SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, March 22, 2010

Aura : ISI MARUDU (BHG 5-MODEL EKONOMI BARU - MEB)

Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan satu pendekatan dan langkah berpandangan jauh untuk melonjakkan negara ke persada dunia. Ianya juga di yakini untuk membawa anjakan perubahan dalam dimensi ekonomi negara jangka panjang dan menjadikan negara kita sebagai negara yang berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020.

Akhbar dan media alternatif serta siaran televisyen juga banyak memperkatakannya, namun sedar atau tidak golongan masyarakat luar bandar Negeri Sabah, khususnya Daerah Kota Marudu masih belum memahami dan mendengarnya secara meluas. Justeru itulah, Kerajaan Negeri harus mencari satu formula bermula dari sekarang untuk merancang bagaimana untuk memberi penerangan berkenaan MEB yang berteraskan transformasi Negara.

Mungkin Wakil Rakyat kita akan mendapat penerangan berhubung MEB sebelum sebarang perbahasan atau perdebatan yang bakal menggegarkan masyarakat kita di masa hadapan dengan menerangkan secara berperingkat di setiap kampung-kampung yang terdapat di Kota Marudu.

Dengan memberi penekanan kepada inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi bagi memacu pembangunan bersama kerajaan. Jaminan bahawa kerajaan sesekali tidak meminggirkan masyarakat luar bandar harus diberikan agar matlamat gagasan 1Malaysia tercapai.

Bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), perlaksanaan pembangunan bagi memastikan rakyat luar bandar terus maju dan makmur harus direncanakan awal bermula dari sekarang dan tumpuan kepada Negeri Sabah amnya serta Kota Marudu/Pitas khususnya patut dibuat. Manakal input pembangunan yang dirangka juga wajar dimaklumkan awal kepada masyarakat berteraskan tambahan peruntukan sebanyak RM750 juta oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini.

Hakikat daripada program e-Kasih yang didaftarkan seluruh Malaysia, sebanyak 543,000 penduduk miskin berdaftar dalam program tersebut termasuk Daerah Kota Marudu. Tetapi persoalannya adakah setakat ini sahaja jumlah penduduk miskin? Mungkin, wakil rakyat kita akan dapat turun padang bersama badan kerajaan dalam meninjau taraf kemiskinan sebenar yang terdapat di Daerah Kota Marudu.

Manakala berhubung arus pembangunan perdana yang dibawa ke Kota Marudu, adakah cara membantu masyarakat di Daerah ini hanya sekadar mendengar cakap-cakap orang? menerusi akhbar? menerusi JKKK atau Ketua Kampung? atau membuat penilaian pembangunan sekilas pandang?

Dasar Transformasi mungkin dapat menjawabnya apabila wakil rakyat dan kakitangan kerajaan di Daerah Kota Marudu turun padang mendengar, berbincang dan melihat sendiri bentuk apa bantuan pembangunan sepatutnya dihulurkan. Kerana, jika kanak-kanak tidak dapat bersekolah disebabkan sekolah terlalu jauh, mungkin menambah bilangan sekolah di Daerah ini dibuat atau jika terdapat orang-orang tua yang uzur dan tiada pendapatan selain serba sedikit bantuan anak-anak, mungkin bantuan kewangan sara hidup serta rawatan bulanan pihak Hospital ke Rumahnya boleh dibuat secara kerap bagi membantu memudahkan warga tua tersebut.
Akhir sekali, harapan Masyarakat Kota Marudu agar wakil rakyat dan kakitangan atau jabatan-jabatan di Daerah Kota Marudu yang terlibat dalam pembangunan Kota Marudu haruslah bersama-sama berganding bahu dan turun padang meneliti keadaan Masyarakat dan Pembangunannya dari masa ke semasa (setiap sebulan sekali) dalam memastikan Daerah Kota Marudu Maju seiring matlamat kerajaan dan bebas dari belenggu kemiskinan.

6 comments:

DINAKAN said...

admin SAM (sdr illie).. kenapa entry saya buat ni tidak keluar perenggan? minta set-up masalah.

TQ

ILLIE said...

begini tn..masalah ni berlaku kerana kana buang 1 html kod dalam seting..kalu di ubah terpaksa sumua layout dalam SAM akan hilang..ertikata kana buat kerja lebih masa sedikit untuk buat layout baru.

untuk meringankan beban admin..setiap penulis SAM apabila selesai setiap peranggan harus menaip kod ini

ILLIE said...

sia suda kasi peranggan..jalan teruss..tuan2 post saja entri..nanti sia kasi ejos2,,

DINAKAN said...

tq tuan... ngam...!! pass..

SANGURU said...

Apakah ada jaminan klu sy misalnya menukar kancil kpd van, maka sy dapat/akan tumpangkan pejalan kaki yg selama ini sy biarkan berjalan misalnya?

Um@r said...

Cetusan idea yg mantap dan harus diberikan perhatian serius oleh pihak berwajib...