SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, March 16, 2010

Aspal cincai atau?...




Lokasi: Jalan Bunsadan, Kota Marudu, berhampiran kediaman Datuk Seri Dr. Maximus J.Ongkili. Pertanyaan: salah siapa? Kontraktor atau kenderaan berat. Jika kontraktor, berani ya buat kerja cincai dlm area menteri. Apa lagi kalau jauh di kampung2. Jika salah kenderaan berat, berani ya langgar peraturan? Dimana pula penguatkuasaan. Atau...sayakah yang bersalah kerana memaparkan? Jika saya bersalah, secara rasminya saya memohon maaf. -"Rakyat dikasihi, Pemimpin dirahmati".

12 comments:

SANGURU said...

Atau tiada yg bersalah? Mungkin juga!

Anonymous said...

Bagaimana dengan area KFC dan BSN d kota Marudu ni?......keselamatan para pejalan kaki agak terancam, dan buktinya sudah ada orang yang meninggal dunia dan cedera akibat ruang yang sempit di situ.

Anonymous said...

ni kurang nisbah tar ni......tida ikut spec ni...

SANGURU said...

Isu jln area bsn/kfc sudah dipaparkan. Bnyk isu sudah dipaparkan. Tindakan sudaj diambil cuma tidak begitu umphhh sebagaimana diharap. Mungkin masalah peruntukan. Secara peribadi sy berpuas hati. Setidak2 pihak berkenaan ada tindakan. Tq

Um@r said...

Jika mereka berani membuat onar di sekitar kawasan kediaman menteri, apa lagi di kawasan teratak buruk rakyat marhaen! Ini bikin darah rakyat menggelegak dan mebuak2 ni...

tt said...

tiada benda yang tidak pandai rosak bah kawan. cuma kita perlu perbaiki apa2 yg rosak.

Anonymous said...

ah sy suka ni aduan yg dipaparkan.

berkaitan dengan jalan2 yg dinaiktaraf ni banyak kesan yg timbul.

seperti: banjir yg semakin teruk sebab jalan sudah tinggi maka air bertakung dan banjir teruk berlaku.

sejak jalan2 tu siap.. setiap musim banjir Kota marudu selalu masuk di berita sudah. sebelum ni tidak la sampai masuk diberita kan.

cepat kasi selesai ni masalah.

SANGURU said...

Ok. Artikel dan komen2 sudah/sedang/akan dibaca oleh org2 yg berwajib. Mudah2an ada tindakan sewajarnya. Tq

Anonymous said...

ya..mudah-mudahan ada tindakan...semua pihak harus berkerjasama dalam permasalahan ini..

RumbiaMasolog said...

Jalan yg rosak pasti dibaiki...sama ada lambat atau cepat bergantung kepada peruntukan yg ada.. tetapi tetap akan diperbaiki..cuma yg sedih la.. dlm kes ini... pihak ketiga (lori2 besar n berat) yg berulang kali melalui jln ini seperti terlepas begitu saja... ujung2 duit rakyat yg terpaksa diguna tuk pembaikan jln... kan bagus klu ada org2 berwajib buat pemantauan dan tindakan?.. tp mcm tiada harapan.. tingu saja ba...jln ke hospital KM... sebelum tanah perkuburan.. terdapat simpang yg menjadi laluan lori2 tanah.. masa skrg habuk begitu tebal dan menganggu lalulintas...klu hujan apa lg lumpur yg bermaharajalelah.... begitu jelas kesalahan yg dilakukan.. tp smpi skrg blm ada tindakan... heran kan..

Baju Batik said...

Jalan2 yg spt ini, (yg byk sekali) di Kota Marudu ini, perlu satu tindakan yg lebih agresif. Misalnya membawa kes2 spt ini ke paparan TV3 atau melapurkan kes-kes sebegini ke pihak BPR. Jika diperhatikan, tentu sekali keadaah spt ini, tdk menepati standard atau pelan asal projek tersebut.Soalnya, mengapa ini terjadi, berapa kali pembinaan jln ini dipantau oleh pihak yg bertanggungjwb(masa dan tarikh pemantauan dibuat). Perlu jga diambilkira, berapa kali pihak yg bertanggungjawab utk memantau dan meluluskan projek sebegini, duduk minum bersama di kedai kopi, restoran dan sebagainya.
ATAU biarkan saja daerah KM ini menjadi lombong kekayaan mereka 2...

mrazman69 said...

Jlnraya yg mudah rosak tu brmakna tidak dibina mgikut spesifikasi. Klu kita tengo jlnraya yg brkualiti,biarpun dipijak lori2 balak beratus kali pun tidak akan rosak. Klu baru satu dua kali dipijak lori2 besar sudah pecah,memang ada yg tak kena semasa pmbinaannya. Pihak JKR harus dipertanggungjwbkn dlm hal ini. Mereka sepatutnya lebih brhati2 dan telus dlm proses meluluskan projek . Klu tiada tindakan yg sewajarnya,Bagus lapor saja sama SPRM,biar mereka yg berkenan tu rasa oren.