SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, March 8, 2010

Aura : ISI MARUDU (BHG 3-NELAYAN)

'Kalau ada ikan banyak, ada udang banyak, maknanya adalah bah tu nelayan" itulah ungkapan biasanya didengar oleh segelintir masyarakat Daerah Kota Marudu apabila berkunjung ke Pasar Ikan mahupun penjualan hasil-hasil laut yang terdapat ditepi-tepi jalan sekitar Kota Marudu-Pitas.

Hari demi hari berlalu pantas, namun tanpa disedari terdapat luahan yang jarang didengar oleh mereka yang selalu sibuk dengan kerja-kerja harian terutama mereka yang bukan bekerja sebagai nelayan. Dipendekkan cerita, ramai golongan masyarakat nelayan sering mengadu masalah kepada sesiapa sahaja apabila bertemu mereka di Pasar, tepi jalan, kedai kopi, rumah mahupun ketika turun ke laut.

Antara permasalahan tersebut, berkenaan Kad e-Petrol, Kupang, Peranan Persatuan Nelayan Daerah dan bermacam lagi.

Bagi permasalahan e-Petrol, mereka akan mengadu tentang masalah sistem yang selalu kurang lancar apabila mereka membawanya ke Pejabat LKIM Kota Marudu. Ada diantara mereka berkata sebelum mengambil minyak, Kad e-Petrol perlu di SCAN di Pejabat LKIM dan persoalannya mereka mengapa terlalu lambat sistem tersebut untuk membaca Kad e-Petrol mereka? adakah talian internet Daerah Kota Marudu memang begitu atau ada sebab lain dan ramai golongan ini juga pernah menunggu sehingga seminggu semata-mata mengikut proses atau tatacara untuk nelayan mengambil minyak petrol.

Masalah kedua, Kupang (Siput Sudu) yang hampir 90% mati diternak secara tiba-tiba. Mengapa pihak LKIM, Jabatan Perikanan dan Pejabat Daerah tidak membuat kaji selidik berhubung fenomena tersebut? penternakan Kupang (Siput Sudu) ini menyebabkan ramai penternak golongan Nelayan yang kerugian dari segi Modal mahupun keuntungan bermula RM2,000 - RM50,000 sebulan dan golongan ini pula berkata, dimana janji pampasan (ganti rugi) atau bantuan kerajaan dalam membantu golongan ini? Adakah menanti perkataan 'tunggu, tunggu dan tunggu tersebut berubah menjadi dungu'?

Masalah ketiga, apa fungsi atau peranan Persatuan Nelayan Daerah yang telah diwujudkan, namun seperti tidak wujud? ini kerana, ramai lagi golongan nelayan yang turun ke laut masih belum mendapat lesen mahupun bantuan nelayan. Persoalan mereka, adakah Persatuan ini berperanan membantu golongan nelayan atau sekadar berpersatuan sahaja? jika 'tidak' mengapa mereka tidak dibantu menyuarakan keperluan yang sepatutnya ataupun mengajukan permasalahan mereka kepada pihak berwajib @ yang berkenaan?

Banyak lagi permasalahan golongan ini jika dipaparkan amat mendukacitakan, namun mungkin inilah yang dikatakan 'Ku sangka Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan Di Tengahari' dan berkatalah Sang Bangau 'Macamana bah cari rezeki kalau begini?'

8 comments:

Anonymous said...

KANAPA POST2 DI SAM INI TIADA PARANGGAN. PENING BACA, HILANG MINAT...

kiehaa said...

Jimat ruang...save budget kali

DINAKAN said...

hehe... saya sendiri pun kurang faham, kenapa tiada perenggan tiba2 selepas post entry ni.

kiehaa said...

Tgh siok tulis kali smpi terlupa perenggan. Mcm keretapi...

DINAKAN said...

aisey kiehaa.. minta maaf banyak2, bukan terlupa perenggan, tapi mungkin ada somethingwrong pada blog SAM sekarang, kerana jika kiehaa tengok bermula 5 Mac 2010, entry kyro dan sanguru perenggan telah mula hilang walaupun telah dibuat perenggan semasa menulisnya.

well, mungkin admin SAM akan tolong perbetulkannya.

maaf banyak2 ek, kepada semua pengunjung atau pembaca entry SAM. Sebab perkara ni bukan disengajakan.

Anonymous said...

BUANGLAH LINK YANG X PERLU, BIKIN BERAT SAJA. BIARLAH RAHSIA...OOOOOPS! BIAR MESRA PENGGUNA

SANGURU said...

Semoga keadaan akan jadi lebih baik, bukan sebaliknya. Amin

ILLIE said...

ada sedikit masalah dalam kod css diblog ini..jadi sia perlukan sedikit masa untuk memperbaikinya..terima kasih anon atas teguran yang membina ini.Kesulitan amat2 kami kesali...