SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, March 5, 2010

AIR OH AIR...




Fenomena kemarau yang melanda seluruh Sabah ternyata menjejaskan semua pihak/rakyat khususnya para pesawah padi. Ramai yang terpaksa berehat semusim ini bermakna kehilangan punca pendapatan. Ini bukan ujian Tuhan, kerana ujian diturunkan bila seseorang inssn atau sesebuah komuniti berbuat baik maka ujian pun diturunkan untuk menambahkan "umph" amalan mereka. Cth: seorang petapa diuji macam-macam hingga ia lulus perujian. Ada pun kekurangan air sekarang bukanlah semata-mata kerana panasnya bahang mentari atau kerana hujan tak kunjung turun, ia sebenarnya kerana sumber air dan tadahan hujan itu yang telah diancam bahkan dimusnahkan. Dulu-dulu pun seingat saya, ketika sungai belum diusik kiri kanannya, ketika hutan kita belum digondol, kemarau berlaku juga namun tidaklah sampai sungai-sungai kira kekeringan. Nah, ini adalah BALASAN kepada kerakusan, kezaliman, ketamakan dan pembangunan yang dibuat melanggar peraturan. Alam ini, sistem ekologinya dicipta sebegitu sistematik. Bila sistemnya dirosakkan, bala bencanalah akibatnya. Si "perogol alam" kita mungkin tidak terasa sangat kesannya kerana ada antara mereka orang seberang. Ada antara mereka orang kita juga. Mereka kaya raya. Kalau di negeri ini ada musibah, mereka boleh cop visa ke luar negara makan angin. Tapi bagaimana dengan kita? Bagaimana nasib sang petani? Bagaimana sengsaranya mangsa catuan air! Sahabat-sahabat rakyat sekalian, mari sejenak kita renungkan: BAGAIMANA KITA BOLEH MELANJUTKAN USIA ALIRAN SUNGAI KITA? - harap benar ada yang boleh persembahkan kerisauan ini kepada mamanda perdana menteri...

6 comments:

Anonymous said...

Betul tu sanguru dulu2 depan rumah saya tempat saya beranang ba byk ikan dan udang jernih lg airnya(Sg. Masolog) sekarang pomogan do busul nga aso bo gara2 POROGOl ALAM....sg Tingkalanon dulu2 cantik ba tn tpi tengok la skg..TAUKE2 BALAK BETUL2 GILA

syen said...

masalah gula lagi memenatkan aku. bila pulang untuk majlis kawin aku. bayangkan dapat 12kg ja.. cukup kah itu untuk melayan tetamu selama 2 malan sehari.. bayangkan.. aku mencari sampai ke kota kinabalu. dari giant 1borneo, ke likas, ke kolombong, supermarket tong seng, milimewah. banyak lagi.. tapi semua kata sudah tiada.

maikong said...

gula kita sudah pigi indo....

Anonymous said...

Gula bkn bikin penyakit kencing manis ka kenapa sengaja mau cri penyakitspai d kk kau cri penyakit ah....hai na

DINAKAN said...

gula oh gula...

inilah masalah kita, kalau kita perlukan gula... gula akan pergi. Kalau tidak perlukan gula.. aik ba kaa.. banyak gula di kadai-kadai.

mengapa KPDNKK tidak cuba memaklumkan apa yang berlaku sebenarnya? mungkin ada baiknya kalau Wakil Rakyat kita bersama Pejabat Daerah menyuarakan masalah ini. Pasal seingat saya, kalau dulu2 tu di KK, Kudat, KB tiada gula... aik naa... di KM mandi gula pula, tapi sekarang?

DINAKAN said...

kalau air sungai pun bermasalah, ada lebih baik jika kita buat kajian sendiri dan kita kumpul2 bincang lepas tu buat satu draf mcmna selesaikan masalah sungai ni untuk d antar kepada PM.

Mana la tau,dpt sentuhan tangan PM.
hehehe..