnya serta Kota Marudu/Pitas khususnya patut dibuat. Manakal input pembangunan yang dirangka juga wajar dimaklumkan awal kepada masyarakat berteraskan tambahan peruntukan sebanyak RM750 juta oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini.

Hakikat daripada program e-Kasih yang didaftarkan seluruh Malaysia, sebanyak 543,000 penduduk miskin berdaftar dalam program tersebut termasuk Daerah Kota Marudu. Tetapi persoalannya adakah setakat ini sahaja jumlah penduduk miskin? Mungkin, wakil rakyat kita akan dapat turun padang bersama badan kerajaan dalam meninjau taraf kemiskinan sebenar yang terdapat di Daerah Kota Marudu.

Manakala berhubung arus pembangunan perdana yang dibawa ke Kota Marudu, adakah cara membantu masyarakat di Daerah ini hanya sekadar mendengar cakap-cakap orang? menerusi akhbar? menerusi JKKK atau Ketua Kampung? atau membuat penilaian pembangunan sekilas pandang?

Dasar Transformasi mungkin dapat menjawabnya apabila wakil rakyat dan kakitangan kerajaan di Daerah Kota Marudu turun padang mendengar, berbincang dan melihat sendiri bentuk apa bantuan pembangunan sepatutnya dihulurkan. Kerana, jika kanak-kanak tidak dapat bersekolah disebabkan sekolah terlalu jauh, mungkin menambah bilangan sekolah di Daerah ini dibuat atau jika terdapat orang-orang tua yang uzur dan tiada pendapatan selain serba sedikit bantuan anak-anak, mungkin bantuan kewangan sara hidup serta rawatan bulanan pihak Hospital ke Rumahnya boleh dibuat secara kerap bagi membantu memudahkan warga tua tersebut.
Akhir sekali, harapan Masyarakat Kota Marudu agar wakil rakyat dan kakitangan atau jabatan-jabatan di Daerah Kota Marudu yang terlibat dalam pembangunan Kota Marudu haruslah bersama-sama berganding bahu dan turun padang meneliti keadaan Masyarakat dan Pembangunannya dari masa ke semasa (setiap sebulan sekali) dalam memastikan Daerah Kota Marudu Maju seiring matlamat kerajaan dan bebas dari belenggu kemiskinan.

Saturday, March 20, 2010

ANTARA SUKA DAN DUKA

3 minggu saya tidak postkan artikel di sini. Bagi mereka yang mengikuti penulisan saya secara peribadi, mungkin tertanya2 apakah yang terlihat 'dari kacamataku' kini. Banyak perkara yang kelihatan sebenarnya, cuma tidak dapat saya paparkan pada kadar yang lebih kerap atas keterbatasan tertentu.

Hari ahad yang lalu saya berkesempatan balik ke Kg. Longob. Keadaan jalan KM-KB tidak banyak berbeza sejak saya balik kampung pada bulan yang lalu. Pembaikan masih 'giat' dijalankan. Setakat ini saya sudah 'pasrah' dengan keadaan jalan itu, tetapi anak saya yang baru berumur 5 tahun 4 bulan tidak henti2 mengomel tentang keadaan jalan. Saya tidak pernah beritahu dia kalau jalan yang dilalui baik atau tidak, tetapi anak kecil mengerti sendiri dan bahkan mereka lebih jujur apabila mengatakan sesuatu. "Inilah jalan yang paling teruk betul!" Kerapkali ayat itu keluar dari mulutnya tatkala kami melalui jalan yang 'sedang' dalam pembaikpulihan.

Di kampung, saya sempat mencuci kereta dan setelah selesai, sementara saya masih berada di halaman rumah, sebuah kereta kancil berhenti di jalan raya, tepat di depan rumah. Bila saya amati rupa2nya Tom, Nong dan 3 Hero yang kebetulan dalam perjalanan balik ke Kg. Salimandut. Saya mempelawa mereka singgah di rumah sebentar, kami berbual biasa sementara 3 Hero Tom-Nong dan 3 Hero saya menonton VCD Upin dan Ipin.

Sebelum bertolak balik ke Tuaran pada sebelah malamnya, saya membawa keluarga untuk makan malam di pekan Gohsen. Di perjalanan ada sebuah rumah terbakar di Kg. Damai (rumah saudara Binir). Khabarnya disebabkan litar pintas. Rumah musnah terbakar tetapi syukur tidak ada kecederaan jiwa kerana 'kebetulan' penghuni rumah berada di tempat lain ketika kejadian.

Di pekan Goshen, kami makan malam di Restoran Marudu Inn. 'Kebetulan' pula YB Anita Baranting juga sedang menjamu selera dengan beberapa orang kanan beliau di sana. Saya sempat berjabat tangan dan beramah mesra sebentar sebelum mereka beredar untuk menghadiri program di Dewan Masyarakat Kota Marudu. Terima kasih YB kerana belanja kami makan malam itu.

Dalam perjalanan balik ke Tuaran, saya dapati banyak tempat yang 'berkabus'. "Hairan, musim kemarau tetapi berkabus ya." Hati saya berbisik. Tetapi setelah saya mengamatinya betul2 rupa2nya apa yang disangka kabus itu sebenarnya asap akibat semak samun yang terbakar di merata tempat. Pada waktu malam, kebakaran itu memperlihatkan pemandangan yang cantik; bukit-bukau dihiasi oleh cahaya yang bergemerlapan. Tetapi sebenarnya bumi sedang 'merayu' agar sang awan mencucurkan 'airmata'nya secukup rasa.

Sementara anak2 sudah lena tidur di tempat duduk penumpang, saya bertafakur sendiri sambil meneruskan pemanduan, "Sememangnya bumi ini sudah sangat tua dan uzur. Malangnya ia tetap terus 'diperkosa' tanpa belas kasihan!"

Friday, March 19, 2010

REZEKI

hari pertama...
hari kedua...
hari ketiga... Rezeki, itu lah yang selalu disebutkan bila kita memancing atau memperolehi hasil yang sangat memuaskan. tetapi, adakah rezeki kita berhasil jika tiada usaha? memang ada yang sangat bertuah mendapat rezeki yang tiba-tiba datang, tapi bukan semua kita mempunyai nasib yang serupa... ada yang perlu berusaha keras untuk memperolehi rezeki, ada yang betul-betul bernasib... dan ada juga yang memperolehi rezeki dengan bermacam cara. usaha tangga kejayaan, seperti ikan-ikan yang saya perolehi diatas, selama 3 hari berturut-turut saya mendapat hasil rezeki, tempat memancing yang sempit, hanya dapat melontar umpan sejauh 5 meter di tebing saja... betul-betul di tebing. sekilas pandang memang tidak akan dijangka mempunyai hasil yang baik di dalamnya. sekilas pandang airnya cetek, tak dicuba belum tahu, setelah mencuba, akhirnya rezeki murah... syukur sebab kita diberikan akal yang sebaik-baiknya dari yang berkuasa, semolek-moleknya kita menggunakannya untuk mematangkan diri dari segi kehidupan...

