SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, March 24, 2010

Berapa Bini Sudah?

Bagi mereka yang sudah berumahtangga, setiap kali berjumpa atau terserempak dengan kenalan lama, biasanya soalan tertutup (istilah kaunseling) yang biasa ditanya dulu adalah, "Berapa orang anak sudah...?".

Jika anda semua perasan, soalan-soalan seperti ini kebanyakannya keluar dari mulut orang-orang yang terlibat di dalam gerakan dakwah atau badan yang membawa perjuangan tertentu.

Kelompok ini tidak akan terus bertanya tentang pencapaian perjuangan masing-masing, kenapa? Pada hemat saya, mereka berfahaman bahawa kehebatan perjuangan itu mempunyai kaitan yang amat rapat dengan kemantapan pengurusan Institusi Kekeluargaan seseorang.

Di samping perjuangan itu seeloknya bermula dari rumah, barangkali mereka juga menekankan pentingnya ada barisan pelapis, agar sesebuah perjuangan itu tidak putus di pertengahan jalan.

Yang membuatkan dada saya kembang kempis ialah, tidak lama dulu tiba-tiba saya disergah dengan soalan daripada seseorang dengan pertanyaan, "Berapa orang bini sudah...?" (bukan, "Berapa anak sudah...?"). Mestilah saya jawab, "...hanya baru seorang.".

Persoalan yang ingin saya pulangkan kepada pembaca sekalian adalah, adakah bilangan bini juga menggambarkan kehebatan perjuangan seseorang? Pening...

4 comments:

Anonymous said...

Saya pn pnah kna taya jg tn jwpan saya sama ja mcm tn jwb...tpi kita fikir2kn mcm mana kta menperbanyakkn rakyat mcm India atau china supaya kta lebi kuat.

Janda Berhias said...

Cakap jak ba tuan kalau nak kempen berpoligami.....huhuhuuuuuuuuuuuu. Gurau jak. Menurut sumberlah... sekarangramai andartu pangkat tinggi.Wanita pula makin ramai. Lelaki yang hebat pulak takut berbini 2. Waduh, Intah apakah nasib merika.......

SANGURU said...

Sy pula sering ditanya, mcmna 2013?
Sy tanya balik, kenapa 2013?
Mereka tanya sy balik, anu tu?
Maka sy baru jawab: aku tidak bersuara kerana itu...

Artikel ini bagus. Santai. Sekali sekala bagus juga..

DINAKAN said...

aik naa... ni..kali laaa.. sy tersenyum....