SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, March 29, 2010

Aura : ISI MARUDU (BHG 6-RANJAU PERJALANAN PENUH ISU TANAH KM)

Selama seminggu merantau dari Ranau hingga ke Labuan, pelbagai luahan dan perasaan ditemui sepanjang perjalanan tersebut. Namun, paling menggembirakan ialah semua insan yang ditemui secara tidak langsung ialah penduduk asal Daerah tercinta Kota Marudu.

Panas..panas..panas..!!! itulah bunyi ditelinga apabila mendengar kepelbagaian luahan yang dilontarkan oleh insan2 yang ditemui tersebut, apa tidaknya kalau semuanya berkisar tentang isu tanah. Sedih..sedih.....hati bila mendengar luahan mereka berserta linangan air mata. Namun, hakikatnya apalah yang boleh dibuat jika 'nasi sudah menjadi bubur'.

'saya ni tuan... rasa macam lebih teruk daripada PATI, pasal mana ada lagi tanah yang tinggal', ' kau tau tuan... habis tanah saya diambil oleh itu kontraktor, dia tipu saya konon mau urus itu tanah di KK, tapi sekarang tanah apa lagi..', 'inilah syarikat begeraya... kalau di kasih biar, lebih 50% sudah tanah-tanah d kawasan N5 Tandek, habis dia sapu...buduh betul..!', 'saya sudah mengadu sama YB, DO, Pej. Pertanian dan banyak lagi pasal tanah ini... tapi, apa juga tindakan dorang buat... barangkali, baik saya sendiri buat tindakan..' itulah antara kata-kata mereka ketika ditemui.

apakah satu masa nanti warga Kota Marudu akan jadi pelarian di bumi sendiri?......renungkanlah...bagaimana untuk membantu mereka?

8 comments:

Um@r said...

Bagi sy, isu tanah ini merupakan 1 isu yg serius dan sangat besar. Sy pun sudah lama berhajat utk mengupas isu ini, tapi sy x mempunyai maklumat yg mencukupi. Dengar khabar, pihak YB telah mengadakan pertemuan dgn mereka yg terlibat. Apa keputusannya? Sy harap ianya dapat dipaparkan utk tatapan umum...

TT said...

tiada yang akan menjadi pelarian dibumi sendiri asalkan ada keterangan yang sah jika dirujuk kepada perundangan. menyentuh tentang tanah yg saudara maksudkan ini memang secara peribadi sya setuju dengan saudara bahawa ini adalah masalah kepada genarasi kita yg seterusnya( kalu benarlah perkara ini berlaku). sekiranya perkara ini berlakupun ia disebabkan oleh sikap tamak dan malas orang kita sendiri. sikap malas kerja, hendakkan duit dengan segara tanah digadai/jual dan kita pula menyalahkan org lain. bila duit harga tanah sudah habis dan menyedari betapa pentingnya tanah dpd duit segera barulah timbul masalah dan akhirnya menyalakan orang lain. dan akhir sekali pemimpin pula yg dipersalahkan. patut kah perkara ini berlaku... jadi pikir2kanlah.. kesedaran masyarakat kita sendiri yang amat penting..

DINAKAN said...

UMAR : ya, betul tu tuan..pasal mmg bnk masalah skrg timbul pasal tanah saja. Harap ada penyelesaian nnt.

TT : Saya sependapat dgn cadangan TT, mungkin ada betulnya gambaran sedemikian jika kita kaji secara terperinci.

MAKLUMAN : Saya telah mendengar pelbagai rintihan dan masalah berhubung kes tanah ini. well, mungkin ada siapa2 yg ble membantu terangkan hal ini?

SANGURU said...

Dah usah sy ceritain, rakyat sudah tahu alkisahnya! Jadi apa tindakanmu wahai rakyat???..,
kepada juara rakyat, tunjukkan pada kami kejuaraan sejatimu! Setakat beri2 bungkusan, SAM pun bisa lakukan dan telah lakukan!
Bebaskan rakyat dari kemelut masa depan. Pandang masa depan rakyat dsn negeri ini...

Tuan Cobra said...

Salam keseluruhan Warga MARUDUBLOGGERS dan Rakyat Kota Marudu...Apa yg saya war-war kan selama ini belum lg sampai 5 tahun sudah akan dan teus akan berlaku d bumi kita ni. 1 HENTIKANlah PENGANUGERAHAN Mykad Malaysia kepada PTI tu...Jika ada yg mengatakan IC tu PALSU Kenapa pula boleh mengundi? Kalau IC ni Palsu kenapa boleh memohon Lisen berniaga? Kalu IC ni Palsu kenapa pula boleh memohon Tanah d PPHT Daerah?.....JPN menapikan yg JPN mengeluarkan IC ini kepada PTI...Siapa yg sebenarnya yang BERTANGGUNG JAWAB kepada Negeri/Negara kita ni??? Persatuan BUGIS Sabah kah atau Persatuan BADJAO/SULUK/CAGAYAN Sabah?....

Baju Batik said...

Salam.

Dlm sistem pentadbiran M'sia. Ia terbahagi kpd Y.D. Agong, Kuasa eksekutif, dan perundangan.

Kita fokus kpa kuasa perundangan.
Sekarang ini bukan shj zaman perkembangan Sains & teknologi, bahkan zaman dimana manusia2 menggunakan kuasa2 perundangan yang memihak kpdnya tanpa ada wujud belas kasihan, peri kemanuasiaan dsb. Biasa kita dengar bukan "Apa saya peduli, kalau ikut undang2 saya menang". Kalau dlm perundangan dia sudah betul, apa lagi yg boleh kita buat!.

Saya sangat menghormati orang yang "tembirang" tetapi bijak. Dan membenci orang yang bodoh tetapi "sombong".

Anonymous said...

semua rakyat warganegara yang harus bertanggungjawab wahai king cobra. tapi jangan sebut bangsa org lain sebab bukan bangsa mu seorang ini sabah.siapa suruh bangsa mu bodoh tak tau buat apa yg betul. kalu ikut logik cina lagi bukan org sabah tapi ada kedai jadi kenapa pula bangsamu tidak buka kedai. bangsa lain maju engkau pula macam tak puas hati. sampai bila lah bangsa mu begini. jadi sudahlah mencaci bangsa lain.

Baju Batik said...

Mengaitkan kelemahan bangsa sendiri krn bangsa lain, adalah sesuatu yg memalukan. Saya warga tempatan Tandek, Kota Marudu. Saya pencinta keamanan dan kemakmuran. Saya faham, tdk semua org bangsa Melayu itu org Malaysia, tidak juga semua org kadazan dusun itu org Sabah dan Malaysia dan tidak juga semua kaum/ bangsa Bugis itu bangsa Piliphine atau Indonesia. Bangsa Bugis di Daerah Tawau dan Kaum Bajau Laut di Semporna adalah warga asli daerah2 tersebut. Kecuali mereka yg datang dri negara tersebut sbg pendatang. Saya harap Tuan Kobra fahaminya.
Peringatan juga utk tuan kobra, tatu kobra di tangan tu, perbaiki sedikit! jangan sampai macam tatu cacing!