Wednesday, March 17, 2010

Doktor Rakyat




Di fail inilah tersimpan ribuan tanda tangan rakyat N5 Tandek merangkumi Dusun, Bajau, Cina, dll. Meliputi ahli PBS, UMNO, UPKO, MCA, SAPP, PDS, bahkan PKR dan penyokong PAS. - suara inilah yang telah dengan sengaja (?) diabaikan. Kerana apa? Oleh siapa? Apakah akibatnya nanti?... Memadailah apa yang telah aku perjuangkan. Aku sudah berjuang. Dalam sejarah Marudu, aku bukan sang pengecut. "kejayaan atau kegagalan tidak banyak bezanya".


-"Rakyat dikasihi, Pemimpin dirahmati".

Padang pekan Tandek sudah upgrade?




Inilah keadaan padang Tandek yang dikatakan sudah ada kerja naik taraf (SAM pernah paparkan sebelum ini). Jika melihat keadaan padang ini, sukar untuk percaya. Untunglah (?) ada kebakaran kecil baru2 ini akibat kemarau. Jika tidak - alamak tingginya rumputtt...


(Bukan mengondem, hanya membantu salurkan kritikan rakyat agar diberi penjelasan atau tindakan susulan jika perlu. Kalau dah dibetulkan, siapa untung? Rakyat juga. Siapa dapat pujian? Kerajaan/pemimpin jugakkk. Jadi, jangan marah pada SAM dan jangan kata sanguru kemaruk jadi YB!) -"Rakyat dikasihi, Pemimpin dirahmati".

Tuesday, March 16, 2010

Aspal cincai atau?...




Lokasi: Jalan Bunsadan, Kota Marudu, berhampiran kediaman Datuk Seri Dr. Maximus J.Ongkili. Pertanyaan: salah siapa? Kontraktor atau kenderaan berat. Jika kontraktor, berani ya buat kerja cincai dlm area menteri. Apa lagi kalau jauh di kampung2. Jika salah kenderaan berat, berani ya langgar peraturan? Dimana pula penguatkuasaan. Atau...sayakah yang bersalah kerana memaparkan? Jika saya bersalah, secara rasminya saya memohon maaf. -"Rakyat dikasihi, Pemimpin dirahmati".

Aura : ISI MARUDU (BHG 4-HASIL LAUT)

Belum pun sebulan lamanya paparan berkenaan kilang pemprosesan teknologi hasil-hasil laut di paparkan, ucapan syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan berkenaan kerana telah mula mengusahakannya. Ramai dikalangan masyarakat pesisir pantai Daerah Kota Marudu berasa senang dan gembira apabila kilang tersebut mula beroperasi walaupun secara kecil-kecilan.

Monday, March 15, 2010

Cermin Ajaib

Nota: Pernah nampak segitiga ini? Keterangan lanjut, sila ke http://revolusimarudu.blogspot.com.

TAHNIAH!

Kota Marudu, Sabah: SAM mendapati dan menerima maklum balas daripada orang awam bahawa sudah ada peningkatan yang dilakukan oleh pihak yang selama ini ditegur oleh SAM dan diadukan oleh masyarakat. Itulah sebabnya sejak kebelakangan ini SAM kurang menyiarkan isu, berita,aduan rakyat dan sebagainya. Jika diikutkan hati pihak SAM mahu memaparkan yang molek2 sahaja namun apakan daya, selagi ada yang perlu ditegur, perlu dididik, maka SAM perlu berbuat demikian. Sejak kebelakangan ini pula, banyak pihak mulai sedar kekuatan NGO termasuk SAM. Ada yang mahu libatkan NGO dalam aktiviti mereka. Sebagai badan bebas bukan kerajaan, NGO sentiasa bebas memilih, mahu terlibat atau tidak, kerana setiap NGO ada objektif dan ada takwim aktivitinya sendiri. Tahniah kepada semua - pemimpin, agensi kerajaan, NGO dan orang perseorangan yang kian aktif dan prihatin. Semoga Kota Marudu bertambah makmur dan maju. Jalan terus, usah mundar-mandir, jangan pusing keliling, elakkan miring-miring, kurangkan politiking...sebaliknya "big think"... (Sanguru: orang NGO) - Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, March 13, 2010

SAM: 100 Tahun Akan Datang?

Kota Marudu, 13 Januari 2109- Hari ini genaplah 100 tahun, Suara Anak Marudu (SAM) ditubuhkan. Pagi tadi, Presiden SAM yang ke-10 dan para penulisnya telah meraikan ulangtahun tersebut di Teluk Marudu Beach Resort, bersama-sama dengan Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu, ADUN N.5 Tandek, Pegawai Daerah dan ribuan warga Marudu yang lain. Di dalam ucapan Ahli Parlimen tersebut, beliau melahirkan perasaan terharu dan bangga terhadap perjuangan SAM. Beliau berkata, meskipun generasi pertama (2009) penggerak SAM telah tiada, kesan cetusan idea dan khidmat masyarakat mereka masih terasa hingga kini. Dan, tidak keterlaluan kata beliau bahawa kemajuan yang dikecapi daerah kini, sebahagian besarnya impak daripada kewujudan blog SAM tersebut. Kata-kata daripada Ahli Parlimen berjiwa rakyat itu, pastinya merupakan satu penghargaan kepada pejuang-pejuang SAM yang telah pergi dan pembakar semangat kepada kami yang ada sekarang ini. Kini Kota Marudu telah maju. Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab kita bersamalah mengurus kemajuan tersebut.

NOTA: Adakah akan berlaku sedemikian, atau sebaliknya? Semuanya bergantung kepada kita yang ada sekarang ini. Kita bukan mahukan nama, tapi setiap yang berlaku pasti akan terpahat (samada dicatat/tidak) dalam sejarah. Fikirkan.

AKU SUDAH TUA...

