SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, March 13, 2010

AKU SUDAH TUA...

Sekejap lagi menjelma angka 13 Mac, dan genaplah umurku 40. Kalaulah esok "friday", baru betul2 howliang kerana saya lahir "Friday 13" yang tidak disenangi orang2 sebelah Eropah... Saya memilih "tua" kerana tidak pasti berapa umur dikhaskan untukku oleh Tuhan. Jika 100 tahun, maka saya masih muda. Bagaimana kalau hanya 59 tahun atau kurang dari itu misalnya? Bukankah saya sudah tua?Bila difikir2, si tua ini masih gagal dalam banyak perkara maka dia belum sedia untuk mati. Bukan kerana belum mengumpul harta untuk ditingalkan kepada anak bini atau kaum keluarga, sebaliknya kantung amal kebaikannya masih amat ringan dan dia pasti belum mampu pas soalan2 maut di dalam kubur!

Bila kubaca2 dalam kitab, bila kutanya2 kepada ustaz/kyai, rupanya tugasku yang sepatutnya adalah lain dari yang suka kuperbuat.Rupanya selama ini saya menzalimi diriku sendiri. Lalu saya termasuk kalangan orang yang rugi, gara2 lalai, gara2 bertangguh2!semua ini gara2 menganggap diri masih muda (punya masa taubat dan amal).

Nah, sempena "detik kesedaran" ini, saya memohon jutaan kemaafan kepada sesiapa jua yang pernah saya sakiti, baik sengaja atau sebaliknya. Halalkan segalanya. Dan kalau ada yang berniat nak beri hadiah, hadiah terbaik adalah kemaafan dan doa kesejahteraan. Semoga saya kekal SELAMAT (= Islam).

6 comments:

IsOn said...

Salam tuan. Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 40. :)

Note: Life begins at 40. So, still young. ;)

Aldusuni said...

SELAMAT ULANG TAHUN KE 40th, Nabi ketika usina 40th lah di btl2 menjadi wira kepada umat manusia...tdk tapuk2 menyatakan kebenaran yg dia bawah, itulah dia al-quran dan sunnah. Sahabat2 nabi juga tdk tapuk2 menyatakan tauhid mereka pada keluarga,sahabat2 bahkan pd musuh2 mereka. Kenapa ? kerana demi KEBENARAN.

Um@r said...

Selamat menyambut ulangthn kelahiran yg ke-40 tuan.

40 bukan bermulanya kehidupan dan penhidupan. Tapi, perjuangan sedang menghampiri garisan penamat.

Makanya, pecutan terakhir diperlukan di fasa ini...

Moga panjang umur dlm ketaqwaan, sihat, murah rezeki dan dirahmatiNya...

Sangmarudu said...

Happy birthday bos...

Anonymous said...

happy birthday.

DINAKAN said...

slmt menyambut ulang tahun ke-40 tuan...