Sekejap lagi menjelma angka 13 Mac, dan genaplah umurku 40. Kalaulah esok "friday", baru betul2 howliang kerana saya lahir "Friday 13" yang tidak disenangi orang2 sebelah Eropah... Saya memilih "tua" kerana tidak pasti berapa umur dikhaskan untukku oleh Tuhan. Jika 100 tahun, maka saya masih muda. Bagaimana kalau hanya 59 tahun atau kurang dari itu misalnya? Bukankah saya sudah tua?Bila difikir2, si tua ini masih gagal dalam banyak perkara maka dia belum sedia untuk mati. Bukan kerana belum mengumpul harta untuk ditingalkan kepada anak bini atau kaum keluarga, sebaliknya kantung amal kebaikannya masih amat ringan dan dia pasti belum mampu pas soalan2 maut di dalam kubur!

Bila kubaca2 dalam kitab, bila kutanya2 kepada ustaz/kyai, rupanya tugasku yang sepatutnya adalah lain dari yang suka kuperbuat.Rupanya selama ini saya menzalimi diriku sendiri. Lalu saya termasuk kalangan orang yang rugi, gara2 lalai, gara2 bertangguh2!semua ini gara2 menganggap diri masih muda (punya masa taubat dan amal).

Nah, sempena "detik kesedaran" ini, saya memohon jutaan kemaafan kepada sesiapa jua yang pernah saya sakiti, baik sengaja atau sebaliknya. Halalkan segalanya. Dan kalau ada yang berniat nak beri hadiah, hadiah terbaik adalah kemaafan dan doa kesejahteraan. Semoga saya kekal SELAMAT (= Islam).

Friday, March 12, 2010

Iktibar Kerajaan SABA


Dulu2, ada sebuah kerajaan di Yaman, kerajaan SABA (Sabaiyyah) namanya. Mulanya megah gah, last2 binasa dapat bencana. Puncanya 3 huruf - A,I,R (AIR). Kerajaan itu, lebih tepat lagi - bandar/petempatan, terpaksa "bubar" kerana kekeringan air. Asalnya kota ini kaya air. Bila empangannya pecah, kota dibanjiri limpahan air. Bila banjir surut, kota kegersangan... Saya amat risau kalau ini berlaku kepada kita di SABAH. Saya risau Kota Marudu ini suatu masa nanti ketiadaan air. Dulu2, sungai2 kita bukan main gah; dalam, bersih, jernih, selamat. Sekarang? 10 tahun dari sekarang? 100 tahun selepas artikel ini ditulis? Wahai kerajaanku, di tanganmulah terpikul amanah sebagai pengurus alam sekitar, sumber semulajadi. Marilah kita ambil iktibar kerajaan masa silam. Maklumat lanjut, sila buka kitab...



Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, March 11, 2010

DAP...

Saya selalu ditemani oleh kucing2 jiran2 saya setiap kali saya lepak di anjung pinang rumah saya. Comel2 kucing itu dan begitu manja sekali...

Ini yang saya suka lepak de'DAP. Hanya kucing yang datang menemani saya minum kopi. Tak pernah pula musang menyerupai kucing berani mampir. Berbeza kalau saya lepak di kedai kopi. Macam2 jenis "musang" yang tak segan2 menyamar berbulu ayam. Ini pun sebenarnya 1 sebab mengapa saya mulai bosan mengopi di kedai kopi.Saya risau tiba2 nanti saya termasuk geng musang.

Biarlah kucing2 menjadi teman de'DAP ini. Nanti kalau saya kepingin nonton filem "kucing berlagak singa" maka nanti saya bertandang ke kedai2 kopi...

Wednesday, March 10, 2010

DAP..,

DAP kali ini cerita pasal bunga. Kebetulan di hadapan Anjung Pinang saya banyak pokok bunga penyeri laman. Rakan2 SAM dan Utara.FM yang pernah bertandang ke rumah saya boleh mengesahkan perkara ini.
Saya suka bunga, apa lagi kalau yang cantik. Bunga yang cantik sejuk mata memandang namun inilah bahaya mata. Apa yang lekat di mata selalunya naik ke kepala dan turun ke bawah (hati).Maka hati-hati.
Banyak2 bunga, bunga kertas saya suka. Ia rajin berbunga. Tidak cerewet. Makin kena panas makin menyala warna bunganya. Saya tak gemar bunga ros walaupun cantik dan wangi kerana nak servis bikin sengsara, bikin jari berdarah. Lagi pula saya tak perlu bunga ros untuk diberi kepada isteri. Dia bukan kemaruk bunga tapi sentiasa ingatkan saya ambil berat bunga2an kami.
Sebut pasal bunga, saya gembira orang2 kita jualan bunga di tamu. Inilah bisnes yang dimonopoli oleh orang kita, orang tempatan. Bisnes yang lain saya survey turut dikongsi oleh non-maruduian. Jadi marilah menyokong bisnes bunga orang kita. Mari tanam bunga, usahlah mencari "bunga" di taman2 bunga kerana...silap haribulan anda dikejar "mat bunga"...
Hal begini senario malam hari di key-key sana...

Tuesday, March 9, 2010

Family First...




(Sila baca petikan ayatullah dalam gambar). Utamakan family sendiri merupakan anjuran agama dan bukan satu "kronisme". Kita diperintahkan itu seperti gambar di atas yang saya tangkap malam tadi semasa singah di sebuah masjid. Bagi yang tahu dan rajin baca al kitab/al Quran, akan ketemu ayat2 yang seumpama atau seerti atau saling kait. Prinsip ini mudah dan tepat. Keluarga adalah unit asas komumiti. Kalau setiap rumah/keluarga bahagia, selamat dan boleh menyelamatkan, sudah pasti masyarakat madani dapat dilahirkan - masyarakat zero jenayah berkasih sayang dan mampu menyelamatkan unit-unit di dalamnya. Sejak kebelakangan ini, sejak ketemu insan2 istimewa yang sering memberi tazkirah, dan cuba menjadikan budaya koreksi diri sebagai amalan, dan lain2 peristiwa lainnya, saya fikir...saya perlu mengubahsuai kompas pelayaran di lautan kehidupan. Bukan bermakna selama ini mengabai atau menyesatkan keluarga, cuma "keluarga didahulukan" kurang diutamakan. Bukan tugas utama dan saya tidak akan duluan disoal oleh mungkar dan Nangkir di alam kubur tentang - "Rakyat Didahulukan" - ini tugas insan/pihak lain. Mungkin ada yang menarik nafas lega? Hmm, tapi jangan mengharap saya (dan rakan-rakam) duduk teruss. Jalan teruss para sahabatku. Kita hanya perlu bertata tertib masa berjalan itu... "Kebenaran didahulukan, fakta&keikhlasan diutamakan". - Posted using BlogPress from my iPhone

SIAPA BENAR

Baru-baru ini negara kita digegarkan lagi dengan tindakan seorang demi seorang wakil rakyat keluar parti dalam jarak waktu yang singkat. Tidak lama dulu, negara dikejutkan dengan insiden lompat parti. Lantas, timbullah komentar-komentar hangat daripada pelbagai pihak. Namun, akhirnya yang menerima akibat buruknya adalah rakyat. Mauduk yang ingin saya kongsikan di sini adalah, soal persepsi siapa yang benar. Adakah Parti A atau Parti B. Jika gejala keluar/lompat parti itu berlaku di pihak Parti A, ahli dari parti itu mengutuk tindakan tersebut. Sementara ahli dari Parti B pula mengatakan, tindakan itu baik dan merupakan satu perjuangan. Jika gejala tersebut berlaku pula pada Parti B, situasi yang sama akan terjadi. Ini kerana, masing-masing mempercayai bahawa merekalah di pihak yang benar. Yang lain salah. Lainlah kalau ada ahli/penyokong parti yang seperti musang berbulu tapir ayam.

IKLAN: Barangsiapa (warga Mardudu saja) yang ingin mendapatkan khidmat pra-kaunseling online (informal) secara percuma, bolehlah berbuat demikian melalui blog Revolusi Marudu (REM) di http://revolusimarudu.blogspot.com. Atas semangat 1Kota Marudu, marilah kita saling membantu.

Di dalam bidang psikologi, sistem kepercayaan (belief system)/nilai seperti ini ada disentuh di dalam Teori REBT yang dipelopori oleh Albert Ellis. Ramai kaunselor menggunakan pendekatan teori ini di dalam membantu klien menyelesaikan masalah mereka. Kaedahnya mudah, peranan kaunselor adalah merasionalkan sistem kepercayaan/nilai yang silap tadi. Sebagai contoh (dengan merujuk isu di atas), si kaunselor akan mengeluarkan sistem kepercayaan baru seperti, "Parti yang berjuang kerana Tuhan untuk manusia adalah benar. Selain itu salah." Maknanya di sini, semua parti mempunyai tedensi untuk berada di pihak yang benar, dengan syarat perjuangan itu kerana Tuhan untuk manusia. Maka tidak akan timbul lagi senario saling menyalahkan/membenarkan itu. Semuanya bersandarkan kepada sistem kepercayaan/nilai baru tadi. Ini contoh saja. Tiada kena mengena dengan yang hidup, pengsan atau telah mati.

IKLAN: Barangsiapa (warga Marudu saja)yang ingin mendapatkan khidmat pra-kaunseling online (informal) secara percuma, bolehlah berbuat demikian melalui blog Revolusi Marudu (REM) di http://revolusimarudu.blogspot.com. Atas semangat 1Kota Marudu, marilah kita saling membantu.

Di dalam menghadapi isu keluar/lompat parti, saya serahkan kepada pembaca sekalian untuk menentukan sistem kepercayaan/nilai pembaca sendiri. Sistem itu nanti akan memandu diri anda semua di dalam membuat pilihan samada menyokong Parti A atau Parti B. Apa yang pasti, walau dari parti manapun ia, tindakan keluar/lompat parti tanpa melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen/ADUN, merupakan satu perbuatan pengecut kurang bertanggungjawab dan boleh dicalonkan sebagai peserta Ratu Pondan negara. Serta ditabalkan menjadi presiden Persatuan Maknyah sedunia. Setuju?

DAP...

Ruangan baru saya - DAP mungkin tidak seDAP dan tidak digemari kerana ada ketikanya tawar, ada ketikanya pedas bangat, dan ada ketikanya susah mahu dikenalpasti rasanya.
DAP saya kali ini tentang masak-masakan tradisi komuniti di Marudu. Rindu juga rasanya dengan tinopuru, rinabus, tonsom, linupit, gisak, dll. Apakah tidak ada orang kita yang mahu membuka restoran masakan tradisi kita? Apakah orang kita tidak yakin untung? Saya cadangkan ini secara percuma. Harapan saya biarlah orang kita yang sambut idea ini. Yakinlah, siapa sambut idea ini akan beroleh laba. Saya antara pelanggan tetap. Yang penting ianya Halal dan dimasak tidak cincai.
"Inan, gisak somangkuk. Tobungan dot tuntu palawan ki. Nga kada dit numbur 1 tu...aku kasasab..." - bilakah ini dapat direalisasikan?
Harap puan Kyro atau CEO Urban Storm take note ini perkara. Saya yakin DS Max pun kalau balik KM akan singgah bawa2 orang2 MOSTI ngetest ni resepi si omogun.
Aramai tokou. Lulussss...

Monday, March 8, 2010

Aura : ISI MARUDU (BHG 3-NELAYAN)

'Kalau ada ikan banyak, ada udang banyak, maknanya adalah bah tu nelayan" itulah ungkapan biasanya didengar oleh segelintir masyarakat Daerah Kota Marudu apabila berkunjung ke Pasar Ikan mahupun penjualan hasil-hasil laut yang terdapat ditepi-tepi jalan sekitar Kota Marudu-Pitas.

Hari demi hari berlalu pantas, namun tanpa disedari terdapat luahan yang jarang didengar oleh mereka yang selalu sibuk dengan kerja-kerja harian terutama mereka yang bukan bekerja sebagai nelayan. Dipendekkan cerita, ramai golongan masyarakat nelayan sering mengadu masalah kepada sesiapa sahaja apabila bertemu mereka di Pasar, tepi jalan, kedai kopi, rumah mahupun ketika turun ke laut.

Antara permasalahan tersebut, berkenaan Kad e-Petrol, Kupang, Peranan Persatuan Nelayan Daerah dan bermacam lagi.

Bagi permasalahan e-Petrol, mereka akan mengadu tentang masalah sistem yang selalu kurang lancar apabila mereka membawanya ke Pejabat LKIM Kota Marudu. Ada diantara mereka berkata sebelum mengambil minyak, Kad e-Petrol perlu di SCAN di Pejabat LKIM dan persoalannya mereka mengapa terlalu lambat sistem tersebut untuk membaca Kad e-Petrol mereka? adakah talian internet Daerah Kota Marudu memang begitu atau ada sebab lain dan ramai golongan ini juga pernah menunggu sehingga seminggu semata-mata mengikut proses atau tatacara untuk nelayan mengambil minyak petrol.

Masalah kedua, Kupang (Siput Sudu) yang hampir 90% mati diternak secara tiba-tiba. Mengapa pihak LKIM, Jabatan Perikanan dan Pejabat Daerah tidak membuat kaji selidik berhubung fenomena tersebut? penternakan Kupang (Siput Sudu) ini menyebabkan ramai penternak golongan Nelayan yang kerugian dari segi Modal mahupun keuntungan bermula RM2,000 - RM50,000 sebulan dan golongan ini pula berkata, dimana janji pampasan (ganti rugi) atau bantuan kerajaan dalam membantu golongan ini? Adakah menanti perkataan 'tunggu, tunggu dan tunggu tersebut berubah menjadi dungu'?

Masalah ketiga, apa fungsi atau peranan Persatuan Nelayan Daerah yang telah diwujudkan, namun seperti tidak wujud? ini kerana, ramai lagi golongan nelayan yang turun ke laut masih belum mendapat lesen mahupun bantuan nelayan. Persoalan mereka, adakah Persatuan ini berperanan membantu golongan nelayan atau sekadar berpersatuan sahaja? jika 'tidak' mengapa mereka tidak dibantu menyuarakan keperluan yang sepatutnya ataupun mengajukan permasalahan mereka kepada pihak berwajib @ yang berkenaan?

Banyak lagi permasalahan golongan ini jika dipaparkan amat mendukacitakan, namun mungkin inilah yang dikatakan 'Ku sangka Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan Di Tengahari' dan berkatalah Sang Bangau 'Macamana bah cari rezeki kalau begini?'

Sunday, March 7, 2010

DAP...

Dari Anjung Pinang saya ringkaskan menjadi DAP. Saya suka yang ringkas. Paling saya boring orang cakap panjang-panjang tapi isi pendek tak sampai seruas. Ringkas itu menjadikan sesuatu jadi pantas. Kepantasan itu satu kelebihan. Siapa tidak pantas, akan dipintas, akan jadi tercorot seperti..... Pinang depan anjung saya pantas membesar. Saiznya tak sepadan usia. Apa rahsia? Pertama, kasih sayang. Oleh sebab saya sedar bahawa tanah timbun di lot banglo saya tidak subur, maka saya bajai ia sebab saya sayang bibit pinang hiasan saya itu. Bangsa kita pun begitulah sepatutnya. Dah tau penidur, kenapalah disorongkan bantal? Agaknya mahu meniduri ops menidurkannya lama sikit agar tak nampak gelagat sumbang atau kebobrokan? Kedua, penjagaan. Bukan sedikit serangan diterima oleh pinang hiasan saya yang dulunya kecil. Bayangkan kalau saya biarkan tanpa penjagaan. Rumput akan menyelimuti sang pinang dan mungkin akan layu terlentang. Rasanya, bangsa pun begitu. Jaga hak dan kepentingan. Kalau make dono je, alamat "Mcdonald" akan sapuuu... Ketiga, cantas . Bunyinya macam zalim tapi perlu. Masa pinang saya membesar, ada dahan2 yang tidak menarik. Kalau saya tak cantas, pinang saya nampak hodoh. Dalam parti pun begitu agaknya? Tapi cantas bukan sebarang cantas harus ada batas dan asbabnya. Dan sengaja atau tercantas dahan yang elok lagikan cantik. Kalau ini berlaku jua, alamat pohon pinang hanya tingal dedaunan kering dan kekuningan... Bah cukuplah untuk kali ini. Kalau mau panjang, jumpa saya, kita cerita panjang de' DAP... (bukan DAPur)

Friday, March 5, 2010

AIR OH AIR...




Fenomena kemarau yang melanda seluruh Sabah ternyata menjejaskan semua pihak/rakyat khususnya para pesawah padi. Ramai yang terpaksa berehat semusim ini bermakna kehilangan punca pendapatan. Ini bukan ujian Tuhan, kerana ujian diturunkan bila seseorang inssn atau sesebuah komuniti berbuat baik maka ujian pun diturunkan untuk menambahkan "umph" amalan mereka. Cth: seorang petapa diuji macam-macam hingga ia lulus perujian. Ada pun kekurangan air sekarang bukanlah semata-mata kerana panasnya bahang mentari atau kerana hujan tak kunjung turun, ia sebenarnya kerana sumber air dan tadahan hujan itu yang telah diancam bahkan dimusnahkan. Dulu-dulu pun seingat saya, ketika sungai belum diusik kiri kanannya, ketika hutan kita belum digondol, kemarau berlaku juga namun tidaklah sampai sungai-sungai kira kekeringan. Nah, ini adalah BALASAN kepada kerakusan, kezaliman, ketamakan dan pembangunan yang dibuat melanggar peraturan. Alam ini, sistem ekologinya dicipta sebegitu sistematik. Bila sistemnya dirosakkan, bala bencanalah akibatnya. Si "perogol alam" kita mungkin tidak terasa sangat kesannya kerana ada antara mereka orang seberang. Ada antara mereka orang kita juga. Mereka kaya raya. Kalau di negeri ini ada musibah, mereka boleh cop visa ke luar negara makan angin. Tapi bagaimana dengan kita? Bagaimana nasib sang petani? Bagaimana sengsaranya mangsa catuan air! Sahabat-sahabat rakyat sekalian, mari sejenak kita renungkan: BAGAIMANA KITA BOLEH MELANJUTKAN USIA ALIRAN SUNGAI KITA? - harap benar ada yang boleh persembahkan kerisauan ini kepada mamanda perdana menteri...

Delima seorang SUSAHAWAN......

12 tahun yang lalu saya telah memulakan perniagaan kecil-kecilan jual nasi campur .Berbekalkan modal kemahiran,tenaga dan wang tunai sekitar Rm600 sahaja itupun suami yang bagi saya langsung tiada duit.Maka saya pun meneruskan usaha bekerja keras dari pagi hingga malam dengan dibantu oleh dua orang pekerja peralatan semuanya saya beli second hand dari kawan,hutang bayar ansur-ansur.Dua tahun kemudian saya berjaya mengumpulkan sedikit modal untuk perniagaan yang lebih besar.Saya berpindah dan menyewa sebuah kedai.Maka bermulalah sejarah AEIZA CAFE,Api-Api Centre Kota Kinabalu. Kesibukan saya bertambah.Apalagi bila AEIZA CAFE dibuka 24 jam sehari atas permintaan pelanggan.Dan kesibukan ini juga membuat saya leka dan kini dikejutkan dengan suatu kejutan yang saya anggap sebagai a blessing in disguise - tuan punya kedai mau ambil balik dia punya kedai mau buat hotel dia bilang.Walaupun saya menawarkan kadar sewa yang agak tinggi namun tuanpunya kedai tetap dengan keputusannya untuk menggunakan sendiri premis kepunyaannya itu. Kenapa saya katakan ini sebagai a blessing in disguise.....kerana ia telah memberikan saya satu kesempatan untuk merangka semula pelan perniagaan saya.Ibaratnya saya kini hampir terjatuh dan harus menyusun semula langkah atau memilih jalan lain.Sekaligus ia menyedarkan saya tentang perlunya kepelbagaian dalam usaha kita apalagi yang berkaitan dengan ekonomi.Istiqamah juga tidak kurang pentingnya.Saya tahu tetapi saya lupa dan leka.Pada fikiran saya jika saya menjaga dengan baik hubungan saya dengan tuanpunya kedai,mempastikan sewa dibayar setiap bulan tanpa gagal,saya akan selamat.Tup...tup....tuanpunya kedai datang...Haiya tauke nyong....soli aahh...saya anak mau pakai ini kedai bah dia mau buka hotel....dulu saya tak boleh jaga ini kedai anak semua sikolah.Sikalang anak suma sudah habis balajal dia mau sendiri bisnes lohhhh....saya tau lu lajin punya olang lu bayar sewa pun ada baik tapi saya anak yang mau....saya kasi lu 4 bulan lah.Lu punya deposit 2 bulan masih ada saya simpan maa nanti lu angkatlah......Saya tak boleh kata apa....ini kedai dia suka hati dialah samada nak sewakan atau pakai sendiri.Padan muka ko kyro.... Saya melihat satu kelemahan bumiputra dalam perniagaan.Kebanyakan bumiputra hanya mampu menyewa premis.Terlalu sedikit bumiputra yang mampu membeli premis perniagaan.Rata-rata premis perniagaan di Kota Kinabalu dijual pada harga Rm1 juta keatas apalagi jika terletak di kawasan yang cukup strategik.Kerajaan memang ada menyediakan pelbagai dana untuk membantu bumiputra berniaga tapi masalahnya kebanyakan bumiputra tidak mempunyai modal awal.Contohnya:Jika saya hendak membeli premis perniagaan yang berharga RM1 juta,saya boleh mendapatkan pinjaman dari pelbagai intitusi kewangan tetapi saya perlu menyediakan sekurang-kurangnya 10% daripada harga premis sebagai deposit atau wang muka kerana pihak bank hanya akan meluluskan pinjaman sebanyak 80%-90% dan ini bermakna saya perlu menyediakan sekurang-kurangnya Rm100,000 sebagai deposit.Bagi seorang susahawan yang memulakan perniagaan dengan modal RM600 takkan termampu untuk menyediakan deposit sebanyak itu. Pilihan yang saya ada....1. Balik kampung fokus pada perladangan.Mujurlah saya telah mengusahakan ladang peninggalan almarhum ibu.Ini adalah langkah awal yang telah saya ambil sebagai satu cara mempelbagaikan sumber ekonomi keluarga saya.Atau 2. Menyewa premis baru.Pilihan kedua ini membuat saya berfikir pannnnnnnjannnngggg.Dengan kadar sewa yang tinggi iaitu RM5,000 sebulan rasanya lebih elok jika wang Rm5,000 itu digunakan untuk membayar semula pinjaman membeli premis perniagaan kerana jika saya membuat pinjaman sebanyak Rm1 juta pun bayaran balik tidak akan melebihi Rm6,000 sebulan.Masalahnya deposit pula tak ada.Inilah delima yang dihadapi oleh ramai susahawan-susahawan bumiputra dan bukannya saya seorang. Saya melihat kebijaksanaan bangsa cina dalam menjalankan perniagaan.Mereka telah terlalu jauh berada didepan.Mereka menguasai bidang-bidang perniagaan berskala besar.Mereka membeli premis-premis perniagaan kemudian disewakan.Bila bayaran balik pinjaman mereka telah dilunaskan mereka ambil balik premis tersebut untuk mereka memulakan perniagaan baru.Begitu bijak mereka merencanakan perjalanan perniagaan mereka.Saya selaku susahawan bumiputra yang hidup segan mati tak mahu......hasrat hati nak peluk gunung,apakan daya tangan tak sampai.......tapi tak apa....aku peluk bukit dulu kalau tak sampai juga aku pi peluk busut la. Pengumuman: Jika ada sesiapa yang mempunyai premis perniagaan untuk dijual di Kota Marudu sila hubungi saya di 016-8133646.Terima kasih.

Tazkirah Diri: Mengapa.,,

Jumaat yang berkat. Tulisan Kyro, pertanyaannya, memberi saya ilham menulis. Sebenarnya persoalan kepada diriku sendiri;mengapa aku masih belum menuju kepada yang aku rancang menujunya? Mengapa masih juga aku bertangguh dan menangguh diri seolah-olah hayatku ini aku yang memegang kunci "keluar masuk" nya. Mengapa masih juga aku dibimbing jalan oleh dunia sedangkan aku yang seharusnya menunggangi dunia ini. Mengapa masih juga aku membiarkan masih ada yang derita yang aku patut mendahulukannya? Mengapa aku masih juga dilekakan dan diperbudakkan oleh dunia?


Kata hukamah, dunia ini tidak mungkin jadi sempurna. Ia seumpama istana pasir, srcantikana pun ia, tiba masa, ombak akan meruntuhkannya. Demikian juga nafsu manusia seumpama pepasir yang sentiasa mendambakan siraman air dan sentiasa tidak akan merasa cukup kerana air itu tidak akan bertahan. Kehendak keinginan dan nafsu pun demikian. Maka wahai diri, apakah belum tiba waktunya engkau menakluki nafsumu?
Sesungguhnya aku tergolong di kalangan orang-orang yang lalai rugi. Lalu mengapa aku tidak mencari keuntungan hakiki yang jauhhhhh lebihhh besarrrr.
(Alex, maggiku pun sudah kembang - gara2 KELALAIANKU...)

Thursday, March 4, 2010

Konvokesyen STPM 2010



















SMK Tandek, Kota Marudu, 5 Mac: Majlis konvokesyen sedang berlangsung di dewan utama sekolah ini untuk mengiktiraf kecemerlangan dan tanda tamat pengajian pre-universiti. Majlis dirasmikan oleh En. Jidin Janaun, Ketua Unit Sains dan Matematik, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu.

GET ADDICTED TO THE RIGHT THING!

We are living in a very challenging era. A world without boundaries. Daily unlimited exposure to both good and bad things make it almost impossible for us to get ourselves totally away from many types of temptation that will lead into negative addiction. Modernisation and globalisation which are things that supposed to benefit us for the better on the other hand can do more harm than good if we misused and "misbenefited" them. Surrounded by these exciting things everywhere, it's not a surprise to see that most youngsters/youths today find reading as a boring activity. Many are not interested in reading anymore. If at all they do, they usually go for comics, cartoons, magazines of their favourite artists and etc. In short, most youths are willing to read anything except those books that fall into the category of "boring books". Ironically, the books that seem to be unattractive to them prove to be the ones that help them to become great man/woman in the future.
When I was a kid, I loved reading very much. I read all types of genre, from science fiction to art fiction, non-fiction and fictional stories, in BM and in English. I read at least 3 to 4 books a week. I got so addicted to reading that one day I "seludup keluar" some new books (not ready to be borrowed yet) from our Primary school's Pusat Sumber without getting permission from the librarian first. Since I was one of the AJKs of the school's PS and the key for the room was always with me...apalagi...dengan mudah, I did all the penyeludupan regularly....hehehe. But I didn't steal those books of course. After finished reading each one of them, I put them back into the box in the PS neatly and sealed it with adhesive tape...:D
As I'm getting older, I find it difficult not to love reading. My addiction to it has no cure. Until now, I still find reading books as the most exciting hobby in the world. Believe it or not, you can get 'high' through reading books, not in a cheap sense I mean but in a healthy and sacred way. Reading a right book with the right content can help to positively expand our brain/minds and inspire us to think big. It enriches our knowledge and knowledge makes us wise, wealthy and successful. I pity those teenagers today who'd rather choose to experience being high in a very desctrutive way like taking drugs, addicted to pornography, having multiple sexual relationship, etc. If only our youngsters/community love reading , I believe none of our anak2 muda will become beggars in KL/peninsular Malaysia and overseas. If only our community loves knowledge, I believe nothing can stop us from being a successful and useful individual in the society.
To parents, start fostering the interest in reading to your kids now. Guide them to go for encyclopedia, educational books, any books that can be helpful to develop their little minds. Youth, if you want to be a beautiful and handsome person inside and outside, spare time for reading those "boring books". To leaders, keep upgrading your knowledge through reading because rakyat nowadays are getting wiser than the day before.
Note: Novels of Love stories?...Do you think it's good to read this type of books?

Kenapa Bah...kau tak berubah...?

Pada 27 dan 28 Febuari 2010 yang baru lalu, saya telah mengikuti satu kursus yang dianjurkan oleh UMNO P.172 Kota Kinabalu.Tajuk kursus "KURSUS KEUSAHAWANAN DALAM PEMBIAYAAN" bertempat di Kimanis Ballroom,Hotel Hyatt Kota Kinabalu. Perjalanan kursus sangat teratur,isi kursus juga sangat mantap dengan ceramah-ceramah dari pegawai-pegawai dari berbagai institusi kewangan.Selain ceramah sesi soaljawap juga dibuka kepada peserta kursus dan banyak informasi boleh dikutip.Syabas saya ucapkan kepada jawatankuasa UMNO P.172 Kota Kinabalu yang begitu bekerja keras untuk menjayakan kursus ini. Sepanjang kursus ini berjalan saya memang sangat teruja dan lebih bersemangat untuk memperkasakan lagi perniagaan saya yang ibarat 'hidup segan mati tak mahu' itu.Cuma satu hal buat saya terkesima....... ini bumiputra aaa....tiada lain mau tanya....mana mau pinjam....berapa boleh pinjam.....mereka hanya berminat untuk belajar meminjam bukan belajar berniaga. Nak duit cepat.....nak duit cepat.....haiyaaa....kalau tau pinjam saja tapi tak tau berniaga ini alamatnya bumiputra akan jadi SUSAHAWAN......bukan usahawan. KENAPA BAH...KAU TAK BERUBAH....KENAPA BAH.....

Terima Kasih Sahabat Kami...

Ini tentang kisah insan yang mahu membantu insan yang mahu membantu insan-insan lain. Saya tidak pernah menemui insan ini namun beliau kelihatannya amat mengenali kerja-kerja NGO Sabah, makanya dari kejauhan pun beliau tidak jemu-jemu mahu membantu demi kebajikan sesama manusia. Saya pun tidak bertanya apakah dia masih kapt atau kapt (b). Jika beliau (B) sudah tentu beliau bukan (bahalol) atau (ba..), sebaliknya seorang yang (bernasib), (baik), (beriman) dan (bertakwa). Bukan senang menemui orang tak dikenali untuk membantu. Bila saling tak kenal namun saling bantu, itu sudah pasti ada keikhlasannya. Insan yang saya maksudkan sanggup bersusah payah kerana kasihankan NGO yang tiap kali buat kebajikan, tiap kali itulah berkorban hampir segala-gala; masa, wang, tenaga, peluh hatta darah sendiri untuk didermakan kepada yang memerlukan. Demikianlah yang dilakukan oleh sahabat-sahabat saya dalam persatuan penderma darah dan persatuan talasemia. Demikian juga rakan-rakan dalam SAM, radio amatur, seni silat, grup 4WD dan lainnya. Saya yakin ini satu kebetulan yang direncanakan Allah bagi membantu kalangan NGO. Ini bantuan dan balasan Allah atas kerja sukarela tuan puan, sdr/i selama ini. Belum tiba masanya saya nyatakan apakah bentuk bantuan itu dan apakah nikmat yang rakyat Sabah perolehi. Memadailah kalau saya nyatakan, jika tiba-tiba di daerah anda ada projek yang bukan dana kerajaan, maka itulah antara keprihatinan beliau dan sahabat rakyat beliau di Sabah. Atau tidak mengapalah jika yang di sini tidak pernah akan dikenalipun kerana orang NGO sejati lebih suka begitu... Kapt. "F", kuasa di tanganmu kini, dan tuan tidak salah prihatin kepada NGO yang benar-benar NGO... Tuhan, jangan aku berhenti, sebelum Engkau berikan di tanganku ole-ole untuk aku bahagi-bahagikan kepada ahli Gabungan NGO Sabah. Dan jangan Engkau biarkan ada NGO yang memasuki gabungan ini setelah gabungan ini kaya dan perkasa! Amin..,

Wednesday, March 3, 2010

Tinta Sosiologi: Mengubah Konflik Menjadi Sejarah Kebangkitan

Manusia nadi sejarah. Sejarah yang terlahir oleh suasana interaksi. Kita, manusia amnya adalah acuan interaksi sosial. Memaknakan interaksi sosial juga memaknakan perubahan terutama dalam menggerakkan konflik. Bagaimana kita dapat melihat konflik itu sebagai satu laluan mengangkat sejarah kebangkitan bangsa?
Ramai memilih untuk melihat konflik adalah onar kepada ketamadunan bangsa. Secara mudahnya, minda kita diasak oleh makna konflik yang bersifat penolakan terhadap sesuatu gagasan, pemikiran, idea, sebarang perbezaan atau sehinggalah menyentuh aspek pergeseran emosi dan karekter.
Mengapa konflik dapat menyemai semangat kebangkitan? Kekuatan jangkauan menjadikan konflik itu relevan dan dipandang rasional. Konflik yang membawa kepada unjuran idea perubahan ekonomi, politik dan sosial, ia menghasilkan resolusi.
Umpamanya, bagaimana konflik dapat dikatakan sebagai KOREKSI kesuraman sosio ekonomi luar bandar. Rungutan, rintihan, keluhan golongan petani, pekebun, nelayan atau dalam institusi kidmat awam, adalah suara konflik. Suara yang bersifat keperluan sejagat menurut ruang lingkup. Menterjemahkan nota rakyat inilah yang dimaksudkan interaksi sosial. Pemimpin menyelami kegusaran masyarakat, digerakkan menjadi satu inspirasi jangkauan kepimpinan dan kerja. Terjemahkan luka bangsa menjadi titik temu kegairahan membawa makna baru dalam dasar. Bangsa yang membangun adalah bangsa yang beruntung, bangsa yang dapat mempertahan kan kesejahteraan. Kuasa kepimpinan perlu dominan, berusaha mempertahankan stabiliti berpaksikan kebimbangan suara akar umbi, agar dapat menghadkan gangguan ketidakseimbangan sosial. Moral kepimpinan adalah kualiti pembaharuan membebaskan ketidaktentuan.
Setiap kita mempunyai mekanisma menginteraksikan jati diri menjadi rangkaian yang percaya akan nilai membangunkan bangsa. Tahap perubahan ekonomi, politik dan sosial bergantung kepada stabiliti dan kualiti gerak dasar dimulai dengan kecekapan gagasan dan kesinambungan nilai tindakan.
Kalau mahu melihat sejauh mana keberkesanan dan praktiknya Tuan-Tuan Besar sekalian dalam ukuran sosial, lihatlah kepada sejauh mana Tuan-Tuan Besar pergi sebagai PENGERAK APLIKASI DASAR MEMURNIKAN KONFLIK dalam perapian akal.
Tugas kami anak-anak muda bergabung tenaga, memujuk agar siapa pun kita, apapun struktur sosial, SEBENARNYA kita sama-sama menderita KONFLIK yang sama. ANDA yang dihormati dan kami bukan tidak pernah tahu betapa sulitnya mengatasi KONFLIK. Lalu, adakah kesulitan ini satu ancaman mutlak kepada kemahuan?
Sejauh mana Tuan-Tuan Besar libatkan 1KM dalam posisi sama-sama membangun adalah persoalan kredebiliti. Anak-anak KM bukan tidak cintakan perubahan. 1KM itu jentera revolusi.

DARI ANJUNG PINANG...

Saya manyak senyum bila Dari Anjung Pinang dipanggil DAP! Adehhh, palis-palis bilang orang Sabah. Saya bukan anti DAP. Tapi kalau bolehlah, cukup-cukuplah 1 yang terlolos masuk. Saya risau, perpaduan, iklim sosialisasi dan rupa wajah masyarakat kita di negeri ini berubah oleh terlalu banyak angin dari seberang. Duluuuu...setahun saya di Sarawak. Nyamai gila di sana. Cemburu saya melihat jati diri orang Borneo Selatan. Kerana rimbun dan rapatnya barisan pepohon persefahaman di tepian pantai simunjan dan yang lainnya, "angin" dari seberang laut tak bisa menyelinap masuk menampar dada gunung Santubung. Ini saya sangat kagum. Lalu saya membuat perbandingan. Mengapa di Borneo Utara ini pepohon seumpama itu sudah banyak yang mati? Racun apakah yang sedemikian bisanya hingga akar umbi pohon bangsaku pun reputmati. Saya bukan tak suka angin. Kerana nak cari anginlah maka saya beralih ke anjung pinang rumah saya ini. Tapi mengapa perlu banyak sumber angin sedangkan ada angin tempatan yang dulunya bersih segar tiba2 menjadi angin taufan! Kerana itulah, jikalau bisa, cukup-cukuplah angin yang ada sekarang di sekitarku. Saya takut, jika angin taufan mengganas lagi, KINABALU MENANGIS... Apakah sahabatku tidak takut angin taufan?...

Monday, March 1, 2010

BICARA DARI ANJUNG PINANG...

Anjung pinang bukanlah nama tempat menarik di Kota Marudu, bukan sebuah cafeteria, bukan pula tempat memetik buah pinang. Ia sebenarnya sebuah anjung kecil di rumah saya yang ada sebatang pinang hiasan, dan disinilah tempat lepak saya yang baru sambil melayari internet, memblog sambil mencari2 ilham. Sejak kebelakangan ini saya cuba mengurangkan aktiviti lepak di kedai kopi maka ruangan "secawan kopi" akan saya tukar menjadi "Dari Anjung Pinang". Mengapa saya mengurangkan aktiviti di kedai kopi? Bukanlah kerena mau naik haji jadi Haji Kedekut, cuma saya cuba mengelak mendengar dan berbicara yang kebanyakannya akan menjurus kepada politik. Saya bukannya seronok sangat membicarakan tentang politik sabun, politik katak, politik bermusim, tentang si polan aniaya si fulan, tentang sandiwara si anu si anu, dan sebagainya. Apakah ini membawa maksud saya bersara? Sudah tentu tidak. Untuk apa saya berhenti menyampaikan perkara baik? Kalau saya berhenti, apakah pula aktiviti kemasyarakatan dan kemanusiaan saya? Sedangkan sebagai manusia, tugas kita bukan setakat menghadap Allah saja! Kita harus dan ada saatnya mesti menghadapkan wajah dan hati kepada keluh kesah manusia yang lain. Bagaimana mengetahui permasalahan rakyat kalau duduk diam di rumah? Oh itu senang, bukankah sekarang ini kita menikmati rahmat Tuhan yang tidak pernah dirasai oleh umat terdahulu iaitu - ICT. Dengan teknologi masa kini, maklumat di hujung jari anda. Jari-jari seperti ini jualah yang punya kuasa luar biasa. Hati-hati dengan jari jemari rakyat... Jumpa lagi!